Showing posts with label ilmu itu knowledge. Show all posts
Showing posts with label ilmu itu knowledge. Show all posts

Friday, April 10, 2015

GST.. are u ready ?


Assalamulaikum..

Patutnya tajuk ni aku buat masa 1st April hari tu...


Sekarang dah 10hb.. xper lom lambat lagi 

^__^


Sebelum tu nak banjer 1 gambo..



gile kuasa apaaaaaaa


pangkat kerani jer sampai 2 laptop..



1 laptop ie version 9 & below. Untuk kerja2 beso

1 laptop lagi ie version 10 & above. kerja kerja opis


Bila kerja ngan sistem. Mcm nilah.


kita kena ikut requirement meraka.. bkn mereka ikut apa yg kita ada..


**********************************************************************


Ok, nak citer sikit pasal GST..

semalam aku baru attend 1 kursus pendek psl kesan GST pd sistem ePerolehan (anjuran MOF).

Comp yg berdaftar dgn MOF akan dijemput utk seminar ini.


Bila GST dilaksanakan memang banyak perubahan perlu dilakukan. Bukan boleh suka suka nak laksanakan terus. Bukan gomen saja yg kena tahu apa tu gst. Tapi semua org.

Kalau syarikat, dari level Bos sampai ke pangkat cleaner harus tahu.

Ada jemputan seminar harus bos ngan staf pergi bersama.

Bukan staf saja.


Bos kena tahu apa itu input/ouput tax.
kerja apa yg kena caj GST
Tender bila yg kena caj
Barang apa yg boleh caj GST


Edakla bila speaker tanya ada soalan ke tidak, bos angkat tangan tanya "apa itu input & output".

Lepas tu dengo org bisik2 sebab orang dah sampai peringkat pelaksanaan tapi bos x tahu lagi apa itu input/output tax.


Jadi bahan senyuman la kejap.


Pleasee..


Kita x boleh harap sangat org bagi semua info GST ni..

Nak tahu lebih kena cari sendirik..



Sebab bila aku tanya kat sub comp, diorg x tahu lagi psl perubahan yg MOF buat. Sedangkan mereka pun ada berurusan dgn eperolehan.


Maybe mereka bukan dilembah Klang. Nun di Perak so info memang lambat.

Info2 penting memang ketinggalan.

Acaner tu?

Sedangkan GST sudah pun bermula.



nak tanya kat saper?

Kalau telepon jer, bukan operator tu boleh jawab.


Nak hantar invois ni.

Eh ehhhhh nak caj gst ke tak ni..

akak tu cakap x yah..

minggu lepas org tu cakap kena caj.


adoooiii  kepala sakit.



Sian kan kita.


aku dah seminggu kol kastam. hari hari kol x berangkat. ada ringing tapi akhirnya putus mcm tu jer. nak tanya psl pendaftaran je pun.



Korang teror x psl gst ni. 

leh share..





Wednesday, October 15, 2014

Daftar GST dapat FREE MYOB v20


Assalamualaikum..

Hari ni tajuk entry masih berkisar GST lagi..

Ampun ya ibu bapak..

Aku bukan pekerja kastam.. bukan jugak staff kementerian kewangan ke

Aku rakyat marhaen biasa.. Ngak dapat untung apa apa sih...

Bakal kena bayar gst jugak..


Pagi tadi aku ada seminar pendek tentang NextGent anjuran pihak ePerolahan.

Siapa2 yang ada mendaftar dengan MOF tahula psl ePerolehan ni.


Sekarang ni semua ngah nak update sistem masing2. Semua nak start implement next year.


Lepas briefing psl Next Gen tu adala sessi pendek psl GST.

Okei just nak share ngan korang.

Sesaper yang belum daftar GST tu, bolehla buat pendaftaran bersama ePerolehan.

FREE of Charge.

Dapat eVoucher RM1,000.00

dengan eVoucher Rm1K ni korang boleh dapatkan MYOB v20 secara PERCUMA.



Oh makkkkk


Best giler


Tapi aku x best. Sebab aku dah pun upgrade MYOB yg aku guna skrg ni.

RM1,600 aku beli. 

Cissss


Benci ko MYOB.


Sebenarnya xla Free kan cuma nampak mcm free sebab ko kena dapatkan eVoucher Rm1K tu then bagi kat diorang. So myob tu nilai dia RM1K saja.

Cuma MYOB jer. Sistem lain x dapat.


Daftar pun free. Kalo ko srh comp yg buat koman koman RM400.00 diorang caj.



Ok, tu jer nak share.



Friday, February 7, 2014

Peel Delisha Mengaji


Assalamualaikum

Semalam corat coret psl EKSPERIMEN ngan anak2 kan.. Last stmn ada mention psl 1 lg aktiviti yg selalu buat tiap malam..

Okei. Ni dia



Ulangkaji Iqro

Model kat atas tu selalu sangat skip kelas Iqro ngan mak dia. memang nak kena rotan ni


Ekceli tiap kali Aiman habis kelas  I.Q.R.A.', aku akan buat revision cikit kat umah. Just nak menguatkan tahap ingatan dia dgn hurup2 tu.

Kadang2 aku memang pelik dengan Aiman ni.

Bila aku suruh dia baca Iqro tu boleh pulak dia sebut satu satu. Sekali pergi dia boleh ingat hurup yg dia baca hari tu. Naper bila aku ajar hurup2 abjad & nombor ni dia selalu sangat lupa. Garang sangat ker aku nih.

terkebil kebil Aiman nengok bila mak dia mula hangin

Sungguh aku pelik. Kadang2 tahap kesabaran aku memang meletops. Aku mencik sungguh kalo mengingatkan masa masa aku jadi hulk ogen.

Selalu aku ingatkan diri supaya sentiasa bersabo masa ngajo Aiman. Tapi tula

 Arggghhh


" Ya Allah, berikanlah aku kesabaran yg tinggi dalam mendidik anak2 ku ini.."

sabo sabooo astagfirllahalazim...


Delisha suka ikut apa yg abg dia buat. Abg dia ngaji dia pun nak jugak. Tapi mengajar Delisha lebih mencabar drp mengajar Aiman.



Bila baca a ba, dia ikut a ba jugak

Sekali tukar ta sa haaaaa dia mula ajor aku balik.. Lepas tu start gelak mcm kat atas tu..

Adoiiii

Korang nengok ajerla keletah dia ni.. maleh dah mak nak ajo nak



Agaknya suka kot dpt main kan mak dia.. Ni kes balas dendam bg pihak abang dia kut.

Komplot upernya



Dahpenat gelak sambung baca balik.. huhh

Sebenarnya dia hover sebab bibik dia ngah tangkop gambo dia. Kunun nak bagi gaya yg sangat menbahagiakan sangatla tu.

Nyampah



Okeila lepas ngaji baru ajar Aiman baca & menulis.


Ngaji
Menulis
Membaca
.
.
.
.
Main game
Layan upinipin/boboiboy/pdzmndahulu
.
.
10.30 titon

Mak pulak layan fb bagai


Thursday, February 6, 2014

Ber Eksperimen & belajar bersama anak anak


Assalamualaikum

Kita kalo dah belajar tapi tak praktis memang x menjadi kan. Bila cikgu tanya paham ke edak " pahamm cikgu ". Punya panjang bunyi paham tu.

Cer suruh buat 1 soalan kompem terkebil kebil sebab x paham sebenonya


Sama gak bila dah jadi mak mak ni. Baca artikel2 pasal keibubapaan . Baca and baca saja tapi xpernah ber eksperimen pada anak anak. Mcm x dpt apa kan. 


Aku xla serajin mak mak yg lain. Penat dik. Lagi lagi sekarang ni p kerja naik motor. Double penat rasanya. Penat2 pun cuba spent time utk anak anak.


Mana yg boleh aku buat aku cuba buat. So meh cni tengok  aper yg aku buat ngan budak budak ni.



ape ke menda bolat bolat ni. Huhh aku pun x tahu apa namanya. Yg aku tahu menda ni leh aku buat bahan belajar ngan anak anak.

Acaner nak guna menda alah ni?

Allaaa kacang gajus ajer.

Aku suruh Aiman asingkan setiap warna yg ada. merah kuning biru ..

Korang ingat Aiman tahu ke nama nama warna ni.

sobsobsob


Yg dia paling ingat BIRU. Yg lain " Aiman lupala maaa ".

Jawapan biasa bila dia x tahu.
Dan aku sedar yg aku lambat meneroka sel sel otak Aiman sejak kecil lagi.

Yang aku x leh tahan bila guna ball ni bila Delisha p teraburkan. huhuuuu ni yg mak x suka ni. Ni yg hangin cepat naik ajer. Adik...kutip cepat




Mesti ada yg cakap " alaaaaa kecik lagi. Nanti lama2 dia tahula smua tuh ".. Haaaa kecik kecik kecikkkk statement biasa.

Aku ms kecik pun mak pak x pernah ajar menda ni. Tahu bila dah msk sekolah ajer.

Benda bagus x salah kalo kita awal awalkan.  Jgn semuanya tunggu cikgu yg ajar kan

Harapan aku ngan buat aktiviti begini biola sel sel otak Aiman menjadi berjuta juta juta macam kat iklan tu. kikikiiii 



Yg ni kerja Delisha. masuk sebijik sebijik sambil sebut atu uwa iga apan.. hmmm empat lima xder terus lapan . goods


Ni semua hasil pembacaan aku dr blog saatakukaupilih.blogspot.com

Ohh baru tahu 'fur balls' namanya benda tuh :)


Aku x serajin & setabah mcm mama Haiqal ni.. respek ngan mak mak yg gigih utk anak2 ni

Okei.. sambung lagi



Korang ingat kat sekolah ajer ke ada white board ni. Umahla sekolah pertama anak2. Pasti MAK yg jadi cikgu merangkap guru disiplin sekalik.


Aku beli white board biar senang nak ajar Aiman ngan Delisha. Kalo tulis kat buku sorang ajer boleh nampak . Bila ada white board dua dua bdk leh nampak terus. Mula2 aku tulis lepas tu turn anak anak pulak. No 1 mesti delisha. Xnak dia no2.

Masa dia menulis kena perhati gak. Kang x tentu pasal ada lebihan marker terkeluar dr w.board tu. Aisss 1 pasal pulak nak memadam. 


Diorang memang suka sangat. Baru ajer aku tulis dah sebok diorang nak memadam. Aisshh mak belum sebut lagi si kecik tu dah sebuk nak padam. Acaner ni


tulis padam tulis padam.. tu jerla 


Rutin terkahir setiap malam


ulangkaji ngan Aiman ..

selalu aku mintak dia tulis hurup or nombor. X la banyak. semalam 1 mukasurat je pun. Banyak2 kang mula la dia cakap " banyaknya ma "



Ngah ajar Aiman tulis, time nila adiknya sebuk nak makan kek . X habis makan boleh dia tumpang letak kat buku tuh. x snunuh tul perangai kamu ni dik.



Scene yg aku suka bila abang adik ni saling mengajar antara 1 sama lain. Jgn x tahu, pernah Aiman tanya kat Delisha no 2 tu mcm mn sebutan dia. Adoyaiii

Ada lagi 1 aktiviti yg aku ngan anak2 buat tiap malam.

Lenkali aku citer.

Lama sangat dah nulis ni. krem jari jemariku sudah





Thursday, January 9, 2014

Ke Kelas Iqra'



Assalamualaikum  :)


Mulai mlm semalam jadual Aiman mulai sebuk.

Pagi pukul 8.05 dah pergi tadika .

Balik tadika menyambung ke taska pulak.

Petang hampir kul 7 baru sampai umah.


Pukul 8 kena pergi kelas Iqra' pulak.


Sian anak aku.

Aku pun kesian gak.

Baru jap sampai umah dah kelam kabut nak hantar dia ke Iqra' pulak.



Nasib baik tempat mengaji tu x jauh. Jalan kaki jerla. Jimat minyak keter.

Standby payong . Manala tahu tiba2 ujan turuuuunn


Kelas Iqra Aiman ni bermula kul 8-9. Tapi bukanla sejam Aiman ber'Iqra'. Kalau sampai awal blkla awal.

Bulanan bayar RM25. Setiap Isnin-Jumaat.

Public holiday cutiii

Boleh hntr Aiman mengaji waktu mlm jer. Kalau siang siapa pulak yg nak menghantar dia. Susah



Susah gak nak mencari orang yang boleh mengajar ngaji ni. Nak harapkan aku yg ajar memang x boleh blah. Anak2 ni kalo ngan mak pak banyak sangat songehnya.


Baru baca jap mulala gatal bontot.

Aku ngajo Aiman si Delisha pun sebuk nak baca gak. Kalo nak bc sama2 xperla

Kang ada pulak adgena  adegan tarik menarik Iqra' tu. Udah jadi 2. Mau mak jadi hulk

 x leh xlehhh

Lagi 1 yg aku perasan, Aiman ni kalo orang lain ngajo dia khusyuk cikit. Kira fokus jugak. Seriusla jap dlm 5 minit tuh. TU yg aku suka.

Klao ngan mak dia, suka sangat main main



Sebab tula aku hantar Aiman p kelas ni.

Semalam pukul 8 sampai, kul 8.10 dah habis. Adala 10 kali ulang.

Alahaiiii kojapnyala.


Hmm jadila bang drp x baca langsungkan



Semalam hari pertama. Takut2 dia nak msk. Msti dia pelik. Banyaknya sekolah yg dia ken apergi. Terpaksala aku ngikut masuk sekali.  Bila dia dah start mengaji aku keluar diam2 tunggu kat luar.

Klao stay dlm tu, kang segan pulak adik yg nak mengajo tu. Nak garang pun xleh..hehee



Habis ngaji main jap kat luar .


Horeeee hari pertama berjaya dah..

Sok leh bik ema yg hantar .

Mak leh duduk rehat kat umah ngan adik



X ujan x renyai tapi dia nak pakai payung.

Hmmm layankan jerla.


Setle dah bab ngaji dia.

Alhamdulillah..


Tuesday, October 1, 2013

Khalifah Khalifah Yang Benar


Assalamualaikum 


Koleksi buku aku yg terBARU..  Bau pun bau kedai lagi.. Ahakss. Dah lama nak cari buku ni. Plan nak beli setiap khalifah 1 buku tapi jumpa terus 4 serangkai :). Beli sabtu lepas




Beli kat BOOKS . Kedai dia dlm Tesco Puchong Utama.

Harga RM55.50 pm
Mukasurat: 765


Suka buku yang hard cover.  Bajet mcm budak baik jer suka bc buku tebal tebal. Hee

Acapkali mendengar cerita2 para sahabat di radio IKIM.  Itu yg bersemangat sangat nak membacanya.





Hohooo konfem amik masa ber hari hari ni.  Xper, mak nak baca dengan aman damai yer anak anak




Kali ni aku x membeli di Popular..  Beli disini pun ada penjimatannya juga. Lagi byk faedahnya. Hanya membayar yuran keahlian sekali seumur hidup sebanyak RM 10 ajer. Setiap pembelian dapat diskaun 10%.  Jika di Popular kena byr member fee setiap thn bukan.  Jimat sudahh  :)


Cuma kedai ni x berapa besar mcm Popular or mph. Koleksi agak terhad juga.





Mak baca buku sambil mengeja. Anak anak layan katon . Bila diorang tengok upin ipin ngah joget, diajak aku joget sekali. Udah terlompat lompat atas katil.  X tentu pasal kena beli katil baru nak.


* positif pada diri sendiri *



Thursday, April 18, 2013

Haram berWUDU' ketika haid


Assalamualaikum wbt..


Selama ini korang perasan x ngan perkara kat atas?



Hmmm  bg yg cetek ilmu mcm aku ni kadang2 anggap benda ni mcm biasa ajer.  Alahh benda baik kalo buat pun x salahkan..


Nak perjelaskan secara detail pun memang aku x arif dlm bab ni.

Cuma sekadar apa yg aku terdengar pagi tadi di ikimfm ...  


ada caller bertanya, apa hukum berwudu' ketika sedang haid.


Ustad tu jawab HARAM bg mereka yg sedang haid amik wudu' walaupun niatnya utk dapat pahala TAPI dibolehkan amik wudu' utk tujuan tertentu.  Kesimpulannya kalo nak amik wudu' time period ni tengok pada niat tertentu.



Sempat google psl isu ni..  


aku copy paste yer:


Wanita yang haidh, dan masih dalam belum putus darahnya, haram mengambil wudhu' dgn niat ibadah wudhu' itu sendiri. Begitulah yg disebutkan oleh para fuqaha'. Imam Nawawi menegaskan perkara ini di dalam Majmuknya dan begitu juga para Fuqaha' lain. Ini kerana sudah pasti wudhu'nya tidak sah atau terbatal ketika berwudhu' tersebut, maka jadilah ia satu tala'ub (bermain-main). 

Adapun yg sudah terputus tetapi belum lagi mandi, maka sunnah baginya utk berwudhu' sebelum tidur dan sebagainya. Kalau nak basuh muka, tangan, kepala dan kaki tanpa niat wudhu' tu silakanlah ya bila2 pun. Wallahu A'lam


Ada pertanyaan lain:

hurm... sy dah biase amik wuduk, tanpe mengira waktu. slagi kluar tandas, sy cube mengambil wuduk. termasuk time haid.. dengan berniat juga.. sudah menjadi amalan seharian. rase tak slesa klu tidak buat.. kesimpulan nya? :?

Dan jawapannya :

kesimpulan: Masih haid: HARAM amik wudhu' dgn niat.. Haid berenti tapi belum mandi: SUNAT.. mnjawab psoalan diatas: kalau sebelum ini tdak tahu maka tdak mengapa tapi selepas ini jgn buat.. seeloknya beristighfar dgn ksilapan kita

sebagai tambahan..


sahabatku yg solehah jgn lah sekali2 kamu lakukan apa yg di Haramkan oleh Tuhanmu n Rasul saw adakah kamu mencari kemurkaan Tuhanmu. Amalan sentiasa dlm berwudhu amat di sukai Rasulullah saw, dan jika Rasulullah saw menyukaiNYa nescaya Allah swt turut menyukaiNya saya aluk2kan perbuatan saudari itu akan tetapi tinggalkan apa yg di haramkan ke atas kamu.




Kadang2 penin gak kepala kan.  Ty ustad ni jwpnnya A, ty ustad lain jwpnnya B..


Wallahualam..



*bykkan berzikir setiap masa*







Friday, January 11, 2013

Pssstt korang dah dapat borang EA ?



Assalamualaikum wbt


Dah masuk pertengahan bulan 1 ni . Korang dah dapat borang EA lum ?


Awal sangat kut kalo dapat sekarang . Tanya kat HR mesti diorang cakap 'baru nak buat'..


Jangan dah masuk bulan April baru kelam kabut nak bagi 


Kalau ikutkan LHDN, majikan sepatutnya bagi borang EA kpd pekerja selewatnya 28hb Feb setiap tahun.


Opsss sebelum tu korang tau x apa borang EA tu ?

hehehehhe kalo x tau xper.


Kita belajar benda baru yer.  :)

ea form 
sumber:lhdn


Borang EA tu adalah penyata gaji/saraan setahun untuk pekerja2 swasta.  Kalau agensi kerajaan ia dipanggil borang EC.


Wajib bagi semua majikan bekalkan borang EA ni kat pekerja diorg.  Kalo korang ni bos, jangan lupa sediakan borang ni.


Kenapa LHDN tetapkan selewatnya kena bagi penyata ni kat pekerja pada 28/2 setiap tahun ?


Sebab korang kena hantar borang cukai @ income tax @ BE Form pada bulan April setiap tahun.  30/ 4 tu kiranya hari terakhir kena hantar income tax.  Lambat jer dah kena penalti.


Kalo korang x der EA form ni, camner nak isi borang income tax tu.  


Katakanlah korang ada lantik tax ajen utk isikan borang income tax ni, diorang akan mintak EA form ni jugak.  Melainkan korang ada bukak perniagaan enterprise so diorang xkan mintak EA form tapi mintak akaun perniagaan pulak ( Last submission: 30/6 ) 



Pentingnya EA form ni sebab segala maklumat berkaitan gaji, bonus, ganjaran atau kemudahan yg diberikan oleh majikan kepada korang ada dinyatakan dlm penyata ni.  Contoh, syarikat korang ada bg kereta.  Ni pun ada ditulis kat form tu.  X leh nak sorok2 okeh.


Jumlah caruman epf, zakat dan bayaran cukai yg ditolak drp gaji  (pcb) setiap bulan pun ada dinyatakan.


Memang penting sangatla EA form ni.


Jikalau korang nak apply loan utk kereta @ rumah pun , org bank akan mintak EA form ni.


So pastikan kita mesti ada dapat & simpan EA form ni yer.


Sekian, info yg dpt dikongsi pd hari ini.

Terima kasih.



* Ingat 2 thn lepas2, msk bln Feb - Mac, sebuk mengira gaji org..  ada tu baru 30 thn gaji sebulan dah 10K. pergghh best tol *





Wednesday, January 9, 2013

Korban dan Akikah bersama EZ Qurban



Mak, aku dah di akikahkanke belum?

Udah....  

hehehee alhamdulillah..


Korang dah ?



Kalo lum leh daftar ngan EZ Qurban..  

FREE ker?


Korang ni,  sedangkan nak 'doing business" pun kena bayar 3kupang dulu baru leh masuk, xkan amalan sunat ni free free pulak.



Cuma kalo ngan EZ Qurban, kita kena bayar sejumlah wang..  Seterusnya mereka yg akan buat.


Leh tengok web site diorg ezqurban.org


Awal tahun ni duit dalam bank korang mesti berlebih2 dr bln2 lepas kan..  Yerla, bos baru bayar bonus.. Masyuukkk  hahahaaa mak Aiman suka


Sebelum bonus tu habes kebenda lain, apa kata amalan yg SEUMUR HIDUP HANYA SEKALI ni kita dahulukan.




Bila dah buat akikah hati pun lega.   Xder hutang dah..


Ngan Ez Qurban utk akikah seekor kambing, cuma kena bayar RM550 ajer..  udah murah sgt tu.. Masa aku akikahkan Aiman ngan Delisha, sekor kambing pun rege dia RM600 lebih..  Tu baru seekor kambing, lum kos nak buat kenduri lagi..



cilok kat: hahantu.blogspot.com


EZ Qurban hanya memilih kambing untuk amalan akikah.  Korang nak akikah ngan lembu, EZ Qurban xder buat.  Kalo nak lembu boleh tapi utk amalan Korban sahaja.





Sebagai renungan bersama, kadang2 mak pak ni terlupa..  Party hari jadi diraikan setiap tahun.. Kalo dikumpulkan, kos party tu dah lepas nak beli sekor kambing.. Tapi amalan yg 1 ini boleh pula dilengah lengahkan.


Adakah sebab ia sekadar SUNAT & bukan WAJIB.


Mcm org byr income tax..  Kena bayo kalo tak nanti LHDN blacklist nama, xleh nak pergi obersea.  Tapi kalo x byr zakat x der pulak  takut.  Hmm sebab xder saper nak amik tindakan kan.  Alasan yg sgt sinonim,  aku lum layak lagi tuk byr zakat.  Ohhh


Ini semua berlaku sebab kurangnya rasa KESEDARAN dalam diri.


Kalo x tahu, maka kenala belajar,  Cari ilmu.  Malu nak tanya kat org kita tanya kat cik Guugels..


Jgn jadikan alasan x tahu sebagai sebab kiter alpa dengan tanggungjawab yg harus kita lunaskan..

Teringat kat kambing Aiman..  beso & mantap cam kambing ni

Pic: Google


*bermula dgn niat, insha allah akan dipermudahkan*



Friday, December 14, 2012

4 Tips Cara Membina Hubungan Mesra dgn Anak



Salam Jumaat yer kwn2  :)


Hari ni aku nak share 1 artikel berkenaan 4 tips cara nak membina hubungan mesra ngan anak2.



1. Sentiasa PELUK dan CIUM anak anak


"Sentiasa peluk dan cium anak sejak kecil lagi. Ia akan membentuk satu hubungan yang sangat hebat antara makbpk dan anak . Pelukan akan memberi satu perasaan perlindungan kepada anak 
Anak akan lebih yakin kerana dia percaya, dia ada perlindungan dari kita. Ciuman pula akan membentuk satu hubungan kasih sayang antara makpak dan anak ."


Aku: Byk dah aku baca turut menyatakan benda yg sama.  Selalu mak pak peluk anak2 ni, anak2 lbh rasa disayangi, dihargai. Aku cuba praktikkan dengan bangun pagi jer terus huge & kiss them.  Wlpn x bsh muka lagi, hmmm wangi ajer. kikii   

Jika boleh memang aku nak amalkan huge & kiss ni sampai diorg besar.  So diorg tahu mama diorg ni sellau love diorg.  

Sekarang ni pun, Aiman dah pandai tunjuk emosi dia.  Tiba2 jer dia kiss dahi mama dia.  
Ohh touching tetiber


ayang adik sangattt..



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2. Simpan RAHSIA anak anak.

"Kadang-kadang anak nak perhatian dari makpak dan mereka akan menceritakan sesuatu yang peribadi kepada kita seperti teman wanita atau lelaki idaman mereka,
 atau mungkin juga masalah rakan-rakan.
Jika mereka bercakap sesuatu yang peribadi kepada kita, mereka sebenarnya mahukan kita rahsiakannya dari adik beradik yang lain.
Maka, eloklah kita rahsiakannya."


 Aku: Oppssss kdg2 aku ada ckp perbuatan x elok diorg kat kwn2..  Huhuu kadang kala bila dah ckp rs ada 1 kelegaan pulak tapi baru tahu yg ia x elokkan.
Yerla mesti diorg malu kalo kita hebohkan benda2 yg leh memalukan diorg.
So lepas ni sebelum nak cakap better pk dulu.


abg dah ada awek yer... adik ckp ngan mama


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3. Jangan mengutuk KELEMAHAN anak 

"Jangan banding-bandingkan antara anak anak ni. Jangan juga bandingkan antara kita dengan kanak-kanak yang lain. Anak-anak menganggap kita adalah pelindung besar mereka.
Jika kita tidak menyokong mereka, kita akan hilang hormat dari mereka."


 Aku: Setuju sangat2. 
 Akak aku pun ckp ngan aku kita jgn suka nak banding2 kan ant anak kita ngan anak org lain.  Kalo difikirkan lagi sakit kepala.  Lagi penat.  So terima ajerla.

Yess,  dulu ms aku kecik2 mak aku pun pernah bandingkan ant aku ngan sepupu aku.  
Dulu aku ni mls nak kemas umah.  Bukan mls ( ambooii nak bekap lagi).
Mak aku nyer qualification so high. Aku dah sapu umah leh dia kata umah x bersapu lagi.

So ingatkan diri sendiri,  jgn nak banding banding okei.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4. Beri PERHATIAN jika anak-anak bercakap.

"Pastikan kita melihat mata anak ketika kita bercakap ngan mereka.
Anak-anak sangat suka mengadu, jadi layan sahaja aduan mereka dengan penuh kasih sayang. Setiap kali kita mendengar aduan dari mereka, mereka akan semakin rapat dengan kita."


Aku: Yerr, aku setuju gak.  Balik keje udah penat.  Anak2 pulak dr taska sampai umah mulut asik pot pet pot pet.  Tu la suka sgt mkn buntut ayam.

Kdg2 memang x terlayan.  Bila teringat ini tindakan yg tdk bagus cepat2 aku layan.  
Tanya itu ini. Kdg2 ada gak perckpn Aiman yg aku x paham tapi lyn jerla.  
Agak2 dah pnt nak berckp aku geletek dia. hahhaha kan dia dah lari.

Kalo adik dah pandai ckp nanti, mau fengsan aku nak melayan.


Terima kasih pada Pn Suhaila Abu Kassim @ didikanak.com atas perkongsian tips ini.


Mana yg baik tu, elok kiter amalkan bersama yer.

^____^



Friday, December 7, 2012

Tunaikan kewajipan sebagai hambaNYA



Assalamualaikum wbt


Salam jumaat sekalian.. ^__________^


Jumaat yg baik ini, nak cerita benda yg baik2 jer..


Hari ni langkah pertama aku sebagai hambaNYA yg kerdil lagi .....






Insha Allah,  semoga hati ini sentiasa lembut untuk menunaikannya.


Selalunya nawaitu tu dah ada tapi masyaallah, liat sangat nak buat.


So bila dah semua ada depan mata, moga2 ibadah yg kecil ini dapat memberkati kehidupan aku & keluarga. Just daftar thru online jer.  Mintak tolong Cik Guugel utk cari website PPZ or klik kat cini PPZ




Petang semalam bila terdengar perbualan dlm radio Ikim berkenaan hal zakat ni,  ustaz tersebut menyatakan 

" Zakat ini penting supaya pendapatan yg kita perolehi mendapat keberkatan.  Sentiasa berkat ".  Bila dah berkat insha Allah, semuanya akan baik2.


Malah zakat ini sangat wajib bagi mereka yg telah berkemampuan.  Pentingnya zakat sampai kena diqada'kan zakat2 terdahulu yg belum kita bayar lagi.



Aku ni kalo dikira2 belum lagi tergolong dlm kategori yg sangat wajib untuk membayar cuma memikirkan, apalah amalan sunat aku yg boleh aku jadikan buat bekalan disana.  Nak bersedekah dimasjid pun jarang2 ke masjid.


Walaupun jumlahnya tidak banyak, semoga ia dapat memberkati rezeki yg aku perolehi. Insha Allah.


Bukanla nak tunjuk riak (nauzubillah), cuma buat peringatan utk diri sendiri supaya sentiasa meng'upgrade' amalan sendiri & lain lain nak ajak korang buat benda baik gak..  Masing2 dapat pahala kan :)



So kepada kawan2,  jomla tambahkan amalan kita dengan berzakat.


* malunya bila dengar ada gak org bukan Islam yg bayar zakat *







Wednesday, October 24, 2012

Kisah dongeng si kecil



Selamat tengah hari  :)


Pagi tadi saya seronok membaca 1 artikel berkaitan " Mitos si kecil ". Korang boleh terjah blog ni anakkusayang.  Banyak sangat informasi berkaitan ngan sikecil kita.


Okeh aku copy, paste & edit sedikit aper yg diceritakan pasal mitos @ dongeng tu yer.  Mesti benda ni pernah terkena kat batang edung korang gak. Alahaii aku pun sama.  Mengong ajer kalo pk balik.




~ 6 Mitos Si Kecil ~



1.    Bayi harus dibedung agar tidak masuk angin 

Mitos ini dikatakan tidak benar. Kebanyakan orang memakai bedung agar bayi tidak masuk angin. Dan ada juga yang mengetatkan bedung terhadap anak agar ia kejap dan angin tidak dapat masuk. 

Tahukah anda bahawa bayi sedang bertumbuh dari sudut fizikal?  Pemakaian bedung mampu merencat perkembangan organ dalaman bayi memandangkan dinding perut bayi yang masih lemah. Pemakaian bedung yang ketat akan mengecilkan ruang dalaman bayi seterusnya menghambat pertumbuhan organ-organnya.

Namun tidak salah memakai bedung kepada bayi. Cuma, longgarkan sedikit terutama di bahagian perut dan paru-parunya supaya jantung dan paru-paru bayi dapat berkembang dengan baik.


Kata aku: org2 tua kat kg bising kalo nmpk bayi x berbedung ni.  Huby aku pun sama .  Siap cakap nanti dah beso jalan mengengkang ajer.  X patut x patut. Mak aku suruh bedung sbb dia kata nanti bayi tidur lagi lena.  Kalau ms tu ngah ujan,  bayi xderla terkejut bila dengo guruh berdentam dentum.  So aku jrg2 bedungkan anak2 aku.  Mlm jer selalu buat.



2.    Tidak boleh memotong kuku bayi sehingga habis pantang.


Mitos ini ternyata tidak benar. Kuku bayi yang baru lahir panjang dan tajam. Ia mampu mencederakan wajah bayi dan kemungkinan boleh merosakkan kornea matanya.

Mitos ini mungkin untuk mengelakkan daripada bayi  tercedera akibat jarinya yang halus. Jika dipotong kukunya akan menyebabkan luka. Namun sebenarnya ia boleh dilakukan dengan berhati-hati. Malah terdapat pengepit kuku yang direka khas untuk si kecil.


Kata aku: aku memang x berani nak potong masa anak2 masih bayi lagi.  Jari diorg halus sgt. Takut terpotong kulit pulak.   So aku sentiasa pakaikan sarung tangan.



3.    Tangan dan kaki bayi harus sentiasa ditutup.


Bayi yang baru lahir mempunyai kulit nipis. Itulah sebabnya kita menutup tangan dan kaki bayi, agar tak kesejukan. Namun bukanlah perlu ditutup sepanjang masa. Ketika cuaca panas, bukalah sarung tersebut. 

Pemakaian sarung tangan dan kaki yang berterusan akan mengganggu perkembangan kulitnya untuk merasa dan menyentuh. Yang penting, awasi pergerakan tangan anak ketika membuka sarungnya.


Kata aku: Ohh anak anak memang sentiasa berstokin & bersarung tangan. Sbb kuku diorg panjang.  Org tua ckp diorg sejuk so kena pakaikan. Ohh kesian anak anak aku



4.    Dibedung supaya kakinya lurus.


Anda pernah lihat bayi yang baru lahir lurus kakinya? Semua bayi yang baru lahir mempunyai kaki yang bengkok disebabkan posisinya ketika dalam rahim lagi. Ruang yang kecil menyebabkan bayi berkedudukan begitu ketika dalam rahim. Seiring dengan pertambahan usia bayi, keadaan akan menjadi nirmal dengan sendirinya.


Bayi yang baru lahir memang
disarankan dibedung. Namun apabila bayi meningkat usianya, tidak digalakkan membedung bayi kecuali pada waktu sejuk dan selepas memandikan bayi. Membedung boleh mengganggu pengaliran darah dan menghambat pergerakan motorik bayi yang mula berkembang.


Kata aku: kalo nak ikutkan hati memang anak anak aku x berbedung. Teringat pada pengasuh lama, dia bedung kaki ngan sebahagian bdn.  Kaki & tangan mcm terikat sbb nak bg bhgn tu ajer yg lurus. cam pelik jer mula2 tengok. hihii



5.    Tidak boleh membawa bayi keluar rumah sebelum 40 hari.


Mitos ini tiada kaitan dengan waktu berpantang. Namun ia boleh saja diikuti sekiranya risau bayi mudah mendapat jangkitan apabila di kawasan orang ramai kerana sistem imunisasi bayi masih lemah ketika itu.

Kata aku: ohh aku pantang2 ni x berapa nak ikut.  Lagi2 kalo pk xder kelojikan ngan hal2 tersebut cuma aku memang jarang bawak anak2 keluar mlm semasa diorg masih bayi.  Lagi2 ms magrib, hmm ms tu kan syaitan2 ngah huru hara.  Keluar mlm mesti aku pakaikan seluar panjang, bj lengan panjang siap bertopi.  Ohh ni jarang culas


6.    Menarik hidung bayi agar mancung

Mitos ini salah. Bentuk hidung ditentukan oleh tulang yang menjadi sifat bawaan yang diperoleh bayi daripada kedua orang tuanya. Mancung atau tidak hidung bayi tiada kaitan dengan kaedah menarik hidungnya.

Kata aku: Pernah dengar taktik ni kunun2 nak bg edung sikecik mancungg dr org india. Ingat lagi jiran akak aku dulu india.  Dia kata tarik2 edung bg mancung.  Aci tu pun dok tarik & urut2 edung ank buah aku.  Alahai sian ank buah aku tu. Kalo edung mak pak pesek jer, leh ke anak berhidung mancung.  Kuasa Tuhan siapa nak menidakkannya.  Hmmm


Okeh, itula mitos yg aku nak kongsi.   Jaman dulu2 memang banyak sangat pantang larangnya.  Kalo baik bolehla diikuti tapi kalo rasa pelik pikir2 kanla sebelum kita buat kat anak kecik kita kan.


Kadang2 susah nak menolak cara org2 tua ni.  Nak tolak kenala berhemah.  Nasib baik aku berpantang dua2 anak kat umah mak aku sendiri. hahha selamat drp berpantang yg sangat2.  Ngan mak aku, selalu sangat aku culas.  Mak x kisah,  kalo aku sakit padan muka aku.  hohohoo


Okehla,  semasa masih muda lagik ni ( heee mudala sgt ) jomla cari ilmu byk2  & boleh diamalkan :)