Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Friday, June 10, 2016

Berjayakah Aiman berpuasa?


Assalamualaikum wrt

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke 5 kita berpuasa. Alhamdulillah, sehingga hari ini aku berjaya melaksanakan ibadah ini dengan keadaan yg baik. Kalau somi x masak, aku masak yg simple2 jer. Time sahur pun boleh bangun. Yg penting jam berbunyi, heheee



Syukur dipermudahkan. Baby pun aktif ( dah 33w ).
Baby nendang nendang, garu garu perut ni.. mak buat derkk ajer. Mak cakor ko balik nak.. hahaha
Agaknya dia pelik kot, ngaper mak aku x mkn x minum ni.
Diet ker apa?
Almaklomla, tiap kalo check up berat asyik naik ajer. 


Itu pasal omak, acaner lak ngan anak bujang yg baru belajo berpuasa tu?


Lepas kecundang disaat akhir pada hari pertama, berjayakah Aiman pada hari hari berikutnya?



Wauuu macam nak buat skrip drama la pulak..


Alhamdulillah, Aiman pun berjaya puasa penuh hari ke 2 & hingga semalam. Hari ni x tanya dia lagi. Tapi aku rasa Insyaallah dia puasa sebab hari ni dia lepak kat transit(kafa), ustazah pun xder masak2. Aku pun xder bekalkan dia mknn or air.


Nak ajar anak untuk berpuasa pun ada caranyakan.
Kena bersabar.
kena pandai ambik hati dia.


Time berbuka dah tanya, esok Aiman nak makan apa?
Aiman nak kari ayam.
Aku belila kari ayam 3 ketol kecik2 kat kedai mamak depan tu. Nak masak mcm x berbaloi ajer. Aiman sorang yang nak mkn kari.
Hari2 tanya nak makan apa untuk buka & sahur.

Hari ni dia kata nak makan kari ikan ngan sotong grg. Nanti balik aku pla kedai mamak tu beli kari ikan 2 ketol utk dia. seketol mkn berbuka & seketol lagi time sahur.

Pun tanya nak minum air apa. hari ke 2 hari tu request air milo rased. Balik kerja aku singgahla beli.


Air milo dlm teko. Dia sorang yg mnm ngan kari aym. menambah gak dia makan.


Time sahur pun senang nak bangun. Kejut 2-3 kali gak. 
" Aiman bangun sahur "
lepas tu pelukla jap, pimpin dia turun sampai bawah.
Sampai bawah dia golek jap depan tv. Sementara aku pnskan lauk.



makan nasik ngan kari ayam. xder tambah nasik tapi habisla portion sepinggan tu.

Lepas mkn nasik aku bg mnm milo. Milo suam dlm botol lagi. Aishhh kalo kwn2 kamu nampak mesti kena ejek bang. dah beso mnm dalam botol lagi.


Rasanya dah 2-3 bulan Aiman x minum susu. Tapi bertukar kepada milo. 



Selain ikut citarasa dia nak mkn apa, aku pun ada bg reward. 
"Aiman poser penuh mama bg rm2 hari hari"
OK Aiman puasa.

So menjelang nak berbuka dia pun mintakla rm2 dari mak dia. Sekarang mak x yah bagi, dia tahu ambik sendiri dlm dompet.huhh

Ni bpk dia punya pasalla. Bpknya yg ckp nk bagi Rm3 sehari. Tapi mcm mn Aiman boleh x ingat. Kata2 mak dia jugak yg dia pegang. Bapaknya dah cakap raya nanti bapak bagi sepuloh ringgit ajer. Itu pun Aiman ok. cer mak ckp mcm tu...huhhh x nak dia. Mesti pegang pada janji.

Tiap2 malam dia kira baper ringgit dia dah ada. Kata nak p legoland.
huhuuhu sebak hati mak dengo. Memang x dapat pergila dlm waktu terdekat ni. Xlarat dah nak jln jauh2.


Minggu depan dah start sekolah. Mesti lagi mencabar. Mcm sekarang lepas sahur boleh tido sejam lagi. Minggu depan semua nak cepat. Seharian dia kat sekolah. Ngan cuaca panas sekarang.

Ya Allah semoga KAU permudah segala urusan kami.


Delisha jgn ditanya puasa ke tidak. Pagi2 dah bukak peti ais cari makanan. 
Dia cakap Dsa kecik lagi. Pandai menjawab budak tu. 


Next week kita cerita lagi.  



Wednesday, June 8, 2016

Dugaan hari pertama berpuasa


Assalamualaikum

Satu persatu dugaan datang mengetuk hati ku.. amboooii


Alhamdulillah, Dsa sihat sebelum puasa bermula. Siap p taman haiwan lagi ahad tu. Xperla bagi budak lepas demam hepi. lepas ni kalo diajak p jln memang payahla cikit ngan perut yg semakin membesar. cepat mengah..


Hari Isnin aku bercuti. Saja cuti sebab ingat nak celebrate 1st day puasa ngan suami. Lehla sediakan juadah berbuka dengan hati yg aman tenteram.

Somi pulak kerja petang, sepatutnya dia hbs kerja tengah malam, tapi sebab puasa dia nak balik berbuka kat umah.


Aku pun setla pukul berapa nak masak. Alahh masak simple2 jer. Plan nak msk sambal udang, grg stg tepung ngan sayur bening jer.


Kol 5 aku keluar p kedai jap, sambil meronda ke param menjenguk kot2 ada kuih yg menarik. Membelila kuih pelita RM2 ngan pajeri terung sebiji berharga rm2 juga.


Balik umah aku mulakan dengan masak sayur bening. Dlm ms yg sama kat dpr 1 lagi aku ngah masak bubur kcg hijau. Ngah masak aku dengo adik aku start enjin keter. berlarian la aku mengejo dia. Bertanya nak kemana. Bila dia ckp nak p kedai aku bg tahu naik motor jer sebab jln kat depan tu dah jem. Nanti nak parking pun susah.


Bila masuk ke dapur balik aku tengok dua2 dapur udah x berapi. What!!!
Ku petik berkali kali, x mahu jugak hidup apinya.


Uwaaaaaaaa

Bila ku goyang2kan tong gas tu, ringanla sangat.

huhuuuuu gas habis la pulak. Ngapala ko habis sekarang..masa tudah kol 6.30. Nasik dah masak. Bhn nak msk sambal dah blender. Sayur bening pun x brapa nak masak lagi.


Kelam kabutla aku kol adik aku suruh carik tong gas.


Jap jap adik aku kol bagi tahu, kedai xder gas.


Sepanjang deretan kedai tu gas dah habis. P area lain pun xdo. Aku try kol no yg ada kat peti ais pun dah x berangkat. Apa keheinya tong gas habis semua ni.


Hmm ngan sedehnya aku pun wasapla somi, bg tahu gas habis. Lom siap masak lagi.
X jadila dia nak balik.


Wlpn somi x jadi berbuka kat umah, tong gas harus dicarik juga. sebab kalo xder gas, esok sahur aku nak mkn apa. Udahla nasik dah masak banyak. xkan nak bunag mcm tu jer. 


Aku srh adik aku p merata kedai...sampai ada..hehehee sian gak dia. dahla dia x berapa nak sihat.  Nasib baik jugak dia bwk mtr, senang nak rempit.


Finally dpt gak tong gas. Lbh kurang kol 7.15 gas sampai umah. Alhamdulillah. Aku pun xder mood nak masak. Sambung lepas magrib jerla.


Udahla gang habis, masak lom siap lagi. Aiman tunjuk perasaan pulak. Dia marah aku p param x bawak dia.




Bukan xnak bawak. Sebelum pergi dia tidur. Aku dah kejutkan, dlm mamai tu dia kata x nak ikut. Aku pun pla sorang.


Sebab dia x dapat ikut dia xnak poser dah. lapo sangat dah katanya.
Mak cakap sabarla bang, jap lagi.
X nak.. nak makan gak.


sabarla...
Xnak..


Aisshhh 
Haaa kalo nak makan, makanlaaa. Malas mak nak ckp lagi ngan kamu.

Masa tu jam dah kol 6.40 p.m


malas dah aku nak pujuk. Silakan makan.

Bukan makan nasik or kuih pun. mkn jajan sate yg dah 2 bln tergantung kat dapur tu.



berapa batang jerla yg dia makan. Marah punya pasal, x nak dengar ckp mak dia dah.

geram sungguh dibuatnya. lagi berapa minit jerla.


So berbuka la aku hari tu ngan mkn kuih n air soya jer. mknla 2 bijik . mlm tadi nyambung lagi mkn 2 bijik. ehhh ada sebijik lagi. elok ker simpan lama2 yer... :)





Lepas magrib baru sambung memasak. Aiman tolong grg sotong tepung. Dia kecewa x dapat mkn kari aym. Bkn aku xnak mskkan, tp dah plan lain. Bhn2 nak mengkari pun x cukup. Dia mintak pun last minit. Alahaiii anak, esok mak msk kari pulak yer.




tulah cerita hari pertama aku berpuasa. Kelam kabut sungguh. Ingat hari pertama bolehla mkn ngan tenteram. 

Betulla, kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yg menentukan segalanya.


Tu jer nak cerita.



Friday, July 31, 2015

Sebelum Raya


Assalamualaikum semua

Semoga semuanya baik baik jer. sihat sihat, betambah comel 

Selamat hari raya aku ucapkan kepada semua yang mengenali diri ini. Amboii macam nak sampaikan ucapan pulak yer. heee


Thn ni aku beraya kat belah somi aku dulu.  2 bulan sebelum raya jenuh aku mikirkan hal ni. Last year aku beraya kat mana yer?
umah aku ker umah somi aku.


Dok sebuk tanya kat adik beradik aku, aku last yr beraya kat mana dulu 
Adik aku yg lumut tu ckp aku beraya belah somi, yang lain2 x ingat.
Cari gambo last yr pun xdo.


Aisshh acaner leh terlupa nak jenguk entry raya last year.

Yg somi aku sajer jer.. mengkonpiuskan otak aku. 
Last year kat sg tiang la.


Sampaila ai terpercaya tau.

Sebab tu thn ni beraya kat umah somi. Pecah tembelang bila akak ipo tanya " bkn thn lepas ko beraya kat sini ker? sama ngan akak ". ku jeling jeling somi ku itu. Nyengeh jer.

Fine. Next 2 years blk kg aku jer. :)


Balik kampong hari selasa petang. berbuka kat umah aku dulu. esoknya baru blk umah somi.



Aiman kebosanan sebab xder geng. Bila xder geng mulala otak dia berkembang pesat sampai menghasilkan idea idea yg sangat kreatip n inovatip.

Aku tengokkan ajer. x kuasa dah nak melarang. Turn atok dia pulak bersuara.



 Time ni ko offerla Aiman buat apa2 kerja. Dia akan terima dengan relahati & gembira
Cuma ko kena ber jaga jaga jer. 
hehehhehhee acaner tuh.

Nak lepas tangan pun xleh.



Gegirl ni pun sama ngan abang dia. Cuma dia x lasak sangat. X nak bepanas.  Hot katanya.

Anak  buah somi aku semua dah beso beso. Time ni yg balik pun sorang jer. Sorang jer laki, Yg lain pompuan. Kdg2 mengajak balik kampong sebelah. terpaksa mak pak dia bisik bisik bg tahu apiq ngan nia lom balik lagi.

Tu jer citer sebelom raya. Next, citer raya ok.


Tuesday, July 7, 2015

Jangan main mercun



Assalamualaikum..

petang2 mcm ni x sabar nk balik home. rindu dah kat anak anak. hiii


mercun tu bahaya. sangat bahaya lagi2 mercun buatan sendiri. Jgn la nak pandai sangat bab bab ni yer anak anak sekalian.

Nasib baik Aiman tu ada jugak takutnya. Pernah kaki dia terkena cebisan api dr mercun pop pop pop tu. terus ketakutan sampai bila bila. Tapi baru2 ni dia dah cakap kat mak dia yg dia dah x takut lagi kat pop pop. alamak.


Aku pun x pernah belikan dia mercun tapi bunga api ada.


walaupun cuma bunga api tapi awas jugak. leka main , tangan dok berpusing pusing .. jgn sampai terlepas bunga api tu singgah kat rambut adik dia. mau Dsa mogok x nak beraya sebab rambut dah x cantik macam Elsa.


^___^


So sila perhatikan anak anak masa main bunga api yer.



suka beno buat aksi rama rama sambil pegang bunga api kiri kanan.

beso dah anak laki aku ni.




x lepas tangan dipipi. 
kecik kecik udah menunjukkan simptom nak melawa aje



beso dah korang ni. dah berani main bunga api sendiri.

leh bagi adik ni... ohhh larik tajuk..


okei jom, balik.


Monday, July 6, 2015

Baju RAYA


Assalamualaikum..

Alhamdulillah persiapan baju raya utk anak beranak dah selesai.. tinggal nak beli songkok utk bpk ngan anak laki jer.. nanti kita pergi cari kat maidin ajer

Baju bebudak aku dah beli awal tahun lagi. masa sogo buat  sale. masa beli semua longgar2 sekarang udah ketat pulak. Kenala mak jadi taylor meng oter mana yg dah ketat tu. Nampak beno korang cepat membeso yer anak anak.


So nak raya ni xderla rasa perit sangat nak keluarkan duit tu. kalo edak pakai baju yg mana ada jerla. 


Xder baju baru xper, yang penting kita wajib balik kampung walaupun poket dah kempis. Edakla aku nak beraya kat Kl demi nak berjimat cermat sangat. Aisshh jgnla diikut sangat idea yg kurang bernas tuh.


soping raya pun p kedai yang mampu milik sahaja. x yah susahkan diri nak beli yg mahei2 kalo mampu beli yg murah ajer. yang penting semua ada persalinan baru. 



Dah la x poser, budak pompuan ni beli baju raya ngalahkan org yg puasa. Org lain beli 1, dia sampai 2.

betul org cakap, kalau dah ada anak ni, keperluan mereka yg lebih diutamakan. Suka tengok anak2 pakai baju baru.

Siankan kat mereka yg kurang mampu. Bersyukurlah dengan rezeki yg ada.


# tinggal nak nyoping kuih raya jer lagi #


Friday, July 25, 2014

Cuti panjang


Assalamualaikum semua

hari ni hari terakhir kita bekerja. Insha Allah minggu depan dah pun Hari Raya.

Ohh hari ni aku half day. Kena take turn ngan somi jg anak2 kat umah. Nursery udah tutup.


So kesempatan ini aku nak ucap "Selamat Hari Raya" buat kwn2 blog semua. Berhati2 balik kampong tu. X yah kelam kabut nak cepat sampai kampong. Bio slow & steady. Yg penting selamat pergi & balik.

Aku balik kampung  esok pagi. Berada dikampung sampai raya ke 4. Kalo mls nak blk aku sambung dok kampong sampai Sabtu. Aku cuti whole week. Best syok kan. 1 opis bercuti seminggu.


Bos aku pun nak g mkn angin kat Bali cuti ni.

Semoga semuanya bergembira. 

Panjang umur kita jumpa lagi.


Tataaaa

Assalamualaikum.

^__________^


# cuti raya, blog pun ikut bercuti gak #






Wednesday, July 23, 2014

Bersahur ber 3


Assalamualaikuuumm

Pagi tadi aku sahur sesorang. Adik aku sejak akhir2 ni dia dah mls nak trn mkn. Dia dah bwk stok air 3 liter masuk dlm bilik . Siap ngan stok biskut lagi. Aiiiss kompem berumah tanggala semut semut dalam tu. 

dah siap mkn aku tengok tv jap. Ngah ralit tgk tv tiba tiba dengar Aiman panggil2 

" mama, mamaaaaa. Buat aper tu "

" mama kat bwh makan "


Sebab kuat sangat dia panggil mama dia, si delisha pun terjaga. Udah berselang seli suara Aiman ngan tangisan Delisha.  Turunla ke dua duanya.


Bila aku ajak naik atas semula boleh Aiman cakap dia lapar.

" Aiman lapala ma "


Aikkk x pernah pulak dia mintak mkn pagi2 mcm ni.


turunla balik tiga2 org.




Abang lapar, adik ngantok. Merengek nak tido atas



Ngantok tapi lapo. Siann


nasik udah aku habiskan. Bg mkn pulut kukus sm kuah kari jer. 



budak ngantok dah ceria. Dia pun betambah makan



Budak yg lapar. 

Aku ingat Aiman teringat ingat kat pulut yg aku msk tula. Dia memang suka sangat mkn pulut.

Ohh somi pulak sahur kat tpt kerja dia.




Monday, July 21, 2014

Hamper dan duit raya


Assalamualaikum

Hai kawan semua..


Apa khabar?

Semoga semuanya sihat2 yer.


Mcm nak bagi surat pulak bunyinya.

Kalo dibiarkan, mahu berdebus terus blog aku ni. Jadi nak bg tahula yg BOSes aku dah bg duit raya. Siap ngan hamper lagi.




Alhamdulillah. Bukan nak menunjuk . Tp mcm menunjuk jugakkan. Okla cuba pk positif. Bos aku ni mmg baik. Ada rezeki suka berkongsi ngan staf. Haa bolehkan

Duit raya tu dah mcm 1 tradisi pulak. Sepanjang aku kerja kat sini memang tp kali raya akan dpt duit raya. Cuma nilai dia tu x samala tiap tahun.


Apa pun terima kasih BOSes.

Bersyukur masih ada yg sudi memberi.




# sedih bila mengenangkan saat kita bergembira, ramai insan lain yg tengah sengsara. Y Allah lindungila mereka drp kekejaman Israel laknatullah #


Wednesday, July 9, 2014

Ngantok bebeno gayanya


Assalamualaikum

Tengok gaya budak ni tido mcm berjaga sepanjang malam je. 

Ko layan worldcup ker apa? 





Tu yg dia ngantok sangat sebab subuh dah terjaga. Selalu time aku bersahur dia pun berjaga gak.

" mamaaaa, mama mane " 

Mama kat bawah dik..

Turunla dia menuruni tangga, satu persatu.

Risau jugak aku dibuatnya.

Sebab turun tangga ngan mata ngah pejam pejam. Mamai lagik tu. Menyambung dia tido kat sofa. 


Dia carik mak dia sebab nak nenen la tu. Time sahur ke subuh mmg time dia carik nenen.

Bilala kamu nak stop nenen dik oii



Thursday, July 3, 2014

Makna PUASA bagi Aiman..


Assalamualaikum..


Aiman dah mula belajar puasa ker ?

Jawapan nya YES..


hahhaaa yes la sangat.


Sebelum ni aku dah pernah cakapkan, kalo techer dia yg ckp mesti semua dia dengar. Apa yg techer dia suruh buat mesti dia nak buat termasukla puasa.


Disebabkan puasa start hari Ahad makanya Aiman terlupala kata2 techer dia. Isnin hari tu dia buat mcm biasa. P skul bawak air ribena. Udah kantoi ngan techer dia. Agaknya techer dia tegur kot " Ooohhh Aiman x puasa yer ". Termalula dia. Makanya hari selasa hari tu dia cakap dia poser.


"Aiman nak bwk air x hari ni "

"Aiman poser la ma. X nak air"


2-3 kali aku tanya nak air ke..nak air x?  

X nak Aiman puasa . 


OOO rupa2nya kat skul dia ada carta saper yg puasa , saper yg x puasa.

Patootla



Tu kononnya dia letak stiker " saya puasa ".

Puasa kat skul jer. Sampai taska udah dibg mkn ngan makcik.  :)


Aku ada gak sembang bab poser kat Aiman.


" Aiman, kalo poser x bole makan, x boleh minum. X boleh minum susu tau "

" Alaaa susu bolela ma "

Haaa dia x mkn no hal, tapi susu x boleh. Nak minum jugak.


So bagi Aiman puasa cuma x boleh mkn x boleh minum tapi minum susu boleh.


Inshaallah, thn depanla aku mula ajar betol. 



~ pagi ni dia bwk sekotak milo. Kalo esok dia poser kompemla dah kena tegur ngan techer ~


Thursday, August 1, 2013

Delisha puasa kot hari ni..


Assalamualaikum

Delisha puasa sampai kul 9 jer hari ni.. Masa dia msk dapur bole pulak dia ternampak cornflakes abang dia.. Diam2 dia makan sebelum abang dia tau..  Kalo edak kompom abg dia x bagi.. Aiishhh kamu ni Aiman, jajan adik laju jer kamu mintak , kalo kamu punyer punya susah nak bagi..


Sebab apa aku ckp Delisha nak poser hari ni..

Sebab pagi tadi ntah keberapa kali dia ikut bangun sahur..  Cuma pagi ni aku sempat tgkp gambo dia.. Selalu hp elang sebab Aiman bwk p tido.



sebok nak makan mak dia punya..  adala mkn 2-3 garpu . Lepas tu dia p layan katon.


Pernah sekali besungguh dia mkn nasik.. Esok pagi membongkang bangun lambat. kenyang ler tu. Aiman baru sekali jer bangun.. 



* Mlm ni nak ngintai kuih raya kat mydin mall *


Wednesday, July 31, 2013

Rezeki bulan Ramadhan untuk Syawal


Assalamualaikum



Xder bonus, duit raya pun syukur Alhamdulillah :)



*Cik Bos dah warning duit raya ni jgn beli brg utk anak2 jer..Allamak mcm tau2 ajer*

Tuesday, July 30, 2013

Nak Hamper ke Duit Raya?


Assalamualaikum



Semalam Cik Puan bos cakap " Muza, i xder bagi u hamper. I bg u duit raya saja".. Ohhh boleh pulak dia cakap camtu. Puan saya nak dua dua xleh ker.. Ohhh tamak pulak




Comeiiinyerla dia bungkus..  Kdg2 bkn nak sgt brg2 yg terbungkus tu tapi sebab cantek sgt bungkusnya. Heeee


Ni hamper utk bisnes partner. Utk staf x nmpk lagi tapi tula, boleh pulak aku x dpt. Sabo jela.. Xperla bos, sebab x dpt hamper kasik duit raya tu lebeh cikit yer.. hohooo syukur alhamdulillah


*petang ni opis ada buat buka poser kat luar. Terpaksala suami jg anak2 mlm ni.. Ngeri pulak bila memikirkan anak2 kena tggl ngan bpk diorg..oOhh*

Friday, July 26, 2013

Didikan dari kecil


Assalamulaikum ..

Hari ni Slgr cuti sempena Nuzul Quran.. Korang yg kerja tu jln lazy lazy okeh..


Sempena bulan yang mulia ni, berhajat jugak nak melebihkan amal ibadat.  X banyak kurang kurang cikit tu ada kan..  Lagi2 dlm bulan yg penuh barakah ni..


Tapi memang betulla org ckp, kalo ada ank kecik ni, memang mencabar tul kalo nak buat ibadah ni..  Ngah solat tiba2 leh sikecik menompang sejadah sekali.. punyala lama dia sujud, jenuh gak aku nak menunggu bilala sikecik ni nak bangun bangun.. aisshh


Dah bangun boleh pulak dia bercakap ngan kita.. Selagi x menyahut selagi tula dok mak makkk..hadoii


Hobi sikecik yg terbaru ialah mengorek mata aku.. Sedap jer dia main main kat mata aku ni.. Jap ditarik jap ditutup. jap ditonyoh ngan dia.. huwaaaaaa Belum lagi kes selak telekung nak nenen..huhuu


Ape pun ini memang cobaan..  Akan ku tentang segala cobaan ini.. Nyahhh kau


Baru nak bismillah, dia pun sebuk nak al-quran yg ngah aku pegang tu.. Bagi buku lain x nak.. Nasib baik ada mukadam Aiman, selamatt


Lepas tu buat perangai lagi.. Mak ajo xnak. Aku tuding alif, dipukulnya tangan aku x bagi. dia nak tuding sendiri.. aisshh sabo saboo



mukadam abang



kelako aku nengok gelagat sikecik ni bila dia ngaji. memang seronok nak mengajar dia tapi yg seronoknya adala seminit. Lepas tu mula dia mengaji sendiri.. hmm suka ati ko la nak.. mak nak ngaji gak, jgn kaco..



Nampak nya mulai sekarang kena biasakan dia mengaji & solat.. pendedahan dr kecil lagi senang kan.


Anak anak semoga kalian menjadi muslim & muslimah yg sejati 

In Sha Allah




*Anak anak amanah ALLAH*



Wednesday, July 24, 2013

Masak Bersama Chep Cilik


Assalamualaikum 


Bila dah ada sepasang anak ni, ternampak jugak perbezaan antara anak laki & anak pompuan.

Si kecik ni dah tunjuk cikit ketanggungjawaban dia dlm hal ngemas umah banding ngan abang dia tu.

Contoh, lepas mnm susu adik terus letak botol dlm sinki ( kdg2 termsk dlm tong smph).  Abang pun tau gak cuma abang selalu buat lambat. Mak Pak kena remind 2-3 kali baru nak bergerak. Kadang2 botol abang pun si adik tolong letak kesinki. :)

Best kan.. kurang kerja mak nak ngutip botol 

Sekarang ni dia rajin tolong mak dia kat dapur..


Good

Kecik kecik dah kenal bawang belacan.. x mcm mak dulu..hiii


Okei, kita tengok aper chep cilik ni nak msk ye


acik acik, mama nak goyeng ekodok udang.. adik olong umbuk awang  .hiii




umbuk umbuk umbuk agi embut yer..




ooOoo lum embut agi nih.. umbuk agi




camane ma opek awang ni.. ada ulit agila..



ma, dah iap..



Ohhh nasib baik dia nak diam.. korang ingat aku suka2 nak bagi dia keje menumbuk tu.. Aiss x tentu pasal jari dia pulak yg ditumbuk..  Ginila caranya aku nak bagi dia jgn kaco aku.. kalo edak mulala nak berdukung nengok aku msk.. Jam baper nak siap msk..


Sama mcm abg dia dulu..






*pandai memasak adalah 1 advantage*

Tuesday, July 23, 2013

Main bunga api


Assalamualaikum..


Ini adalah stok bunga api raya tahun lepas.. Pun dah banyak yg masuk angin :)

Tahun lepas Abang Aiman hanya main didepan pintu, adik tengok tengok ajer sbb kecik lagi..


Tapi tahun ni...





adik adalah juara..


Abang Aiman tengok dari jauh.. ohhh pelik mak ko jap..






Mula2 adik tengok camner nak pegang.. Bila dah paham berlari dia ngejo abg nya sambil bunga api ditangan. kekekeee.. Jangan ko cucuh abang sudah.. X tentu pasal msk tv pulak nanti..



Puasa thn 2011..


Thn ni xder beli pun.. Anak2 pun x tahu nak mintak.. apaknye je yg lebih..


* Ohh dah 2 mg berpuasa.. cepatnya *


Thursday, July 11, 2013

Bunga-bunga berguguran..


Assalamualaikum


Aku x tahula sejak bila umah aku ni ada pertukaran musim..setakat musim panas & musim ujan tu memang dah biasa. Musim bunga ada la merasa kejap. Sekarang ni ngah autumn pulak. 


Benda yg memang dah dijangka..masin tol mulut suami aku ni.. aku pun dah jangka gak.. Cuma nak tahu lama dia tu sampai bila.. kekekee sajer jer nak cari sakit. Nampak bebeno anak2 aku ni spesis x boleh nampak benda baru. Suka sangat nak diusiknya. Kalo mcm ni gayanya, kempunanla aku nak tengok umah berbunga bunga.  Tunggula bdk seketol tu membeso cikit mcm abang dia.




Diam diam ngan penuh kekusyukan dia mengopek selai selai daun tu..  huhuuuu



Bila di gah, laju dia melarikkan diri.. Dik, cer ko bg tau mak. Ko nak larik kat mana dik.. Geram mak nak..




Tau pulak dia kutip balik daun yg dia petik tu.. Selalunya lepas dia petik, dia akan lekat daun tu kat table top kat dapur..  Bila dia tampal bkn ditampalnya kat dinding yg kosong tapi suka sgt tampal kat bunga dia...  udah bertompok tompok bunga aku jadinya




2 pokok dah x berdaun..

Mlm tadi lps magrib aku terus pengsan.. Bukan pengsan betulla, ala ala nak pengsan ajer.  Sampai x sedar anak2 buat aper.  Tersedar jer nengok kelopak bunga pun dah elang.  geram tol aku tengok sikecik tu.. grrrrr


Tula citer pasal bunga aku yg x sempat nak berkembang pun.


Cerita poser korang semlm cam ner. Msk aper?
  Aku blk2 terus jadi chep. Ingatkan nak msk mlm jer tapi blk keje lgsg x beli apa. Suami pulak kol bg tahu kantin xder msk apa2 so dia nak blk mkn.  Cincai2 siap gak kari udg, stg grg ngan bendi grg.  Agknya sbb x rehat tu yg mlm terus ala alaaaa nak fengsan .. huhuhuu mcm x pernah puasa pulak.


*petang ni nak membontot bos p param..jgn over bajet sudah*



Friday, August 17, 2012

Selamat hari raya , maaf zahir batin



Hari ni last bekerja sebelum petang ni balik ke kampung..


Aku ngan en huby kampung sebelah2 jer..  kg huby sampai dulu, 10 mnt kendian baru leh sampai umah aku..


Best kan....  best la sangat..


Aku cuti seminggu, huby hr kamis dah start kejer.. boring jer dengo kan..  kalo ada sedara mara yg keter 0 & blk Kl nak aje aku tumpang sekali..  hehheeee


Okla, sebelum blog ini pun bercuti hampir seminggu gak mcm tuan dia, aku nak amik kesempatan mengucapkan selamat hari raya buat korang yg bacer blog aku nih..


Nak balik kampung berhati hati memandu okeh.. jgn gelojoh.. yang penting selamat sampai.. xder lari ke mana kampung kita nikan..


Juga mintak maap kalo ada coretan yg sipi sipi terkena kat batang edung ( rsnyer edak adala sbb byk coret psl anak2 jer )..  ohhh kena mintak maap kat anak2 ni.. heee


Hari ni aku half day.. umah x berkemas lagik.  Baju aku sendiri x packing lagi ( anak2 & huby dah packing sdri ).. pagi tadi bsh baju lum sidai lagik.. huhuuuu bykner nak buat


ehhh korang poser ada turun berat x... berat aku smpi hr ni cecah 55kg.. senyum beso :)  jaman anak dara pun brt aku lbh 55.. hahhaha mesti adik badik aku jeles nanti..

okelah...


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" mAAP zAHIR & bATIN.. SEMOGER bERGeMBIRA dI haRI RaYA yG mULiA INi..

Tuesday, July 24, 2012

Ribut kencang ... subhanallah


Dasyat sungguh ribut pagik tadi.. Korang ada rasa x.. Aper???  Xder.. X kan umah aku ajer kut!


Hmmm yerla, mmg umah aku jer..  Sbb ribut tu datang drp anak aku berdua.. Mak baru nak suap nasik (bersahur), boleh pulak abang sok sek sok sek.. makin lama makin kuat pulak.. keluar bilik dok cakap enat enat....   Leh dia ajak aku tdo balik sambil mintak diurutkan kaki dia.. Haaaa sakit kaki lagila ni.. Tula, org dok puase diam diam simpan energy, engko dok lompat lompat yer.  Makin tinggi lagi ko suker.


Udah mak nak mkn x leh.  Adik pun sampai terjaga tu.  Kaco jer adik nak tido ..  Udahnyer kena telan nasik cepat cepat sebelum adik meraung.. Abang meraung bio kan jerla..  Penat diam la dia nanti..




Hbs mkn nsk x sempat teguk air.. Kena diam kan dua dua bodak..

Papa zola .... Tolong mama... nak tercekik dah ni...

huhuuuuuuu papa zola kejerla...


Urut kaki abang sambil mulut mak mcm kiah propa..pot pet pot pet.. sok lompat lagi yer bang....


Adik cantek jer landing kat riba.. adik pun dah bijak sana sekarang ni.. kalo mak x amik dia, dia yg dtg merangkak kat ngan mak...lepas tu golek golek kat paha ma..  Boleh dia landingkan kepala dia cantek jer kat kaki, peha or lengan mak dia ni... aku rasa badan aku ni lagi empukla banding ngan bantal yg ada tu.   Nak, mak tau la mak ni byk smpn spare tyre.. ohhhh



Nak minum air pun terpaksa dlm bilik.. sambil riba adik.. sambil urut abang.. ohhhh dugaan sungguh...


Okeh nak...mak dah mnm.. jom sambong tdo...


Tepuk buntut adik.. kalo edak dia ingat dah pagi.. nak merangkak main kat luar bilik... x leh. Abang dah selamat tido balik.. lega

bodak kecik ni dah laju mengensot  :)




Stok EBM : Merudum



Salam pagi selasa semua  :)


Alhamdullillah, hari ni dah memasuki hari ke 4 kita berpuasa yer :)


Aku masih boleh berpuasa seperti tahun tahun sudah cume selepas mengepam mula pk nak minum air. Aiissshhhh mana bole minumla.. kan puasa ni



Pn bos tanya , ada susu lagi ke?

Adala pn Bos. Cumer kuantiti dia dah kurang seplastik..huhuuuu



Ni hasil perahan semalam.



Dpt 2 plastik jer.. 1 plastik 4oz.. Alhamdulillah :) tu pun pam sekali ajer, kul 2pm



Stok kat opis



Stok kat umah.. stok terkini .. Alhamdulillah



Alhamdulillah, wlpn hasil agak berkurangan pd bulan Ramadhan ni, xderla risau sgt sbb stok masih mencukupi...



Eh ehhhhh risau gak....lps berbuka nak teguk air bergelen gelen memang tak tahan.. mau tengah mlm ke toilet ajer...


Skrg tiap kali pam dah xleh nak paksa2 lagi bg susu keluar..  bukan takat leh dahaga, terus perut berKarok..


Dugaan ...