Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Wednesday, March 14, 2018

Minggu Exam


Assalamualaikum

Minggu ni minggu peperiksaan, Sekolah kebangsaan dan juga KAFA.
Dengan itu mak melantik diri mak menjadi CIKGU. Jangan main-main. Ini cikgu bukan sebarang cikgu. Semua subjek cikgu tau.

Kelas tambahan bukak balik selepas lama berehat.
Jadual pun berubah.

No hp
No tv.




Nasib baik jadual exam mereka sama. Senang nak study. Cuma xleh nak fokus sangat.
Tengah explain kat Aiman, Delisha asik asik tanya. Kalo x layan cepat sangat merajuknya.
Bertabahla mak.


Itu belum lagi si kecik datang nak belajo jugak. Dia duduk atas meja tu. Alahaiii
Nasib baiklah ada makcik. 

Umar p baca buku ngan bibik yer.

Esok dah last exam.
Yahoooo mak dah boleh lek lek.





Wednesday, January 4, 2017

Selamat belajar yer anak anak


Assalamualaikum

Hari ni anak anak semua dah kembali ke sekolah

Kembalilah rutin mak mcm sedia kala

Mak bangun paling awal sebab kena siapkan 3 org anak yg peel macam macam.
Mlm tadi tdo agak lambat sebab ada tetamu dtg, so pagi ni semua x larat nak bangun.

Aiman cakap nak tdo lagi. Dsa cakap malam lagila pa.
Umar jer x cakap apa apa. tersengih sengih bila nampak org intai dia.




Aiman dah dpt jadual waktu. Fuuhh somi habaq beg dia nak dkt 3kilo hari ni. Semua subjek ada. Kat almari tu tinggal buku muzik jer kalo x silap. Hari ni jer 6 subjek. 6 x 2 buku udah 12 . Buku tulisan lagi. Bekas air lagi. memang berat. 

Aiman siap cakap ngaper berat sangat ni mak. kekeee kesian anak mak. Udahla kelas kat tingkat atas.



Pg ni kakak siap awal. Nak ikut mak hantar abang. Jomla kak.
2 hari ni abang baik. x nanges. Good sayang.



Turn akak pulak nak p sekolah. Uniform sekolah adalah tahun lepas punya. Thn ni mak xder belikan yg baru. Bagus beli yg L terus. tudung labuh dah muslimah sangat mak tengok. :)




Dah 6 thn anak mak ni.



Hari ni bapak yang hantar yer. Mak nak pam susu utk Umar. Esok mak hantar pulak.


tadi otw lepas hntr Aiman ke kafa, dah sembang2 ngan dia. Dsa dah 6 tahun tau. dah besar. Jgn nangis tau. Nanti adik gelak.


Ok, dia x nanges. Lps dia masuk sekolah bpk terus balik.
Ohhh thn ni dia pakai kasut sekolah. Tu kasut baru tu. Haa beg pun baru gak.
Semoga balik nanti dia x silap pakai kasut.


mak doakan anak anak mak dipelihara drp sebarang malapetaka & bencana.
Belajar elok2 yer sayang.


* mlm tadi ada cerita yg sangat memeranjatkan.. nanti2la baru story *


Monday, October 17, 2016

Result final exam - KAFA


Assalamualaikum..

Minggu lepas & minggu ni final exam disekolah kebangsaan.

Good Luck Aiman..
Kalau x dapat jawab baca bismillah banyak2 tau..

Tu jerla pesanan aku..

Nasib baik masa exm dibuat 2 minggu. So ada masa nak study. Edakla terlalu terkejar2 sangat. Stress mak kalo straight semingu nak. hehhe


Exam di kafa pulak dah selesai 2 minggu yg lepas. Result pun dah keluar. Aku dah pergi sign report kad pun hari Sabtu@15/10 yg lepas. Pukul 2 kuar umah. Ngan panas terik tu. aisshh memang terik. Umar tinggalkan jap kat umah ngan adik. Nasib baik time dia tido. Tak lama pun, 20 minit dah balik. Sebab jam pun baru pukul 2, ramai parents yg belum sampai lagi. :)


Aku x banyak tanya kat ustazah. Lepas ustazah explain prestasi Aiman, aku tanya mcm mn dia kat sekolah. Kawan ok x? Ada kawan x? Sebab aku pernah nampak gambar yg ustazah tangkap. Dia duduk sorang2.

Ustazah cakap..
Aiman ada geng kat sekolah.. ramai kawan dia.. 
Boleh tahan gak nakalnya..


hahahhahha
lega mak


pelajaran dia pun meningkat. Alhamdulillah.


Semua A tapi kedudukan dalam kelas masih belas belas.

Stress anak anak sekarang kan. Semuanya bijak pandai. Yg no 1 mesti semua dapat 100%. 

Macam Aiman ni, kalo aku x ngajo memang edakla nak study. Lagi beg sekolah dia x bawak balik rumah hari2. Tiap hari Jumaat ajer bawak balik sebab aku tak setiap petang ambil baju kotor dia. Aiman ni bukak kaki belajo. Nak periksa baru baca buku. Haa gitula dia. mcm mak dia juak dulu.


Xper Aiman. X dapat no 1 pun xper. Mak x marah. Bapak pun x marah. Yang penting Aiman paham apa yg ustazah ajar. Tahu apa itu Islam, Solat, malaikat, aurat..

Bila dah tiba masanya, baru kita serius belajar yer.

Ehhh sekrang ni x serius ker..main main ker.

Edakla gitu.. hehhee cuma sekarang usaha lom padu lagi.  Ada main main sikit. kikiii




Thursday, January 28, 2016

Spot Check kelas anak


Assalamualaikum..


Mencabar betulkan menjadi emak zaman ni.. selain kena buat kerja umah, mak sekarang udah jadi mcm detektif conanla pulak.

Petang semalam aku melawat kelas Aiman. Sebelum aku lawat kelas dia aku check dulu beg dia kat  dataran sekolah dia tu. Aisshh aku ni xdernya nak nunggu2 Aiman kat situ tapi sebab xnak pening kepala lagi terpaksala .



Mcm mana x pening kalo semua buku tulis dia dok tinggalkan kat kelas. Jadual waktu pun dalam buku tu, x sempat aku nak menangkap gambo. Tahu2 x dibawak balik. mls mak nak pening aku bwkkan semua buku yg ada. Adala tinggalkan cikit.


Aku ingat aku sorang yg jadi detektif conan, upernya ada gak mak pak budak lain pun mcm tu. Check beg anak. kikikiiii


Alhamdulillah, semlm semua buku masuk beg tapi bekas air plk xder. Bila tanya dia ckp " ehh tadi Aiman ada bwk kelasla ma ". haaa ada jer bwknya tp xder.


Jom p kantin. Kita tengok ada ke x.



haaa elok tersusun jer koleksi2 bekas yg tertinggal. Tu botol star wars tu, leman punyala tuh.


Adoooii doi doi...


Lepas ni kalo tertinggal lagi, pandai2 kamula cari yer.


Ohh masa check kat kelas dia tu, Aiman tunjuk sesuatu kat aku. kikiii




ma, lukisan Aiman ma. Ni ha nama Aiman.

waaaa teruja aku melihatnya. good bang good.





Dah dapat semua jomla balik.

mata mak mak ni memang awaskan.

Sampai kat keter aku nampak Aiman pakai kasut orang lain.


Aimannnnn, kasut saper kamu pakai ni!!!

Huuuuaaaaa peningla mak kalo hari2 mcm ni




kalo buku tertinggal dah ada bekap dlm hp. Cuti ni baru nak tandakan hari2 kat buku ..


Thursday, January 21, 2016

Aiman bikin mama papa stress


Assalamualaikum..


Asik cerita pasal Aiman jer kan.. Aiman itulah. Aiman inilah.. Hahaaaa relaksla.. Nak citer pasal omak, korang geli geliman pulak. Citer psl anak lebih menghiburkan.


Aiman nilah.. Aduuuhhh dah banyak kali cakap kat dia. Pesan hari hari. Ker x boleh pesan hari hari. Kena selang sehari kot yer.


1. Simpan bekas pensil/kaler dalam beg

Kelmarin bekas pensil dia xder. Bila tanya " tinggal kat skulla ma ". Aku risaukan bks pensil tu dah hilang sebab kelas dia ni share ngan kelas pagi. lain la kalo x share maybe kebarangkalian nak hilang tu tipiskan.

Lenkali sebelum balik Aiman masukkanla dulu semua dalam beg. Ni dah xder macam mana. Kalo hilang nak guna apa. "Aiman dah masukkan tadi.." hmmmm jwpn dia. Bekas pensil tetinggal 1 hal, yg selalunya pensil hilang, pemadam hilang. Adooiii pelik betulla. Kaler lom sampai sebulan dah hilang semua.

Mak malas nak belikan lagi. 


2. Bekas air/makanan tertinggal

Sama macam bekas pensil. Kelmarin bekas air teringgal kat kantin. Semalam bekas makanan pulak tertinggal. Adooiii. Ni dah kali ke 2 bks air tertinggal. Yg pertama hilang terus. Yg ke 2 nasib baik ada lagi. Bekas makanan x tahula apa nasib dia.

Mesti kes nak cepat2 main, sampai lupa nak bwk bekas tu masuk kelas.


3. Belanja kawan

Ni yg paling buat papa pns hati. Duit belanja dia habis belanja kawan sampai belum masa rehat duit dia dah habis. Benda ni dah 2-3 kali kantoi. 

1 hari somi p jumpa dia kat kafa tu. Hntr bekalan utk sek petang. Somi ty mana dompet. Kelam kabut dia carik. Dompetnya dia tinggalkan kat atas meja kelas. Sekali tengok tinggal singgit jer. Dah luak rm3. Dia p beli air ngan naget lagi. lepas tu nagetnya dia lupa nak makan. terselit kat tepi beg kafa. Adoiii anakku sayang. Buat apa Aiman beli naget lagi. Sama jer ngan naget yg aku bekalkan. Dia leh cakap naget mama beminyak, naget ustazah xder.

Huhhhhh xleh terima tol alasan kamu tu.


Okeila kalo dia belanja utk diri sendiri.

Ada 1 kes ( hr dia mc ). Aku cek dompet dia dah xder duit langsung. Sedangkan masa tu sessi sekolah pun belum start. Bila aku ty mn duit? Tadi aiman beli air. Aiman belanja kawan gak. Kwn xder duit.

Memang selalula dengar dia cakap belanja kwn. Kalo dia belanja air tin, sekurang kurangnya 1 tin tu rm1.60. siap belanja 2 kwn. 

Hanginla bpk dia. 1 sebab belanja kawan saja. 2 sebab rehat nanti dia dah xder duit langsung nak guna. Air botol dia pun dah habis.

Sejak hari tu duit belanja dia dah potong . Bagi rm4 jer.

Aku pesan jgnla selalu belanja kwn, belanja sikit2 bolehla." kwn xder duit ma. Mak dia x bagi ". Aku knl jugak kwn Aiman tu. memang mak dia bg duit belanja. Terlebih bagipun yer. Sebab tu aku x caya kalo kwn dia xder belanja. 


" Kwn Aiman tu simpan duit dia dalam tabung. Aiman pun jimat2la. Ada duit Aiman boleh beli macam2. Boleh belanja ma ngan pa mkn piza. "


Aiman, kita ni bukan org kaya. Penat mama n papa carik duit nak bagi kamu belanja, Aiman janganla pemurah sangat. Suka derma2 kat orang. 


Dan aku perasan, Aiman ni cuai. Banyak brg teringgal sebab cuai.



kena bagi masa kat dia lagi ni. 

Semalam dia cakap " Aiman hari ni dah xder belanja kawan lagi ". Bagus nak.


Semoga hari ini lebih baik dr semalam. Aminn



Tuesday, January 19, 2016

Aiman MC


Assalamualaikum..

Jumaat lepas lebih kurang pukul 1.20 somi telepon.
" ma, tadi cikgu Aiman kol. Aiman muntah muntahla. Dah 2 kali muntah. Nangis2 nak mama. Dia ada kat kantin tu. Belum masuk kelas lagi"


Lorrr pagi tadi elok jer. tetiba pulak.


Hmmm mengenangkan yg dia dah nangis maka aku pun sukarela mengambiknya dari sekolah. Nak tunggu somi ambik, dia habis kerja kol 3. Lama pulak Aiman nak menunggu. Sian.


Sampai sekolah, cikgu dah bawak dia rehat kat bilik kaunseling. sampai jer aku kat sana aku tengok Aiman ngah duduk kat kerusi sambil ditemani ngan sorang cikgu.

" Haii Aiman"
tersengih sengih dia nampak mak dia.


Aku pegang dahi dia. Xla pns sangat. Hmm maybe perut masuk anginla tu.


Selepas jumpa guru kelas aku pun bawakla Aiman balik opis.

"Ngapa Aiman muntah? Aiman tadi x makan ker?"

"Hmm tadi kat kantin bau busuk sangat. Aiman x tahan. Aiman muntah kat bilik air. Bilik air pun busuk gak"


Adoooii kes bau busuk rupanya. Sensitip beno deria bau dia ni.



memandangkan aku lom lunch lagi, singgahla kepci membungkus.



Elok jer budak ni makan. Berselera ajer. Agaknya cuaca panas dan bau busuk tu yg buat kepala dia pening jap.



Aiisshh saspen jer kamu ni Aiman.

Alhamdulillah, sihat dah dia. pening sikit sikit jer. Anak manjala katakan.
Udah lompang 1 hari kehadiran.




Tuesday, January 12, 2016

Akibat terlebih perihatin sangat


Assalamualaikum..

Petang semalam Aiman ada perhimpunan. Selalunya pukul 6.30 pak guard akan bukak kunci pagar, so mak pak & pemandu van sekolah bolehla masuk. Maybe semalam ada perhimpunan so 6.30 pagar masih berkunci. 

Bila dah bunyi loceng barula pak guard bukak kunci pagar. Bila dah bukak pagar ingat mak pak bolehla masuk mencari sang anak. Mana tahu, pak guard x bagi. 
Alamak x bagi masukla pulak. Dahla aku pesan kat Aiman suruh tunggu maknya kat kantin. 


Adala mak mak yang x puas hati. Yerla, agaknya masing2 dah pesan kat anak suruh tunggu kat tempat tertentukan. Bila mak dah x boleh masuk takutla ank tu tercari cari pulak. pak guard pun buat derk ajer. dah terima arahanla tuh, x bagi mak pak masuk.


2nd day.. dia tahu mak tunggu kat mana:)


lepas habis perhimpunan tu aku nampak 1 per satu barisan yang keluar. Kiranya masih terkawal cuma kalo dah sampai kat pagar tu anak2 pun ada yg panik sebab x nampak muka mak paknya. Adala yg nangis2, jln pun dah jem. bersesakla anak2 nak keluar sebab tangga nak keluar ke pgr tu kecik jer.

Nasib baik Aiman nampak muka maknya. Aku pun cepat2 lambai bila Aiman nampak aku. kakakaa hover kau.


Aku rasa aku tahu naper cikgu2 x bagi penjaga masuk ke dlm kwsn sekolah.

Hmmmm


Mak pak pun melampau gak. Kalau hari pertama kedua bolehla terima alasan anak tu baru sekolah lagikan. belum biasa lagi. Ni dah masuk minggu ke 2.

Bila dah diberi keizinan untuk mak pak tunggu anak2 dlm kwsn sekolah, mak pak hover tunggu anak2 sampai depan kelas. Masa belajar pun belum habis. Selalunya golongan mak mak la ni. Kerap gak aku nampak. meluru mak mak ni masuk dlm blok sekolah tu. 

Hmm kalo anak2 dah nampak muka mak ni, kompem la dah x kosentrate lagi. Ingat nak balik jer. Cikgu pun mesti x selesa kan.

Haaa kan sekarang langsung x boleh masuk.

Kadang2 kita perlu ajar anak berdikari. Berdikari ikut umur diala. Percaya kat anak yg mereka boleh buat, sambil tu kita kena awasi jugak. jangan terus lepas tangan kan.




Masa perhimpunan pun cikgu dah pesan kat anak2. bagi tahu kat mak pak x boleh masuk sekolah lagi dah. 


Aku hari pertama adala jenguk Aiman kat kelas. Tu pun dah bunyi loceng. Sebenarnya aku nak tompang toilet. x tahan dah. Toilet pulak dekat ngan kelas dia. 

bila masuk toilet dia, mak aiii.. kalo x sebab terdesak, sanggup aku tunggu sampai umah. Aiman pun cakap toilet busuk banyak tai*.


Monday, January 11, 2016

Ragam anak ke sekolah


Assalamualaikum

Cerita anak sepanjang beberapa hari persekolahan ni. geleng kepala.




budak ni kan pepagi suka sangat menguji kesabaran mak dia. Kalo x kelahi ngan maknya memang x sah. dah la suka bangun lambat. Dah bangun bukan nak terus p mandi. Dia layan katon dulu. Bila aku suruh mandi, dia cakap suruh Aiman mandi dulu. Dsa nak tengok katon. Sejukla.

Mak malas nak gaduh gaduh.
" Dsa. mama hantar Aiman, Dsa p mandi tau. Balik Dsa mesti dah pakai baju "


Selalunya memangla dia dah mandi tapi mandi level  shaun the sheep saja. Tahi mata melekat lagi. Ni mesti masuk toilet kencing, basuh tangan , basah bdn sikit n terus keluar. Gigi gosok sikit jer katanya. Boleh gosok sikit!
 Sebenarnya x gosok pun. pandai belakon budak ni


Arrghh memang x boleh biarkan dia uruskan diri sorang2. Mau pitam techer nanti.

Nasib baik p sekolah dia x der masalah. belum lagi nak buat hal. Suka dah dia kesekolah. Sebab kwn setaska dia pun belajar kat sini jugak. Balik sekolah selalu dapat cekelat, teacher yg bagi.






Aiman pun dah ok p sekolah. Suka dia p sekolah. Malam malam mulala dia cerita tadi Aiman nyanyi kat skol. Aiman joget joget ngan kawan. Aiman nyanyi kalau anda gembira tepok tangan. Tadi Aiman sukan kat sekolah. Aiman lompat lompat jatuh atas guni. Aiman penat. Nama ustad Aiman sama macam nama papa. Ustaz Razali, papa Nazli. hehhee

Banyak dia bercerita. Tu belum cerita ikan dia lagi. Ada ikan dbkl 2 ekor. Techer bawak jalan jalan. Memang dia nampak ceria.


Bila tanya part makan.
Aiman tadi beli air lemon tea 1. Lepas tu Aiman belanja firdaus 1. Duit habis dah.
huhuu

Aiman x payahla belanja mahal mahal. Simpan duit tu.

Aku bagi dia rm5 sekali kafa sampai ke petang. Tu pun aku bekalkan air ngan mknn(naget,sosej,fishball) utk dia

Hari tu bawak botol air p kantin. leka nyembang agaknya sampai terlupa ngan botol air tu. Udah tertinggal. Nasib baik botol air lama.

Pensil 3 hari sekali mesti hilang atau kurang. Samala ngan Dsa. Adooii banyak kali aku dah pesan. lepas guna simpan balik. pelik betulla.
Bapak korang cakap " mcm ni tokei pensil pun leh bankrap".


 Part nak bangun pagi  masih bermasalah. Selalu bangun ngam2. Kalo bangun cepat mesti layan katon dulu. Adooiii. 10 kali aku dok memanggil nama dia suruh p mandi. Japla, Aiman nak tengok mr bean.

mr bean tu dok ulang siang malam, dia suka lagi menengoknya. argghh


Bila sorang pun x der p mandi aku matikan tv tu. Puas hati mak. memekikla Dsa jap. Aiman monyok2 sambil masuk toilet. Hari hari lambat. hari hari mak pot pet pot pet. Pagi pagi aku dah lapo.


Sekarang ni hantar Aiman p kafa dulu, lps tu blk umah ambik Dsa ngan bibiknya. Aku ingat kna tukar planla. Hantar Aiman terus hntr Dsa, aku pun terus p kejer.

Ni bukan takat bebudak yg lambat, ngan bibiknya lambat sekali. Grrrr


Sekarang  ni aku ambik Aiman masa balik. Dah bincang ngan somi maybe kna tukar plan. Sejak balik ngan Aiman ni, sampai umah magrib ajer. Lps tu pukul 8 kelam kabut nak hntr bebudak mengaji. Aiman baru sampai umah dah kena keluar lagi. Time tula dia nak rehat, nak makan nak mandi. Aiiisshh memang x sempat. kelam kabut sangat. Sian Aiman terkejar kejar. termasukla aku sebab aku yg kena hantar bila bapaknya xder.

Tunggu Aiman biasakan diri dulu baru leh tukar plan.

Oooohhhh penatnya. 





Thursday, January 7, 2016

Tragedi hari ke 3 persekolahan...


Assalamualaikum..

baru sekolah 3 hari sudah ada tragedi pulak yer


Ni si Leman punya ceritala ni.


Lepas habis sekolah memang dia tahu nak carik mak dia kat mana. Sampai2 jer aku pun senyum2la. Sebab tengok dia ok jer. Baju pun xderla terkeluar lagi mcm hari pertama hari tu. Tie pun melekat lagi kat leher dia.
Lepas aku belek2 baru aku sedar sesuatu.



" Ya Allah Aimann, kenapa bawak beg ni. Nikan beg sekolah agama. "

Mulut aku mulala pot pet.

Aku bukak beg dia kot2 dia tukar beg ker. 
Kompem edak. Buku buku semua buku kafa.

Ini bermaksud dia xder bawak dompet duit, xder bekalan makanan & botol air.
Aiman x makan & minumla sepanjang petang tu.
Aduuuss.. Siannnya anak aku ni. patutla lesu semacam jer.


Bila aku tanya ngaper x bawak beg sekolah petang, Aiman LUPA, ustazah x bagi.huhuu

Ooohh anak

Melepakla dia kat kolam ikan semasa rehat tu.



Ini beg yang patut dia bawak.


Pagi tadi p kafa kena terang kat dia balik. Jugak pesan kat ustazah tolong tengok tengokkan.

Harap harap hari ni dia okla.


Tuesday, January 5, 2016

Hari ke 2 persekolahan yang lebih mencabar


Assalamualaikum..

haa rajin x aku sekarang. Udah 2 hari berturut dok update cerita pasal anak. 
kekekee baru 2 hari jer, esok lusa hilang balik.


Alhamdulillah, semalam cerita anak anak bersekolah berakhir dengan suasana yang menceriakan. Tiada perkara yg x elok berlaku.

Tanya anak anak mcm mn sekolah hari ni, semua cakap ok. Seronok.


Aiman balik sekolah kebangsaan memang aku yg ambik. So sekarang ni masa balik aku pun dah terlajak setengah jam. Kesian pulak nengok budak budak ni berhimpit dalam van sekolah .


Sebelum tengok gambo hari ni, meh tengok gambar petang semalam.


Petang semalam ujan lebat. Kesiannya kat anak2 yg naik van sekolah. Xder saper yang nak payongkan diorang. sob sob.

Sebab aku sampai tercepat sikit so aku terus tuju kelas Aiman. Jenguk jenguk dimanakah gerangan anakku ini. Budak lain dah keluar apesal Aiman xder pulak.

Rupa rupanya dia dok terkial kial lagi dalam kelas. Ngah kemas beg sekolah.
Yg buat mak dia terkejut bila ...




udah mcm abang long jer.. lom kuar kelas baju dah terkeluar dulu. 
Alahai bang. Jgn la mak buat hati mak gundah gulana.


Kebetulan guru kelas dia masih ada.
"Banyak cakap dia ni"


hohooooo komen no 1 dr cikgu.
Banyak cakap tp x tahula apa yg dicakapnya tuh.

^___^



Aiman rehat ada beli apa2 tak?
" Aiman beli air stoberi. Aiman mkn hotdog ngan naget. Papa goreng"

Tengok dalam dompet ada $3.50. Lalu tepi mesin yg jual air tin, dia pun nak membeli jugak.
haus katanya.
Hmmm haus sebab banyak cakapla tuh. 


Okeiii habis dah cerita hari pertama.



Ini cerita pagi ni pulak.

Hari ni kafa baru start tapi hari ni orientasi jer dulu. Esok baru dapat buku teks.

Bila lalu jalan lain dia tanya " mama nak p mana? kenapa x p sekolah semalam? "


ada ketidaksukaan disitu sebab sekolah lain.
" mama, kat sekolah ni belajar apa ma?"
"mengaji ker ma?"

Alahaii banyaknya soalan dia.
"Nanti Aiman belajar ngaji, sembahyang, belajar agama.. "



Dlm x suka tu, laju jugak dia masuk dalam kelas. X sempat aku nak pimpin. kikiii Aiman leman.



Diam diam sebab belum kenal kawan lagi. Dah kenal banyakla kerja dia nanti.

Lepas habis kafa Aiman transit kat sini. Nak hantar ke taska berapa jam jer. lagi nak arrange transport pun susah. Kos lagi. So dudukla dia kat sini sampai masa nak kesekolah.


Lepas tu aku pun balik. Hmmm memang xderla nak tunggu tunggu. 

baru aku perasan, dari hari pertama aku laki bini xder tunggu anak anak sampai habis sekolah. 
X kesian ker kat anak anak?

Errrrrr!


Balik umah tengok anak dara pulak. Tadi dah pesan, mama balik Dsa mesti dah pakai baju.
Nasib baik dia ikut arahan. Hmm tu pun sebab bpknya ada. Dah siap berbaju tinggal nak bertudung jer. X pandai lagi nak pakai.



Hari ni pakai baju sukan.

Ni baju abang dia dulu. Masih cantik. Berhelai helai pulak. Udah jimat.
Tak perlula semuanya nak barukan.

Masuk sekolah pun dia ok. lepas salam cium terus dia masuk .
Suka hati mak :)


Hari ni anak ank mulakan rutin macam biasa.
Balik semua dah diuruskan mcm mana. Mak pak kerja mcm biasa.


Anak anak, semoga kalian dipermudahkan dalam menuntut ilmu. Jadi insan yang baik akhlaknya. Mak pak hanya boleh menyediakan keperluan kamu semampunya. 

Good Luck anak anak kesayangan mak.


#  mak pagi pagi dah jadi mcm lipas kudung. Terasa kepenatan disitu. Ni baru 2 anak..huuu #

Monday, January 4, 2016

Pembukaan tahun 2016


Assalamualaikum..

Haiii kwn2.. ada tercari cari saya x..
hehehhe x malunya kan..

tuan badan ngah lemau lemau, ngah malas malas, ngah lembik lembik..
gagahkan jugak diri p kerja..


Hari ni x nak ketinggalan cerita psl anak anak kesayangan hamba



 pagi pagi mak kena kejut. dah bangun x nak mandi lagi. nak layan katon. Lepas tu pertikaikan ngapa Aiman x mandi dulu.


" Aiman la mandi dulu.. Dsa nak tengok katon"

Aiishhhh



  Nasib baik mood ok.. dah pesan jgn nangis tau :)



kat umah x sempat nak habiskan.. sambung mnm dalam kereta.. 


sampai jer skul tarik tangan mak srh masuk sampai dalam..
okeila nak.. hantar dia sampai msk dlm kelas..



duduk kat bwh dulu.. hari ni budak umur 4-5 thn yang start skul, esok baru semua sekali.

Okei Dsa, mak p working dulu yer. salam cium mak pun kuar.
Intai dr luar dia okei2 jer, udah jadi budak pendiam.
X kenal kwn2 lagi. 

Lepas babai mak pun blah dengan hati yg lega.

^___^



ni gambar techernya yg ambik.. khusuk nampaknya..hii



Okeila, dia dah biasa sebab bln lepas pun dia dah dtg skul utk kelas reading. Ngan techer2 pun dah knl cuma ngan kwn jer x brapa knl lagi.



Ni abang Aiman pulak.

Udah darjah 1 anak aku ni. sob sob. Sepatutnya pagi Aiman ada kafa tapi kafa lom start lagi.



Hari ni bapak yang hantar. Mak dah hntr ms orientasi hr tu so hr ni turn bpk plk. Alhamdulillah, nmpknya Aiman pun ok. Cepat biasakan diri. Cuma risau sikit bila dia nak membeli kat kantin nanti. X pandai guna duit lagi. harap makcik pakcik jujurla yer.




Sempat lagi sebotol.. kikiii semua buat dalam kereta yer.



masa orientasi hari tu dah berjaya menjejak kolam ikan. Alahai anak ..

Lepas ni x tahula apa yg dia jumpa pulak.


Masa orientasi hari tu aku ada tanyakan harga makanan & minuman kat kantin. Hmmm boleh thn jugak mhlnya. Air sekotak pun rm2, rsnya kalo kat luar pun leh dapat lg murah kan. Ingatkan harga kat sekolah xderla mahal sangat tapi sebaliknya pulak.

Hmm acanerla mak pak x rs terbeban, stress. Mikirkan berapa nak bg belanja anak2. semua dah mahal.

Ingat masa sekolah rendah dulu belanja sekolah baru 5 kupang.



Thursday, December 3, 2015

Class reading


Assalamualaikum


Hari ni dah masuk hari ke 4 Aiman ngan Dsa join class reading kat tadika. Macam orientasi buat Delisa yang akan memulakan sessi tadikannya tahun hadapan. Buat Aiman pulak bagi improve skill bacaan nya. Cuti sekolah ni xderla dia main jer.


Bagus jugak bila tadika ada buat aktiviti macam ni. Sekurangnya masa mereka terisi. 

Disebabkan Delisa tu spesis manja almaklumla anak pompuan, hari2 aku ngan somi cakap nanti p skol jangan nangis tau. memang hari2 aku ingatkan dia. Siap cakap techer baikla.

Aiishhh seram memikirkan nak menghanto Delisha ni.
Nampak ajer muka brutal tapi hati macam jeli mangga.



pagi Isnin @ hari pertama ke kelas.
Aiman gembira sebab bawak beg baru.
Mood pun baik.


Sampai tadika alhamdulillah dua2 budak ni senang nak masuk tanpa perlu aku tolak tolak. kiii

Aiman hepi sebab jumpa kawan lama.

lega mak sebab dia ada kawan. 

Disha walau kelihatan takut2 n malu2 tapi masih sudi nak duduk.
hahahaaa lega. macam hint yang baik sangat ni.

Masa aku nak balik pun budak 2 orang ni pun ok. Aiman hepi, dsa pun tersenyum.


Alhmadulillah, Dsa x nangis .

Abang dia ada kata teceher nya.

^___^



babaiii sayang..

Masa balik aku selalu tanya kat Dsa, best x skul?
best.
Techer ty nama apa? Delisa
Umur berapa? 4 tahun

kikiii


Sekarang Aiman & Dsa dah suka pergi skul.
Aiman cakap nasib baik darwish ( kwn tadika & nursery ) ada. Kalo Darwish xder mesti Aiman bosan.

Yer, betul cakap dia tu. Thn lepas kwn2 dia xder, berapa hari ajer dia join class reading ni sbb dia bosan.




Pagi tadi.

Skol best katanya.

Harap harap 4hb nanti dia x terpinga pinga sebab Abang Aimannya xder.



Monday, November 23, 2015

Big Day ~ Aiman Konvo ~


Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Aiman dah selamat sessi pra sekolahnya. 2 tahun menuntut ilmu sebelum ke alam persekolahan yg lagi mencabar. Perjalanan mu masih jauh nak. Entak ngaper, tetiba rs sayu pulak bila tengok Aiman naik pentas ambil sijil dia.

Dah beso ngko nak. sob sobb


Majlis graduasi Aiman dibuat pd Sabtu lepas @ 21/11/15 @3-6pm bertempat di dewan fakulti perubatan UPM.

Aku dan Aiman berdua sampai dulu sebab bapaknya kerja lagi. Balik kerja baru menyusul. Ikutkan Dsa pun ada follow sekali, on the way dia tidur pulak. So ikut bibiknya balik rumah sekali. datang balik ngan bapaknya. :)



mak mintak banjer gambo sekeping sebelom msk dewan :)

Bila up kat group wasap, udah makcik2 nya ingat Aiman ni sekololah kat tahfiz. 
^___^



persembahan nashid dr Aiman & kawan 6 tahun. Nyanyi asmaulhusna. walau x clear sebutan mu nak, yg penting mulut jgn stop kumat kamit yer. hihihiii



Alhamdulillah.. 2 tahun menuntut ilmu di tadika ini. bersama pengetua tadika.



sebab jubah kena share ngan kengkawan yg lain so kena cepat2 amik gambo. 
Buat kenangan yer nak. Zaman mak dulu xder pun konvo2 ni. Pakai jubah jauh sekali.



dulu mama dpt bunga ros dr embah lanang.  Sekarang turn mama pulak bagi Aiman.. Baymax saja yg ada. ros xder.


anak manja mama ni. mak pangku pun dah tergolek kebelakang. heee



 ngan adik dut.


  
okei.. last picture sebelum kita balik. Inshaallah, panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi yer.