Showing posts with label gst. Show all posts
Showing posts with label gst. Show all posts

Friday, April 10, 2015

GST.. are u ready ?


Assalamulaikum..

Patutnya tajuk ni aku buat masa 1st April hari tu...


Sekarang dah 10hb.. xper lom lambat lagi 

^__^


Sebelum tu nak banjer 1 gambo..



gile kuasa apaaaaaaa


pangkat kerani jer sampai 2 laptop..



1 laptop ie version 9 & below. Untuk kerja2 beso

1 laptop lagi ie version 10 & above. kerja kerja opis


Bila kerja ngan sistem. Mcm nilah.


kita kena ikut requirement meraka.. bkn mereka ikut apa yg kita ada..


**********************************************************************


Ok, nak citer sikit pasal GST..

semalam aku baru attend 1 kursus pendek psl kesan GST pd sistem ePerolehan (anjuran MOF).

Comp yg berdaftar dgn MOF akan dijemput utk seminar ini.


Bila GST dilaksanakan memang banyak perubahan perlu dilakukan. Bukan boleh suka suka nak laksanakan terus. Bukan gomen saja yg kena tahu apa tu gst. Tapi semua org.

Kalau syarikat, dari level Bos sampai ke pangkat cleaner harus tahu.

Ada jemputan seminar harus bos ngan staf pergi bersama.

Bukan staf saja.


Bos kena tahu apa itu input/ouput tax.
kerja apa yg kena caj GST
Tender bila yg kena caj
Barang apa yg boleh caj GST


Edakla bila speaker tanya ada soalan ke tidak, bos angkat tangan tanya "apa itu input & output".

Lepas tu dengo org bisik2 sebab orang dah sampai peringkat pelaksanaan tapi bos x tahu lagi apa itu input/output tax.


Jadi bahan senyuman la kejap.


Pleasee..


Kita x boleh harap sangat org bagi semua info GST ni..

Nak tahu lebih kena cari sendirik..



Sebab bila aku tanya kat sub comp, diorg x tahu lagi psl perubahan yg MOF buat. Sedangkan mereka pun ada berurusan dgn eperolehan.


Maybe mereka bukan dilembah Klang. Nun di Perak so info memang lambat.

Info2 penting memang ketinggalan.

Acaner tu?

Sedangkan GST sudah pun bermula.



nak tanya kat saper?

Kalau telepon jer, bukan operator tu boleh jawab.


Nak hantar invois ni.

Eh ehhhhh nak caj gst ke tak ni..

akak tu cakap x yah..

minggu lepas org tu cakap kena caj.


adoooiii  kepala sakit.



Sian kan kita.


aku dah seminggu kol kastam. hari hari kol x berangkat. ada ringing tapi akhirnya putus mcm tu jer. nak tanya psl pendaftaran je pun.



Korang teror x psl gst ni. 

leh share..





Thursday, January 29, 2015

Buku untuk GST


Assalamualaikum


tadi masa lunch masuk jap popular. kot2 ada buku yg menarik perhatian..



nampak pulak buku nih.. terus beli..


dah tulis pun basic/intermediate memang sesuai utk org yg x tahu apa apa psl gst..


belila, inshaallah serba sedikit  akan paham..


Harga RM40, ada rebat 20% so RM32 ajoo..

balik claim kat bos..  buku tuh leh buat mcm harta korang sendiri..

aku pun memang nak buat mcm tu.. bos bos xkan baca punya..

akula library diorang

^___^

hohooo x sesonoh punya perangai

Thursday, January 15, 2015

Aku dan GST.. Bersediakah ?


Assalamulaikum..


Korang dah bersediake untuk menghadapi GST?

Aisshh x lama lagi tau.. pejam celik bangun tdo tahu tahu dah 1/4/15.

Haaa masa tu beli barang semua dah ada gst yer.


Ni nak citer psl org yg terlibat dengan kerja kerja admin/account.


Kerja bertambah tambah beb.


Dulu boleh update acct tiap 2-3 bulan sekali. Sekarang tiap2 bulan kena key in. Baru jer habis ke yin last month transactions, hari ni kena key in lagi.

X menyempatla ahkak nak melayan korea lepas ni.





Selasa hari tu aku p kursus ni.

Serius aku cakap.

Dengar psl GST aku angguk angguk. Agak pahamla sebab dah 2-3 kali p seminar.

Time nak praktis dlm sistem @ myob ..... arggghhh

Semua orang keluh kesah.

Pening pening.


Buat pertama kali akan terasa " lecehnyaaaa ".. "banyaknya"..


huhuuuuu 

nangis jap sebulan 2 bulan.


Serius aku cakap ( 2 kali dah serius ni )

Bisnes yg x der acctg software ni, aku x tahula acaner diorang nak buat/submitt gst ni.


Cara manual @ excell mcm payah sangat. 


So lepas ni memang x hairanla acctg firm akan naikkan fee. Sebab diorang pun x cukup masa.


Harapnya benda ni akan semakin mudah & senang untuk dibuat.


So kepada mereka yg bergelar accountant, admin exec , manager, clerk dll, kita bukan hanya perlu tahu apa itu GST tapi bagaimana nak melaksanakan kerja2 yg terlibat juga.


Selamat berjaya korang & aku jugak..

Majukan diri kita untuk syarikat..

^____^


* leh mintak gaji lebih ni *

Wednesday, October 15, 2014

Daftar GST dapat FREE MYOB v20


Assalamualaikum..

Hari ni tajuk entry masih berkisar GST lagi..

Ampun ya ibu bapak..

Aku bukan pekerja kastam.. bukan jugak staff kementerian kewangan ke

Aku rakyat marhaen biasa.. Ngak dapat untung apa apa sih...

Bakal kena bayar gst jugak..


Pagi tadi aku ada seminar pendek tentang NextGent anjuran pihak ePerolahan.

Siapa2 yang ada mendaftar dengan MOF tahula psl ePerolehan ni.


Sekarang ni semua ngah nak update sistem masing2. Semua nak start implement next year.


Lepas briefing psl Next Gen tu adala sessi pendek psl GST.

Okei just nak share ngan korang.

Sesaper yang belum daftar GST tu, bolehla buat pendaftaran bersama ePerolehan.

FREE of Charge.

Dapat eVoucher RM1,000.00

dengan eVoucher Rm1K ni korang boleh dapatkan MYOB v20 secara PERCUMA.



Oh makkkkk


Best giler


Tapi aku x best. Sebab aku dah pun upgrade MYOB yg aku guna skrg ni.

RM1,600 aku beli. 

Cissss


Benci ko MYOB.


Sebenarnya xla Free kan cuma nampak mcm free sebab ko kena dapatkan eVoucher Rm1K tu then bagi kat diorang. So myob tu nilai dia RM1K saja.

Cuma MYOB jer. Sistem lain x dapat.


Daftar pun free. Kalo ko srh comp yg buat koman koman RM400.00 diorang caj.



Ok, tu jer nak share.



Tuesday, October 14, 2014

Anda sudah mendaftar GST ?


Ececeeee macam dah jadik pekerja kastam pulak yer.. 

Assalamualaikum semua


^___^



Just nak sembang2 sikit psal gst ni..

Jumaat lepas bila aku sampai umah, terus on tv. Nak sambung dengar bajet 2015. On the way dlm keter psg gak radio.  Sebagai rakyat kena tahu gak serba sedikit.

Nak mengomen pun kenala tahu cerita kan. jangan nak ngikut cakap orang jer. Tu kurang cerdik namanya. Punyala pung pang marah sana sini, itu x betul ini x betul. Bila tanya balik kat dia, kosongggg.


Sampai umah bajet pun dah habis. Terus sambung siaran psl perbincangan bajet tu ngan pakar masing2. 

Yg aku perasan la, perbincangan x lari cerita pasal GST.

Semua panel yg datang semua cakap GST tu GOOD.

Mcm kfc, feelin goood.


 So nak tanya ni, syarikat korang kerja tuh dah daftar GST lom?





Kalo belum baik cepat cepat buat
Deadline untuk daftar gst  pada 31/12/2014.
Lambat daftar penalti maksimum x lebih RM20,000

Sayang jer duit tu. Bukan susah pun. Semua Online. Sejam leh siap kalo semua info dah ada.


Wajib daftar ker?

tengok sale comp thn lepas baper. Kalo dah cecah RM500K memang wajibla tu. Kalo sipi sipi suka hati korang la. 50:50 . Nasihat, better daftar jer. Free pun





1st time aku dengar briefing psl GST ni drp Shell. Mula2 dengar masih bengong bengong jugak. Aper input output tax ni. udahla aku dah lama beno meninggalkan kerja tax tax ni. Adui

Kali ke 2 pergi anjuran Petronas pulak. Kali ni pergi baru nampak cahaya sikit. 
Alhamdulillah :)


lepas ni kena cari sumber lain pulak nak bagi betul2 paham. Yang penting bila nak buat nanti. Mcm banyak sangat paper work. Bertambah kerjala.

Software pun kena upgrade. Kos semua tu.


Nak attend seminar2 psl gst ni pun bukan main mahei. Berpeluh gak ni.
Moga ada insan yg sudi bagi cahaya lagi. 

harap harap la.