Showing posts with label breast feeding. Show all posts
Showing posts with label breast feeding. Show all posts

Tuesday, February 14, 2017

6 bulan lebih dah


Assalamualaikum..

Ada sesaper yang merindui Umar alkhatab x?
kikiii

Umar dah 6bulan lebih dah
dah mula mkn solid food
Buat msa skrg mak baru rajin buatkan bubur ikan ngan bubur ayam ajer
pure lom sempat nak buat
cadangnya malam ni baru nak menyetim labu
Alkisahnya, 1st time mak buat bubur ikan sampai terhangit. 
tahu jugak si Umar ni. xnak dia makan

adoiii mak buat bubur hangit




tengok muka mcm dah beso ajer ank mak ni yer

realitinya kecik molek ajer

last timbang masa 2/2 hari tu baru 6.9kg

Berat x naik byk sangat
Xperlah
Yang penting Umar sihat sihat ajer


Alhamdulillah, Umar masih full bf wlpn maybe dah pernah terminum susu formula tanpa emak mengetahuinya.. kalau betul memang x amanahla pengasuhnya tu (skt hati jgk mengenangkannya)



mak masih menuai diopis.. 
setiap hari boleh dpt 8-10oz.. Ni pun mak dah malas malas.
mentang mentang stok kat freezer byk lagi

^___^


Pagi tadi mak dah dpt report drp kakak. Umar dah makin susah nak tido. kalo dulu dia suka main ngan kain waktu nak tdo, sekarang nak hisap botol ajer.
Hmm maybe Umar nak puting kot.
Xper sekarang gak mak belikan puting.
Tunggu jer brg sampai kat opis yer


amboi, beli puting pun sampai berpos bagai yer. Almaklomla mak bekerja. Xder masa nak p kedai.hiii

memang byk ragam dia skrg.
Kalo kat umah nak dipegang ajer.
Udah melompat ajer feberetnya
Dlm keter melompat
ngah pakai diapers pun nak melompat

Sado lengan mak

Tangan dah mula nak capai semua barang
tengok org makan, dia pun mcm nak makan

Umar umar

sayang Umar sangat.


Semoga Umar sentiasa sihat dan dilindungi ALLAH selalu.
Amin.






Wednesday, October 5, 2016

Breastfeeding...


Assalamualaikum..

Perjuangan telah pun bermula..

Alhamdulillah, dari lahir hingga kini Umar masih sepenuhnya BF.
Seperti Aiman & Dsa, akan ku cuba untuk BF Umar selama yang mungkin.

Semoga dipermudahkan niatku ini. Aminn :)



Sejak dalam pantang aku dah start simpan ebm. Bukan xnak bg Umar, udah rezeki Umar berlebih. So kita buat stokla. X silap aku Umar usia 2 mg aku dah simpan susu ebm ni.

Sikit sikit lama lama jadi bukit.
Tapi susu Umar belum jadi bukit lagi.
hehhehe

Tapi cukupla stoknya buat setakat ni. Dah kena tarah pun

^___^



hasil tuaian 2 bulan


Kali ini aku memang bersungguh. Pengalaman semasa Dsa dulu buat aku nekad.
"Pa, kali ni kita kena beli deep freezer jugak. Xdpt beli baru kita cari yg 2nd hand pun xper."

Cari 2nd hand asik x berjaya, last beli yg baru gak. Beli baru sebab kawan aku cakap harganya pun boleh tahan aka x mhl. Aku tanya berapa, dia ckp lbh kurang $4-500.
Hohoo harga yg memang mampu beli.
Beli kat lazada.


Sekali aku tgk Lazada, memang byk rupanya deep freezer ni. Yg mhl ada. Yg murah pun ada. Kalau kat kedai mmg agk susah nak cr deep freezer ni. Kalau ada pun selalu yg mahal. Lebih $600 ke atas.

memang rezeki Umar lah ni :)




Inilah deep freezer yg telah dibeli. 100L $520 lebih kurang termasuk caj delivery.

Syokla beli kat Lazada ni. Kalau ada stok dlm tempoh seminggu barang boleh dapat. Ini pun beli masa aku dalam pantang lagi. 


Dahla beli guna hp ajer, mencabar jugakla. Lagi2 part nak bayar tu. Asik loading ajer. Risau lepas x lepas je. X lepas xper, jgn duit pulak terlepas.hee


Bila dah ada df ni kenala rajin mengepam. x boleh malas malas. Dah sampai beli df xkan ko nak biarkan 0 ajer. Bila xder komplen xder tempat nak simpan kan. Haaa ni dah ada x boleh nak malas malas.


Pergi travel pun kena simpan ebm jugak. No excusela. Cuma jumlah bilangan tu berkurangla sikit. Biar ada sikit daripada langsung xder ( stmn penyedap hati )



 pam kat opis.


Sekarang kalau kat opis aku guna pam manual ajer. Ni pun adik aku yg punya. Dah biasa guna manual, sekali guna yg letrik aduhaiii.. slow jer suction dia. x puas hati. Bio lenguh tangan yg penting cepat. Aku dah servis pam medela tu, tapi mcm slow ajer. memang kena bersabo nak dptkan sebotol. Cuma kalau guna letrik ni xderla lenguh tangan, sambil ngepam ko boleh buat kerja. sambil2 kerja boleh dpt ebm. haaa 2 in 1 gitu.


Tapi xperla, rela ku lenguhkan tangan ini. So medela dok baik baik dlm beg yer.




Hasil seharian di opis. Selalu dapat 3 x 5oz. Simpan dulu kat opis. Dah beku baru bawak balik.



 Ni pulak hasil otw ke opis pagi tadi. Hari ni jln jem pulak. Boleh dapat 1 botol. Alhamdulillah. Aku jadi mem kat belakang bolehla ngepam. Kalo aku yg drive edakla dapat.


Pengasuh pun boleh uruskan ebm ni. Sebelum bersalin lagi aku dah tanya boleh uruskan ebm x? Lega sangat bila dia cakap boleh. Kebetulan sekarang ni pun memang ada baby yg mnm susu ibu jer. So memang xder mslh pd dia. Boleh uruskan dua dua.

Kadang kadang ada gak aku wasap dia bagi tahu mcm mn nak uruskan ebm tu. Sebab ada ebm yg aku simpan dlm plastik yg size 12oz. So dia kena bahagi 2. Jgnla dipanaskan semua sedangkan nak guna cuma 5 oz ajer kan. Kalau simpan dlm botol memang xder masalah.

Kadang tu terisau jugak part2 mcm ni. kenala wasap gak bg tahu wlpn dia dah tahu. Sebab aku pun x berapa tahu setahu mana dia dlm hal2 ebm ni. Aisshh pening baca . Pesal banyak sangat tahu tahu ni.


Hahhahahha


Xper.
Kita anggap ini proses revisionla. mcm nak exam ada revision. Kalau x ingat boleh di ingatkan.
Kasi clear kan.


Penat tau nak buat ebm. Banyak pengorbanan yg kita kena buat. So x bolehla nak cincai cincai. Salah cara nak uruskan ebm udah hilang khasiat yg ada. 
Sedehla kalo mcm ni kan.


Semoga aku dikurniakan semangat yg kuat .
X mudah putus asa.

Demi Umar tersayang.
Mak nak yg terbaik buat anak anak mak.


Semoga Allah permudahkan urusan kita nak.
Amin.



Tuesday, May 27, 2014

Percubaan Pertama


Assalamualaikum.

Delisha udah 2 thn 7 bulan.

Bila tengok dia tengah tido macam dah beso ajer. Tinggi pun nak sama ngan abang dia dah. Mantop bdn dia. Memang terasala kalo mendukung dia tu


Aiman dulu ms usia ni udah ada adik. Delisha lambat2 lagila yer. 


Hmmm sebenarnya nak cakap yang Delisha masih lagi breastfeed. Aiman dulu umo 2 thn mula on & off. 


So petang semalam aku mula decide nak slow slow stop bf kat Dsa. Omak dah x larat nak. Rasa krem badan ni asik tdo nyenget nyenget ajer. Lagi pun mak rasa udah tiba masanya Delisha stop bf.


Aku x nak stop secara drastik sebab aku pun lom sedia lagi. Hohoooo udah komplen bdn krem tapi masih ada hati mahu memberi lagi. Kita slow slow yer nak.


Petang semlm aku mulakan dgn sebelah kiri. Aku calit ngan sedikit asam jawa. Sikit jer. Kalo banyak sangat takut pulak dia sakit perut. 



Yekkk

Terkemut kemut muka dia..

ekekeee x sampai hati aku nak gelakkan. 

" aper ni ma "

Lebih kurang gtula dia kata

" ma letak ubat ".. ehhhh ter cakapla pulak

" mana ada apa2.. naper dik "

" yekkkk "




ada apa dsa?

dia tunjuk mulut dia.. asam jawa yg melekat  :)



Budak kecik jgn disangka stupid yer.. Cerdik depa nih

" ma asuh asuh "

dia suruh aku p basuh.. aku buat derk aje




muka sedeh..  sebab dah x sedap


sian nengoknya aku bagi belah kanan..  

Hau li yauuuu

Laju jer dia nyot nyot


Mlm sebelum tido aku calit dua dua belah.. Tapi aku ni kan mak yg x sampai hati. Calit cikit jer. Hmmm budak pandai kan, dia lap 2 kali udah hilang.  Selera ajer. Caiiss x menjadik pulak mlm ni..


Sambung hari ni pulak..


Tambahkan kuantiti asam jawa

hohoohooo


Monday, April 7, 2014

Bila nak stop breastfeeding


Assalamualaikum


Budak 2 orang ni memang suka mkn ayam goreng.

Tiap hari aku tanya Delisha, " tadi kat taska mkn apa? "

" akan asik "

" makan nasik ngan apa "

" ayam ".

Mula2 dengo aku percaya jugak. Tapi bila hari2 dia ckp mkn ayam ajer, aisshhhh tahula yg semua lauk dia cakap ayam. Hebat kalo kat taska hari2 makan ayam dik oi.


Tengokla dia tenung ayam goreng tu. Memang x sabo tunggu abah cakap makan makan. :)

Okei, berbalik kepada tajuk kat atas tu.

Hmm suatu hari ada kwn bertanya. Bila dia nmpk gambo 2 bdk kecik ni kat lappy aku 

" ehh u stil breast feed ur daughter ke ?"

"  yer "

" waaaa masih lagi yer.. masih pam lagi ker "

" ehhh pam xder dah, bf jer "

" Bila nak stop "

" eh ehhhh   x tahu la "


terus bos aku menyampuk

" ini org memang xkan stop. Dia direct sampai the next one "

" ohhh next one...gurlllpp "



Betulla

Aku x pernah terfikir bila nak stop breastfeed Delisha


Skrg delisha dah 2thn 6 bln.

Aiman dl 2 yr dah stop sebab kena bg chance kat adik dia. Itu pun paksa rela :(


Somi pun dah cakap2 kat anak pompuan dia tuh. 

" delisha xyah neneng lagi yer .. paham x"

" paham "

Bila nak tdo, dia x paham balik..




Betol betol x pernah pikirkan pasal nak stop bf ni.

Maybe sampai the next one. Auuchh tu pun x plan jugak


Berpuas puas la wahai anakku sayang


Selagi mak termampu


Thursday, December 20, 2012

Susu baru untuk adik


Assalamualaikum wbt


Semalam aku dah bekalkan Delisha ngan fm.  




nila pengganti susu aku buat ms ni..


Ada kawan cakap, "aku x sayang ke dah start bg fm kat adik."



Hmmm rasa terkilan tu memang ada.  Cuma x terlalu sangat


X mcm perasaan ms awal2 dulu.  Bila suami bg fm kat adik,  memang aku sedeh.



Sekarang ni aku dah redha,  mampu susukan adik sepenuhnya ngan susu aku selama 1thn 2 bln jer..


Cukupla aku katakan aku dah x kuat.



Mlm tadi suami buatkan susu utk adik. Sajer nak tengok sm ada adik suka x mnm fm ni.


Adala 2mnt sungguh2 dia mnm susu tu,  lepas tu mula dibuat main.

Luakla 1 oz jer


Akhirnya, dikocak2 botol tu.  habis lantai basah dek susu dia tu.



Kalo mak dia ada memang xleh pakaila fm ni.  Kat mak dia jugak dia nak nyotnyot.

ko memang anak mak dik.


Baru sehari mnm fm ni, aku ngan suami rasa najis Delisha mcm terover bau lak.  

Nak pitam kalo nak cucikan buntut dia.kkekek


Suami ckp xkisahla berbau drp dia ceri beri.  lagi kesian.




Tiba tiba, semlm aku kebasahan balik.

Alhamdulillah,  leh smpn buat stok lagi  :)



* perasan Delisha x puas mnm,  kejap2 belah knn, kejap2 belah kiri. Penat mak ko nak *







Tuesday, December 18, 2012

Telah menuju noktah






Hari ni 18/12/2 diumumkan, tiada lagi stok susu ebm untuk adik.


Mlm tadi sblm tdo pam dptla 1oz.

Pagi tadi lps subuh pam lagik dptla 1 oz ajer.


Nasib baik petang smlm pam kat opis dpt 1btl kecik.

Lepas la buat adik hari ni.



Dah sms papa kena stndby susu lain utk adik.


Huhuuuu


1thn 2bln jer mama mampu bekal susu utk adik.

Lepas ni dah bercampur susula yer.

Xper, mlm2 adik nyotnyot puas puas yer.



*adik & abg dah saling cubit mencubit, tampo menampo*



Monday, November 19, 2012

Hari hari mesti mau



mau apa sih....


mau pam ini susu cap ibu.. ngehhhh





Dalam malas2 aku, hari2 aku gagahkan jugak mengepam..  Tapi sabtu, ahad & cuti umum aku bercuti mengepam..  Boleh gak mcm tu yer ???


Sebab ms hari2 cuti Delisha yg tolong pam .. heeee


Kat opis kalo  x pam, baju masih boleh basah.. walaupun x lenjun cam dulu2 tapi bila lembap dikawasan itu,  haruslah aku bersegera mengepam.


Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk Delisha walaupun aku baru tahu yg Delisha pada siang hari tidaklah  beria meminum susu.  


Ohhhh sedehhh  :(


X tau nak buat apa lagi..  Delisha memang x minum susu mcm baby2 yg lain. Baby yg lain mnm 3-4 btl, Delisha kalo dpt habiskan 2 btl pun dah buat aku gembira sangat.


Jumaat lepas masa dia dijaga ngan embahnya kat umah,  jenuh bapak dia nak bg minum susu.  Jual mahal sungguh dia.  X nak langsong dia minum susu tu.  Udah membazir 2 botol.  Hmm dalam bazir2 pun aku kena bekalkan susu  gak.  


Sebab tula bila balik umah jer,  terus melekap dia ngan mak dia mcm 2 hari dah x jumpa.   Huhh memang xleh nak buat aper2 dah..   


Org ckp "ohh byk susu yer"...  saya x der susula.. mcm2 dah buat tp x der gak..


Hmm susah nak komen panjang2 bila dah org ckp mcm ni..  just lehla bg nasihat cikit2 berdsrkan pengalaman sendiri.  





Aku sekarang ni pun x amik benda2 tmbhn sangat,  just nak ngabihkan shaklee yg aku beli dulu tu.  x hbs2 lagi.  


Tapi aku pastikan ms kat opis aku mnm byk air 0.. setengah jam sekalila  aku p toilet..  Bila dah blk umah jgn hrpla nak mnm byk2.  asik lupa ajer


Kepada ibu2 & mama2 yg ada niat nak BF anak2, just bykkan bersabar & jgn putus asa.  In Shaa ALLAH, niat yg baik akan dipermudahkan wlpn amik masa sikit.  Hokehh




Last..  stok di opis yg makin sedikit 





* sambil ngepam bacer belog :)  *








Wednesday, October 24, 2012

Tolonglah...


Tolong jg susu saya baik baik ( muker montak simpati )


X bolehla mcm ni..


Dah 2 hari berturut2 aku buang sebotol susu ebm.  Lagi2 bila aku bekalkan cooler.  Aihhh diorg perap jer susu aku dlm tu.  Aku bekalkan 4 botol dah semua mencair.  Yg digunakan cuma sebotol setengah ajer.


Sedeh betul aku tengok.  Ingat senang ker aku nak kumpul stok susu ni.  Kalo x der azam & semangat yg kuat memang dah lm aku bg susu lembu kat anak aku tuh.





Kelmarin aku bekalkan 3 botol,  sebotol jer yg luak.  Tu pun aku rs Delisha x mnm hbs.  So lagi 2 tu dah cair.  Memang x leh nak bekukan balik.  Nak x nak kena guna 1,  & 1 lagi buang la.  Huhuhuu





Minggu2 yg lepas aku mskkan susu dlm plastik.  So hari2 aku pesan tolong smpn dlm fridge yer.  Harap2 diorg simpanla susu tu.  Mg ni aku sajer jer mskkan dlm cooler.  Bila balik apesal beg ni brt jer.  Uper upernya byk lg susu x digunakan.


Pagi tadi terpaksala aku terangkan semula cara nak kendalikan susu ebm ni.

A: Dik, hari ni akak bwk 3 susu. 1 dah cair, 2 lg beku.  Kalo Delisha sehari mnm 2 btl jer so sebtl lg adik smpn kat tempat beku yer. Esok pagi baru letak kat belah bwh ( nanti dia cair sendiri ).

P: Ohh mcm tu yer.  Saya ingat kalo susu dah beberapa hari dah x leh guna.

A: Bolehh guna jer.  Selagi susu tu beku, 3 bulan pun leh simpan lagi tapi kena bekula.  Kalo dah cair kena gunakan dlm ms 24 jam.

P:  Ohhh mcm tu yer.

A: Ingatkan tahu dah ( ohhh byk benda nak bg tau ni )


Huby pun dah ckp len kali xyah msk susu dlm cooler bag tu.  Kalo x beginila jadinya.


Hmmm ingatkan mereka ni cukupla ilmu didada bab penjagaan susu ebm ni. Tapi ?


* patotla smpi umah jer adik terus melekap kat 'tit' aku nih.. rupa2nya sikit sangat dia mnm susu.  Aku pun x tau nak buat aper lg.  Kalo bg FM agak2 berubah x tabiat minum dia yer *


Thursday, October 18, 2012

Pencapaian terbaik sejak bergelar "MAMA"



Assalamualaikum wrt


Senyum

Senyum  

dan

SENYUM



Dalam senyumku ada sedikit kerisauan..  ohh



Ini..



di rumah


dan ini lagi...



di pejabat


Ini adalah stok ebm Delisha yang terkini.  Ketika Delisha berumur 1 thn 1 hari .


Semalam sudah berkira kira.  Boleh bertahan untuk berapa hari lagi.  Setiap hari harus bekalkan 4 botol susu sedangkan hari2 aku cuma hasilkan 2 btl ajo.. Hohoooo


X pernah menduga selama 1 tahun aku telah memberikan Delisha hanya dengan susu ku sahaja.  Ohh touching jap  Adala sekali tu terlajak bagi minum susu FM.  Tu pun bpk dia yg bagi gara2 aku lmbt blk dr berbuka puasa diluar..  1st time FM  hiba jap



Kena motivate diri sendiri ni.  Nak teruskan perjuangan ini atau ikut saja keadaan mcm mana.



Ohh kenangan

12/2/12 ~ 3months


Lagi lagi ceriter psl susu






Ketenangan

Mari kau ke sini




Monday, August 27, 2012

Setelah lama bercuti



Hampir 10 hari bercuti...

Hari ni kembali seperti biase






Nasib baik ada hasil lagi.. kalo edak kompem ada mak budak nanges dalam hati


Hasil perahan pada pukul 1pm tadi.. itu pun udah lencun baru nak ngepam.. bagus tol ko ni..

Botol belah kanan tu hasil belah kanan, yg separuh tu jer hasil belah kiri.. isiisisi jauh beza beno yer..




Bila di bahagi kpd botol2 yg kecik, nila hasilnya...


Delisha pun bercuti selama hampir 10 hari menyusu dlm botol..  Sbb mak dia mls nak pam dlm botol.. stok yg ada pun memang x terusik langsung..

Hahhaha mlm tadi nsb baik dia nak nyot nyotlagi botol susu tu.. selamat mak ko dik.. hehehehe



*kepada mak2 sekalian, jgn tiru seperti saya.. x baguss*

 Raya raya gak, susu anak jgn dilupakan  :)






Friday, August 3, 2012

Peti sejuk rosak.. Ohhhh susu aku!



Jumaat yang tenang tiba tiba digoyahkan dengan insiden peti sejuk opis dah xder gas.. so dah x sejuk & beku  :(


dlm btl ni dah 200% cair


Huhuuuuuuuu  pg tadi jenguk peti sejuk tengok2 apesal clear jer pemandangan kat tempat beku tu..  Udahhhh ais2 kat tepi dinding peti tu udah mencair.  Stok susu pun mula mencair.


Cooler bag memang xder bwk.  Semenjak simpan kat opis ni, seminggu 2 kali jer bwk balik so cooler mmg x bwk.   Jarak ant opis ngan umah pun  x jauh.  Mamang x sempat nak cairla susu tu.



Adooiiii, wahai susu susu ku.. bertahan la ya...

Kat umah pun dah no space.. camner nak bwk blk ni..  Kalo cair terus mmg kena guna...  uhuuukkssssss byk tu..





Tiba tiba, otak ligat berpk..  Xleh jadi ni, kalo dibiarkan confirm memang cair semua smpi ke petang ...  Harus lakukan sesuatu


Cepat2 pergi kedai mencari sesuatu...


ni dia.. ice box  ngan ais batu 


Nasib baik kat kedai hardware tu ada jual ice box.. Ais batu aku beli kat rest mamak yg selalu aku beli teh ais tu.. perghhh lega ckit hati ni




Dlm kepala dah plan nak msk bubur nasik adik cmpr ngan susu ni.. Boleh aper, pengganti santan...


Terima kasih Tuhan :)



Friday, July 27, 2012

Oh tidak! Bagaimana boleh berlaku..







Tinggal selai jer kat opis..  Ohh macamane nak simpan stok hari ni.. Huwaaaaaa


* udah 3 kali beli . kurang lebih pernah simpan 300 plastik susu *

Tuesday, July 24, 2012

Stok EBM : Merudum



Salam pagi selasa semua  :)


Alhamdullillah, hari ni dah memasuki hari ke 4 kita berpuasa yer :)


Aku masih boleh berpuasa seperti tahun tahun sudah cume selepas mengepam mula pk nak minum air. Aiissshhhh mana bole minumla.. kan puasa ni



Pn bos tanya , ada susu lagi ke?

Adala pn Bos. Cumer kuantiti dia dah kurang seplastik..huhuuuu



Ni hasil perahan semalam.



Dpt 2 plastik jer.. 1 plastik 4oz.. Alhamdulillah :) tu pun pam sekali ajer, kul 2pm



Stok kat opis



Stok kat umah.. stok terkini .. Alhamdulillah



Alhamdulillah, wlpn hasil agak berkurangan pd bulan Ramadhan ni, xderla risau sgt sbb stok masih mencukupi...



Eh ehhhhh risau gak....lps berbuka nak teguk air bergelen gelen memang tak tahan.. mau tengah mlm ke toilet ajer...


Skrg tiap kali pam dah xleh nak paksa2 lagi bg susu keluar..  bukan takat leh dahaga, terus perut berKarok..


Dugaan ...



Thursday, June 28, 2012

Susu segar dari Ladang



Sila sila...

Jangan malu malu..

Susu segar ni...

Baru jer perah ni...






dap x ?



tu dia...lemak asli tu.. nampak x?



En bos selalu ckp, "haaaa kalo x cukup susu,  amik ajer Muja nyer susu tu..berbotol2 dah dlm freezer"..  En bos ni buat muker sayer merah jambu ajer...



Nila hasil kalo dah mula MALAS..  boleh ko dah kul 3pm baru nak pam... mentang2 hari ni xder kebocoran  (sbb dah mula jarang2 pam)  :(


memang nak kena pelempang...panggggggg



Baik aku cepat cepat insap sebelum bulan puasa menjelangg..

uhukkksss


tadaaaa balik jom


Thursday, June 21, 2012

Minum susu over dose x bg kesan aper aper ke ha..



Geleng kepala bapak Aiman....


Aperla ko ni Man, baru jer mnm susu...kencing pun edak lagi udah nak mnm susu lagi


Itulah rungutan en huby sekarang...


Alhamdulillah sejak percubaan untuk memisahkan abg ngan "tit" spt dlm entry Cobaan ke 3, Aiman sudah betul2 berjaya


Tapikannnnn datang lak 1 tabiat baru....


Blk umah kul 7pm sampai kul 7am esoknyer, dia bantai mnm susu kurang2 5 botol ngan sukatan 210oz.  Boleh ker ?


Aku rasala, maybe dia nak susu bila dia teringat nak netek..  Dulukan suka hati dia jer .  Nak tit, melekatla ngan mak dia.  Skrg kdg2 dia ada gak melepaskan rindu tp jap jer.  Lps tu dia rs mcm dah x best. hehhehee


Pernah aku pam susu then bg dia mnm kat btl...  xnak pulak.. terpaksa aku mix ngan FM.. baru nak...


Lagikan, ni tabiat masa dia tdo pulak.  kekkekek ada 1 mlm tu kan dia tertido ngan bpk dia..  Esoknye bpk dia komplen kat aku, tetek dia sakit sbb abg Aiman cako cako.  hahhahaaa mesti abg ingat tu mama.  Dia dok cari cari naper leper semacam aje.  adoooiiiiii gelak aku dengo.



kenangan manis


Kalo tdo ngan mak dia gtula peel dia..  dok selak2, dok rapat2...sampai rimas dibuatnyer.   Kadang kadang dia terbabas gak, menetek diluar sedar..  bila aku tersedar," ehh abg jgn jgn.  ucuk ".  Leh dia jawab, "hmmmm dap ma, dap "...  terus smbg tdo balik & sblm tu sempat tinggalkan pesanan "nak cucu ma"....  tula, tiap kali  teringat nak netek terus dia nak cucu..




Bila dia dah stop netek ni, bpk dia bertanggung jawab bgn tengah mlm buatkan susu.  Haaa dah bpk dia yg bising2 srh stop.  Kenala bangun malam.  X kuasa mok nak bangun.  Tp dah nama binik kan, kdg2 x sampai hati gak nak kejutkan srh buat susu.



gnila cara dia ....



Sejak abg dah x menetek ni, kemanjaan dia sangat2 berlebihan.. takut mak dia.  Hover u.


Makin kerap kata kata " ma, cayang mama "


" cayang mamaaaa " sambil kiss2

" cayang mamaaa " sambil peluk2



Nak tido beriba.. huhuuuhuhuuu


Tido berbantalkan lengan mak dia..  aduuhhh kebas lengan ma sayang..  bila aku tarik lengan , dia tarik balik lengan aku buat bantal.


Tiap kali srh tdo ngan bapak dia " x nakkkkkk "


Kdg2 dia nak lebih perhatian drp adik dia. isiisisisiis



Sayang abang sangat sangat.






Wednesday, May 23, 2012

My BF : EBM Stok di Opis



Di Entry ni.. EBM Stocks .. pintu fridge masik kosong kosong ( najwa latip : 0 )..


Hari ni pintu pun udah berat nak dibukak....  penin camner nak buat utk stok seterusnyer.. freezer saper aku nak pinjam nih


Hari ni pump pun udah ada 2.. pjm adiknyer





Best tol guna pam ni.. sekali pam banyak tul dia memancut.. Puas hati coma tangan cepat letih huhh.. Dulu aku ada beli 1 ms aiman baby. Sebijik camni.  Luper dah simpan kat ner :( 


Sekarang guna pam yg ini ajer sbb pam medela mcm dah ada cikit kerosakan tapi masih bole digunakan cumer x nak lagik rosak...  rehatkan jela dulu hehehhe



cover putih ni dah nak tercabut







Pam ni gak yg aku bwk p balik.  Sejak abg Aiman dah benti "tit" ni, mlm2 kena pam sekali.  Kalo edak udah lenjun.  Ringan ajer pam ni so xder hal sangatla







Sambil mengepam sambil mkn roti sambil layan video adik mengomel.... huhhh lapooo jer





Simpan dulu dlm fridge...






Menompang kasih pada yg sudi...  Ini pun udah kena bawak balik sbb fridge 1 pintu ajer...







*bos kater guna ajer susu muza buat teh tarik..huuhhhh x senunuhla bos ni*




Tuesday, May 15, 2012

Bercerai susu..(percobaan kali ke 3)

Salam   :)


Alhamdulillah, hari ni memasuki hari yg ke 4, abg Aiman dah tak "tit" ngan mama dia.


Last friday nite ( last tit), sambil baring men'tit' kan abang aku ckp " abang, mlm ni last yer tit..esok2 dah x boleh tau.. abg dah besar..x bole tit ngan ma lagi"...abg jwb " xnakkkkkkkkk " as usuall..


So sabtu tu time dia mula nak tit, cepat2 aku gomolkan B aku ngan asam jawa ( belah kiri sbb adik tit belah knn ).. X tengok kiri kanan terus dia ngapppp....  x lm kemudia berkerut2 muka dia... puiihhhh 


abg: "asam ma asammmm" 
ma: x sedap yer bang.. 
abg: " x dap" sambill terkemut2 muka dia
ma: nak lagi x.. nah nahhhhh ( sambil aku suakan kat muka dia)
abg: x nakkkkk ( lari 1 umah smpi sorok dlm almari)



Udah ank beranak main kejo2 dlm umah..  hehheheheh baru ko tau masamm yer



Agaknyer terasa sgt masam nyer asam jawa tu sampai skrg dia teringat lagi kemasamam & kebucukan rasa dia...


ma xnak bg "tit" , abg pam tit abg la..


Malam2 dia tengok jer adik dia tit sambil kata "ucuk ma" ha'aaaa ucuka la bang..wek wekkkk (buat2 muntah)


Sejak dah x "tit" ni datang lak habit lama dia...

1. mlm2 terjaga ( kul 1 @ 3) nak tengok upin ipin or boboi boooii ( boboi tdola bang, esok pg boboi bangun yer...oohhh boi edo  )
2. kul 10pm x tdo lagi..mlm tadi nak kul 1am baru tido...masuk bilik, kua bilik 20 kali...makkkk epas mati, makkkk epassss (lipas mati abg tembak)  adooiiiii dia kaco mak dia tido lak
3. mlm2 terjg drp tido, dia kejutkan mak.."maaa ayang ma"..eluk eluk ( peluk abang ) uhukkkssss


ma, tit abg ecikla..hehhehe


Aku mmg dah ckp ngan diri sendiri, bila dah sedia baru aku xnak bg aiman menetek ngan aku lagi..Kalo ikut hati ni mmg sampai sekarang nak bagi lagi TP memikirkan ms akan datang better aku pisahkan sekarang....  x sangka nak pisahkan susu pun leh rasa sede...  sedehh tau...




you're funny son..i love u so muchh




*mlm tadi abg aiman berselera mkn ( nsk grg ngan beger bkr)... edap daappppp ma...aissshhh riso lak bila dia mkn byk ni..sellau x moh mkn.uhukksss *

* dia makin menyayangi... peluk2 ma, kiss2 ma & statement dia yg paling comel " ayangggg ma " *

Friday, April 20, 2012

Sudah Terlewat!




Bila aku bersikap ambil lewa, " ehhh jap lagi lah "







jadilah begini......





Dah tu x reti reti lagi ker...

ke nak sebelah lagi tu pun kelencunan jugak  :(






Nasib baik leh cover






hasil perahan sebelah pihak sahaja.. Ni pun kena stop bcoz botol dah full



Tengok jam dah 12.30 afternoon.  Patotla



* freezer dah penuh, no space. Camno nak buek *