Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Tuesday, March 22, 2016

Blackout


Assalamualaikum...


Mlm tadi area BSP blackout.


Udahla sekarang ni panas teramat sangat. Dok dalam umah boleh bepeluh peluh macam baru lepas mengopek kelapa ajer. berenjis renjis peluh tu mengalir. Errkk tu berlaku pd somi ajerr.Aku ni panas2 tapi peluh kuar mcm malu2 kucing ajer.


Blackout kol 9.30. katanya ada pencawang rosak. Lbh kurang kol 12 baru ada eletrik. Tu pun mcm ada xdo ajer. kipas pun x leh jln. Lampu kelip kelip. mcm nak mati tp x mati.


Masa mula2 xder letrik, semua org dok luar umah. Siap masuk keter on ekon. Yerrla dah mlm, ada anak2 yg nak tido tp x boleh tdo sebab terasa kepanasan tu.

Aku sessi keluarga join lepak dlm keter on ekon. kikiiii

tengok fb, jln area bsp pun jem. Semua org kuar cari cahaya & udara.

kedai2 mamak sesak.

masyaallah.

Ni baru eletrik xder.

Semua org gelisah.

Aku xderla lm sgt dok dlm kereta. risau gak lama2 jadi lain pulak. Yerla, ekon terpasang tapi kereta x jalankan. Kang kau pulak yg jalan. huuuu takut deh

Anak2 dah tertido dlm kereta kitorg  baru keluar. Sambung baring kat hall . 



nasib baik ada kipas kecik ni. Ntahla, nak kata membantu mcm x ajer. adala rs cikit angin dia. Yg aku dok mengipas guna kipas satei tu. 

Ohhh sengsaranya xder elektrik ni.

Memang x boleh tidola.

Aiman boleh tanya " mama x bayar letrik ker ?".. huhuuu. Anak, ko x tahuke yg mama ni org terawal yg bayar letrik tiap2 bulan. Kdg  xder bil, ma pakai bayar ajer.


Pagi ni kecoh kat fb penduduk marah2 . deme complain masa letrik mula2 nak ada, volt dia kecik sangat. Boleh rosak brg2 letrik. Siap ada yg kata bau hangit lepas on kipas n lain2.


Hmmm sabarla korang. pekerja tnb tu pun dah cukup baik nak bekerja mlm2 bg letrik ada semula.Cer kalo sampai ke pagi x der letrik. memang haru biru jadinya.

terima kasih tnb sebab suply letrik selama ini.





Wednesday, August 26, 2015

My Flowers


Assalamualaikum..

jom cuci mata jap..










bunga bunga kesayangan hamba

Monday, August 17, 2015

Tikus bermaharajalela..



Asalamualaikum..


Kebelakangan ni aku sering dihantui ngan bebayang tikus.. jahat betul tikus tikus tu. Sampai terbayang bayang dah..

Ada 1 malam tu, aku baru balik umah. Terdengar bunyi mcm sret srettt kat meja tulis tempat Aiman belajo. Aku gegar gegar meja tu. tercicit cicit tikus tu pecut. 


Perghh hitam ko tikus tu.
Dah la hitam, beso pulak tu.
terjerit kegelian la aku.. Sampai jiran depan umah dok tengok. Kuat x kuatla jeritan ku itu.

"Pa pa, ada tikus besola." nak cover malu..

memang besola.. mcm tikus mondok tu..

Dulu aku pernah nampak tikus tu panjat dinding.. berlari kat rail langsir aku. lepas tu masuk lubang dinding.


Tikus ni suka gigit barang. lapo kot. hari tu adala sebijik pisang kat meja, pisang adik aku, beso pisang tu. Pagi aku tengok ok lagi, petang nya dah bertebuk. kompem tikus yg gigit. 

Pernah aku jumpa selonggok tulang2 ayam ngan ikan kat belakang peti sejuk. pelik gak, acaner tulang2 tu leh ada kat situ. mesti kerja cik tikus ni.

dahla curi makan, lepas tu berak kencing kat dalam umah. hitam2 najis dia. Alahaiii risau hati ini. Dahla kencing tikus tu merbahaya sangat. 




dengan hati yg tekad, aku pinjam perangkap tikus opis aku.  Malam letak tepi pintu dapur, somi letak ikan kering buat umpan. pagi esok dapat sekor.

puas hati tapi naper kecik sangat tikusnya.

Ini bukan tikus yg aku nampak itu.

alahaiii udah tersalah tikus pulak


 '

kesukaan anak anak bila nampak tikus ni.

Aiman cakap nak bela. comel katanya

Dsha pun kata nak bela jugak.. lepas tu tanya mak dia kat mana ma.

huhhh


Aku tinggalkan tikus tu dalam perangkar setengah hari. Pagi sampai kol 12 gitu. Letak kat tepi gate umah. Sampai umah aku tengok tikus tu dah kaku.


Alamak Aiman, tikus dah matila.


Udah anak anak marah

" mama berdosa. tuhan hidupkan tikus, mama bunuh tikus tu. mama berdosa. "


Alaaaa Aiman, jgn la ckp mcm tu.  mama pun terkilan sebab tikus tu mati. Tapi tikus tu jahat Aiman.



Punyala panas terik, mati tikus tu. Sian sian.


Thursday, May 7, 2015

Do it yourself ~ botol plastik ~


Assalamualaikum


Pagi ni hepi sebab kucing tak berak kat tanaman aku. Petang ni x tahula nasib camner, kalo nasib x baik kena buang tahik lagila jawabnya.

Haiiis kalo aku nampak memang aku renjat dia ngan air sejuk.



kejadian pagik semalam.

Somi pepagi nak p kerja sempat bagi tahu " ada hadiah untuk ma".

Huhhh nyampah.

pepagi dah hirup udara busuk.


Kalau hari2 mcm ni memang la sakit hati.

hari hari nyanyi " sakitnya ku disini didalam hati ku "

Acaner x sakit, sebab memang aku yg kena buang. Somi dah warning awal2 dia alergic ngan haruman ni.


Cili yg aku semai udah matik semuanya. betul2 kalah ngan baja organik tuh.


Okeh, lega sikit dah lepas perasaan.


Balik citer asal :)



smlm kt fb nampak nih. diy at home.


saper yg rajin + kreatif memangla menjimatkan. Nak tnm syr2 or tnmmn lain just guna recyle sahaja. Jimat duit nak beli bekas bagai or pasu kan.

Benda ni aku pun dah buat kat umah.

Sebab adik rajin beli drinking water bykla btl plastik dirumah. Kalo kat kg mak aku selalu refill blk ngan air 0. Aku tidak.



aku x tnm sayur tapi tnm pokok bunga. hoooo

Sebab aku x brapa mkn sayur.. takat nk mkn cikit, beli jer.. hiii

buruk laku



potong bahagian tengah tengah. letak tanah. Siap.



Yg ni guna bekas makanan..




Cuma xderla nak lekat kat dinding sebab aku x tahu nak gerudi dinding tuh.

Nasib baik aku x tahu. Kalo tahu mesti pitam somi aku tengok.

^_____^



Friday, October 3, 2014

Bila hujan turun..



Assalamualaikum

Salam Jumaat semua


^___^



BILA HUJAN TURUN

When Rain Down





Cantek kan


Tuuuuu ujan yg turun tu.. cantek jer view  dia..

Menyirami pokok yg memang sukakan air

Makin memanjang dan subur gayanya..



Suka tengok pokok tu

^___^

Nak tanam banyak banyak. Bio nampak hijau umah ku


Senang jer nak jaga pokok ni.

Siram jer hari2. Inshaallah panjang umur dia.


Kalau diletak dalam air pun sama. Yg penting bekas pokok tu sentiasa berair.

Tapikan pastikan xder jentik jentikla. Kang x tentu pasal membela nyamuk pulak.


Leh kena saman tau.


Ok kawan2, Isnin ni cutikan.

Selamat menyambut hari raya aidiladha.

Ai beraya dirumah sendiri jer. x blk kampong.




Tuesday, August 12, 2014

Masalah Kucing dan Langkah Keselamatan Berganda


Assalamualaikum..

Tajuk panjang kan.

Ni gara gara kucing yg suka berak kat umah aku. Saje jer kucing tu. Sebab dia aku ada  cerita psl kucing. 

 Alkisahnya bermula di SINI


Aku takutla somi aku tu dah hilang sabar. X tentu pasal cedera pulak kucing tu dikerjakan. Lagi pun mana tahan kalo hari2 kena buang taik ajer. Busuk jgn ckpla.

Maka berkunjungla aku laki bini kekedai hardware mencari net.

Beginila sesudah net tersebut dipasang.



X nampak yer. Meh bagi dekat sikit.




  Harap2 berjayala .

Kalau kucing tu panjat tembok pulak, memang aku kena letak kawat durila kat tembok tu nanti. Daring pulak kucing tu.

Tula aku dah bg ngko lepak2 depan umah aku, best jer sejuk. Ngko bagi taik pulak. Haa sekarang sila cari port lain. Padan muka

Aku pasang net ni hari ahad. Sejak semalam lom ada taik kucing lagi. Lega

Selain aku pasang kat pagar, aku pasang kat gril pintu jugak




Marah betol Delisha bila bapak dia psg net ni. Di sepak sepak ngan dia.

Tula saper suruh keluar umah ikut lubang gril ni.



Baru2 ni kan ada kes budak meninggal sebab kepala tersepit kat tingkap. Nauzubilah.

Sebenarnya aku psg net ni sebab memikirkan keselamatan anak anak. Tengokla. Adik abang lepas keluar ikut lubang ni. Anytime diorg boleh keluar rumah.

Setakat keluar sampai area parking tu xper. Ni siap panjat pagar keluar rumah terus.

Adoiiii geramnya


Tahu tahu Aiman dah xder. Selamat dia ketaman sorang2. Memang sakit kepala aku dibuatnya gara2 Aiman ni. Dia punya perangai kalo nak sangat sanggup buat sampai dapat.

Nak minum MILO sanggup berlari ke kedai mlm2. Nak p taman sanggup panjat pagar.

Nasib baik Delisha x tahu nak panjat lagi.

So bila dah psg net kat gril tu memang dua dua x boleh keluar. Melainkan Aiman bukak gril guna kunci.

Aku ngan somi sajer jer nak test Aiman, boleh panjat lagi x pagar tu.

Slamber jer dia panjat ikut tengah2 kat tempat nak selak. 

Aisshhhh

Memang boleh panjat tapi payah sikitla.


 Sel sel otak ngah berkembang. Ada jer cara dia nak buat.


Aku dah berusaha agar Aiman x suka suka nak keluar rumah tanpa pengetahuan aku.

Harap harap dia x pikir diluar kotak mcm mn nak keluar rumah.

Kalo x mak pak memang kena pikir diluar pagar nampaknya.




Friday, August 8, 2014

Bila Bank Negara Malaysia naikkan kadar faedah


Assalamualaikum..

Balik dr kejer semalam ternampak sepucuk surat. Sekarang ni bila nampak surat xder la rasa berbunga bunga mcm dulu. Yerla dulu kompem dapat surat cinta dr pakwer. Sekarang banyak dpt surat hutang ajer.



Haaaaa pastikan bulan depan masuk duit dalam akaun tu lebih cikit yer.

Adoiii

Baru ada hati nak ngantor si Aiman p kelas swimming. Ada ajer yg naiknya.


Aku memang tahu yg interest umah ni akan naik tapi mcm x sangka akan naik secepat ni..

Bertabahla hati..


Wednesday, August 6, 2014

Sebab aku x nak bela kucing.


Assalamualaikum..



Sebab ni lah.

Ni hasil pagi tadik. Kurang ajo punyer kucing. Pg tadi sebelom hntr AIman xder lagi. Bila balik tahu tahu dah ada selonggok.


Rasa nak sound sekali jer ngan pemilik kucing ni. Kalo tahu bela kucing , pandai2 la ajo kucing tu berak kat toilet. Xkan tu pun Delisha nak ajar. delisha pun tau kencing kat toilet. X pakai pampers dah.


Ohhh kaitan aperkah ini.


Aku sakit hati tau. Sebab aku jugak yg nak kena buang. Bukan setakat dia membuat taik kat parking tapi kat luar umah lagi belonggok longgok taik dia. Siap Dsa terpijak & habisla berbau 1 umah.


Bukan sekali tapi ni dah berkali kali. Kalo somi aku nampak memang dia hambat ngan kayu. Menyampah betol dia ngan kucing tu.


Pertama kali dia buat parking umah aku jadik toilet masa aku blk kg beraya. Best tol dia melepaskan hajat kat situ.


Dahla sampai umah penat, sampai2 jer dapat haruman pulak. Geram tolla.





Aper dia ingat pasu aku ni jamban dia ke.

tensen tulla, kalo balik umah betambah kerja nak membuang taik pulak.

Acaner x nak bagi kucing tu jgn berak kat tempat yg sama yer?




Monday, April 14, 2014

Awas DENGGI


Assalamualaikum

Sekarang musim demam denggi kan. Kat area umah aku dah 2-3 umah yg jadi mangsa dek gigitan nyamuk aedes. Jahat sungguh nyamuk ni. Gigit ajer la, x yah nak pas2 penyakit pulak.


Jumaat lepas. Adala dlm 5 mnt aku msk umah. Tiba tiba kedengaran Vooommm Vrommmmmm ngeeeengggg.. haaaaa dah tahu bunyi aper tu.

Bukan bunyi enjin lori depan umah tapi bunyi org2 dr jbtn kesihatan nak menyembur asap. Bunyi dia memang dah cukup familiar. Kelam kabut aku kuar umah balik nak mengangkat baju. Siap mintak tolong kat Delisha lagi. Adala dia nolong angkat selai. Tu pun baju dia jer.



Jiran depan umah yg baru sampai pun kelam kabut angkat baju. kiiiii sian tol kat kitorang yg baru blk kejer ni. Diorg ni pun kalo nak menyembur xder nak bg notis. Agaknya memang diorg nak bau asap tu melekat kat baju2 dijemuran. Bio nyamuk xnak hinggap gamaknya.



Bila Aiman dengo bunyi dr penyembur ni, dia takut cikit. Cepat2 srh mak dia masuk. Siap tutup langsir rapat rapat. Tengokla, punya banyak org tu sembur dlm longkang. Udah mcm kebakaran pulak. Eiiii seram



Udah x nampak apa apa. cer bayangkan kalo dia sembur dlm umah. Mau fengsan kelemasan.



putih.... 

Masa ni aku ada bukak sliding door cikit bg asap tu masuk. Cikit jer. Kot kot ada nyamuk sesat. Bio pitam terus. Padan muka

Lepas dia sembur depan, dia p sembur belakang pulak. Masa tu aku ngah goreng sekodok udang. Alahaiii hilang bau udang dlm cekodok aku.

Betol2 kes kronik dah ni. Lepas tu baru aku teringat yg aku ada takung air dlm tong kat luar umah. X bertutup pulak tu. Adoiiiiii  nak buang sayang. Nak guna takut kegatalan. last2  pkl 10 mlm aku p basuh keter guna air tu. Kena tadah air lagi gara2 catuan air.


Lebih kurang kul 10pagi hari sabtu keesokan harinya. Cuuunnnn ayor udah ditutup. Huuuu x sempat nak mandi. Tapi selamat bila baju2 yg udah bergunung ganang serta bdk 2 org tu dah mandi :)


Ngah lepak2 mkn cekodok baki semlam sambil layan katon, dengola org bg salam.. Assalamualaiku 2-3 kali. Aku jenguk2 ada 2 org laki kat luar.Diorg dr jab kshtn. Bagi tahu umah no sekian sekian kena demam denggi. Lps tu selang 2-3 umah baru2 ni kena denggi jugak. Risaula deme.  Sbb tu diorg nak buat spot check kwsn umah. Mintak izin nak masuk umah. Alooorr time ni la ko nak check umah aku. Nasib baik umah br berkemas gak. kikiii


risalah yg diberi


Dia advice srh jg kebersihan. Jgn bg air bertakung. Umah aku ada pokok yg dok dlm air tu. Dia srh tukar air selalu. Yerla Encik. memangs selalu sy tukar air tu.  Lega. Nasib baik xder nak kena saman ker apa. 



Cegah sebelum dapat sakit.

Marilah kita sama sama mencegah yer.




Friday, April 11, 2014

Catuan air la pulak


Assalamualaikum


2 bulan yg lepas, ketika catuan air dilaksanakan aku x punya rasa apa. Syukur sebab ia x melibatkan kwsn rumah aku. Kesian jugakla bila dengar rungutan kwn2 yg terpaksa berjaga mlm sebab menunggu ketibaan air. Itu pun masih x mencukupi. Sampai ada yg mandi di pejabat 

Bila kerajaan umumkan catuan air , 2 hari ada 2 hari rumah aku masih tdk terkesan. Alhamdulillah, aku masih boleh basuh baju setiap hari. Tiada fikiran untuk membeli tong untuk mengisi air. Sehinggalah catuan baru2 ini. Oh mak. Rumah aku xder air dah.


Sejak jumaat lepas rumah aku kena catu. Kali pertama umah xder air masih ok lagi. Tapi kali ke 2 ni. huuuuuu nak buang air kecik pun serba salah. Hari ke 2 air kat tank habis dah. Dah la x buat simpanan. Baju memang x berbasuh. Mkn memang x guna pinggan. Masak memang off.

Yang kelakonya, somi boleh tegur Aiman sebab berak banyak kali. Adoooiiii budak tu berak pun ditegah. Mesti heran Aiman dibuatnya. Betambah heran bila mandi pagi setakat 2 cebuk ajer. Lagi syok x payah gsk gigi tapi lap gigi ajer. Paling kritikal sampai mandikan dia guna air msk. Nasib baik ada air msk nak. Kalo edak terpaksa guna air sejuk dlm peri ais tuh. huuu  Darurat nak.


Aku pun mandi mcm x mandi ajer. P opis cepat drp biasa sebab nak gsg gigi.

Masalah beso tol bila air xder. Toilet,dapur dah mcm2 bau ada. 




Sepatutnya tengah hari semalam umah aku dah ada air. Patut tangki dah berisi. Tapi hampa. Maybe sebab tekanan air rendah jadinya air x naik ketangki. Susah hati tolla.

Baju ktr udah berbukit, x leh kalo x basuh. Terpaksa isi air dari luar umah , angkut satu satu. 



Isi air betul2 depan pintu umah. Dekat cikit nak mengangkutnya. Mintak tolong kat sikecik ni pegangkan paip air. Dia sukaaa..



Sambil nolong mak dia, sambil main gak. Korang ingat boleh percaya ker kat budak kecik ni. Tolong dia mesti ada sebab. Baper poloh kali ntah celupkan air dlm baldi. Bila mak tegur dia cakap " asuh angan ". Pandaila ko



Bila abang balik dr mengaji semakin hebat basuhan tangan dia. Bukan basuh tangan dah, mandi terus. Sorang satu masuk dlm timba tu. Huhh xper nak, mainla puas2. Lepas ni kita beringat yer


Buat pengajaran laki bini, mlm tadi siap2 dah simpan air dlm semua tong yg ada. Tong sampah pun boleh jugak. Kes darurat maa




Wednesday, August 28, 2013

Satu hari di jamuan raya


Assalamualaikum wbt

 Rabu sudah hari ni.  Sejak Jumaat lepas kerja datang berlumba-lumba. Semua nak disiapkan cepat. Kepala pun mengong jap. Menyusun kerja yg mn harus diutamakan . :)


membebella pulak..  xperkan kan

Okei, nak tau x.. heheee 

Kitakan, ahad lepas ada buat jamuan cikit ckit. Alahhh cikit ajoo.. X jemput ramai org pun.  Jgnla kecik ati sebab kita x jemput kwn2 blog yer.. 


Sebenarnya kita buat jamuan mkn ni sebab nak jemput encik & cik bos datang umah.  Diorang banyak tolong sepanjang proses aku beli umah ni. Lagi2 cik bos tu, dah remind sebelum raya bila nak jempot diorg dtg umah. Siap ckp xnak mkn, just nak tengok umah ajo. Alloooo sampai gtu sekali kehendaknya.. antara sebab tula aku buat jamuan ni. Kalo edak xderla nak buat sgt . Saper yg nak datang just dtg jela. Aku mskla goreng bihun aje. :)


Jamuan aku buat hari ahad petang. Start kul 2-7ptg. Lps kul 7 gate tutup. 


Makanya pagi pagi sabtu aku laki bini udah sampai kat psr borong. Ingat aku org yg paling cepat upernya dah ramai org yang tercongok kat psr borong tu. Agaknya semua nak buat open house kut.  Anak anak aku  tinggalkan kat umah ngan adik aku. Perggg cepat cikit pergerakan. Beli cikit ikan  & sayur2. Then p kedai balaji beli brg2 kering. Kul 10 semua dah setle. Besttt brg yg dicari semua ada. 


Okei, mai tengok apa yg aku hidang hari tu :)



rendang ayam..


Haaaa nmpk menyelerakan rendang ni.. bg aku dah cukup sedap.. tp somi cakap rs manis pulak.. Eh ehhh jgnla puji aku pandai masak..  Sebenonya pes rendang ni aku oder dgn jiran sebelah. Aku tinggal gaul ngan ayam ajer. Bertuah badan dpt berjirankan cep ni.. Nak hrpkan aku msk rendang edakla.. Rendang pak brahmin memang aku pandai sangat..



kari ayam

Plan asal xder kari. Tapi bila aku pk pk 20 kali, ohh memang kena tambah lauk ni pa.  Harapkan rendang ayam yg 5kilo lebeh tu mcm x mencukupi sangat. Baik ada back up.. So somi p beli sekor ayam & dia yg msk kari ni.


pulut

Pulut kukus sebagai menu tambahan ajer. Msk sekilo setengah. Kul 6lebeh aku dah angkut tray masuk dapur.  No 1 yg habis. Memang x jangka. Ingat x ramai mkn pulut. Yerla, pulutkan berangin. Mana tauuuu.. sampai somi x sempat mkn. Aku cuma dpt lebihan ajer..nasib baik dpt rasa gak



nasik impit+kuah kcg

Nasik impit segera aku yg rebus.. merebus sampai kul 1.30 pagi.. sampai tertido2 nunggu nasik msk..  Kuah kacang pun order dr cep sebelah.  Senang kerja aku.. sekilo dia jual rm 7 ajer.. aku beli 2 kilo..kompem sedap..


laksa

haa laksa ni aku yg buat.. drp somi, adik dan aku semua merasa ok ke x.. dah jadi mcm citer bujang lapok dah..



desert. dadih + agar2 koktel

mula2 buat agar2 koktel.. alamak dpt lbh kurang 50 bekas ajer.. mcm cikit jer.. srh somi beli dadih jagung.. nsb baik ada.. syukur2 :)



air oren ajo

heeee berair sunquick ajerla petang tu.. senang..




Dah siap terhidang  .. adala kuih cikit2 stok dr kampong..  Mlm tu sempat buat kek coklat kukus sebijik..



Dadih diatas tong cat.. serbaguna sungguh bekas cat itu.. 



sempurna sudah..


Orang pertama yg meraikan jamuan raya aku..


Wlpn jemput dtg kul 2, tapi tetamu pertama datang kul 3lbh x silap.  Lepas tu hampir serentak kul 6 baru semua datang. Yg ramai kwn2 suami jer.  Aku ada jemput kwn2 tp semua dah excuse. X perla yg penting akak dah ajak yer dik non


sepupu sepupu belah aku


Bila tetamu dah datang mcm best ajer.. alhamdulillah aku rs dptla bersembang ngan diorg wlpn sekejap. Atleast diorg tahula aku puan umah. Bila dah dtg serentak mulala terasa paniknya. Allamak ni dah nak habis, tu dah tinggal kuah ajo.. air dah tinggal suku.  Aku lak xder assistant. Adik pun sebuk layan sepupu2 yg dtg. Jadi lipas kudungla aku petang tu. Nasib baik anak2 semua buat hal sendirik.



Bila tetamu dah beransur pulang rasa kelegaan yg amat sangat. Tadi punyala cuak takut mknn x cukup. Bila semua dah balik mknn adala cikit berlebih. Alhamdulillah, kalo edak malu ajerkan. ajak org dtg tapi makanan x cukup..wooo malu maluu



Malam tu laki bini baru rasa sengal2 badan. Periuk belanga lom berbasuh lagi. huhuhuuuu
Tdo ajerla, sok baru operasi membasuh.


Itula cerita jamuan mkn aku thn ni. In Sha Allah, panjang umur & dimurahkan rejki thn depan leh buat lagi.


Eh ehhh lupa nak tulis, encik & cik bos x dpt datang.. ada halla pulak..aishhh


*sabtu ni merebus lagi*


Wednesday, August 21, 2013

Buat hal sendiri


Assalamualaikum..


Mama bizi sampai kena bawak balik kerja opis ke umah.. Ampun ya anak anak..




Epal yang terlangkup itu mahu dijadikan tikus oleh adik  :(


Ma bukakan laptop sorang 1.. abang jgn usik laptop mama okeh..





Sedang fokus mama bekerja tetiba adik ajak main ball pulak..  Riang ria dia duduk atas meja sambil letak ball kat laptop mama dia..



Okehla anak anak. Mama stop kerja. Jom main.





Ini pulak hasil kerja tangan Delisha.. Ohhh


*berdoa semoga diberikan kesabaran yg tinggi dlm mendidik anak anak*