Showing posts with label Taska. Show all posts
Showing posts with label Taska. Show all posts

Monday, January 9, 2017

Aduhai aunty dreber


Assalamualaikum..

macam macam la yg terjadi awal tahun 2017 ni. Harap harap xder lagila berlaku. Boleh cepat dapat sakit jantung la gayanya.

Kisahnya begini.
Umar & Dsa kan dah tukar pengasuh.
Dr taska ke pengasuh ( sementara waktu )


Last week somi yang hantar selama 2 hari. 2 hari tu jugak somi dah train Dsa mcm mn nak p umah pengasuh. Dsa ngan belagaknya cakap paham.


So hari ni 1st time la aunty dreber hntr Dsa ke rumah pengasuh. Somi dah pesan sila hntr sampai depan umah yer hari ni(hari ni sasja). Ok dia paham. Almt penuh pun dah bagi.


2 hari ni pulak somi cuti. Sebab ada rasa macam kurang yakin kat aunty, so aku mintak somi guide aunty. Tunjuk kat mn umah pengasuh yg baru.


Kol 11.40 lbh kurang somi pun tunggula depan main gate ngan hati yg riang.
Tiba tiba aku dapat kol drp techer.


"Puan, Delisa sekarang nak hantar ke mana? Sebab ada pengasuh lain bg tahu Delisa ada kat blok ni ( bkn blok yg betul). Aunty turunkan dia kat situ lepas tu terus jalan."

Apaa!!!

Org yg jumpa delisa ni kol guru beso, bg tahu dsa kat sini.

Adooiiii

berdebo dah mak


kelam kabutla aku, tecer, pengasuh n somi.


Udah misi mencari delisa pulak.

Bila bagi tahu kat somi ...
" papa dr tadi kat depan pagar ni. X nampak pun aunty masuk "


Udah.. kat mana pulak aunty hantar ni.

Suruh pengasuh tengok kat blok tu, x der gak.


Adoiiii ke mana pulak kamu pergi nak.

Kena tunggu panggilan drp tecer pulak. Sbb tecer yg bg tahu aunty tersalah drop.

lega bila tecer dah dpt menjejak dsa. Fuhh



Akhirnya Dsa selamat sampai kerumah pengasuh ngan muka yg mcm nak nangis.

mahu x nangis ko kalo dah kena tinggal kat tempat yg dia x biasa. X tentu pasal viral pulak kat bsp nih. 

Aunty oh aunty.. 
ikutkan hati aku, memang dah kena reject ni.
X amanah

Kalau x tahu boleh cakap x tahu. 
Ni semua ok. tahu saja.


Somi bagi chance lagi. Mlm ni jumpa aunty nak tunjuk jalan. Nak tunjuk kat mana dia perlu turunkan Dsa. Tengah tengah hari udah somi berpeluh lari sana sini.  X yah nak joging dah. Nasib baik somi cuti. Kalau edak lagila kelam kabut.


aunty oh aunty. Nasib baik aku xder sakit jantung.
Sabo jela.







Thursday, January 5, 2017

Terima kasih ALLAH..


Assalamualaikum


Alhamdulillah
Syukur sangat Ya Allah
Kau permudahkan segala urusanku..


Sungguh aku terasa betapa ALLAH permudahkan urusan ku 2 hari ini.

Walaupun malam tadi terasa kelam kabutnya, tapi pagi ni dah dipermudahkan.

Buat sementara waktu anak anak dah dapat pengasuh baru. Kena fikir pulak lepas ni nak hantar ke pengasuh or taska.



Beginila nasib mak mak yg bekerja. Masalah utama bila pengasuh buat hal.


Ya Allah lindungilah anak anakku drp sebarang malapetaka dan bencana.
Amin.

Tuesday, September 27, 2016

Hari ini Umar ke taska..


Assalamualaikum..

Hari ini aku dah hantar Umar & kakak ke taska.. kakak lepas balik skul terus ke taska.. dah aku pesan pada kakak,  hari ni pergi umah mokha tau.. mama n papa hari ni working..

Cuti mama dah habis yer..
Haa cuti ma dah habis.. mama kena working cari duit.. Nanti cuti kita p hotel ..

Sekarang ni budak curly tu asik nak ke hotel ajer.. aku bukak internet ada gambo hotel mesti dia cakap " mama nak p hotel ke? ".. Aisshh anak.. ko ingat free ke hotel tu.


Hari ni bapak yg siapkan Umar. masa hantar tadi dia ngah tido.. sempatla pagi tadi bf kejap.. bpknya pun sempat bg susu dlm botol..luakla sikit susu tu..



Dah penuh Umar dok dlm ni..

Semoga Allah permudahkan kerja pengasuh menjaga Umar. Moga diberi kesabaran yang tinggi sebab Umar masih belum biasa minum susu dalam botol. Memang risau sangat hati aku ni. Almaklumla bila hantar kat taska ni, ngan ramai budaknya. pengasuh pulak cuma 2 org.

Allah.. kalo dipikir2 memang sedih, risau. perasaan biasa seorang emak bila tinggalkan anak kecil.

Dari semalam aku dah mula rs sedih. Kecik lagi anak2 kena hantar kat orang. Tengok wajah mulus diorang memang x sampai hati. tu yg leh nangis tu. Nasib baik Umar tadi tengah tido. Edakla aku sedih sangat. 


Ya Allah, aku tawakal padamu. Lindungi anak2 ku daripada sebarang malapetaka & bencana. Permudahkan urusan mereka ya Allah.


9 minggu


Semoga hari ini baik2. Amin






Thursday, December 5, 2013

Sebelum dan selepas ke sekolah


Assalamualaikum..

Minggu ni asyik bercerita pasal Aiman kesekolah ajer..  hehehee minggu depan start citer lain pulak


Alhamdulillah, Aiman sehingga hari ini memang suka pergi skul.

Petang semalam masa bapak dia amik diorg dr taska & on the way back blk rumah, Aiman cakap kat bapak dia " Aiman suka skul.. skul besttt "



Ni lah muka ceria Aiman nak pergi skul...  Hari ni pergi terawal sangat. Pukul 8 dah sampai. Skul pun x bukak lagi. kikiii

Selepas habis sekolah.



Muka dia bila aku cakap Aiman kena pergi skul 1 lagi ngan adik...  

Aiman cakap " Ebob nak balik umah "..


Hmmmmm


Okeila, Aiman p skul yer. T mama belikan tembak.. Nanti cuti kita jalan jalan yer


Aman

 Dia masuk juga ke taska tanpa tangisan. Siap bawak beg sekolah lagi. Nak tunjuk kat budak2 lain ler tuh.. Suka hati kamula nak..

Nampaknya aku kena belikan tembak ni.

Udah berjanji, kenala ditepati kan


Wednesday, December 4, 2013

Hari ke 2 ber orientasi


Assalamualaikum

hari ni hari ke 2 Aiman pergi ke sekolah sempena orientasi selama sebulan..

Bangun pagi muka sememeh ajer..

Alamak mcm mendung ajer langit hari ni..

Nasib baik dia masih nak mandi & gosok gigi. Mak pulak x menyempat nak buatkan dia susu.. Sebab si adik pun dah bangun pagi sambil huhuhuhuuuuu " abang uatttt ".


Walau apa pun Syabas aku ucapkan buat anak laki aku ni. Nak pulak dia pergi kesekolah. Kuar kereta sendiri. Terus masuk kesekolah. Xder dah nanges nanges. Senang hati aku nak bersarapan kat kedai mamak.kikiii



Sempena menunggu Aiman habis orientasi pukul 9.30 aku ngan Delisha pergi sarapan dulu pekena roti telur ngan ayam goreng sambil layan upin ipin. Sukala hati Delisha sebab leh manja lebih. Abang xdo.


Lebih kurang kul 9.20 cepat2 pergi kesekolah Aiman. Leh intai2 apa yg dia ngah buat. heheee



Aku datang Aiman dah nampak. terus x fokus.
Aku dok kat luar dok dengola cikgunya cakap " Aiman, cepat habiskan kaler ni. ma ada kat luar tu ".. jap jap aku tengok dia tengok aku. Siap ber haiiiiii lagi . Jap jap mewarna. Last2 aku p menyorok,  biola dia fokus jap. Asyik nak mengintai mak dia ajer




Aiman dah ada kawan. Ntah apa yg disembangkan sampai gelak2 ngan kwn dia tuh :)




No 1 yang keluar drp kelas. X sabo2 nak balik. Esok aku nak amik dia lambat sikit. Biar dia hbskan kelas dia sampai kepenghujung. Dia dah srpn ngan kwn2 baru aku amik.




Beg sekolah Aiman. :)


Lepas habis sekolah aku hantr diorg pergi taska.

Subhanallah, Aiman meraung2 xnak pergi taska. " nak ikut amaaaaa nak ikut ama ".

Nasib baik Delisha ok


Sungguh aku pelik.


Apesal dia nanges lagi bila nak pergi taska.

Mulala nak curiga nih. Aissshhh





Wednesday, April 17, 2013

Berita mutakhir: yuran taska anak anak ku



wallahhhhh  cam baca paper pulak.. ada mutakhir gituuu


Hari tu kan aku hangin pasal yuran taska nak naik

rujuk sini YURAN NAIK



Pagi ni aku nmpk memo yuran baru udah xder..  


Lps hantar anak2, pengasuh tu jumpa aku..


" kak, saya ada benda nak bagi tau ni.. jgn terkejut tau"

alamakkkkkk aper lagi ni..  cuak daaaa



" kitorg x jadi nak naikkan yuran.  So yuran cam biasa"..


Ohhhhhh muka hepi ( syukur alhamdulillah )

" yerla dik, memang terbebanla kalo naik.  anak bukan sorang,  ... "

" mlm tadi kitorg meeting ngan bos, drp taska ni ditutup sebab ramai yg nak keluar ( dah x nak hntr ketaska) baik kitorg kekalkan hg asal "...




Bagusla kalo diorang cepat tersedar.. aku ingatkan aku sorang jer yg kalut rupa2nya mak pak yg lain pun sama.  Diorg lagi hebat terus immediately kata nak hntr anak ke kampong.

Sebab tula taska x jadi naikkan harga sebab dah ada mak pak ckp xnak hntr anak diorg lagi..


Patutnya sebelum nak naikkan harga diaorg kena fikirkan mak pak yang nak membayo diorang ni..


Kalaupun ada kenaikan kos mcm tuan umah nak naikkan sewa maybe diorg leh berbincang ngan mak pak.   Insha Allah, mak pak akan paham..



Aku tulis berita ni sebab takut2 ada yg tengah mencari taska kat area BSP, udah terbaca entry yg lama2.. Sedangkan harga mereka sudah berbalik kepada asal.


So korang jgn risau yer.. saper yg nak hntr kat taska ni yuran masih ikut kadar yg lama..


leh rujuk entry ni  Taska Mentari Saujana, BSP


sekian , wasalam..


Monday, April 15, 2013

Yuran taska anak anak dah naik



haaaa sukala penguasaha2 taska minggu ni..  baru keluar berita minggu lepas pasal akan kenaikan yuran, hari ni dah bertempek keratan akhbar & memo bagi tahu yuran mulai bln 6 ni dah naik..


waaa bukan cikit naiknya..  terasa jugakla..  menggigil nak, mak nak membayo nanti..


udah berangin jer pepagi isnin ni..


Gaji org lain yg naik naper aku yg kena tanggung semua ni..


katakanla dulu gaji aku rm800,  nanti naik rm900 tapi aku kena topup yuran anak2 melebihi kenaikan gaji aku.. ohhhhh sunggguh tidak adil..





Anak nak, korang ada idea x camner nak solve mslh ni?


Friday, April 12, 2013

Yuran baru taska RM450 seorang..



Korang dah baca paper ke lum hari ni?


Mai baca sini..  Yuran taska naik.  sumber harian metro



alahaiiiiii agak agakla korang..


aperla benda yg naik sangat tu sampai korang nak naikkan mencanak canak..


Aku ada 2 anak, sah sah dah kena bayo RM900.. pergghhh naik sekali ganda tu..


Kalo betul2 diorg laksanakan yuran ni....  sesak napas aku..


Yuran maheiii,  kalo cuti panjang bukan ada diskaun pun..kena byr mcm biasa gak..camner tu?





Thursday, January 17, 2013

Akhirnya....Aiman TERSENYUM


Assalamulaikum wbt


Sekarang ni hati mak ngan pak dah sedikit tenang.

Pandu keter leh nyanyi nyanyi..


Sejak bulan 10/12,  akhirnya hari ni Aiman baru tersenyum & jalan sendiri masuk dalam skul dia  :)


Berchinta tol nunggu ko tersenyum senyum nak..


almk, buruknya mak bedakkan ko nak.. bertompok tompok pulak 
(papa nmpk mesti bising)


ohh dia x tunggu mak dia dah


Abang abang tunggu mak jap



"aper lagi ma "


Dia cam malu malu pulak...  hahhaha


Sebekas keropok diangkut sama..  Xper nak, mak x kisah


Aiman dikerumun ngan kengkawan..


Makan sesama yer nak  :)



Alhamdulillah, akhirnya dia serasi dah.



Friday, November 9, 2012

Biarkan aku sendiri






Budak yang x nak keluar dr kereta.  Dia nak ikut mak dia. Xnak skul. Ohhh


* mak pak dah tegar, abg kena berkorban cikit utk adik *






Wednesday, October 31, 2012

Berbelah bagi


Assalamualaikum..



Hari ni dah 31/10 ...  Esok dah 1/11


Hmm hati mak & pak Aiman masih berbelah bagi & berdolak dalik..


Nak tukar ke x nak


Tukar...


X tukar..


Taska yang baru ni pun x banyak info yg aku perolehi..  yg selalu pergi taska tu pak Aiman.  


Masalah utama si Aiman tu jer..  Pagi2 melalak jer kerja dia

Pagi tadi pengasuh kat taska tu bg tahu lagi,  " Aiman tu nanges kejap jer,  lepas tu elok jer main ngan kwn2 "..   


Tu yg buat aku makin keliru ..


Kalau nak tukar taska baru,  kesian pada adik..   Mesti tiduran dia terganggu sebab xder buaian nak dodoi dia..


Bila tanya kat huby,  dia tanya kat binik dia balik..  Aiissshhh


So keputusan buat sementara waktu ni,  bg masa sebulan lagi..   Kalau mak pak Aiman tengok makin melarat pulak perangai dia baru kita tukar .  betul2 tukar.  heee





* beria ia aku isi borang taska yg baru tuh, x jadik pulok.  xper, simpan jer dulu *


Thursday, October 25, 2012

Bila sikecil tewas ditangan abg yg besar



Ohhhh baru ku tahu, kenapa Aiman meronta2 xnak pergi ke taska.


Pg tadi adegan yg sama, walau dah diucapkan 10 kali yg abah akan ambil cepat hari ni.  Dia tetap meronta ronta.


Kejadian.

Pagi tadi Aiman ke taska dengan botol susu dimulut bersama sebungkus kek pandan layer.  Bila dia dah kat dlm taska ( masih meronta nak ikut mak dia ) & aku sudah didalam kereta. 


Tiba tiba

 Kek pandan Aiman itu telah dirampas oleh seorg budak lelaki yg sedang bogel.  Budak tu lagi tinggi cikit drp Aiman. Aiman cuba merampas kembali tetapi budak tu x bagi.  Budak tu bwk lari kek Aiman.  Aku ingat Aiman memang kejar budak tu sbb aku dah x nampak ( diorg disebalik dinding ).  Then aku nmpk tangan Aiman kosong.  Budak tu dah berjaya merampas.


sumber: google

Oh Tuhan,  patutla.  Mungkin antara sebab Aiman x nak ke taska.  Bila dah berebut rebut tu , tentu ada episod tolak menolak.  X mustahil kalo ada bab sepak menyepak, cubit mencubitkan.  


Sedeh & kesian betul aku tengok Aiman.  Tindakan dia bersungguh2 nak dapatkan balik jajan dia tu.  


Aku bg tahu pd pengasuh,  kwn Aiman ambil jajan dia.  Tapi aku rs diorg pun x dpt nak jejak.  Yg mn satu budak yg amik jajan tu.  Lagi2 hari ni diorg kekurangan staf.


Menanges la Aiman.


Hmm sebab tula taska x benarkan bwk sebarang mainan kan.  Boleh menyebabkan pergaduhan jer.


Bila aku bg tahu huby kes ni , terus dia ckp bulan depan tukar taska lain.  Pot pet pot pet huby mrh kat budak yg amik jajan Aiman tu.  Samseng digelarkannya.


Aiman wlpn hyperaktif tapi dia xkan merampas brg2 org ni.  Kalo brg adik dia bolelah dia rampas.  Kalo dia nmpk budak lain main game, dia tumpang tengok jer.  Aiman lebih suka buat hal sendiri.


Bukanla nak memenangkan anak sendiri.  Sekurang2 nya aku tahu mcm mn perangai Aiman.


Bila dia yg hyperaktif pun boleh diperlakukan begitu rupa,  aku sbg mak sangat sedeh.


So next time memang xderla nak bwkkan jajan2 ni.


* kat pengasuh lama, xder rampas merampas.  Mereka mintak & mkn bersama *


Tuesday, October 23, 2012

Aiman menangis, meratap sayu


Korang cer bayangkan kalau hari hari mcm ni..


Sungguh pelik aku dibuatnya.  Sungguh sungguh dia xnak ke taska.  Kalau aku nak menyimpang ke taska tu mula la dia buat air mata.


Bukan seminggu tapi dah nak msk sebulan nih.  Hari hari nanges. Bila setiap hari dia mcm ni terdetik gak dlm hati, ada benda yg membuatkan dia x suka.


Hmm xkan aku nak ty kat pengasuh2 tu " Aiman ada kena pukul ke "?


Kalau setakat kena marah aku rasa xderla Aiman nak emo sangat.


Bila dah hari2 mcm ni aku & huby pun dah mula naik cuak. Mesti ada sesuatu yg buat Aiman x suka.  


Mungkin dia kena marah sebab x nak dengar kata?  

Mungin kena pukul or buli ngan kwn2 senior dia ? ( hmm mcm kes tangan dia kena gigit tu)


Semalam bila huby nak ambil dia, huby cakap Aiman mcm budak baik jer.  Terbaring sambil termenung.  Ntah aperla yg dimenungkan.  Aku dengar pun rs kesian jer.


Sebab itu,  petang semalam huby ambik kesempatan bertanyakan jikalau ada kekosongan di taska yg lebih hampir ngan umah kitorg.  Huby ckp taska tu x berapa nak ramai budak.  mcm aman gak.


Hmmm kalaula punca Aiman menanges setiap hari sebab kena buli aku harap budak2 kat taska sini lebih bersopan santun la.  X pun pengasuh2 kat situ lebih perihatin.  Jgn la dibiarkan budak2 membuli satu sama lain.  Nak main pun berpada2la .  Jgn sampai mendatangkan kecederaan pd budak lain kan.


So aku & huby dah sepakat.  Insyaallah,  bulan depan Aiman & Delisha ke taska baru. Hmm kesian kat adik.  Kena sesuaikan diri lagi.  Udahla taska yg baru ni x der buaian.  X taula camner diorg nak handle. Sedangkan mslh adik x berapa nak minum susu pun x setle2 lagi.


Ohh mlm tadi aku sembang2 ngan Aiman.  Wlpn dia ckp 10 ayat, yg aku phm cuma 1 ayt jer.  Aku ty Aiman ada kena pukul ke kat skul.  Dia boleh buat aksi kena tampo kat muka.  Dia tampo muka dia sekuat hati dia.  Lps kanan, kiri pulak. Hmm aper maksud tu.  X beranila nak cakap yg dia kena tampo kat skul.


* smlm udah membazir 2 botol susu ebm.  Bila susu tu diorg x smpn dlm fridge. Just smpn dlmm cooler yg aku bwkkan tu jer. mencairla dia. Adoiii *


Thursday, October 18, 2012

Aiman tak hepi di taska


Hmmm memang pagi pagi budak Aiman ni suker spoil mood semua org.


On the way to taska boleh dia cakap " x nak p skul " . " nak ngan mama "


Alloo nak, mak bukan pergi jln2 mkn aingin.  Mak pergi working okeh.  Mak working nak belanja korang mkn sedap2,  boleh beli mainan korang.


Haruu tul bila dia cakap gtu.  Lps tu mula dia cakap nak p umah kak Ud ( pengasuh lama ).


Aku rasa dia memang x hepi duduk kat taska ni. Dia x enjoy ngan kwn2 dia & mungkin ngan pengasuh2 sekali.  Kalo dulu dia bolehla manja manja ngan kak Ud dia.  Kalo nanges K.ud pujuk.  Sekarang kalo nanges org buat x heran jer (pujuk gak tp jap jela)


2 hari lepas ms amik anak anak, Aiman terus mengadu & tunjuk kat aku tangan dia.  " ma, tangan kena gigit " .  hmmm memang luka pergelangan tangan dia tu. Bengkak & nmpk berdarah.  Bila aku ty kat pengasuh ( saje2 ty ), ngan biasa dia ckp " budak main main ".  Ohhhh


Udah aku kena ajo cara2 camner nak protect.  Aku ckp lenkali jerit kalo ada bdk nak gigit. Atau tarik tangan tu bang. Dia ngangguk jer ( mcm x paham jer ).


Esoknye bila dia mengadu kat bapak dia, bapak dia cakap " kalo ada org nak gigit abg sepak dia tau.  SEPAK!!  Ohhh kontra sudah


Sebab tula dia x hepi.  Ngan ramai budak.  Dah ramai so tempat sempit.  Huby pernah nmpk ms bebudak tido, penuh ruang kat tingkat bawah.  Aiishh kesiannye.


Hbs tu camner yer.  Nak tukar tempat lain, x taula sm ada mslh ni boleh selesai ke edak.


Dah hampir sebulan duduk kat taska tu , adala 2-3 hari jer yg dia ok.  Selebihnya semua ko.


Bila dia xnak pergi skul, memang drama air mata la pagi2.  Nak keluar kereta pun x nak.  Sampai kena tarik keluar.  Masa tu cakap nanti beli aiskrim la, aperla memang x jalan.  Dia nak ikut mak dia.  Ohhh anak kau memang lebih daripada adik ko yer.


huhhh mencik aku  tengok


* nasib baik Delisha kdg2 ok,  kalau sm gak ngan Aiman,  ngan aku sekali menanges. Uwaaaaa *


Wednesday, September 26, 2012

Serasi bersama ..



Pagi ini sepanjang perjalanan dari rumah ke taska ke pejabat dalam keadaan hujan yang lebat..   Hmm keadaan yg aku memang x suka sbb memang cuak nak memandu dalam keadaan hujan lebat nih..   Tapi apa kan daya,  tidak ada driver yg mahu menghantar..   Eeeeee


Alhamdulillah, hujan rahmat.  Tanpa disangka sangka hari Aiman sudah keluar sendiri dari kereta menuju ke pintu taska dengan sendirinya.  Tanpa setitik air mata.  Tanpa suara tangisan.  Tanpa pujukan mama.   Alhamdulillah, sayang anak mama.  Esok esok macam ni jugak yer  :)




Adik pulak dah amik rutin abang.  Menangis pulak masa pengasuh tu ambik dia.   Sepanjang perjalanan dari rumah ke taska punyala bersemangat dia bercerita..  "nannanaaa na naaaaa"  ntah aper butir bicara dia.   Aku sebagai mak yg mithali pun layan jerla.. "na na naaaaa".  Isssshhh menangis lak.  Mungkin badan dia pun x berasa nak selesa sbb semalam dia demam sekejap.



aperla jadi ngan cekak aku ni..



pagi tadi yang indah  :)


* mungin Aiman sudah mengenali orang orang di sana *

Wednesday, September 19, 2012

Taska Mentari Saujana, BSP


Salam sekalian


Pagi ni hujan renyai2...  Keadaan semakin kelam kabut bila Aiman mula buat drama air mata.. Dia x mo pergi skul.   "nak itut abahhhhh" ...  Lalu bpk dia pun x sampai hati,  turun balikla budak tu.  Bpk nye la yg akan  hntr nanti. Hmmmm perangai x berubah ubah .




Yuran pendaftaran : RM50
Yuran bulanan : Adik RM280 (smpi 2yr), abg RM200
Ot kira lps jam 7pm. RM5 per/hr
Isnin - Jumaat





Semua budak2 diorg letak kat tingkat bawah.  Baby diasingkan dalam bilik.  Rasa selamatla bila diorg x letak kat tingkat atas tu.  Penjaga yg aku nmpk semalam ada 4 orang. Memang riuh la ngan suara budak budak.


Tanya kat penjaga camner Aiman ngan adik.  "Aiman nangisla pagi tu, dah tengah hari mula nak main2." petang semalam masa huby ambik, Aiman ngan tonton tv ngan kwn2.  Balik semalam dah dengar dia nyanyi " air pasang dalam".  Bila aku srh nyanyi lagi, dia x mo.  Marah lagi.  Kes mrh kat mak dia la tu sbb tinggalkan dia kat taska :)


Adik lak memang syukur alhamdulillah.  Pagi tadi dia ok jer bila aku bagi kat penjaga tu. Sedangkan sebelum  ni kalo ada org nak amik dia & dia x kenal memang la dia xnak ikut.



Insyaallah diorang akan serasi disini.  Aiman kena amik masa lagi. Tu memang dah aku jangkakan.  Semalam balik pun dia ok jer.  X macam kat taska lama dia dulu.



* huby baru hntr Aiman, hmmmm menangis lagi dia.  Xnak kena tinggal *



Wednesday, August 29, 2012

Bayaran taska, mahal dan murah



Salam kawan kawan


Insyaallah tengah bulan ni aku akan pindah kerumah kitorg kat Bndr Saujana Putra tu.. umah yg dinanti2 selama ini.. erkkkk


Patutnyer aku plan nak moving hujung bulan ni tapi disebabkan rumah masih bersepah sepah, makanya tidak wajarla untuk berpindah pada keadaan skrg ni.. heeeee


Ohh melalut sudah, semalam aku menelepon 1 taska ni..  Tanya caj untuk bdk 1 yr & 3 yr..  Sekali siap dia cakap hg utk bdk 1yr $330.00 & 3yr $250.00 (dah siap disc tu)  erlpppppp


Takut aku salah dengo or dia tersalah cakap, banyak kali la aku repeat amount yg dia ckp tu..  mahalnyer kak...  ehhhh ni standard ni..kata dia..


Aperlak standardnye, area Pucg Utama bdk umo 1 thn x sampai $300..  Pernah hntr aiman ke  Taska Saffa .. pun baru RM290.00... tu Puchong yg memang ngah pesat semuanya..


Ada 1 taska kat BSP, dia caj baru $280 utk 1yr & $200 utk 2yr above.  Ni baru standard..


X taula kewajaran mereka meletakkan yuran mahal2 ni.. Tanya kemudahan dia, semua sama ajer.. xder yang lebih2..


Sekarang ni pun aku bg pengasuh $250 utk adik & $200 utk abang...


Tanya kwn2 lain , ada yg cume bayar $150 jer..


Bukan la nak berkira sangat.. aku pun tahu jaga budak ni pun senang tapi kalo taska lain leh bg harga yg wajar naper ko x leh kan...


So dah decided nak hantar kemana..  Insyaallah, semoga semuanya dipermudahkan.. Amin


Tuesday, December 27, 2011

1st day Dsha berpisah ngan mama

Bukan lama sgtla ma, petang t mama amikla hehehe


Hari ni officialy aku hntr my kids p umah pengasuh.   Si abg aku x berapa nak kesah sgt, risaukan siadik je.  Almaklumla kelas belajar hisap botol belum berapa nak success hehehe. Tapi sekurang nya dia nak gak hisap ngan syarat bukan mama dia yg bagi.



~ my new sweetie ~


Last week kan aku tensen sbb Dsha x nak hisap btl susu,  2 hari kmdn bila abah dia yg bg nak jugak dia minum.   Alhamdulillah. LEGA sungguh hati aku ni :)  So tugas abah diala bg mnm susu dlm botol.


Tadi masa M.Nah try bg,  dia xberapa nak mnm. M.Nah kata xper.  Tunggu dia betul2 lapo baru bagi. Hmmm M.Nah dah berthn pengalaman jg bayi so taula dia mcm mana nak treat Dsha t.


Anak dia pun aku dah ajar camner nak pnskan susu guna warmer tu. Sampai jam ni, diorg xder pun call aku so aku assume semua OK .   Siap dia ckp xder bau pun kak.  hehehe okla kalo xder bau. PASS la tu. Sbb mak dia elergik ckit ngan bau susu ibu ni.  Kalo anak dia pun alergik bertambah lagila masalah aku.  Nak cari pengasuh baru yg leh handle susu ibu ni.


Aku berdoa semoga niat murni aku utk bagi Dsha BF dipermudahkan oleh NYA.  Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Insyaallah Aminn.



~ hepi sangat bila pam ajer penuh 1 botol heeeeeeeeee ~

Monday, May 16, 2011

Pengasuh baru !

Salam Isnin...lamanye x menulis..since last week aku xleh nak bukak lgsg blog ni..ingat dah elang terus, ruper2nye ada lagi...kalo xder....huhuuhuhuuhuhuh uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedenyee


Citer ni dah agak nak basi, xper just buat kenangan ms akan dtg aje...

Sehingga hari ini my kecik dah bersama ngan pengasuh yang baru..Since 2/5/2011 aku dah hntr Aiman ke umah Cik Siah sbb permergian M.Nah & femili ke Mekah utk menunaikan umrah (diorg pegi 7/5)..Nak bagi biaser so aku hntr cepat2, nak bg dia biasekan diri...


Alhamdulillah, 1st day aje dia memekik jap masa bpk dia hntr..mungkin masih pelik ngan penjaga baru...hehhehe TAPi sekarang dia sudah OK...Pagi tadi ms papa yg hantar elok aje dia msk umah penjaga dia tu sendiri...

Kalau aku yg hntr pun kdg2 dia mcm nak x nak TAPI x menangis...kalau kat umah m.nah kdg2 dia menangis gak..pelik aku pikirkan..Takut ke ngan cik Siahnye or dah terlebih manja ngan m.nah nye...


Cumer siannya, kat umah penjaga yg baru ni dia dah xder main2 petang..Almaklumla, area umah penjaga dia skrg ni penuh sgt ngan tnm-tanaman...Lagi pun cik Siahnyer x cukup kakitangan nak tengokkan bbdk tu main...Mcm dah sethn x mainla kalo aku p jemput dia ...lari sana, lari cni...sampai kdg2 lari x sempat nak brek udah terlanggar dinding...pesekla jap edung tu..hehehhee


Khamis ni pun m.nah udah balik tp aku plan Aiman akan dijaga ngan cik siah smpi hujung bln ni..senang nak kira kan..

Mungkin Aiman dah besar, x mcm dia kena hntr kat taska dulu.....sede bla ingat balik...Lagi pun kat umah cik siah ada kwn2 dia yg lain..sbb tu dia ok ckit..buaian pun ada...memang cukup kelengkapan...

Skrg ni dah rs lega cikit sbb kalo2 m.nah ada hal penting dah tau nak hntr aiman ke mana....xderla nak EL aje...


~ nak hntr terus ke umah cik siah rsnye x boleh, sbb skrg ni pun adik dia dtg tlg jg...

Monday, January 10, 2011

Finally, Aiman kembali kepangkuan keluarga En Kasim..


Punyeee panjang tajuk mm kali ni..hahahha

Alhamdulillah akhirnya Aiman diterima semula oleh M.Nah untuk dijaga & diasuh sepanjang mm bekerja..huhuhuu terharu & sgt2 bersyukur..(setelah melalui sesi pujuk memujuk & rayuan yg boleh thn gak )


Siap mm ckp face to face ngan huby m.nah ( penting tuuuu sbb kalo dia x ijinkan m.nah nak jg so xleh nak wat aper kan kan)


Kesiannyer psl baru diorg terima ( punya baik mm cerita psl Aiman.kekeke)..(aku rs sbb diorg dah nyampahla sbb aku dok ty hari2)hahhahhaha


So mm ngan pp sgt lega, embah edok ngan embah lanang pun suka..wak Ita pun suke jugeee...see begitu ramai yg concern psl itu bdk kecik...


Lps ni mm kena disiplin.Pg2 mandikan Aiman...so kerja M.nah dah kurang...


Xper2, mm ngan pp x kesah....

TQ yer m.nah...Aiman Loooooopppp m.nah & famili..


~ ngah pk kalo m.nah jadi buat umrah nak hntr Aiman kemana pulak..isisiisisi
~ sok pp nak p taska..setle psl Aiman....