Showing posts with label jalan jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan jalan. Show all posts

Tuesday, March 29, 2016

SKYREX.. tarikan terbaru di Orientall Village Langkawi



Assalamualaikum..

Tahun ni betambah lagi 1 tempat menarik untuk para pelancong yg bertandang ke Orientall Village. Hahaha bermaksud bertambah lagila bajet kita kalo dah sampai sini. 

Skyrex ini x silap aku maybe baru bukak awal tahun ni kot. Sebab last bln 10/15 aku dtg belum siap lagi tempat ni.


So sekarang ni kita lagi byk pilihan. Xnak masuk 6D, boleh masuk Skyrex. Takut masuk skyrex boleh masuk muzium 3D pulak. Ada pakej masing2. Ikut kemampuan poket masing2la.


pakej yg ditawarkan




Tempat ni bersebelahan ngan muzium 3D. Semuanya dekat2 jer.



Bila nampak dinasour kat luar ni jgn sangka yg kat dalam ni banyak replika dinasour. Dia macam 6D jugak. Kita akan naik 1 van (mcm van) dan akan dipertontonkan macam cinema 6D tu. boleh rs pergerakan macam nak jatuh, muka basah dek kena renjisan air.

Somi cakap challenges jugak. Bila part terjunam tu, memang rasa sungguh nak terjunam.

Ehhh aku x leh nak cakap lebih2 sebab i cannot join. Perut ada isi..hiii


tu tuuuu... wanita mengandung cannot go...



Seterror & seberani Aiman, bila masuk tempat  ni dia x berani nak masuk lagi. Dashat gak tahap keekstreman nya itu.



Okei, tu ajer nak share.



Friday, March 25, 2016

Air Singgit di KLIA


Assalamualaikum..

Biasala.. Kalo dah namanya KLIA ( lagi2 klia 1 ), hg barang2 mesti mahal. mesti ada beza ngan harga kat luar kan.


Masa p Langkawi hari tu bos & geng2  siap breakfast kat luar lagi. Sebab tahu harga kat klia memang mahal. Aku  xderla nak mkn kat luar. Sampai klia pun dah ngam2. Para rombongan dah siap beratur nak check in beg. Aku gak yg lambat (lmbt sikit jer sebab mencari parking )


So memangla aku xder breakfast kat klia tu. Just beli 2 bijik dunkin donut ngan air utk bebudak. xderla nak beli lebih2 pikir jimat woiiii. walaupun boleh claim tapi malasla.. 


Dah siap check in beg, terus masuk dlm balai berlepas. 

Loorrr

Kat tempat menunggu ni ada ada pulak jual air singgit 1. X disangka sangka. Ingatkan lagi masuk dalam lagi mahei. kikiii



betolll. harganya cuma rm1 saja. 





Yg RM1 banyak air tin & mineral water. Mcm air soya dlm botol plastik tu x silap RM2.
paling mahal rm2.

Okeila tu hg kat luar pun lebih kurang hg ni kan.


So lenkali beli air kat tempat menunggu ajer. Air mineral dah hbs, boleh refill ngan water cooler yg ada kat situ. hahhaha dah jimat untuk beli air.




Monday, March 21, 2016

First time naik MAS


Assalamualaikum semua..

Akak baru baru ni dapat naik mas dik. Alaaa kpl terbang MAS tu.
X pie mana pun dik. Langkawi ajer. Tapi excitednya melampau beno dik. macam x pernah pie Langkawi ajer. 
Feeling nak pie tu lain macam, sebab kali ni naik MAS. tu pun company yg banjer. company trip katanya.

Kalo free akak polo jer. Walupun baru pie bln 10 thn lepas. Lagi boleh bawak anak beranak semua. Saper x suka kan. kikiii

Akak p 17-19/3/16.

Best rupanya naik mas ni yer. selesa beno. memang beza ngan aa. Tapi kalo dah dapat naik mana2 flight , syukur alhamdulillah. Org lain ada yg x pernah naik lagi.




Sepanjang perjalanan xder order apa2 mknn. Tp akak pramugari tu baik hati. Dia bagi mkn kacang ngan air oren/epal. Sedap kacang tu. x cukup sebungkus anak anak akak ngan bpknya mkn sebungkus. Nak mintak lagi rasa segan pulak. :)




sedap budak ni cakap. terpaksa akak bagi kacang akak kat dia.
dpt rasa jadila

Masa balik Dsa ngan bpknya amik sekali 3 bungkus. ehhh boleh amik lebih yer. Ingatkan boleh amik 1 ajer. 



space seat dia pun luas. xderla rs nak tertendang seat depan ajer.



1 jam perjalanan x dapat nak hbskan 1 movie.  ohhh bestnya. xla bosan sangat.
Aiman layan star wars. Aku tengok cerita aper ntah ni. x tengok sangat pun.



Ada rezeki memang teringin nak naik ngan MAS lagi. Insyaallah.

^____^



Masa balik dpt seater paling last sekali.
Sebab lambat check in.

Semoga MAS semakin maju jaya.






Thursday, November 26, 2015

Pantai Chenang yang best


Assalamualaikum

Suka sangat mandi kat pantai Chenang ni. Walaupun air nya x sejernih mana tapi aku suka sebab pantainya yang landai. X sama mcm pantai2 kat PD or Teluk Batik. Permukaan pantai kat sini macam rata jer. Pasirnya pulak keras. Bila ombak datang kita xkan tertarik ke tengah. tu yg aku suka. Takut betul tiap kali ombak datang & membawa diri ini ketengah.


Lama kitorang lepak kat pantai. Bagi bebudak ni main puas puas. Bila nak hujan barula balik hotel.















aku suka tengok2 jer. memang x brapa suka nak mandi kat pantai ni. kejap2 jer masuk dlm air.



dah penat main air, main pasir pulak.







Kat sinila kitorg spend 1 nite. Langgura Baron resort.
Lokasi seberang jalan jer dari pantai tu. memang dekat sangat nak kepantai.
Rm150 utk family room.


Area pantai Chenang ni banyak sangat hotel & chalet. Cuma mahal murah, best ke tidak sajalah. Nak makan2 pun byk kedai makan kat sini. Cuma harganya agak mahal bagi aku. Mahal sedap xper. Mahal x sedap tu yg jadi makian dihati. Makan sotong goreng macam kunyak plastik ajer. Roti telur sekeping pun rm3. Aishh kalah kl. Tempat pelancongan katanya.

Nasib baik pantainya best.




Friday, November 20, 2015

Menginap di Aseania Resort & Spa


Assalamualaikum..

Sepanjang 3 hari 2 mlm kat Langkawi ni, aku stay kat 2 hotel yg berbeza.
Hari pertama stay kat area Pantai Chenang. Dekat sangat ngan pantai. Memang itula tujuan jln2 kali ni. Nak mandi manda kat pantai Chenang yg mn aku x sempat nak pergi pun tahun lepas.

Hari ke 2 bertukar ke Asenia Resort & Spa pulak.
Dah puas mandi air masin kita mandi air kolam pulak. kiii

Udah namanya cuti leks lekss kan. 



booked hotel melalui booking.com.


Pilih hotel ni sebab pool dia besar. memang puas hati. Siap ada slide lagi. memang kesukaan anak anak.



Masa check in anak2 dah nampak pool. terus kelam kabut nak ajak mandi kolam. Bersabola anak anakku, kan ngah renyai renyai ni. Risau mak kalo tetiba ada kilat pulak.



Anak dara udah x sabo. posing sekarang udah mcm model . Siap silang kaki , tangan kat dahi. Saper ajor ko ni nak. mak x pernah buat mcm ni tau.



 memang nikmat sangat bercuti masa hari bekerja ni. Kolam ini kami yg punya.
^___^






Dsa xla berani nak sliding sesorang.. terpaksala mak menemani.
Beruntung gak mak. Leh main sekali.



Bila dah best, berkali kali dia ajak mak naik lagi.



  
Ni bukan kaki bpk
Kalo kuak kuak ni kompem kaki anak laki mak punya.



Aku dah pening, tertelan air masa jatuh dr slide ni. turn bpk pulak layan anak.







memang kesukaan Aiman la nih.







 srpn pagi sebelum chekout.



Dlm hati dah x sabo sabo nak terjun dlm kolam tuh.mkn pun xder selera dah. Banyak beno alasan aku kena sediakan nak menjawab soalan2 dr diorang ni.

Naper x leh mandi sekarang ma?
Abang tu buat apa kat kolam tu ma?
Tu abang tu boleh mandi pulak/

Hmmm mak nak mkn pun tersekat sekat.




Pool kat sini memang beso tapi yg lain2 mcm hmm ajer. Ada org panggil hotel ni hotel purba. Sebab hotel dah lama kan. Tingkap blk aku pun dah terkehel latch dia. Petang2 ada monyet datang lepak cari makan kat area pool tuh. Wifi bolehla setakat nak tgk fb n wasap.

Hotel ni pun dekat ngan pantai Chenang.


Thursday, November 19, 2015

Wajib pergi - Muzium 3D terbesar di Malaysia -.


Assalamualaikum..

Sambung cerita jln jln Langkawi..

Sekarang ada 1 lagi tempat yg menarik di Langkawi. Baru bukak awal tahun ni. Korang mesti datang sini tau.. 

Lokasi bersebelah ngan cable car. Kalau korang gayat nak naik cable car bolehla masuk muzium 3D ni. Confirm korang suka hati. 

Beruntung beno org Langkawi ni, xyah susah susah nak datang KL. Muzium  ni merupakan muzium 3D yang terbesar di Malaysia okei. Besttt nya .


budak kena paksa ketika mentari sedang terik..sori nak


Masa operasi:  9am - 6pm setiap hari

Tiket masuk(warganegara):
Dewasa: RM30
Knk2: RM20

Bangunan setinggi 3 tingkat ini pasti memberikan pengalaman yg sangat best pada korang. Sebab aku anak beranak pun hepila sangat. Jakun jap

So saksikanlaaaaaa



haaa tengok. kecik kecik dah pandai surfing.. rilek je udah mcm atas kpl titanic.



masuk jer dlm muzium ni pasti korang terus pandai berlakon. Kalah artis sedia ada. hahahaaa



Lakonan aku jer yg x menjadi.. acaner nak jadi kalo dah kena hurung ngan bebudak ni..huuhhh korang memang jeles kat mak



haaa badak seksi pun ada. korang pernah nampak.. x pernah kan kan.. 
^____^




Kat sini pun ada guide acaner kita nak berposing. Xderla nampak pelik jer. deme letak gambo mcm mn sepatutnya cara kita nak posing tu. Tapi kalo korang lagi pandai so xyah nak tengok .
Aimanla selalu tegur aku " mama salahla..bukan mcm tu..macam ni la... tengok ni haaa ".

Isshhh sebok jer ko ni.. suka hati makla cam ner nak posing



bagai bidadarikah? 
kahkahh

ingat senangker nak dpt gambo camni...


macam nila sebelum nak dpt gambo mcm kat atas tu.. nyebok ajer bbdk ni.. x bg can mak nak sorang2..



 anak beranak panda.. :)



 kikiiii comel penjaga panda ni





 bila mak ada 2 anak..



malu mak .. ^__^



dr hutan kita ke London.. lepas tu kita tour ke padang pasir pulak..


 
dah sampai ke Mesir pun..



tengokla yg sorang tu... kakkaaa 
masing2 buat muka cuak ngko leh berenang renang kat belakang




besarnya wau..



 meoowwwww..



Ohhh banyak lagi lukisan2 yg ada.. korang kena pergi & alami kegembiraan tu.
2-3 jam kat sini memang x terasa. Kat luar tu panas terik, dlm ni sejuk ekon jer.

Haa kat dalam ni xleh pakai kasut. kena kaki ayam. Masa nak masuk ada kaunter rak kasut. ada org jagakan kasut2 kita tuh.


Selamat bergembira..

Juga leh tengok website diorang ni..