Showing posts with label makan makan. Show all posts
Showing posts with label makan makan. Show all posts

Wednesday, February 15, 2017

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum..

Hari mak nak tepek gambo Umar mula  makan..

Kalo letak gambo mak ngah makan ngan tertib pun orang kata x lawo tapi kalo baby yg makan, comot 1 muka pun org dok kata.. alalalalala comeinya dia.. comei comeiii

Umar besar nanti leh tunjuk balik.. :)


 muka pelik.. aper ke benda yg mak aku bagi nih.. hee

Ni makan bubur nasik ayam.
Bubur ni mak x blend so x berapa nak lembut sangat. Nak telan pun amik masa.
Xper nak, makan slow slow yer

enjoy ur time



Nak makan kena pegang 2 tangan.. kalo edak dia nak makan sendiri.
Ambooooii nak mkn sendiri kunun.



 Ni makan pure labu pulak.. semalam mak bagi dia makan jugak
petang ni kak nana bagi dia x mau, muntah balik
Hmmm muskil muskil sebab tgh hari tadi dia nak gak mkn 3 sudu



Maybe sebab bdn dia x sedap.. dr pagi tadi bdn dia panas.
Hmm start demam balik dah

Mlm tadi pun tido x lena
Nak tumbuh gigi kah?
sengal badanke?


Risau betol bila budak kecik demam.
memang mak x lena tdo malam.

Semoga Umar cepat sembuh yer sayang.


Thursday, September 3, 2015

Durian creepe kesukaan anak


Assalamualaikum

pernah 1 waktu dulu, menjadi kegilaan si durian creepe ni kan.. semua orang nak makan.. semua org nak buat..


mahei jugak durian creepe.. mahei sedap xper.. berbaloi dimakan..

mahei x sedap mmg itu last forever la .. edakla nak membeli kat kamu lagi..

^___^


Perumahan aku ni aktif penduduknya berniaga online.. 

sebut ajer nak makan aper.. insya allah ada..


Siap deliberi depan umah lagi tu.. foc & kdg2 ada gak yg caj..

dari abc, beger, nasik lomak, kuih muih & bunga semua ada. Cepat lambat jerla dapatnya.

Bulan ni , tiap2 minggu aku beli durian creepe. Mestilah dr penjual yg sama. menjadi kegemaran Aiman dah. Suka betul dia.



sebekas ni RM12.. ada 6 ketol



kira seketol tu rm2.. 
sebijik tu sekejap sangat habisnya.. hohohoo

mahei sebab guna durian D24 katanya.. 



Pernah somi makan dia ckp x der rasa durian pun.. rasa krim ajer.. muskil gak.. 



Tiap kali beli x menyabo Aiman nak makan.. durian creepe ni kan deme simpan dlm frozen, so bila sampai kat kita, masih keras lagi durian creepe tu.. kena la tunggu sekejap..

sekejap jerla sabonya.. isisss



 masa ni Aiman baru balik ngaji. Blm sampai umah dah ckp nak mkn durian creepe. Sebelum ngaji dah mintak tapi aku x bagi. Mau pitam ustadnya bau mulut Aiman .

Sabo yer nak.



Sambil menjemur baju aku dok pesan, "tinggalkan mama 1 tau".. jgn habiskan. masuk jer umah memang tinggal seketol ajer. huuuu nasib baik. Kalo edak mak udah kempunan nak. jenuh mak nak cari gua mana nak pergi nih.


Aiman memang suka sangat. Dia boleh hbskan sebekas tu sorang2. Dsa biasa biasa ajer. 

Sekarang ni masih ada lagila org jual durian. Kalo dah hbs musim dia, memang x merasa la. Jgn masa tu Aiman mintak sudah. Jenuh nak carik.





Monday, June 8, 2015

Makan otak otak dan satar


Assalamualaikum

Bila pergi jalan2 ke belah timur ni rasanya x sah kan kalau x pekena kopok lekor, otak2 & satar nih. nasik dagang dan juga nasik kerabu.


Otak otak aku kerap gak makan. Satar, nasik dagang dan nsk kerabu sangatla jarang. kadang2 ada gak mencuba makan nasik dagang/kerabu, sebelum nak beli mesti tanya dulu " ni nasik aper yer ". sampai sekarang fail x tahu yg mana satu. heee


So masa sampai kemaman tu encik bos bawak p makan otak2 n satar.



makan kat sini..
dalam hati aku berkata kata.. bio betik encik bos nak mkn kat sini.. x bising ker mulut madam nanti.. apa yg menarik sangat ?

rupa rupanya madam aku pernah makan kat sini.. tu yg dia x kisah sangat.. kalo edak.. kikiii kompem x nak.. panasla, berhabukla.. yerla , kedai tepi jalan jekan..

Tapi kalo x berhenti makan otak2 & satar ni macam x sahla jalan jalan ke ganu ni..

memang wajib singgah makan..



  satar kemaman



rasa dia... terbaik bro :)

cuma jgn gelojoh sangat masa mkn, anytime leh termakan cili api tuh.. aishh pedas
satar dia kecik kecik jer.. aku pernah beli sebijik satar punyala beso.. tu yg aku pelik naper lain sangat satar kemaman n satar kl yer..



otak otak


rasanya dia memang marbeles..

naper kaler n rasa dia x sama mcm kat kl yer.. ni siap mcm ada sambal lagi.. 
sedappp sangat



udah jatuh cinta ngan encik satar n otak otak kemaman ni..



masa blk, bos singgah sini.. aper lagi terus aku memborong nak bg somi try jugak..

^____^

cuma satar tu bila dah dibwk blk dia mcm keras ckit..

sbb tu org ckp makanan ni kalau udah dibungkus rasa dia memang kurang..



Lenkali kalo aku p Kemaman lagi, x tahula leh jumpa kedai ni ke x. Sebab kedai ni bukan terletak dijalan utama. kena tahu selok beloknya..


Aper pun memang terbaik otak otak n satar kemaman.


Monday, May 11, 2015

Makan Pisang Cheese di Cendul Bakar Kuala Selangor


Assalamualaikum..


Petang semalam aku sefamili tunaikan hajat yang dah lama terpendam. Makan pisang cheese kat cendul bakar kuala selangor. Dari rumah ke sini ambil msa lebih kurang 1 jam. Kalo balik kampong memang boleh saja kalo nak singgah tapi asik x berkesempatan jer. 

masa operasi:-

Isnin Jumaat: 11am - 6pm
Sabtu Ahad: 10am - 7pm


Boleh refer FB CendolBakar


Cendul Bakar ni memang dah femes. Siap pernah masuk jjcm. X susahla nak cari tempat ni. Kalo malas nak cari parking boleh drive-thru saja. Orang datang silih berganti sampai ada RELA yg jaga. Hebatkan.


Area parking.

Pertama kali aku mkn pisang cheese dia rasanya wauuuu. Somi beli sebekas x cukup. Mcm nak suruh beli lagi dek kesedapan dia. Malangnya kereta dah bergerak jauh. X puas 

Pisang yg dia guna pisang tanduk. Salut tepung sikit. Pisangnya x berapa nak masak sangat. memang sedang2. Masa makan tu terasa kerangupan dia. X yah letak cheese pun dah sedap bila terkena susu cair tu. Aisss sampi menjilat jari. Tu yang dok terbayangg bayang kesedapan dia tuh.


kat area umah aku ada gak jual pisang cheese. Tapi FAIL. Itulah pertama & terakhir aku beli.


Semalam sempena hari mak, somi baik hati nak banjer binik dia mkn pisang cheese. kikikiiii org lain mkn kek aku mkn  pisang. Okeh la

.Datang kesini semata mata nak makan pisang cheese dia saja. Cendul dia aku kureng sikit tapi somi stil boleh minum. Dia order cendul durian. perghhh durian musang king kot dia guna( agak jerla) Bau durian tu kuat sungguh. 



pisang tanduk cheese 

dah pesan kat somi sila beli lebih 1 bekas. kang ada pulak yg x merasa lagi :)



tengokla akan kerangupan pisang tu. x sabar sabar nak makan. Tapi kali ni kurang rangup cikit sebab pisang tu dah termask sikit. Ada kelembikan disitu. Sedap lagi yg dulu tuh...

sebekas ada 5-6 hiris jer. sebekas rm5




x sangka yang si Leman pun suka mkn pisang cheese ni. Selalunya mknn mcm ni dia tolak tepi. nasib baik Dsa tido.  kalau edak kompem kena catu sorang 2 keping jer.


cheese dia banyak gak. okeila ngan harga yg ditawarkan.


kat mana ada jual pisang cheese yg sedap lagi yer. Area Bangi?Putrajaya?Shah Alam?


Selain pisang cheese ada menu lain yg terjual. Tapi sebab aku ngan anak2 pun x turun so xderla try mknn yg lain. Perut pun masih kenyang.

Haaa nak bg tahu jugak, pisang cheese ni pun ada 2 jenis pisang. Yg aku mkn ni pisang tanduk. Lg 1 x tahula apa jns pisang. Tp kecik kecik pisangnya. So korang kena ckpla nak pisang jenis aper.

turn somi beli semlm pisang tanduk dah habis, tapi bila somi tanya kat makcik tu baru dia gorengkan.

kalau x kesian kat korang yg teringin nak mkn pisang tanduk cheese.


Lepas dapat beli pisang & cendul kitorg p Kuala Selangor pulak.

macam nak p bercuti pulak.



Wednesday, April 22, 2015

Makanan orang Jawa


Assalamualaikum

Ni kisah mkn 2 bulan lepas x silap.

Adik ipo jemput datang makan makan sempena kelahiran anak sulungnya. Dapat baby boy. Alhamdulillah bertambah anak buah. :)



kitorang dijamu dengan nasik ni.

macam nasik ambengkan. tapi x silap aku ni bkn nasik ambeng.

Namanya agak unik. sebut tu x ingat apa dia. hehhe




nasik utk 6 org mkn + lauk + sayur dlm 1 talam.

Kalau gemuk gemuks x bolehla sampai 6 org. mahu bersinggul bahu ngan bontot.



ada ayam msk kicap, ikan masin, kerabu. 

elokla 1 talam makan sessi keluarga. Kurangla segan or rs kegelian sebab kena share dlm 1 talam.kan

^____^


orang orang jawa, leh tolong x bagi tahu apa nama nasik ni?


Terima kasih.


Tuesday, January 27, 2015

Makan Nasik Kubur


Assalamualaikum

Korang pernah makan nasik kubur x?


Pertama kali aku dengar bila Dsa yang cakap.

" ma, nak makan nasik kubur "

" apaaaa! nasik kubur "


berkerut kerut dahi aku cuba nak paham dia nak makan nasik apa tuh.


Pikir punya pikir..


bubur nasik kot


yerla tuh..  bubur nasik..

Teringat balik bila bibik dia masakkan untuk dia.. tdo kekenyangan 


So, petang semalam dlm keter lepas ambik anak2 Dsa request nak mkn nasik kubur. Aiman pulak nak makan mee ayam.

Anak dua makan taste lain lain.. bepeluh kalo hari2 mcm ni




makan dalam senyuman :)

sebok tanya, ma dah masak ke bulum nasik kubur..

jap jap tanya..

" belum siap lagila cha.. kira sampai 100 "

" lambatnyaaaa.. nak nasik kubur "

aissshhh masak dlm iman tolla




 tengok dlm frezer xder stok ayam. yg ada kaki ayam ajer. 
 nasib baik ada kiub ayam. jadila dik buat perasa






sedap x dik?

sedappp

walaupun putih jer bubur tu mcm makanan org sakit, berselera sungguh dia makan.




 sampaila hirupan terakhir.

gurrllppp

ni kes sedap sangat ke or ko lapo sangat ni dik.

" tadi kat umah makcik ha dsa makan apa "

" makan nasik "


apesal mcm kebulur sangat nih. ngidam beno ker. baru minggu lepas aku msk nasik bubur ni




2 kali tambah baru stop.

urp urpp sendawa dia.

kekekeee

comei jer aku tengok



licin.. 



apa motip ko ni dik ?

nak puji ke or perli mak ni..

kalo takat buat bubur 0 mcm ni pun aku mls, memang jalim ssungguh aku ni

hohooo





ko ni saja kan dik..

Bila kenyang sangat baru dia stop.

" dsa makan banyak. perut dsa nak pecah dah "

^___^



budak ni memang la.. saja jer tau..


Turn aku makan, dia join sekaki.


Bpk dia tegur jgn mkn byk sangat. nanti gemuk.

" dsa nak kurus ke nak gemuk. "

" nak gemuk "


Thursday, October 23, 2014

Walimatulurus kali ke 2


Assalamualaikum

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar wlpn ada ketikanya hati berdebar debar.

Pagi Jumaat kaki bapak selamat dipotong. 

Petang Jumaat embah saudara depan umah meninggal dunia akibat sakit tua (alfatiha).



So ini cerita hari sabtu @ 18/10/14










Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja.

Kali ni ada rasa sayu dlm hati aku.

Semoga jodoh abang & kakak panjang sehingga keakhir hayat. Amin



Mak pak tidak turut serta. Mana mungkin bpk ikut :(

Kakak menjadi tempat abang aku meluahkan rasa hiba yg berbuku dihati.
Akhirnya dia berpasangan seperti org lain.
Semoga cepat2 dikurniakan zuriat. 
Jadikan kisah lalu sebagai pengajaran.


^___^

Aminn



Dan ini cerita hari ahad@19/10/14







 Adat rewang dikampong aku masih belum hilang. Walaupun dah syorkan kat mak buat katering ajer, x nak jugak dia.

Ramai lagi sedara mara yang boleh tolong. X best kalo katering ni katanya.

yola mak, rewang rewangla.

Ada riuh rendah baru mcm kenduri kan kan



Didepan pelamin. :)

Ni adik beradik aku. Ehhhh yg baju hijo tu anak buah. 
Orang kuat mestila kakak sulung aku. 
Aku ngan adik2 hanya menurut perintah ajer



Syukur pada tuhan, hari2 sebelum tu punyala hujan lebat. guruh dentum dentam.
Parit pun penuh ngan air.

Hari itu alhamdulillah, cuaca baik2. Mlm baru renyai balik.
Permintaan mak dimakbulkan



Ingat x dengan bunga ni.

hasil jari jemari ai tau.

Mak ngan adik beradik punya vangga ngan hasil aku yg boleh dpt grade C ajer.
Nampak sangat kitorg tangan kaku, mcm ni pun diorg dah puji puji. hahahhaaa




Ni pengantin dah 6 tahun usianya.
Harap gembira selalu hendaknya


Habis dah.




Friday, August 29, 2014

Pisang gorang cara orang jawa


Assalamualaikum

hari ni nak cerita pasal 1 makanan rutin keluarga aku kat kampong.

Bpk org jawa Sabak Bernam, mak org jawa Bagan Datoh. Otomatik aku jadi anak jawa. Ikutkan,  anak anak aku pun kategori anak jawa sebab somi pun org jawa. Tapi sian 1 pth perkataan pun aku x pernah ajo diorg. Rugi rugi


Beginila nasib anak anak jawa jaman sekarang. Jawa celop kot org kata.



Ni pisang berangan. Maap kalo salah. Pisang ni masih hijau atau x masak lagi. Yg biasa dijual kat kedai tu kaler dia kuning kan.

Kat kampong aku pisang macam ni memang x sempat nak tunggu sampai kuning.

Agak agak dah besar diorg kait dah.

Bwk balik umah , kupas kulitnya terus digoreng. 


Potong mcm ni. hiris nipis serong. Tapi jgn nipis sangat. Kang dah jadi kerepek pulak.



Niler nguper selepas digoreng.
Kalo nak lagi sedap gaul ngan bwg merah yg ditumbuk  + grm. Hmmm sedappp.

Kalo x diletak bumbu, cicah ngan sambal sadin ker, sambl tumis ker or buat sambal tutok ( ikan goreng ditumbuk ngan cili). Sedappp wei. Berebut rebut.

Aku ngan adik badik suka garing garing tapi jgn nipis sangat.



Makan pulak beramai ramai memang sesikat boleh habis sekali masak.


Korang biasa mkn pisang goreng yg dah mskkan. Mix ngan tepung.

Ohhh yg tu aku x berapa kenan. Sebab kadang kadang pisang tu mcm dah berminyak sgt. Teresap dlm pisang tu sekali.

Pisang goreng cara ni pun x semua org jawa tahu. Ntahla, maybe area kampung aku je kot. Sebab somi aku pun x pernah mkn pisang goreng mcm ni. Pelik dia tengok aku  mkn berselera beno

Time poser pun x pernah miss goreng . Mkn sekali ngan nasik. sedap weiii.

Selalu mkn pisang ni ms srpn ngan mnm petang. Petang kalo dah mkn banyak sangat memang mlm dah x lalu mkn nasik.


Cerla try. X rugi.

Sedaaaaapppp

* lenkali nak cerita kisah disebalik pembikinan psg grg ni. tunggguuuu *