Showing posts with label ceriter saye. Show all posts
Showing posts with label ceriter saye. Show all posts

Friday, December 30, 2016

Pagi pagi dah kena saman



Assalamualaikum..

Mood pagi ni dah kelaut..

Pagi pagi dah dapat saman memang la hangin..

Kalo kena saman memangla sebab kita buat salah kan.

Aku pun ngaku aku salah tapi tengokla kesalahan tu mcm mana..

elok jer aku dok dalam kereta tunggu adik aku beli air kotak kat kedai.. 


Janganla nampak org salah kome nak terus saman..

Atleast jenguk2la dulu, ketuk2 tingkap tu mintak alihkan kereta ker.. tanya apahal parking kat jalan  ni. Aku leh terima tau kalau komer ketuk ketuk dulu..

Ni edak.. terkejut aku tetiba bunyi papppp. Lps ko letak saman kat wiper ngko pun blah. X sempat aku nak hai

Sekali tengok saman, wahwahwahhhhh siap ada gambo keter lagi.. cun sangat. tangkap gambar dr belakang, printed, selit kat wiper & terus. Aku rs trafik tadi x turun dr mtr pun sebab laju sangat kejadian tu.. Aku memang x sedar bila dia ada kat tepi keter..


Saper yang kejer kat area puchong ni tahula mcm mn parking kat cini.. kol 9pg memang semua dah full.. Lagi2 area bank.. 

Kalo nak beli roti tu memang org parking jap kat tepi jalan tu.. jalan tu ada 2 lane.. 1 lane keter parking ada lagi 1 lane.. org mabuk jer langgo keter berhenti.. 


Aku x puas hati, aku nampak trafik tu aku jumpa dia. Dia kata lain kali cari parking. Encik kalau ada parking dekat situ edakla saya parking kat jalan. Ingat aku ni suka sangat ke nak langgar undang2. X kuasa aku nak hbskan duit kat saman2 ni.


hangin tul aku. Aku hangin sangat sebab aku ada dlm keter tu. Aisshhh hangin tul aku. Menyaman jer kejernya. 



Thursday, September 22, 2016

Hujung-hujung cuti


Assalamualaikum..

X lama lagi pun .. kurang lebih 2 minggu lagi nak masuk kerja..Kalau ikutkan date, 26/9 dah start kerja tapi aku terus apply leave. Masuk opis bulan 10 terus. 


Aisssh  nak masuk kerja balik dah. 
Aishhh macam best jer dok umah jg anak.. :)




Dalam cuti pantang masih kena setlekan kerja. 
Tanggungjawab yg x boleh nak dilepaskan begitu saja.


Dalam pantang dapat news kastam reject for refund yg nilainya lebih RM100K.
Terus sakit kepala.


Nasib baik zaman canggih. Tengah malam buta boleh email pegawai terbabit mintak rayuan. Ni dah kol 12.30 a.m pun masih mengadap si merah. 


malam berjaga, siang join Umar tido.
Yeker boleh tido.
Ayam punya tido lagi lena.



Thursday, July 21, 2016

Booking delivery..


Assalamualaikumm..

Akak baru balik dr spital ni... mengah sebab lepas blk dr spital p nyinggah pasar borong membeli brg2 dapur cikit ngan ikan ngan sayur . Lepas tu mampir kedai balaji carik bawang, kentang ngan telur ayam kampong.


Haaaa siap sedia sungguh persiapan aku kali ni. Anak 2 x pernah telan tlr ayam . Kali ni nak cuba try pulak.Telur ayam kampong pulak tu. Makin senang ker, makin cepat ker.

Apapun ini semua usaha kan. Kalao dah usaha x menjadik gak, xder rezekila tu. 



Sampai spital lbh kurang kol 9am. Kat kaunter ambik no tu, tunjuk surat booking dr KK terus nurse ckp p bhgn O&G. X yah nak amik no lagi. lagi pun dah pernah datang.


Sampai O&G, nurse bg buku pink kat doctor. Alhamdulillah sebab keadaan aku sepanjang mengandung ok2 jer, xder masalah besar besar so x perlula nak datang untuk xheck up lagi. 




Nurse cakap hospital ni xder booking booking. Agak2 dah ada tanda bersalin welcoming ajer. Kalau ada kekosongan mereka akan terimala. pergi jer terus kat tempat ibu2 nak bersalin tuh. Tahula aku tempat tu sebab dua2 anak bersalin kat sini.


Alhamdulillah, urusan kali ini amat cepat sekali. 9.30 am aku dah balik. Sebab dah apply half day tu yg terus ke pasar borong. Lepas blk dr psr borong terus lunch kat bukit Puchong. Berselera sungguh aku mkn nasik campur. Sejak ngandung dah lm x mkn byk mcm ni. Bayangkan mkn 2 org habis rm31.80. kiiii melantak sakan yer.


Xper xper, x risau dah ngan brt yg akan naik. Tinggal beberapa hari ajer leh mkn sedap2 mcm ni. Lps ni leh tengok ajerla.


Tu jer nak kisah hari ni.




Tuesday, July 19, 2016

39 minggu dah


Assalamualaikum..

Pagi tadi p chek up.. Udah masuk 36w memang lps tu tiap2 minggu kena chekup kan.. Sampaila kita selamat bersalin..


Alhamdulillah.. semuanya ok2 selepas episod mencemaskan pada 3 minggu yg lepas... Tapi episod tu pun dah selamat pergi.. Semoga semuanya baik baik.. Seperti kata doctor, semuanya normal.. Inshaallah...



39w ngan berat 66.9kg.. wauu kurus cikit kali nih. Masa mengandungkan Aiman ngan Dsa brt cecah 70kg


^____^


Baik aku ni. Rajin ngetik gerakan baby.. seronok gak buat benda ni. Masa time Aiman ngan Dsa x merasa buat benda ni sebab check up kat klinik swasta.


Tadi doc dah bagi surat booking hospital.Sebab nak bersalin diluar kawasan Banting so kena juga membooking. Ingatkan bila dah check kat klinik kerajaan(kk) xperlu nak booking2. Kena jugak rupanya.


Nak datang balik ke hospital Putrajaya yg maleh tu. Udah kena time off jap. Somi ckp walk in ajer x leh ker. heeee boleh ke ?


Sekarang masa itu amatla bernilai. Selagi aku lom submitt gst selagi tula perkhidmatan aku amat amat diperlukan. Kalo edak saper nak buat . huhuuuuu


Korang doakanla aku dipermudahkan segala urusan yer. Tak sabo dah nak bersalin ni. 

Wasalam




Wednesday, April 27, 2016

Eksiden lagi....


Assalamualaikum...

kejadian petang semalam.
On the way balik dr klinik (monthly check up)




cuaca elok, kereta pun x banyak.
Memang malang tolla.
Berlaku kat roundabout bsp.
Dekat sangat dah nak sampai umah , leh pulak nak eksiden tu.

Aku nak masuk simpang ke bsp, bagi dah signal. Nampak ada keter dr tol bsp. Nampak keter tu mcm terus ( pikiran aku dia nak msk ke simpang bsp jugak ). So aku terus jerla. 
tahu2 keter tu dah depan mata.
Gedegang ajerla.
Nak brek kuat2, si Dsa dok depan.
Brek ngan berhati hati jerla.


Aishhhhh bedebo jantung aku dibuatnya.


Sekali keluar tengok keter savy tu remuk kat pintu depan & scratch dr pinti depan sampai belakang.

Xder kecoh2, terus p report.


Polis srh report kat IPD Banting.


kesimpulannya sarjan tu cakap ni kesalahan aku. Sebab aku x ikut lane yg betul. Kalo nak masuk ke bsp tu kena amik line kiri. Org tu memang dah betul lane dia. melainkan kalo aku dah depan dia & dia x stop memang salah dia.


Yg selalu org bsp praktis adalah bagi signal & jln terus klao nak ke bsp. X kirala ko lane kananke lane kiri ke. So keter2 yg dr tol bsp tu kena stop. Hmm praktis yg salah rupanya.

Udah kena saman $300. Nak diskaun kena bayar kat Bkt Aman.

Sebab aku salah org tu akan claim guna insuran akula. Aishhh mahu mencanak insuran aku thn depan ni. Hmm nak buat mcm mana. 


Pengajaran betulla.

Eh ehhh, nurse semalam kira hari ni aku dah 28weeks... dah kena kira pergerakan baby hari2..




Thursday, January 14, 2016

Isu pelajar kebulur, betulke?


Assalamualaikum..

Isu hangat beberapa hari ini ..

betulker ada kes pelajar kebulur? Macam teruk sangat bunyinyakan.. loan/biasiswa tu x cukup ehhh..



Korang pernah kebulur ker masa belajar dulu?


Aku pernah. 
Tapi belum sampai tahap kebulur. Tahap kelaparan jelah. 
Seminggu x makan nasik. Ngadap megi ngan biskut ajer.
Biskut pun makan kawan aku punya. Pernah diam2 masa kwn aku tuh p makan, aku bukak tong biskut dia. Dah habis belajar baru aku ada keberanian bagi tahu kat dia. 


Masa tu aku kat matrik. thn 98-99 mcm tu. Zmn kemelesetan ekonomi. Famili aku memang terkesan. Bisnes bpk aku jatuh. kerja tapi payment x dapat. 
zaman dulu bukan mcm sekarang.
Sekarang xder duit, makpak boleh terus transfer online or cash deposit. Dulu kna tunggu waktu bekerja je.


Ohh sedihnya masa tuh. nak pinjam duit kat kawan segan. maklomla masa tu belum rapat sangat. kwn ingat kita diet, rupanya kita xder duit nak p makan. sob sobb


elaun dpt rm1000 jer kot utk 1 sem. Hmm lupalah. Duit tu la nak buat mkn, beli buku dll. Ms tu henpon pun mana ada lagi. Saper ada guna mmg anak org kaya. Hp pun kena sorok2 bawak. Public phone memang wanted.

So masa dulu xderla duit ni berhabis utk topup henpon or entertainment yg lain. Outing pun jarang sangat.



So betulla kalo ada kes pelajar kebulur. Kesian deme tau.


Friday, July 10, 2015

Gaji aku cuma RM800


Assalamualaikum..

RM800.. itulah gaji pertama aku selepas habis belajar (thn 2004). 
bekerja sebagai receptionist cum clerk, pejabat di Wangsa Maju
kwn yg rekemen
Gj asal yg di offer rm650 ajer


kalau rm650 memang aku xnak. dapatla rm800.

dok kl gaji 650.. nak cari penyakit apa..


Belajar sampai degree tapi gaji cuma rm800 ajer.

Ko hado ?


Perasaan aku?


ofkos rendah diri..

Aku terima sebab aku xnak tanam anggur lepas hbs belajar. siapa kata graduan memilih kerja. maybe org lain tapi bukan aku.

dengan gaji sebanyak itu aku duduk menyewa ngan kawan2. Mula2 dok menyewa kat sentul. Terpaksa menyewa ditempat lain sebab x larat nak bayar tmbg bus/lrt setiap hari. Dah duduk dekat cikit , jimatla duit transport.


menyewa umah flat rm200 sebulan. tambang bus rm2 pergi balik. Naik rapid kl. bus kena tukar 2 kali. kdg2 tertinggal bus dapatla menumpang bos. hahahha malu malu.


800 memang x mampu nak bagi mak pak duit belanja. Segan tapi alhamdulillah sepanjang bergaji rm800 xpernah sekali mintak duit kat mereka. hidup dengan seadanya.


Nak lagi jimat, cari lagi rumah yg lagi dekat. Alhamdulillah dapat. menyewa bilik ngan kawan. rumah flat 2 bilik. Rm200 x silap x termasuk api air (share 3org). P kerja jalan kaki, dlm 10 minit. kalo malas tunggula bas rapid lagi. hehhee. Naik teksi 5 mnt dah sampai.


berkat rajin & usaha, bos bagi kepercayaan kat aku . Dr receptionist bertukar dept. Bila senior sorang demi sorang resign, akulak jadi senior walau bekerja x sampai 2 thn.

Gaji pun naik cikit demi cikit. Orang lain naik rm50 aku leh naik rm200. Syukur. Bos nampak sesuatu dari aku.


Nak duit lebih aku buat part time kat kedai mamak. buat filing jer pun. sabtu ahad. separuh hari jer. bertahanla sebulan sebab bosan dikelilingi ngan india india yg x tahu cakap bahasa melayu. hooo segan nak ckp yg aku pun x tahu nk speaking. Bestnya kerja kat sini aku dapat makan ayam tandori free. sebulan dapatla rm300 x silap.


kadang2 ada jugak kwn offer buat acct bagi pihak dia. dapatla duit sikit. bolehla membeli belah di maidin jln tar tu.


Dalam tempoh ini memang aku x mampu nak beli kereta apatah lagi rumah. Mampu bagi mak pak setiap bulan dah syukur alhamdulillah.


Kalau malas memang la tak kemana. kais pagi kais petang jerla. 

usia muda memang dihabiskan dengan mencari duit. baru boleh merasa nak berharta. Lagi lagi kalau kita bukan berasal dari bandar. semuanya kena usaha sendiri. susah senang tanggung sendiri.


yang penting kita kena bekerja bersungguh sungguh. Rajin. X berkira masa. Tunjukkan usaha & komitmen yg padu. insyaallah bos akan hargai kita. dr jalan kaki bos bagi pakai kereta dia buat urusan syarikat. wlpn sebelum ni kereta tu maid dia yg guna tapi aku merasa gak p kerja bawak keter. kwn lain mana hado


rasa diri ini seperti vip


Tapi

komitmen hidup semakin tunggi.

Dulu single sekarang berdua. dulu p kerja 5 minit sekarang 1 jam baru nak sampai sebab jem.. huwaaaaa


terpaksa cari kerja baru.

walaupun bos cakap noooooooooooo tapi i am sorry bos.

Alhamdulillah gaji jauh beza dr tempat lama. Bertahan selama 3thn lebih sebelum ditempat sekarang.

kenapa beralih kerja lagi?


sebab lagi dekat & jimat..

no tol
no jem
no parking


masa sangat fleksibel


semua ini memang menggembirakan aku yg punya 2 anak kecik..

tapi x sangka pulak.. rezeki anak no 2 membolehkan aku memiliki rumah sendiri.

tapi dah jauh balik

bayar tol 2 kali
alhamdulillah jem x teruk sangat mcm yg dulu



maybe ini berkat kesabaran & sikat positif aku. org suka . 
 gaji kecik, bermula dr bawah 
alhamdulillah dah ada rumah & kereta utk dipakai.


kereta murah jerpun tapi jadila ..

bagi aku bio murah yg penting x nyusahkan orang ..

apa yg aku ada semua hasil usaha aku.. dengan izinNYA. 

Syukur..


So jgn putus asa, kena rajin baru merasa guna.

Saper2 nak buat akaun tapi x tahu, boleh aku buatkan. Caj kawan kawan ajer..


hahhaaa sempat lagi nak promote..


aku muza.. mujako

sekian.


Thursday, June 4, 2015

Annual Dinner 2015


Assalamualaikum :)

Ni cerita 4 hari yg lepas.

Company aku kerja ni kecik jer. Kecik tu merujuk kepada jumlah pekerjanya.  Kalau 4 tahun lepas pekerja cuma 4 orang ( termasuk bos ) sekarang dah bertambah kepada 8 orang. Alhamdulillah


Sebab kecik so xderla nak buat annual dinner tiap tahun. Selalunya dapat ajakan daripada buss partner utk meraikan annual dinner mereka. 


Bertempat di Resort World Kijal, Kemaman Terengganu majlis diraikan. Kalau mereka x buat disini ntah bilala aku nak sampai ke Kemaman ni.


Resort World Kijal, Kemaman Terengganu
01/06/2015 @ Isnin


10 thn dah umurnya..
Dah beso..



 Meja no 6 bersama kwn yg lain..
Best betol dok meja ni.. jelas dihadapan pentas
Belakang meja bos






Cantik gak kombinasi gold & black ni



very very important person 
Alhamdulillah, berkat usahanya telah mendapat title Dato ketika usia yg masih muda.





Dah habis sessi berucap, kita makan dulu. sambil sambil tunggu acara yg seterusnya



makan secara bufet. lebih kepada menu melayu






Udang tu sangat menarik perhatian aku. :)



puding tu sedap. so repeat 2-3 kali ngambik puding jer



sambil sambil makan kita dengo artis nyanyi.
Artis pertama Rahmad Mega




 Artis ke2.. Hazama
Sangat suka time hazama nyanyi sebab lagu lagu dia sedap kan. semua sedap sedap

Atas tu Hazama ngah reging Dato. Ajak nyanyi berduet.

Cayalah Dato. very sporting



Hazama ni memang suke beno ngusik org yer. Time ni ajak staf berduet ngan dia pulak.



Last artis Tam Spider.
Sempoi.


Dan malam tu bos bos ngan staf semua macam lepas gian.
Bos bersatu dengan staf
very sporting & enjoy

terkedu jap aku melihatnya.



Ni acara yg paling mendebarkan.

Grand Prize.

Kalo untuk lucky draw hadiah yg paling kebabom adalah tv lcd 50 inci, yg ni lagi ohsem. Leh mengalir air mata kegembiraan gitu..


Tiket utk 2 orang utk memunaikan umrah bersama cash RM5,000.00.

Huhuuuuu saper nak bagi tuh.

Ya Allah, semoga syarikat ini sentiasa dimurahkan rezeki. Amin. 



Me n kwn sekerja & anak bos



sebelum balik bilik, kita tangkap gambo sekeping. 2 org lagi dah blk bilik dulu.



ece ceeee. baju dinner katanya.


Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Semua hepi. Pasti meninggalkan banyak memori manis kepada mereka yg diraikan. 

Sekian.


Wednesday, April 15, 2015

Ragam orang bekerja


Assalamualaikum..


Adakah kita ikhlas dlm pekerjaan kita?

Hmm ikhlas lah jugak. Kalau x ikhlas mesti aku mls nak buat..

Alahh kita kerja ikut jam sudahlah. masuk 8.30 - 5.30 chow. Rajin rajin pun bukan bos nak bagi gaji lebih. bukan naik pangkat pun. bukan dapat apa pun.


Dahlah semua kerja kita kena buat. Gajik dapat hakk tu jugak. baik carik kerja lain.

So mencarik kerja jerla kerjanya.

Dulu aku adala kenalan mcm ni. kepuasan dah xder dlm bekerja. Banyak merungut jer. Kerja x jalan mana pun. Bising jer lebih.


Bila aku cakap sekalik, terus sebulan dia x tegur aku. apedaaa



kes lain dia diam2 carik kerja . Time nak interview MC. Bila dah dpt kerja tuh MC 2 hari, lepas tu terus x datang. ehhhh cam tu pun boleh. Banyak berani..


Ada yg test.. amik cuti 2-3 hari, nak try ok ke x tempat baru tuh. Lepas tu terus x datang .
Aisshh buruk laku sungguh. Udah keluar surat blacklist dr company.


Kalo nak resign apesal x buat cara baikkan. Ginila kalo x der rs sayang kat pempat kerja. nyampah kat bos. so suka hatila buat mcm tu. Barang kat meja sikit2 bawak balik. Cerdik sungguh.


Kalau kerja yg banyak melibatkan orang lagila haru. Nak mintak barang kena hantar kat A. lepas tu A mintak kat B utk approved. Lepas tu baru bg kat C utk issue PO.

Kalaula si B oustation 2 minggu acaner tu. Balik outstation x pasti yg dia akan tengok kerja yg tersusun tuh.


Benda yg simple tp itu pun makan masa. Salah bos or salah org bwhn?


Kenapa lambat sangat. Msk opis buat kerja apa?

meeting 8 jam sehari ker?



tu belum lagi yg muka x tahu malu. bos aku cakap muka mcm kulit cadbury. Aisshh aku yg malu sebab melayu buat mcm ni. Kerjanya tiap bulan SOS @ mintak loan. Nama jer loan tapi 1 sen pun x pernah nak bayo. Keter rosak mintak sos tomato. Nak raya mintak sos cili. Hujung tahun mintak sos tiram.


Kalo nak menolong kita xperla jugak. Ni bila ada sesuatu hal berlaku, kita sebut nama dia pun boleh dia naik hangin. Jgn sesekali sebut nama dia. Dashat. Ngaper la takut bebeno namanya disebut. Takut org tahu yg kita kenal ker. Laa x kan tu pun nak takut. mestilah masing2 kenal sbb buat kerja yg sama. Aisss ada jugak bodoh nya disitu.


Itu belum lagi yg jenis manja @ pemalas sebenarnya. X der nak usaha lebih. Semua nak disuap. Semua nak diajar satu satu. Semua nak diberitahu.

Kita yg senior bkn x nak ajar semua, cuma kdg2 nak test tengok jer. Ada inisiatif nak usaha sendiri tak.


Sekarang semua serba canggih. Internet ada boleh ty cik google.


Aisshh kdg2 bila kita menjadi ketua , tekanan perasaan kejap.


offmate jenis sopan santun aka SLOW. bab bercakap no 1.


Bila awal tahun kenaikan gaji sedikit, bonus dapat sikit sedangkan org lain dpt banyak so kenala muhasabah diri tu. kenapa aku dapat sikit dia dpt banyak. Jgnla kita pikir org tu kuat bodek sebab tu dia dpt bonus byk.


X semua bos suka dibodek or senang dibodek. X semua....

Ada perkara yg bos buat penilaian jugak.


kadang kadang pandai sangat pun menyusahkan diri. Udah jadi tempat pertanyaan. Hmm anggap berkongsi ilmu jerla time tu.  Banyak kerja yg bukn skop kita pun kena buat. Sedangkan skop asal kita buat 1-2 task saja. Penat disitu tapi reward diakhir tahun. Alhamdulillah kalau bos ingat :)

^_____^


Sekian jom kerja.




Wednesday, September 24, 2014

Projek mem'bunga' telur tisu..


Assalamualaikum semua..


Sekarang ni semangat aku ngah berkobar kobar dengan 1 projek ni.

Alaa bukan projek jutajuta la.. 

Untung sesen pun xdo.. buntung lagi adala


-________-


Tapi sebab projek ni mcm ada feel kasih sayang .. tu yg semangat ajer



tadaaaa


aku perkenalkan.. inilah projek aku tuh..

Kalo boleh siang mlm nak mengadap si bunga ni ..

Nasib baik Aiman ngan Dsa rajin nolong..

1st time aku buat bunga ni, dia punya stress sampai aku x boleh tdo mlm tu. Aish jiwa kacau betulla.
Esok pagi terus aku google cara2 nak buat bunga ni. 
Siap rekod lagi cara cara nak ikat reben.
Teruknyala ikat reben pun x tahu.

Ooo x teruk sangat, memang aku x tahu ikat reben.
Nasib baik eksaited, sanggup belajo.



Akhirnya tahula nak mengikat reben selepas mintak bantuan drp Cik bos.
^__^



Ekceli, trend bunga telur tisu dah lama sangat berlalu.. 
Aku jer baru terhegeh hegeh nak belajo buat.



1st time aku nampak bunga telur ni ms adik ipo kawen .. My biras yg buat. Terus tersuka. Terus nak belajo buat sebab nampak canteknya canteknya.

Bila mntk biras tolong ajokan, dia ckp " ala senang jer. lipat lipat jer. Jadila ".

Aiisshhh x kan senang sgt kot. Mcm x konpiden jer




Ni la bunga yg biras aku buat tuh..

Simple but Nice



Dan ini pulak hasil tangan aku yg udah mula nak tumbuh kematu.. Dok melipat riben guna dawai halus tuh.. 

Yg aku baca kat blog, ramai guna paper creepe jns halus/nipis. Tapi ms aku beli hari tu lupa nak kompem blk kat google. Udah terbeli jns crepe yg keras. Yg pink tu guna crepe keras
Geram jugakla sebab tersalah beli. Esok paginya, sblm msk opis p cari kedai stationery dulu. Carik paper creepe yg nipis. Nasib baik ada. Yg purple tuh
Puas hati -___-

Ginila perangai aku 
Selagi x dapat asik teringat ingat aje


Aku suka buat benda2 mcm ni tapi kena ada sample. Baru menjadik. Tu pun hampir2 jadila.
Not perfect 100%.

Otak x kreatip, harusla ada contoh. Heeee

Bukan x nak beli tapi lagi suka membuat. 
Puas hati itu yg dicari.



Yg ni cantikkan. Kemas jer. Riben tu tegak jer. 
Apesal riben aku lembik jer. 



Plan xderla nak buat byk sangat. Dlm lingkungan 50 cucuk jer.

Majlis kecik kecik jer. Adala seri kat citu.


Thursday, February 13, 2014

Bila aku jadi staff multitasking


Assalamualaikum..


Aiyoyoooo .. lama tarak nampak u punya muka.

Ni ler jadinya kalo staf kena buat semua jns kerja..

receptionist banyak

admin cikit

akaun major

tea lady rutin ( buat air 0 ajer )

cleaner cikit
.
.
.
.

Okeh


Kerja kerja kat atas aku masih boleh handle..

Tapi kalo tetiba aku kena jadi programmer..

APE!

PROGRAMMER


...pitam...


Sebab tu aku diam diam ajer minggu ni

huhuhuhuuu

sambung wat kerja..




Bila gaji naik haruskah beban kerja pun naik jugak?


Ohh


Friday, February 7, 2014

Peel Delisha Mengaji


Assalamualaikum

Semalam corat coret psl EKSPERIMEN ngan anak2 kan.. Last stmn ada mention psl 1 lg aktiviti yg selalu buat tiap malam..

Okei. Ni dia



Ulangkaji Iqro

Model kat atas tu selalu sangat skip kelas Iqro ngan mak dia. memang nak kena rotan ni


Ekceli tiap kali Aiman habis kelas  I.Q.R.A.', aku akan buat revision cikit kat umah. Just nak menguatkan tahap ingatan dia dgn hurup2 tu.

Kadang2 aku memang pelik dengan Aiman ni.

Bila aku suruh dia baca Iqro tu boleh pulak dia sebut satu satu. Sekali pergi dia boleh ingat hurup yg dia baca hari tu. Naper bila aku ajar hurup2 abjad & nombor ni dia selalu sangat lupa. Garang sangat ker aku nih.

terkebil kebil Aiman nengok bila mak dia mula hangin

Sungguh aku pelik. Kadang2 tahap kesabaran aku memang meletops. Aku mencik sungguh kalo mengingatkan masa masa aku jadi hulk ogen.

Selalu aku ingatkan diri supaya sentiasa bersabo masa ngajo Aiman. Tapi tula

 Arggghhh


" Ya Allah, berikanlah aku kesabaran yg tinggi dalam mendidik anak2 ku ini.."

sabo sabooo astagfirllahalazim...


Delisha suka ikut apa yg abg dia buat. Abg dia ngaji dia pun nak jugak. Tapi mengajar Delisha lebih mencabar drp mengajar Aiman.



Bila baca a ba, dia ikut a ba jugak

Sekali tukar ta sa haaaaa dia mula ajor aku balik.. Lepas tu start gelak mcm kat atas tu..

Adoiiii

Korang nengok ajerla keletah dia ni.. maleh dah mak nak ajo nak



Agaknya suka kot dpt main kan mak dia.. Ni kes balas dendam bg pihak abang dia kut.

Komplot upernya



Dahpenat gelak sambung baca balik.. huhh

Sebenarnya dia hover sebab bibik dia ngah tangkop gambo dia. Kunun nak bagi gaya yg sangat menbahagiakan sangatla tu.

Nyampah



Okeila lepas ngaji baru ajar Aiman baca & menulis.


Ngaji
Menulis
Membaca
.
.
.
.
Main game
Layan upinipin/boboiboy/pdzmndahulu
.
.
10.30 titon

Mak pulak layan fb bagai


Friday, March 1, 2013

5 tahun dah..



Assalamualaikum kwn2  :)


Hari ni dah genap 5 thn usia perkahwinan aku bersama suami terchinta...

Alhamdulilah, semuanya berjalan ngan lancar..

Alhamdulillah, dikurniakan anak anak yg omeiii

Alhamdulillah, masih menyayangi & memahami antara 1 sama lain


Majuk majuk, terkecik ati tu adala cikit cikit..  tapi xderla nak diperbesarkan..  yg mana leh dilupakan just lupakan sajala ia..


Kalo dah x leh dipendam lagi, berterus terang jerla..  dipendam pendam kang makan dalam lagi susah..


Kalo tersalah laku, cepat2 mintak maap..

X puas hati, bgla message panjang2..hahaaaaha (jenis malu nak ckp depan2).


Ya Allah, Bahagiakanlah rumahtanggaku hingga ke akhir hayat..


AMIN..




apak marah mama, ebob tembak t...


mama, mengooong




tu ajer



Wednesday, December 12, 2012

Aper ada pada 12.12.12 & No 31



Assalamualaikum wbt


Hari ni ramai org kecoh memperkatakan dengan tarikh hari ni.

12.12.12


Ape yg hebat sangat dengan no ni ?



X tentu pasal hari ni wall kat FB aku pun sesak, penuh, padat.


X pernah berlaku mcm ni.


Benda apa yg aku dah miss hari ni yer??



" Mama, udah2 la tu.. nyampah Aiman tengok mak pura2 x tahu "



kekekkeee




Ohhh hari ni birthday akula rupanya.


12.12.12


toing toingggg


Udah 31 tahun aku hr ni..


uhuk uhuk tersedak tetiba


"selamat harijadi Muzalifah Md.Badar"


Semoga jadi mama yg Mithali

Iseri yg solehah

Anak yg solehah jugak




Mcm biasa xder hadiah dr papa.. nyampah..

Dpt msg pun kul 9am.. nsb baik am, kalo pm memang aku merajuk 2hari 1 mlm





2 budak kecik ni hadiah paling berharga dlm hidup aku  :)




* kalo leh xnak org tahu hr ni besday aku tapi pg2 bos dah wish HB  :) *







Wednesday, August 15, 2012

Bila bapak ambil alih tugas mama



Salam semua   :)


Akhirnya smlm aku pergi beriftar bersama bos2 & buss partner..  Tu pun selepas diceramah oleh 2 org mem besar ..


Sbb mkn bersama bos2 besar maka tiadala sebarang gambar.. hahhaha malu sih lagik2 hp xdo.. seganlak nak kuarkan kamera.. pelikla diorg tengok t  :)


Mkn jenis berhidang.. chinese food.. ada 10 dishes kut smlm.. sampai ke desert perut dah full sangat..  kena kunyah 40 kali nak habiskan kuih tepung gomak ( ehhh betulker) tu..



Rasa mknn, okeylahh...  berbaloila ngan harga dia compare ngan marriot hr tu



So smpi umah lbh kurang 11.15pm.. tu pun sempat beli paprik campur kat Lokas makana utk bersahur t..  smpi jer terus msk nasik & kemas dapur cikit2..  lps bsh muka baru jenguk anak2 dlm bilik..


Hmm abang dah terbongkang atas katil ngan hanya pakai drypers ajo.. adik baring kat bwh ngan huby..


"lambatnya ma balik"....


Aku... diam jela



Lps mandi baru leh gomol anak2.. hmm mama mintak maap yer sayang... kesian diorg x jumpa aku mlm ni..



Bangun sahur dikejutkan oleh huby...

"adik tdo lena x ma"... "lena"..


"dia nangis mlm tadi nak tido, pa buatkan susu lactogen (susu abg ebob) 3 auz......."


x sempat huby ckp byk aku dah potong... " naper x bg susu dlm fridge tu "... "mn sempat nak cairkan".. ohhhhh hati dah sebu...frustrated tol


Aku bangun nak pnskan lauk, delisha pun terbangun sekali smbl meraung.. aku biarkan ajer.. geram


Sambil siapkan mkn sahur sempat fikir, hmmm susu tu air je...adik pun dah belasah mcm2 air.. hmmm xkisahla kalo dibg minum susu formula pun.. bukan slh besar pun ( ntahla )... huby buat pun utk bg adik tdo.. bkn nak buat aperkan ( sdpkan hati )..


So lps sahur adik ngan abang berjaga sampai kepagi ni.. ohhhh masing2 rindu kat aku ke..


kul 8am baru dia tido balik.. huby ckp dia tunggu aku smpi kul 11pm :(


So adik nak msk 10 bulan dah mnm susu formula..  abah yg bagi


Hmm ni baru beberapa jam kena tinggal ngan bapak diorg, x taula kalo sehari




Tuesday, August 14, 2012

aku x sanggup dan x mampu rasanya



Sekarang ni kat wall fb melambak2 org jual online.. nak aper semua ada.. belacan  jer xder lagi org jual ...  kalo ikan pekasam tu pun dah ado...


Ramai gak kwn2 aku dah join jual2 online ni..  alhamdulillah semoger rezeki mereka melimpah ruah.


Cumer nye bila aku tengok harga brg yg dijual tu mcm.. erlllppppp mcm x nak percaya ajer..


Sehelai tudung ala ala fareeda berharga RM160.. air liuq tersangkut kat tekak...



tudung fareeda.. ni selai rm175
sumber: fareedaonline.com


Ada ker org nak beli yer (mestila adakan) .. tengok cam biasa biasa ajer.. hmmmm  teruknyala taste aku ni kan.. low taste tolla mak kamu ni aiman, delisha..


Hmmm ampun ya, kalo selai sampai rm160 xyah ada pun x per.. kalo ada org nak belikan pun mcm alaaa x yahla, beli jerla tudung yg rm20 tu pun dah ok sgt..



Bg aku kalo dah cecah rm50 ke atas tu memang dah mahal sangat.  sedang kan hari2 kena pakai tudung yg berlainan..  berapa nak bajet utk tudung ajer.


Selai tudung (kalo rm50 selai) tambah bbrp ringgit lagik leh dpt 3 kotak susu Aiman.. bersamaan hampir 1 bulan stok..


Mungkin kena tunggu gaji aku capai Rm5k baru leh beli tudung hg rm100 selai.. agaknyerla..


Ohhh...


Nak bayar baju raya sendiri yg berhg rm160 pun dah pot pet pot pet...


* xkesah pakai brg murah yg penting keperluan anak2 lengkap sempurna *


Wednesday, July 25, 2012

Aku sudah tua!



Aiman, Delisha  mak baru 31 thn ( ikut bulan lom lagi yer ).....


Ngaper mak ni pelupa sangat macam org tua umo 70thn..


Pagi tadi ngah drive nak p kejer, tetibe...... Alamakkkkk.... dompet duit tetinggal la dlm beg baju anak2.. seblm hntr diorg tadi dah igt dah nak amik...Hmmm xperla, insyaallah xder aper aperla...xder duit xyahla p singgan param..jimattt mak kamu.. myk keter pun  full lagik



Tetiber.... ALAMAKkkkkkkkkkkk.....  HP mak ko pun tertinggal dlm beg baju korang jugakla... huhuuuuu


Bio xder duit tapi jangan x bawak HP... x tenang nak kejer nanti...


Terpaksala uturn balik.. adooiiiii buang masa dah


Nak balik umah jln memang clear tapi nak p ke arah  tpt kerja terpaksa facing jem kali ke 2..


Per nak buat....



pemandangan hari hari yg sgt indah kan 


Monday, June 25, 2012

Nak comelll selalu

Assalamualaikum wrt


COMEL


Sesuai ker word itu utk ibu beranak 2 yg anak2 dia sgt comelll dihati & mata dia....  huhhhh susah nak phm statement ko ni muja oiii



Pagi ni hati ibu sangat berbunga riang..


Puteri comel dia sudah beransur pulih drp demam hari mingggu...  yesss ibu anak 2 itu bercuti dengan hati yg penuh kesabaran..  melayan anak kecil yg tidak pandai berkata " mama, adik demam..huhuhhuuuu " . Rasa seperti nak ikut anak kecik itu menangis sekali.. Uwaaaaa


Penat, stresss sungguh jika anak anak kecik ini sakitkan.  Rasa nak cepuk cepuk jer bila anak kecil ini x nak diam..  Astagfirlallah.....  istigfar banyak2.  Inilah ujian utk ibu bapa dalam membesar kan anak anak.


Bersyukur kerana kamu dikurniakan dengan anak anak comel ini.  Kesian mereka yg masih tidak mempunyai zuriat sendiri.  Kamu jgn lah nak memukul mereka sahaja.  Ini semua ujian biasa pada ibu bapa.



Hmmm kenapa mukadimah ni panjang sangat. hohohoooooo


Pagi ni ibu anak 2 berhijab lain drp yg lain.  Mlm tadi ada sessi trial didpn ayah. " waaaa, mama beli selendang la dik ".. bertuah tul ayah kamu berdua ni. Mesti dlm hati berkata " alaaa sekali pakai jerla tu" huhhhhh






Walaupun saya sudah beranak 2, hati saya masih muda remaja. hahhahahha.

Saya sahut nasihat mereka yg menyayangi saya.  Yg penting saya mahu kelihatan comel dimata suami dan anak anak saya.


Tataaa  :)




Thursday, May 10, 2012

Lupakah atau Cuaikah



Ini mokcik.......

Macam umur dia dah 60 thn  ( nenek 60thn pun x luper mcm ini mokcik )








Pagi ni ntah yg keberapa kali dlm tahun ini...  Kunci umah termasuk dalam beg baju anak-anak.  Kunci kereta terselit tepi poket beg baju anak anak gak..  Lepas tu pagik pagik bapaknyer dah gigih bwk beg baju tu masuk dalam keter. Alasan sbb mak mengeluh byk sgt benda nak digendung pepagi.



So , bila dah berlaku mcm ni nak mintak tolong kat saper.   Kenala buat suara manja kol bapak suruh balik jap.  Tolong bukak pintu umah.  Tolong bukak kereta.


Pagi tadi dah kena bebel ngan bapak sbb bukan senang senang dia nak balik umah. Huhuuuuuu


Ampun pak, mak dah anak 2 ni.  Makin pelupa tul.. Nak ingat pakai baju aper hari Isnin pun dah x ingat.



Selalu lagi haru biru bila time tu gak HP bateri kong.  Mcm pagi ni gak.  Nasib baik kat umah ada 1 lg hp.  Mak jadi 'Maikgaiver' ( sebut ikut ejaan yo ) jap.  Time ni la baru nak bijak pandai. Nasib baik HP tu pun nak bg kerjasama gak. Kalo x , kalooo x........ x taula



Adooiiii mak udah 3seriesla...  nak kena mkn kismis banyak banyak ni



aper motip mokcik letak gambaq sendiri ni... gediksss



* Bila snap buat mulut muncung , bapak kata umur 16 thn okla. amboiiii mokcik masih berjiwa remaja tauuu  :) *