Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Tuesday, August 14, 2018

Marfan Syndrome

Assalamualaikum wbt


Rezeki anak berbeza beza. Bila dah ada anak 3, fikir yg diri ni mcm tahu semuanya, Rasanya tak betul tu. Apatah lagi kalau jarak anak antara 1 sama lain sangat berjauhan. Masalah anak anak pun tak sama. Ada yg biasa biasa je. Jarang yang luarbiasa.

Marfan Syndrome. 

Umar ada sikit simptom sindrom tu. 
Genap Umar 2 thn bulan lepas so dah boleh buat pemeriksaan susulan dihospital. Banyak pemeriksaan yg perlu dibuat. Bukan senang nak detect benda ni ada ke tak der. Bersabarla.


Semalam jumpa doctor buat pertama kali bg pemeriksaan Umar ni. Hasil keputusan darah semua ok. Cantek. Buat ujian mata pun Alhamdulillah. Tak adala yang dislocation. Doctor sahkan xder simptom2 ke arah sindrom ni. Untuk power kena check thn depan pulak.


Hujung bulan ni nak periksa jantung pulak. 
Apa yg aku boleh katakan, hingga ke hari ini Umar jauh drp sindrom tersebut kecuali bentuk dada dia saja. Itu paling nyata. 


sumber: google

Bentuk dada Umar kedlm (mcm pic kiri tu)




Semoga Umar baik-baik saja. Amin.

Thursday, February 16, 2017

Demam nak tumbuh gigi rupanya


Assalamualaikum wrt

Semalam aku ada bg tahukan yg Umar demam. 
Otw balik umah sempatla wasap ngan pengasuh. tanya kondisi Umar camner.
Senangla nak bersoal jawab ngan doctor nanti.


Umar hari ni tido ajer kak.
mkn 3 suap dah tdo balik.
Ni tido lagi.

Hari ni dia macam lemah ajer.
Lompat lompat pun xder.

Muka sedeh ajer.
Asik tengok buaian nak tdo ajer.
Suram hari ni.


huhuuu sian ank mak.


So mak bawakla jumpa doctor.


Doctor check paru paru, semuanya ok. Adala demam sikit tapi x tinggi.
Check mulut pulak.

ooooo nak tumbuh gigi ni.
Tu dah nampak putih tu.

Begitulah kata si doctor yg encem.. ^__^


Gelakla si emak mendengarnya.
lega hati ni.

demam sebab nak tumbuh gigi rupernya.
Samala macam abg Aiman ni.
Nak tumbuh gigi demam.




Aku ada rasa gak kat gusi dia, kot2 ada benda keras. Tapi x der pulak.
Doctor cakap mcm baru nak tumbuh. Tu yg sakit smpi demam.


Hmm sedangkan org tua bila sakit gigi pun leh jadi mcm org gila, bunyi bising x boleh, bunyi slow pun leh terganggu, inikan bayi 6 bulan.


Emak pun x leh nak buat apa. Just monitor demam jerla. lap lap bdn jgn bagi pns sangat.

tabiat baru - gigit segala benda yg dicapai

Tadi dah  ty pengasuh kondisi Umar hari ni.



tu dia..

Back to Normal. :)

udah melompat bintang dia pagi ni.
Siap sediala semuanya.

kikiiii


Wednesday, October 12, 2016

Umar batuk

Assalamualaikum..


Nak kabo, dah 2 hari Umar batuk.
Semalam ms ambik dia kesian aku tengok. Dia nk cakap tp x keluar suara. Suara dah mcm anak kucing jer.


Alahaii siannya kalo bayi sakit. Nasib baik x behingus lagi.


Aku perasan kat taska bbdk kecik adala 2-3 org yg berhingus. Hingus pekat pulak tu. Aduhhh
Aku pun mengaku yg lately aku kerap mnm air sejuk. 
Nescafe ais. kopi ais. sebb nk fresh pagi2.
Almaklumla mlm tdo kerap terjaga. Lagi2 bf. mmg kena berjaga.


Sbb dah batuk aku pun stop mnm ais.


~ budak manis yg x brapa sht ~

Nasib baik Umar x meragam.


Sian betulla bila dengar dia menangis. Suaranya tu.. haluuuss sgt
hmmm bila full bf memang kita kena jg mkn dan minum. Kalau x jadi mcm inilah. Anak pulak terkena.


Mama mintak maap ye sayang.


Tuesday, June 7, 2016

Dugaan hari sebelum berpuasa


Assalamualaikum ..

Selamat menjalani ibadah puasa buat kwn2 yang membaca blog ini.. Tuan blog belum bersalin lagi.. Hujung raya edd nya.. Insyaallah.. blog kosong sebab mcm byk kerja nak diselesaikan sebelum bercuti panjang.. 

Almaklomlah, kandungan dah masuk 32 minggu. Apa saja boleh berlaku kan.


Jumaat sampai semalam aku bercuti. Saja je cuti nak rehat. Konon nak kemas kemas umah. kemas apa yg patut. basuh clothes diapers yang dah 4thn dlm stor tu. Nak basuh botol simpan susu. Tapi yang mampu aku buat cuma basuh clothes diapers ajer.


Sepanjang minggu lepas Delisha demam pulak. demam on off. Mlm badannya panas sangat. Masuk ubat bontot pun panas lagi. Bibir kering sampai berdarah.




Kesian aku menengoknya.

Hari khamis dia x nak p taska, terpaksa aku bwk p opis. Sampai opis mcm ok jer sampaila lepas blk lunch dr jj.. terus panas balik badan dia. Tido pun meracau racau. Nangis.


Balik opis terus aku p klinik. Sekali cek temperature 41 darjah celsius. Doctor cakap lidah pun dah mula merah2. 

Doktor suruh aku monitor bdn dia. Kalo dlm ms2 hari ni panas lagi kena p spital terus. Test darah. Takut denggi. Adoiii risaunya. Denggi.. ohhhh takutnya dengar.



Aper lagi, start mlm tu sampai esoknya aku dah jasi nurse kat umah . Paksa dia mnm air bebanyak. Ubat mmg ontime. Lap2 bdn dia bg kurang panas. siap suruh dia rendam dalam besin air. Siap bg minum air jambu merah lagi. 


Yg buat aku lega sikit bila bbdk ni masih aktif waktu siang. edakla terbaring lesu jer. mau gak main kejap jap.


Mlm jumaat tu plan nak balik kg. Tapi sebab Delisha udah mcm ni, x jadila nak balik. Susah pulak kalo  jadi apa apa nanti. nak p spital pun jauh kat kg tu.


Hari sabtu badan dia udah x panas. Alhamdulillah. Memang aku srh mnm air jer. X nak mnm air aku ugut nak hantar spital. Takut gak dia. Lepas tu dia ingat janji dia ngan doktor. Kena minum air bebanyak.


Itula yg berlaku sebelum menyambut ramadhan. Cuti nak mengemas udah jadi cuti menjaga anak. Apapun bersyukur sangat sebab aku apply cuti hari jumaat tu. Puas hati dapat jg anak sendiri ms sakit ni.



* perut ni kadang2 rasa macam di garu garu, kadang mcm ditendang tendang. terkejut mak nak. Kita puasa tau hari ni.. Jgn noti sangat yer *



Friday, July 3, 2015

CEMAS!


Assalamualaikum..

Usai semayang magrib malam tadi kakak aku kol.


" Bapak tenat! :


haaaaa


mcm mn bpk tetiba boleh tenat..terpikir sejenak dlm kepala aku.. 

Disebabkan intonasi suara akak aku masih terkawal so aku rs xder yg teruk sangat ( nyedap hati )..


Bapak x sedar diri menjelang nak berbuka puasa. Masa tu aku pun dah stnby dok depan meja. Hp dah sorok bawah sofa tak bagi anak2 main. Sekali sorok udah terlambat dapat berita penting.


Bapak aku kan ada kencing manis. Disyaki dia mengalami hypo.


Perkara-perkara berkaitan dengan kencing manis: Hypoglycaemia (Hypo = rendah, glyc = glukosa atau gula, aemia = darah)

 Keadaan ini berlaku bila terlalu banyak insulin di dalam badan menyebabkan kandungan gula di dalam darah menurun ke paras yang lebih bawah daripada normal. Keadaan ini juga dikenali sebagai "Insulin Shock". Ia boleh berlaku disebabkan pemberian ubatan yang melebihi dos yang diperlukan, umpamanya pada waktu awal-awal pemberian ubat kerana doktor pesakit masih belum boleh menentukan secara pasti dos yang perlu diberi. Ia juga boleh berlaku bila: berlakunya pertambahan dalam aktiviti yang berbentuk fizikal, yang tidak disertakan dengan penambahan makanan atau pengurangan insulin. pesakit makan sedikit daripada biasa, dan tidak disertakan dengan pengurangan insulin yang diambil atau pengurangan aktiviti fizikal. terlebih ambil insulin. lambat atau tidak makan. mengambil alkohol berlebihan. Sekiranya ini berlaku, pesakit boleh pengsan. Ia perlukan rawatan serta merta.  Selalunya pesakit kencing manis boleh mengetahui bila kandungan gula di dalam badan mereka rendah.

 Antara tanda-tandanya ialah: *Berpeluh (sejuk). *Tangan menggeletar (trembling). *Rasa lapar. *Penat. *Pening. *Degupan jantung bertambah. *Rasa keliru (confused) dan 'moody'. Sekiranya ini berlaku, pesakit perlu menambah kandungan gula di dalam darah pesakit secepat mungkin. Ambil makanan atau minuman yang mengandungi glukosa atau gula secepat mungkin. Selepas itu, pesakit perlu menambah pengambilan karbohidrat seperti susu, biskut, dsb. Pesakit kencing manis perlu sentiasa beringat dan membawa bekalan gula glukosa dan makanan supaya keadaan ini dapat diatasi segera. 

copy & paste: http://mnidotcom.blogspot.com



kat klinik kampong.


kelam kabutla bila bpk tiba tiba x sedarkan diri.

mata dah tertarik tarik ke atas.

huuuuuu scaryyyy


Alhamdulillah, selepas terima rawatan bpk mula stabil. mula sedar & ingat kat anak anak



lepas isyak mak menemani bapak p hospital ngan ambulan.



Kol 1am baru dapat masuk wad.

terima kasih adik sebab ambil berat.



udah kena admited.

Akhirnya bapak merasa gak tido kat spital setelah banyak kali terlepas.

Anak2 lagi suka bpk kat spital sebab dia boleh rehat dengan betul.

Kat umah bukan x rehat, pantang rasa sihat panjang langkahnya nak kekebun.

bapak bapak, dah sakit sakit pun sebuk nak kerja.



gagah lagi tu bwk motor. ishhh

Inshaallah, kalo keadaan bertambah baik bpk akan keluar esok.

Semoga semuanya baik baik. Aminn

Thursday, October 16, 2014

Suka Duka dalam 1 masa


Assalamualaikum..

Betullah.
Kdg kala sesuatu perkara yang berlaku pasti ada hint atau petunjuk daripadaNYA.

Mungkin kebetulan saja.

Macam perasaan - hati tiba tiba ber-debar.

Tengah gelak ketawa tiba tiba jantung dipdupdap..


Cam spetang semalam.

Ngah borak2 ngan opismate boleh tiba2 rasa x sedap hati.

Oh Tuhan, lindungilah ahli keluarga ku.


X nak rasa apa apa. So abaikan saja perasaan itu.


Lbh kurang pukul 7lebih, adik bg tahu kakak ipar di kampung srh kol abang pukul 8mlm nanti. Ada hal urgent katanya.


Ohhh hati mula risau balik.


Betulla apa yg aku rasa petang tadi. Ingin diberitahu sesuatu.


"Doktor cakap kaki bapak kena potong"

Ohhh



Pertama kali kaki bpk dikerjakan , urat2 kat jari tu pun dah kena potong. memang jari tu dah xder rasa apa katanya.


Kemungkinan 2-3 jari akan dipotong.

Itu adalah cara yang terbaik sebelum merebak ke tempat lain.

Bapak redho. 

Anak anak sentiasa sokong.

Apa yg terbaik kami ikutkan saja.

Sepatutnya petang semalam doktor dah nak potong jari jari tu tapi abang mintak delay dulu. Mintak pandangan adik beradik yg lain. Juga memandangkan majlis walimatulurus yg akan berlangsung pd hujung minggu ini.


Apapun tunggu esok pagi. Potong tetap potong cuma bila x pasti.

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan.

Amin



Monday, August 25, 2014

Bapakku pesakit DIABETIS..


Assalamualaikum

Bapakku seorang pesakit DIABETIS melitus


Mula mengetahui dalam tahun 2005.

Sikit demi sedikit, tanpa sebarang rawatan, tanpa pantang dalam pemakanan

Inilah hasilnya sekarang



Daging ditengah tengah kaki itu sudah dibuang..

Luka itu disapu dengan gamat dan iodin.

Tanpa disedari ia kering diluar tapi bernanah & lembik di dalam




Kini bapak perlu ke kinik setiap hari untuk dicuci.

Setiap pagi tengah hari dan malam perlu dicucuk jari untuk mengambil bacaan gula dlm darah.

Insulin dicucuk siang dan malam.

Ohhhh udah mcm doktor aku lihat bapak ku ini.


Pak, jaga diri bebaik. Pantang mkn minumnya kalo x nak mudarat.


Bapak " angguk dan iyer " saja.

Selalu dia termenung merenung luar. Pergerakan sudah terbatas. x digalakkan berjalan selalu. Biar rehat saja kakinya itu.

Mak cakap " bapak takut tu.. "


Takut kakinya dipotong.


Sedih aku melihatnya.

Sedih sebab anak anak kena mkn diam diam. X nak bapak tahu anak sedang makan apa. nanti dia teringin jugak. Tapi kdg kala dia belasah jugak. Aiss mak geleng kepala.


Buat peringatan pada anakanak supaya jaga pemakanan ketika masih sihat dan muda ini.



Tuesday, May 21, 2013

Klinik 1Malaysia


Assalamualaikum wbt


Sabtu lepas, suami bagi tahu badan dia gatal gatal.  Tergaru garu sampai bengkak.

"pa makan aper tadi?...  mkn biasa jer..xderla pelik2 "


Kegatalannya itu melarat larat sampai hari ahad.  So dipagi ahad yg hening selepas kami mengeteh dikedai alamamak, berkunjung kami sekeluarga ke klinik 1Malaysia.


Haaa buat org BSP yg x tau tu, Kat tempat kita dah ada dah klinik 1M.  Dekat dengan kedai tayar.



Tu diaa... bangga saya jadi rakyat malaysia..Terima kasih kpd kerajaan Malaysia kerana menyediakan klinik ini kepada kami, golongan yg tdk mampu utk pergi ke hospital swasta..





Suami dapat no 5..  ingatkan mlsla nak menunggu dalam klinik ni tapi memandang kan no 5 terpaksala aku ikutkan suami.



Yer kawan kawan no 5 diklinik swasta dengan klinik 1M adalah sangat berbeza.  Hampir 50mnt jugala kami berumah diklinik ini.  So jgn nak bising2 yer, jika nak cepat pergila keklinik lain..




Nasib baikla ada tv sebagai penghilang bosan.



Anak2 yg menemankan bapak .  

abg tanya " papa buat pe tuuu? " kikiii


MA (medic asst) ckp apa pa?

Alergik seafood kut...

Aikkk bila masa kita mkn seafood pa..


Ntahh..



Yang paling aku & suami x tahan bila MA tu cakap sepatutnya suami kena injection baru cepat ok.  Tapi ubat injection tu xder.  Mungkin baru kehabisan setok agaknya.

Maka MA cakap, mknla ubt ni sejam sekali.  Bila suami makan dia rasa mcm mkn ubt selsema ajer.  Terus sakit kepala.. Aissss



Semalam suami pergi klinik panel , doctor kata perlu di inject tapi memandangkan suami naik mtr & perjlnn pulang kerumah agk jauh.  Takut pulak tertidor ditengah jalan .  Maka dibekalkan ajer ubat mkn & sapu.


Di klinik 1M ni juga ada disediakan perkhidmatan cucuk/vaksin utk budak2.  Tapi mereka dah tetapkan berapa hari bulan utk cucuk2 itu.  Silala rujuk disana.


Sebelum ni aku ingat klinik 1M ni mcm klinik swasta, pekerja2 org biasa cuma pengurusan oleh pihak kerajaan.Rupanya tidak.  Nurse adalah mereka yg terlatih sebab diorg berpakaian uniform mcm kat spital2 tu.  Cuma klinik 1M bukan sentiasa ada doctor, tapi kdg2 MA sahaja.


Yg pasti yuran memang RM1 sahaja.


So lepas ni nak dtg lagi ke x?


heheee xperla, kita bg org yg betul2 memerlukan la pa.



Tuesday, February 26, 2013

Gara gara chiken pox..



Aiman ngan Delisha x boleh pergi ketaska..


Aku pun dapat agak ngan perkara ni..  petang semalam bila nak amik Delisha pengasuh tu ckp, Delisha xleh hntr sampai betul2 sembuh aka c.pox tu terkopek.  Aiman pun sama kena cuti lagi2 c.pox dia baru nak keluar.  Kalo mcm tu mau 2minggu lagi kut baru leh hntr bebudak ni.. :(


Sekarang ni mcm dah musim ciken pox ditaska pulak.  Selain Delisha ngan AIman , dah ada budak lain jugak yg terkena ciken pox ni.


Bila dah berlaku wabak mcm ni, mak la yg paling penin kepala.  Saper nak tolong jaga anak2.  Nak cuti lagi, minggu lepas jer dah cuti seminggu.  Nak hantar Aiman balik kampong rasanya redha lagi tapi camner ngan Delisha.  Budak kecik ni kalo terjaga tengah malam x nampak bayang mak dia mulala melalak mcm nmpk kucing.


Xder cara lain melainkan mintak tolong mak aku datang rumah. Serba salah aku nak mintak mak aku datang sebab kesihatan bapak aku pun bukannya baik.  Dah tua2 ni selalu jer skt2 badan.


Lega sangat bila mak aku dapat datang.  Baiknyala mak aku ni, sanggup nolong anak2 jaga cucu.  Macam dah menyusahkan jer.  Dari kecik sampai dah kawen asik nak mintak tolong ajer..  Segan sungguh


Pagi tadi Aiman menyanyi riang bila aku gerak nak p kerja cuma Delisha meraung jap .  Budak pompuan tu memang gitu.  Mak dia mandi pun dia leh meraung. manja toll ko dik..




Aiman asyik menggaru2 je kat tpt yg ada c.pox tu.  Delisha hari tu xderla nak menggaru sangat. Udah nak bogel ajer..


Bila bapak dia sapu ubat sejuk kat badan dia, boleh dia masuk toilet berendam dalam besin.  Adoooiiii nak, habis la hilang ubat tu.  Dia cakap hot hot..  sabo jerla..



*mak aku datang siap bawak kelapa tua sebab nak mandikan cucu2 dia ngan kentos kelapa tu*


Monday, February 25, 2013

Chicken POX la pulak



Adehhhhh..

Assalamualaikum korang

Korang pekabo?


Lemau sungguh aku nak menaip ni...aishh

Korang ada carik aku x?


kikiii tutup muka 2 tangan


Adoiiii dik,  anak aku yg kecik tu kena ciken pox la pulak..

Sebab tu sepanjang minggu lepas aku langsung x menjelma walau utk 1 baris ayat pun..


huhuuuu kat fb baru aku tulis, kat mana aku nak sorokkan si Delisha sbb dia sorang yg terselamat drp demam selsema, mana tau xder ribut, xder mendung tiba tiba naik merah merah kat badan dia.. 
ohhh tidaaakkkk




SO pagik selasa tu , aku usung sessi keluarga p hosp Putrajaya.  Setelah berjam2 menunggu akhirnya sampai giliran aku.  Ngan penuh keyakinan aku ckp kat doc tu, "anak saya ni kena ciken pox kut doc.  Ada bintik2 air ni".  Bila doc tu check dia ckp Delisha ada demam cikit. " susah saya nak ckp ni c.pox ke tidak sbb budak2 kalo demam, mcm2 benda leh keluar dr bdn diorg ni . contoh cam ruam ker "..  gitula cakap doc tu. Nak puas hati doc suruh Delisha buat test darah



bergema bilik tu dengan teriakan Delisha... omaakkkkk


Time dia kena cucuk, aku kena keluar.  Tu yg teriak sakan..  sedehh aku dengo


Darah menunjukkan yg semuanya ok ok jer..  so kalo semakin banyak naik dot dot baru refer balik.


Walaupun darah kata ok, tp instinct aku kuat yg kata Delisha kena c.pox..




Petang selasa, dot2 makin clear




dot dot banyak naik kat bhgn leher, ngan kepala..


Malam Isnin tu aku dah rasa pelik bila aku belai2 rambut Delisha & terasa mcm ada benjolan.  Tapi dah ngantuk aku x tengokla betol2...



naik cikit2 kat belah perut & belakang..  sakit2 pun sempat lagik ko korek lobang pusat tu yer dik..aissshhh mengorek ajer ko ni..


Dan dan esoknya...




















hari ke 3..


Pagi2 terus pergi klinik..  Confirm ni ciken pox..


Aduhhhh dah pasti ciken pox aper lagi yg boleh aku buat melainkan menjaga anak2 dirumah.  Xkan aku nak hantar ke kindy lagik.  X ber pe ri ke ma nu sia an sungguhla..


Kesian sungguhla bila anak kecik kena ciken pox ni..  Udahla c.pox yg Delisha kena ni kategori sederhana beso.  Aishh ngilu jer aku nengok..  Nasib baik dia x berapa nak menggaru.  Kalo edak lagi haru..



Hari berikutnya..


Ohhhhh " dah kurang comelll kata acik sebelah umah " :)


Alhamdulillah, wlpn tengok macam periitttt jer Delisha boleh gak tido mlm.  Mkn pun ada selera gak wlpn hr tu kat spital dlm mulut dia ada ulser cikit.  

Korang taula camner kalo anak2 kecik ni sakit. asik nak melekat ngan mak dia jer..


Memang insapla sepanjang aku jaga Delisha ni,  kesihatan itu sgt penting.  Mkn minum  harus dijaga dgn betul.  Gara2 aku mkn lambat x tentu pasal aku pun kena gastrik.. waaaaaa


2 hari perut aku merajuk..  menderita sungguh aku rasakan





hari semalam..


Dot dot udah mula mengering sedikit..


Delisha pun sampai boring makan ubat. Aku bg ubat di wek wek ngan dia..  tersembur2 kena muka aku.. bising bapak ko nak, kata ubat mahal.  makan jgn buang2..



Dan tengah pagi tadi, Aiman mula menggaru2.. huhuuuu


Sah minggu ni turn Aiman pulak kena ciken pox.


Kalo Delisha kena serang kat muka dulu, Aiman kena serang kat bhgn anu dia la pulak.. byk naik dah pagi tadi kat area tu..  tergaru garu dia.. gatal


Awal2 aku dah ckp ngan suami, kalo Aiman kena ciken pox turn dia pulak kena Leave.  Aku dah direct seminggu x pergi kerja.



*terharu bila Aiman cakap " mama sori " bila aku sapukan krim  kat bdn dia tengah pagi tadi*




Monday, February 18, 2013

Sessi keluarga demam daaa


Assalamualaikum wbt


Selamat kembali bekerja yer kawan2.. 
"Kitorang dah kerja sejak minggu lepas la"
"Opsss salah ucapan dah"



Hari ni saya x berapa sihat..  kurang sihat..  acimmmm .  Pagi2 dah telan panadol.

virus demam selsema melanda rumah kitorang..


Ni gara gara bapak Aiman..  yg mula2 bawak virus..

Akibatnya semalam aku(aikk dah bertukar aku pulak) dok terbaring sambil memakai jaket ajer..  1 umah dilarang minum ais sejuk termasuk budak yg baru nak sembuh daripada demam..  Berbali suam jerla sehari suntuk


Memang perit tolla kalo demam selsema nikan..  dahla demam, lmbt mkn.. aper lagi dapatla aku pakej lengkap demam + selsema + muntah..  rasa macam mula2 pregnant ajer.. ohhhhh


Delisha jer yg masih terselamat..  tapi pagi tadi dia dah start acim acimmm...  adoiiii

bebudak ni kalo demam lagi teruk nak jaga..merengekk ajer.. Aiman seminggu demam, seminggu gakla dia x nak makan..  Mak pak dia offer segala makanan yg dia suka, dia cakap " x nak "..
Dah kurus sangat aku tengok..




Budak yg baru sihat



Budak yg kena diselamatkan


Yg kelakar masa Aiman ni demam bila suami masukkan ubat demam ikut vuntut dia..  menangis nangis dia xnak..  Esok pagi2 bangun tido boleh dia mintak kat mak dia suruh keluarkan ubat dlm vuntut tu.. Aiman,,  ubat tu dah kuar masa abang kentot tadi... ooooo  (nasib baik dia leh trima alsn tuhh)



Kalo demam  aku selalu terbau asap rokok..busuk pulak tu..  bau tu macam melekat jer kat hidung ni.. x suka tulla..




Friday, December 28, 2012

Dalam sekelip mata ORG yg kita SAYANG sudah TIADA



Ohhhhh aku terbaca status kwn aku yg sungguh2 meruntun qalbu



Sedehhh.. Terus teringat pada suami dirumah...  Ngah buat aper la tadi.. Mesti ngan gaduh gaduh sayang ngan Aiman tu



Kwn aku tu sebaya ngan aku..  Suami dia telah pergi ketika sedang tidur..


Ohhhh bukan.. bukan meninggalkan kwn aku & larik dr umah

Dia telah pergi selamanya..mengadap ILAHI


X dapat aku gambarkan perasaan dia sebagai isteri..


Bayangkan, mlm tu ngah tido sesama..  Pagi2 nak kejutkan dia dah x bernyawa..

huhuuuuuu



Kalo mlm tadi  layan mesra, gelak2, bergurau senda  alhamdulillah..


Kalo mlm tadi muka monyokkk ajer...


Ohhh trauma seumur hidup..


Aku baca kat fb kwn aku tu, arwah suami dia saspek 'DARAH TINGGI'.






hmmm arwah tu baru 30 thn jer..

Hmm Pak Aiman pun ada darah tinggi gak..penyakit keturunan..

Lepas ni nak ajk Pak Aiman p exercise selalu..  Cuti jer p jln2.  X leh dok umah ajer..Kalo kat umah, lepas mkn mulala nak tarik bantal.



Lepas ni nak buat baik selalu..   Ngah marah pun nak senyum ajer..


Update 9/1/13:  Arwah meninggal ketika sedang outstation..  Ohh dia pergi tanpa isteri & anak disisi.  Saspek paru2 berair + mslh jantung.

Jika pasangan kita ada ckp x sedap badan & sakit2, better check doctor.



*mohon pd Allah, kurniakan aku anak beranak kesihatan yg baik2*




Tuesday, October 9, 2012

Sakit mata la pulak



Assalamualaikum wrt

Semalam aku x kerja.  Kena jg anak anak.  Delisha drp minggu lepas dah sakit mata.  2-3 hari yg lepas semakin teruk pulak mata dia.  Bangun pagi melekat mata dia.  Kena mintak bantuan mak dia tolong bukak kan.  Kesian jer aku tengok.  Kena lap ngan kain basah baru senang nak bukak.




Astagfirllah al azim....   tetiber terbayang benda yg x baik..  nauzubillah.. mohon jauhkan Ya Allah..


Semalam bangun pagi, mata dia masih x baik + demam..  panas badan dia mlm tu..  So bila mak dia tengok muka dia yg sakit tuh,  memang x sampai hati nak bg kat org jaga..  Ntah camnerla diorg jaga t.. Jaga ker,  almaklumla dah ramai budak2 mesti x 100% nak jaga Delisha ajer kan..


Lagi pun ni sakit mata.  Kang berjangkit pulak dgn budak lain.  Kesian la pulak


Bukan ajer Delisha, ngan Aiman sekali pun udah dijangkiti ngan virus tu..  Dah mula merah mata dia..  Dah bertaik mata ajer + demam gak..  


Adik dibg ubat titik mata ok jer wlpn mata dia terkelip2.  Si Aiman tu.. Hmm Aiman lagik.  Ibarat nak  dititis ngan air panas jer mata dia tuh.  Punyerla di pejamkan mata dia tuh.   Aku ingat ubat titik tu rasa pahitla.  Sampai macam nak bergusti jer aku erjakan si Aiman tu.  Aiiishh susah tol nak dibg ubat.  Kalo srh mkn ubat demam laju la pulak bukak mulut.



Hmm Aiman tu susah tul nak makan nasik.  Sanggup dipukul baru nak makan.. Tu pun berapa suap jer..  Udahnyer, semlm 2 kali dia muntah2.  Hmm dah perut kosong, msk angin la tu.   Makan pulak setakat naget ngan ayam goreng.   Minum air twister, baguihh sgtla tu.   Mlm tadi sakit perut lagi. Muntah2 lagik.  Sambil tertonggek2 sakit perut.   Dah tido pun leh terjaga sbb sakit perut.   Mak dia jugakla yg kena urut. Huhhh anak anak.  Pot pet mulut aku ckp lenkali mkn nasik.






Bila dua dua anak sakit, hmmm memang lelah mak ni.  Bapak kamu. Hmmm adala nolong marah anak dia.



Pagi ni tengok diorg ok sikit.  Mak korang pun x lehla nak cuti lama lama nak.  X baguihh.


Aiman dah ckp dr umah x nak p skul.  Hbs tu saper nak jg kamu nak.  Kesimpulannya, dua2 nangis p skul hari ni.  Mak redha nak tinggalkan kamu berdua. Uhukksss


* lepas ni' memang kena paksa makan jugak.  Risau lak kalo kecik2 dah ada gastrik *


Monday, September 24, 2012

Masyaallah, gatal nya ko KUTU..


Bak kata adik aku, masyaallah gatallnyer walaupun cumer sekor ajer...


Malu , bengang , risau ....


Mana x malu bila amoi gunting rambut tu ckp rambut aku ada telur kutu @ tumo..  ye ker, patotla kepala aku gatal giler..  adooiiii ada kutu upernye





Malu nyer.. huhuuuu  dah anak 2 pun ko berkutu lagik..  Gerangan siapakah yang berkutu ini..


Aku mula rasakankan kegatalan di tahap yg melampau selepas aidilfitri hari tu..   Yang peliknye aku sorang jer yg gatal2..  Gatal2 sampai aku nak menggaru ajer..  kat opis pun sempat lagik nak menggaru..  kat mana mana nak menggaru ajer..  sampai cedera ringan kulit kepala aku kerjakan..


Ohhh berkutu rupernya aku..  aku ingat setan manala yg kencingkan kepala aku ni..  maklomla, aku kan baru masuk umah yg dah bertahun x berorang.. manala tau kan kan...


Ni mesti terkena masa balik kampung hari tu..  memang pasti aku terjangkit dari sana.. sebelum ni x der tau...


Balik ni memang aku nak beli ubat kutula.. risau lak kalo terkena kat anak2 t..  kalo kena kat  huby xper gak..  dialeh cakap, kalo adik yg kena kan sian.. tergaru2 sicumel tu..


Nak share info pasal   cik kutu yang jahat ni  ...



Alamak nak pakai ubat kutu pun kena ty farmasi tu dulu, sbb aku menyusukan adik..  x leh sebarangan gak yer


Siap sediala ko cik kutu kutu yg jahat...  akan aku carik sampai kelubang cacing







Thursday, May 3, 2012

sakit mulut dah sembuh



Hari tu ada ceriter Delisha sakit mulut kan...  mula2 mak dia ingat sebab nak tumbuh gigi.. aperla mak ko ni Delisah oiii..  anak dah 2 pun x pandai2 lagi  :)



tu tuuuu ada putih ckit




P check kat farmasi, org tu bg ubat (gel) letak kat area yg bermslh tu..   Dia kata ni jangkitan kulat.  Terjadi sebab lepas makan x gosok gigi.. hahahha  bukanla,  lepas mkn or mnm x dibersihkan mulut dia.  Jadi ada la sisa2 yang tertinggal tu jadi mknn kulat.  Jadi adik lepas mkn kena mintak m.nah gosokkan gusi ok



sian anak mama... 




Alhamdulillah, nasib baik putih2 tu x merebak ke lidah or langit2.  Cuma area mulut dia ajer.  Benda baru nak naik cepat2 aku kasi ubat.  Kalo x merengek ajer.  Nak makan x sedap.  Nak minum pun x selesa.  Monyok ajer yer dik.



Luperlak nak tgkp gamba ubat tu.  



*Lega bila anak udah sembuh..  yeeeee *


* abang ckp " babaiiiii mama bila mama kuar nak p kerja ngan hantar adik" huhhhh *







Friday, April 27, 2012

Jangkitan FUNGAL di mulut



Pagi ni gigih aku cari info pasal ULSER dan sakit mulut pada bayi.  Sebab pengasuh kol kater nmpk ada putih putih kat gusi ngan lelangit Delisha.  Patotla adik semalam x nak makan.  Aku suap 2 sudu dah rengek2.  Keluar air liur.   X nmpk pulak putih2 kat gusi dia semalam.  Ingat sebab nak tumbuh gigi.   Aku pun asyikla sapukan gel kat gusi dia tu.   Elokla diam jap.  Uper upernya masalah lain lak.


Semalam p jumper doctor, xderla pulak nak check dlm mulut dia tu.. :(  Kena refer doctor balik ni.


Jumper artikel dr blog Dr Zubaidi berkaitan penyakit ini.. http://drzubaidi.com/blog/?p=1395


Nak balik kg  esok adik x sihatla pulak.  Hate it


* harus jg kebersihan B tahap maksimum *


Wednesday, March 21, 2012

Terseliuh atau Takutkan sesuatu



Salam Rabu :)


Mlm tadi Delisha x sihat..


Susah nak cakap aper sbb nye..   Masa nak tdokan dia,  ok ajer.   Dia pun kuat berceloteh ( habit nak tdo mesti mulut mcm burung murai ).  Dah tdo dlm 30 mnt tbe tbe dia rengek rengek.   Aku anggap biaser sbb dia x suker berbedung.  Tapi lama lama tangisan dia makin kuat pulak.  Macam sakit.   Aku cek cadar, kain bedung, badan dia xderlak semut ke or ape2 .....



Lama gak nak tenangkan dia..  Dibaringkan ajer mesti dia memekik.  Dahla huby xder.  Masuk buai mula2 x nak.. Masuk kali ke 2 baru nak tdo.   Angkat ltk kat tilam nangis balik.  Kepala dia rs hangat hangat.   Sabar dah nak hilang aku tepuk kuat kuat paha dia.  Baru nak tdo. Hmmmm dia nak berbuai ke..



Huby blk keje jap mintak dia letak cool fever kat dahi adik.



Mlm tadi dia tdo mmg x lenala..   Pagi tadi subuh terjaga bla dia rengek2 lagi.   Aku buat air asam jawa lumur kat kepala dia.   Nsb baik dia ok cumer x nak tdo dah.  Huby blk tanya adik demam ker???



Mata adik pun ada taik mata. Hmm mcm pns dlm jer..  ke adik terseliuh sbb asyik angkat badan ajer.  Kepala hangat.  Kaki x hangat..  Nasib baik pg tadi dia bangun gelak gelak. Senyum senyum.  Mandi pun ok x nangis cumer kepala hangat lagik tp x panas sgt.



Pesan kat huby belikan adik ubt demam. Pesan kat pengasuh gak kalo dia merengek sgt just call ajerla.



Aku risau adik pns dlm sbb dia kurang nak mnm susu.  Aku bklkan 3 btl susu hari hari.  Hari hari gak x hbs.  Selalu mnm 2 btl ajer.  itu pun x habis sepenuhnya.  Kat umah pun x berapa kuat bf.  Hisap puting nak pulak.


Camner nak buat yer ?






* Adik 157 hari, first time adik x sedap badan *



Tuesday, February 21, 2012

Hearing Test kali ke 2


Salam :)


Hari ni kali ke 2 Delisha p hosp Putrajaya  utk hearing test.  Masa lps lahir telinga kiri dia kurang dengo cikit ( x capai draf).   Last month pergi failed sbb dia x  mo tdo .   Nak buat test ni baby kena tido. Kena sunyi sepi ajo.


Hari ni Delisha kena bagi mkn ubat supaya dia tido hehehe . Jenuh gak nak hbskan 8ml ubat tu.



ubat tu kaler ni...nurse tu kata x sedap...


 Lbh kurang 15 mnt tdo gak akhirnya. Yessssss


dodoi la dodoiiii.... heee


berkerut muka sbb terang sgt :)




hahhahah kan dah kena bedung..bg dia tdo lena ^_^


isiisisisss seram pulak rasenye


Aku tengok delisha tdo dah lena baru aku kol doc mention Delisah udah tdo


dail aje nombor ni..."hello, anak sy udah tdo"....



Kira lena la ni












Bila aku tengok wayar berselirat macam ni,  dok teringat bdk bdk dlm wad yg ngah sakit. Astagfirllah...   Ya Allah Kau Lindungila anak anakku daripada sebarang penyakit. 



Jika anak tdo lena ( lgsg x terjaga) memang sekejap ajer test dia.  Kiri kanan lebih kurang 20 mnt aje la.  Kalo x tdo smpai esok x siap siap. Kena dtg bln depan ( sbb tu Delisha dibg mkn ubat ).  Tadi sampai kul 8 lbh, ku 10 lbh dah leh balik.


Nak  balik pun kena kejutkan Delisha dulu.  Bla dah bangun kena tunjuk kat doc or nurse. Takut takutla terover dos bg ubat ke kan.   Siap ajer test terus aku gerak Delisha. Alhamdulillah kojap aje dia udah bangun. Hehehhe goog girl. Moh kiter balik nak.


Result: telinga Delisha ok. X payah datang check lagi.

Sekian.. :)


* banyak kes pre matured yg datang buat test. Ada yg dah 7 bulan pun kena check telinga lagi.Hmmm kesian *