Showing posts with label Ilmu/Tips. Show all posts
Showing posts with label Ilmu/Tips. Show all posts

Friday, April 3, 2015

Perkongsian hari jumaat


Assalamualaikum..



hari ni hari Jumaat..

Kita share benda yang baik-baik saja.


Wednesday, February 11, 2015

Hutang ptptn


Assalamualaikum..

Masa belajar dulu aku buat loan ptptn. rasanya ms jaman tu semua student mmg amik loan ni.. X apply pun memang akan dapat. Syukur ada yg membantu.

Duit ptptn tula aku guna untuk beli buku, yuran & makan minum sepanjang sesi semester. dah hujung2 sem barula SOS kat bapak. Dulu susah sikit x mcm sekarang. kalo tpon bapak hari jumaat , isnin minggu depan baru duit msk bank. Makan megi jerla sabtu ahad tu. Sekarang kol mintak duit , x sampai 5 minit duit dah masuk dlm bank.

Nasib baik kos sara hidup kat sintok ni murah. p kuliah jln  kaki. mkn pun murah. Kalo kat Kl rsnya memang x cukup..


So bila dah berhutang ni kenala bayarkan. x boleh banyak byr sikit sikit. Yang penting nampak kesungguhan nak membayar tu.

Cuma yang sakit hati bila ptptn ada caj utk admin fee.

cer bayangkan.

Aku bayo tiap2 bulan rm100. Admin fee jer lebih kurang rm48.75

100-48.75=51.25

aisshh kalo mcm ni bila nak habis kan.

Alaa x kisahla, yg penting nama x black list... sedapkan hati.

tapi sampai bila dooo..


so baru2 ni aku nmpk ptptn tawarkan sistem UJRAH. Sepatutnya tarikh akhir 31/12/14 tapi dilanjutkan hingga Mac15.

yesss leh mohon ni.


So last week bertandangla aku ke UTC, Plaza Rakyat.


Naik jer lrt. bebudak pun dah betahun x naik lrt ni. excited jap. lagi pun UTC tu sebelah jer ngan lrt plaza rakyat. x payahla nak bersesak2 kat jln.



masih awal pagi. Org x ramai lagi. sampai jer dpat no 2. nikmat berpagi pagian.. ceeewahhh


ptptn: level 3 plaza rakyat. naik je lif



ptptn di UTC ni bukak 7 hari seminggu melainkan kalau cuti umum . Pagi sampai malam. Tutup ms tengah hari jer.




Borang permohonan aku dapat awal. Diorang akan bagi melalui emel. Dlm masa 14 hari kena submit borang ni.

Kalau setuju ngan terma & syarat kembalikan cepat2.

Selepas pertukaran ke Ujrah, tempoh pinjaman aku adalah selama 10 tahun. hihiii  Kalau ada baby, sampai dia darjah 4 baru hbs loan aku ni. isss

Yang bestnya admin fee dia sangatla kurang. xderla sakit hati sangat.

Borang permohonan ni korang kena ada stamp hasil rm10 x 2.(kena buat 2 copy)

Jgn risau, kat UTC ni mcm2 ada. Boleh beli stamp kat pejabat pos, 1 level ngan pjbt ptptn.

jimat masa .
semua dlm 1 tempat
x ramai orang
selesa sangat sebab ekon dia sejuk.. hiiii




dlm masa 20 minit dah setle. 

Lepas tu banjer anak anak mkn kfc sebab pg x sempat nak mencanei.


permohonan ujrah ini terbuka sehingga bulan marc15. Lepas tu tutup. X tahu bila nak bukak balik.

Sekian.



Hutang tetap hutang yer yop. x berkat hidup



Thursday, January 29, 2015

Buku untuk GST


Assalamualaikum


tadi masa lunch masuk jap popular. kot2 ada buku yg menarik perhatian..



nampak pulak buku nih.. terus beli..


dah tulis pun basic/intermediate memang sesuai utk org yg x tahu apa apa psl gst..


belila, inshaallah serba sedikit  akan paham..


Harga RM40, ada rebat 20% so RM32 ajoo..

balik claim kat bos..  buku tuh leh buat mcm harta korang sendiri..

aku pun memang nak buat mcm tu.. bos bos xkan baca punya..

akula library diorang

^___^

hohooo x sesonoh punya perangai

Thursday, January 15, 2015

Aku dan GST.. Bersediakah ?


Assalamulaikum..


Korang dah bersediake untuk menghadapi GST?

Aisshh x lama lagi tau.. pejam celik bangun tdo tahu tahu dah 1/4/15.

Haaa masa tu beli barang semua dah ada gst yer.


Ni nak citer psl org yg terlibat dengan kerja kerja admin/account.


Kerja bertambah tambah beb.


Dulu boleh update acct tiap 2-3 bulan sekali. Sekarang tiap2 bulan kena key in. Baru jer habis ke yin last month transactions, hari ni kena key in lagi.

X menyempatla ahkak nak melayan korea lepas ni.





Selasa hari tu aku p kursus ni.

Serius aku cakap.

Dengar psl GST aku angguk angguk. Agak pahamla sebab dah 2-3 kali p seminar.

Time nak praktis dlm sistem @ myob ..... arggghhh

Semua orang keluh kesah.

Pening pening.


Buat pertama kali akan terasa " lecehnyaaaa ".. "banyaknya"..


huhuuuuu 

nangis jap sebulan 2 bulan.


Serius aku cakap ( 2 kali dah serius ni )

Bisnes yg x der acctg software ni, aku x tahula acaner diorang nak buat/submitt gst ni.


Cara manual @ excell mcm payah sangat. 


So lepas ni memang x hairanla acctg firm akan naikkan fee. Sebab diorang pun x cukup masa.


Harapnya benda ni akan semakin mudah & senang untuk dibuat.


So kepada mereka yg bergelar accountant, admin exec , manager, clerk dll, kita bukan hanya perlu tahu apa itu GST tapi bagaimana nak melaksanakan kerja2 yg terlibat juga.


Selamat berjaya korang & aku jugak..

Majukan diri kita untuk syarikat..

^____^


* leh mintak gaji lebih ni *

Thursday, September 25, 2014

Minum teh cina untuk sihat


Assalamualaikum..

Sejak aku bekerja di syarikat yg sekarang ni, kesihatan sangatlah di utamakan.


" Muza, less sweet "

"muza, less sugar"

" Muza, less ice "

" Muza , less rice more vege "

" Muza, better u make full medical check up "

Okeiiii

Will LESS Ok

Ok bos OK (jerit dlm hati)


Seminggu cuti teh ais, no nescafe air

Minggu depan langgar pantang balik

Ohhh tu memang muza namanya

Kadang kadang nak minum kena sorok sorok. Hahaha kelaka pulak 




Ni teh. Teh Cina 


Hari hari bos aku buat sekole utk diminum.

Yg selalu minum adalah bos bos

Yg umurnya 46 - 63 thn

Yg sudah veteran sedar mereka mesti jg makan minum.

Tapi yg umo 33 x sedar sedar dirik lagi. Bukan dia x sedo diri.Sedooo
Tapi tula, muda lagila kononnya.


Bos aku yg umo 63 masih sihat. Aku ingat badan dia lagi power dr aku. Jarang beno sakitnya. Mak aku baru 50+ dah mula sakit itu ini. Yg bos aku ni sihat, energy power. Boleh panjat tembok cina lagi.


Minum teh cina sebab " cut fat " katanyalah.
Xnak fat sebab leh dpt penyakit jantung. 
Fat boleh sumbat saluran jantung.
So minumlah teh cina


Time aku sedo aku mnmla sehari 2 cup. Sekali mnm terus byk. Diorg mnm 1 cup lagi campur air, aku edak. Mnm pekat mcm tu. 
Esok lusa lupa nak minum.
Haaa tu muza namanya.


Korang nak tahu, bos aku tu kalo p kedai makan kdg2 order 2 jns makanan & share 3 org. Kdg2 share 4 org. cer bygkan berapa byk yg diorg makan.

Aiiss jauh beza beno ngan orang kita.
Yg lelaki kalo x amik nasik penuh pinggan bkn makanla namanya.


geleng kepala mula2 bila nmpk bos aku mkn.


Sekali msk nasik 1cup beras mkn 3 org. Kalo laki aku mau habis dia mkn sorang.


So amalkanla minum teh cina yer.

Banyak khasiatnya.


Sekian, terima kasih.


Friday, March 21, 2014

Pentingnya minum banyak air kosong


Assalamualaikum semua

Nak tanya korangla yer, sehari baper banyak korang minum air. Apa apa jenis airla. Air milo ker, air oren ker...yg spesifiknya air 0 ler.


Baper banyak korang minum air 0 sehari?

Apeeee minum masa dahaga ajer !

Alloo bagusnya korang. X nak buang masa yer ulang alik ke pantry.


Ni nak citer kisah aku ngan adik beradik pompuan aku. 

Bila jarang berkumpul & sekali bila dapat berkumpul baru nampak saiz fizikal masing2. Masa tu mulala keluar ayat2 yg xder insuran. Lazer sungguh ngalahkan azwan ali.


" eeee za, gemoknya ko sekarang "

" ehe ehhhh mana ada. Yat kata OK jer "

" yat tipu yat tipu... "

Udah semua menyalahkan adik ipo aku.


So sekang ni  masing2 nak jaga badan. Masing masing dah tak minum teh ais. Adik aku siap beli green tea. Siap subscribe ebook kevin zahri lagi.


Minum air pulak berliter liter. Paling cikit 2 liter. Paling sikit tu  kome. Nak nangis aku mengenangkannya . Apa kaitan gemuk ngan air ni. sebab bila kita mnm ngan cukup, baru operasi dlm bdn dpt bergerak aktif. Bila semua aktif baru sehat. Eh yeker?


Yesss.. minum banyak air boleh membantu dlm penurunan berat badan. So ada kaitanla intro aku ngan air ni. 


bekas belah kiri tu adik aku punya.. yg kecik cikit aku yg punya


Seminggu lepas aku mnm 2 liter sehari. Tapi sejak 2 hari ni aku kena minum 3 liter sekurang kurangnya. Boncit perut aku. Bila ngah baring & aku goyang2 siap leh dengo air berkocak dlm perut. Aiman siap tanya, bunyi aper tu ma.. Lepas tu dia gelak..hahhaa


Naper skrg aku mnm 3 liter sehari. Sebab baru2 ni aku ada mengambil 1 suplemen untuk kesihatan keseluruhannya. Bila amik suplemen ni dia kata kena mnm byk air ( kurang2 3 liter ).. dan yg membuatkan aku termenung setiap pagi, dia srh elakkan minuman berkafein. Ohhh mak.


Memang dah habit aku hari2 minum secawan nescafe pns. Habis tu aku nak minum air aper ni. Sebagai pilihan aku beli sekotak susu segar. Yeye ada jugak pengganti. Tapi masih x leh lupakan cik Nesc la:(


Bila dah mnm banyak ni 1 lagi mslh timbul. Sebnrnya bknla masalah tapi macam gejala. Lepas mnm ajer, mesti nak membuang air. Nmpk sangat usus kencing dah longgar. Heee Mnm jer, nak buang. Nasib baik toilet dlm opis. Nasib baik toilet ada air. Nasib baik toilet free. Nasib baik staf x ramai. Kalola toilet opis aku ni berbayar, makin kaya bos aku skrg. 


Bab kencing ni memang x leh nak tahan. Kencing jerla. Lagi bagus sebab ia membuang toksin2 dlm badan.  Mnm air smpi urin kaler jernih. X bau hancing. Kurang mnm air toksin2 akan terkumpul dlm bdn. Lemak pun senang nak terkumpul. Kurang mnm air kang sistem pelawasan pun terganggu. Nak "doing cusiness" pun stress jer. Ohhh not good.


Aku copy paste tips yg aku bc dr fb Tengku Norihan.

11 Tip Kelebihan Minum Air Kosong dengan Cukup

1. Boleh mambantu mengurangkan berat badan.
Minum air boleh mengurangkan rs lapar. Ia adlh penahan selera yg berkesan supaya kita mkn kurang. Lagi, air ni kalori dia 0.

2. Rawatan secara semulajadi untuk sakit kepala
Bantu melegakan sakit kepala & skt belakang disebabkan dehidrasi

3. Kelihatan muda dengan kulit yg sihat
Kita akan kelihatan lebih muda apabila kulit adalah betul terhidrat. Air membantu utk menambahkan tisu kulit, melembapkan & meningkatkan keanjalan kulit

4. Produktiviti yg lebih baik di tempat kerja
Otak kita kebanyakan terdiri drp air. Mnm air bantu kita berfikir dgn lebih baik & lebih peka

5. Latihan yg lebih baik
Air mengawal suhu badan kita. Bermakna kita akan berasa lebih bertenaga bila buat senaman. Air juga bantu utk menjana otot.

6. Membantu Penghadaman & Sembelit
Mnm air meningkatkan metabolisme sbb ia bantu dlm penghadaman. Serat & air seiring supaya kita boleh mempunyai pergerakan usus.

7. Kurang kejang & terseliuh
Penghidratan yg betul membantu mengekalkan sendi & otot yg dilincirkan. Jadinya kurang kejang otot.

8. Rasa Sihat & Kurang sakit
Mnm banyak air bantu melawan penyakit selesema, bantu kerja2 buah pinggang & elakkan serangan jantung.Air juga boleh meningkatkan sistem imun badan

9. Melegakan keletihan
Air membantu mengusir toksin & bhn buangan. Kalau bdn kurang air, cthnya utk jantung kita, jantung perlu kerja keras utk mengepam keluar drh beroksigen kpd semua sel sel, begitu juga utk organ organ yg lain.

10. Mood baik
Bdn akan rs sgt baik & buat kita hepi

11. Mengurangkan risiko Kanser

Berkaitan dgn sistem penghadaman, bbrp kajian menunjukkan bahawa mnm air yg sht boleh mengurangkan risiko kanser pundi kencing & kanser kolon. Air mencairkan kepekatan agen penyebab kanser dlm air kencing & memendekkan ms berada dilapisan pundi kencing

(Tengku Norihan ni terlibat dlm senam aerobik juga ada mengadakan kelas zumba). Boleh tengok fb dia yer. :)



Haa begitu citer aku pasal air.

Korang pun kena mnm air byk2 tau. Tapi air 0. Baru lancar operasi dlmn kita.


pic: google



Somi aku pun skrg p kerja bwk bekal air. Yg termos hijau tu dia yg punya. Dlm dia berisi teh o panas :)

Last tips yg aku copy paste. Juga dr fb Tengku Norihan

Bilangan Berat Badan VS Jumlah Pengambilan Air

40 kg - 50 kg 2L (8 gelas)
50 kg - 60 kg 2-22.5L (8-10 gelas)
60 kg - 70 kg 2.5-3L (10-12 gelas)
70 kg - 80 kg 3-3.5L (12-14 gelas)
80 kg - 100 kg 4 - 4.5L (14-16 gelas)
Boleh check fb beliau utk seterusnya :)




Lepas baca ni kena amalkan pulak. Insha Allah, sihat tubuh badan. Keluarga bahagia, save money.