Showing posts with label kerja kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja kerja. Show all posts

Wednesday, January 11, 2017

Apakah pengakhirannya?


Assalamualaikum..

Hati ini sedang resah, otak mula penat memikirkan pelbagai kemungkinan..

Nak buat apa lepas ni?
Duduk rumah?
Kerja dirumah?


Susahnya bila kita nak memulakan benda baru.
Cari kerja baru.
Interview.
Officemate baru
Environment baru
Aisshh dah lama x pergi interview.

Ya Allah, susahnya hati bila kena keluar dr zon selesa ni.

Ya Allah, permudahkan segala urusan ku.
Amin.

Tuesday, October 4, 2016

Mulakan tugas hari ini


Assalamualaikum..


What!!!



Mama dah kena kerja hari ni.. Ohh x best nya..


uwawawaaa

Ececece agak2 ada x Umar cakap mcm ni..


Ala nak, mak udah kena lapor diri hari ni jugak. 
2bulan seminggu dah mak cuti, dok umah jaga umar. Udah2la tu. 
Back to normal lah nak.


Kuar pagi balik sore.


Umar jangan noti2 yer. Umar anak yg baik kan. Petang t mak amik. X janji balik cepat tapi janji ambikla.
heheheee


Ohh dah 2 bulan seminggu aku bercuti. 
Cepat jer masa berlalu.



Umar 70 hr
Dah pandai senyum
Dah pandai sembang
Dah makin bolat
Mabuk kalau jalan jauh2


Sayang Umar banyak sangat
Sayang gak abg Aiman & Kkk Dsa sangat2
Papa gak..

^___^



Thursday, September 22, 2016

Hujung-hujung cuti


Assalamualaikum..

X lama lagi pun .. kurang lebih 2 minggu lagi nak masuk kerja..Kalau ikutkan date, 26/9 dah start kerja tapi aku terus apply leave. Masuk opis bulan 10 terus. 


Aisssh  nak masuk kerja balik dah. 
Aishhh macam best jer dok umah jg anak.. :)




Dalam cuti pantang masih kena setlekan kerja. 
Tanggungjawab yg x boleh nak dilepaskan begitu saja.


Dalam pantang dapat news kastam reject for refund yg nilainya lebih RM100K.
Terus sakit kepala.


Nasib baik zaman canggih. Tengah malam buta boleh email pegawai terbabit mintak rayuan. Ni dah kol 12.30 a.m pun masih mengadap si merah. 


malam berjaga, siang join Umar tido.
Yeker boleh tido.
Ayam punya tido lagi lena.



Thursday, October 29, 2015

Sebok


Assalamualaikum..

Lama tol aku x tulis.

Bila nak tulis mulala pikirkan kerja yg banyak nak kena disiapkan. 
kena siapkan akaun ikut masa. kalo lambat siap habis lambat semuanya lepas ni.
x tentu pasal bos buat muka.

Bila akaun dah siap, kna sambung rekod utk gst pulak. tiap2 bulan gst kena hntr. bila hntr gst mmg x secara lgsg acct pun kena rekod.

Gst x habis rekod, ada order masuk pulak dlm sistem. seminggu 2 jugakla ngadap sistem ajer. Dah habis ngadap sistem, nyambung rekod balik.  Ngah cocentrate rekod , dpt email bg tahu ada order masuk sistem lagi. ngadap sistem  lagi. Aisshh gtula kerja aku.


ni ada lg 1 akaun kena siapkan... transaksi dia pulak makin tahun makin mencabar. Bila rasa dah penat,  buat kerja lain pulak. kepala dah ok sikit sambung balik mikir. malas pkir, buat esok jerla. Lepas tu mlm dok pk alahaiii akaun x siap lagi..adooiii mengong

Habis akaun yg 1 ni, horeiiiila jap. dulu leh horey lama2 sekarang x boleh gara2 gst.


okeila.. smbg kerja balik..



banyak cerita psl bebudak ni.. lenkali ai stori ok.


baiii



Friday, July 10, 2015

Gaji aku cuma RM800


Assalamualaikum..

RM800.. itulah gaji pertama aku selepas habis belajar (thn 2004). 
bekerja sebagai receptionist cum clerk, pejabat di Wangsa Maju
kwn yg rekemen
Gj asal yg di offer rm650 ajer


kalau rm650 memang aku xnak. dapatla rm800.

dok kl gaji 650.. nak cari penyakit apa..


Belajar sampai degree tapi gaji cuma rm800 ajer.

Ko hado ?


Perasaan aku?


ofkos rendah diri..

Aku terima sebab aku xnak tanam anggur lepas hbs belajar. siapa kata graduan memilih kerja. maybe org lain tapi bukan aku.

dengan gaji sebanyak itu aku duduk menyewa ngan kawan2. Mula2 dok menyewa kat sentul. Terpaksa menyewa ditempat lain sebab x larat nak bayar tmbg bus/lrt setiap hari. Dah duduk dekat cikit , jimatla duit transport.


menyewa umah flat rm200 sebulan. tambang bus rm2 pergi balik. Naik rapid kl. bus kena tukar 2 kali. kdg2 tertinggal bus dapatla menumpang bos. hahahha malu malu.


800 memang x mampu nak bagi mak pak duit belanja. Segan tapi alhamdulillah sepanjang bergaji rm800 xpernah sekali mintak duit kat mereka. hidup dengan seadanya.


Nak lagi jimat, cari lagi rumah yg lagi dekat. Alhamdulillah dapat. menyewa bilik ngan kawan. rumah flat 2 bilik. Rm200 x silap x termasuk api air (share 3org). P kerja jalan kaki, dlm 10 minit. kalo malas tunggula bas rapid lagi. hehhee. Naik teksi 5 mnt dah sampai.


berkat rajin & usaha, bos bagi kepercayaan kat aku . Dr receptionist bertukar dept. Bila senior sorang demi sorang resign, akulak jadi senior walau bekerja x sampai 2 thn.

Gaji pun naik cikit demi cikit. Orang lain naik rm50 aku leh naik rm200. Syukur. Bos nampak sesuatu dari aku.


Nak duit lebih aku buat part time kat kedai mamak. buat filing jer pun. sabtu ahad. separuh hari jer. bertahanla sebulan sebab bosan dikelilingi ngan india india yg x tahu cakap bahasa melayu. hooo segan nak ckp yg aku pun x tahu nk speaking. Bestnya kerja kat sini aku dapat makan ayam tandori free. sebulan dapatla rm300 x silap.


kadang2 ada jugak kwn offer buat acct bagi pihak dia. dapatla duit sikit. bolehla membeli belah di maidin jln tar tu.


Dalam tempoh ini memang aku x mampu nak beli kereta apatah lagi rumah. Mampu bagi mak pak setiap bulan dah syukur alhamdulillah.


Kalau malas memang la tak kemana. kais pagi kais petang jerla. 

usia muda memang dihabiskan dengan mencari duit. baru boleh merasa nak berharta. Lagi lagi kalau kita bukan berasal dari bandar. semuanya kena usaha sendiri. susah senang tanggung sendiri.


yang penting kita kena bekerja bersungguh sungguh. Rajin. X berkira masa. Tunjukkan usaha & komitmen yg padu. insyaallah bos akan hargai kita. dr jalan kaki bos bagi pakai kereta dia buat urusan syarikat. wlpn sebelum ni kereta tu maid dia yg guna tapi aku merasa gak p kerja bawak keter. kwn lain mana hado


rasa diri ini seperti vip


Tapi

komitmen hidup semakin tunggi.

Dulu single sekarang berdua. dulu p kerja 5 minit sekarang 1 jam baru nak sampai sebab jem.. huwaaaaa


terpaksa cari kerja baru.

walaupun bos cakap noooooooooooo tapi i am sorry bos.

Alhamdulillah gaji jauh beza dr tempat lama. Bertahan selama 3thn lebih sebelum ditempat sekarang.

kenapa beralih kerja lagi?


sebab lagi dekat & jimat..

no tol
no jem
no parking


masa sangat fleksibel


semua ini memang menggembirakan aku yg punya 2 anak kecik..

tapi x sangka pulak.. rezeki anak no 2 membolehkan aku memiliki rumah sendiri.

tapi dah jauh balik

bayar tol 2 kali
alhamdulillah jem x teruk sangat mcm yg dulu



maybe ini berkat kesabaran & sikat positif aku. org suka . 
 gaji kecik, bermula dr bawah 
alhamdulillah dah ada rumah & kereta utk dipakai.


kereta murah jerpun tapi jadila ..

bagi aku bio murah yg penting x nyusahkan orang ..

apa yg aku ada semua hasil usaha aku.. dengan izinNYA. 

Syukur..


So jgn putus asa, kena rajin baru merasa guna.

Saper2 nak buat akaun tapi x tahu, boleh aku buatkan. Caj kawan kawan ajer..


hahhaaa sempat lagi nak promote..


aku muza.. mujako

sekian.


Friday, June 19, 2015

Naik Sky Bridge KLCC


Assalamualaikum..

rezeki jgn sesekali ditolakkan..

x dapat duit tapi dapat jemputan tu pun kira rezekila jugak..


Alhamdulillah, lepas habis meeting tadi, aku n geng diajak pergi naik jambatan klcc.. Merasa gak jejak ke jambatan ni. Selalu dongak dari bawah jer. Kali rezeki aku pulak tengok dari atas.

Kalau semata mata nak naik bridge ni, pelawat dikenakan caj. 

Dewasa: rm30
Kekanak: rm12


Masa pun terhad. 20 minit  ajer. Tapi disebabkan aku dpt naik kesini dengan ajakan staf petronas maka kami boleh lepak lama sikit. sempatla nak selfie 20 kali.


Bridge yg aku naik ni ditingkat 42. Kalau visitor boleh terus naik ke tgkt 86.. pergh memang berbaloi dgn hg yg dibayar.


tu dia.. kolam aiman ngan dsa buat kuak lentang


 kampong di sana tuh, Kampung Baru kot..



semuanya tentang klcc






tiba2 roof tu berlubang.. so boleh nampak  puncak klcc. 



rombongan cik kiah.. :)

Kalau untuk pelawat, bridge terletak kat bwh kitorang ni.  boleh ramai jugak orang yang datang time tuh.


On the way balik terus wasap gambo kat somi.. hahahaa belagak jap.


Friday, June 5, 2015

Bermalam di Resort World Kijal, Kemaman.


Assalamualaikum.

Sebab jarak antara Kemaman dengan Kl pun ambil masa lebih kurang 4 jam so after dinner kitorang stay kat hotel ni. Semua provided drp pihak mereka. Kita datang makan makan jer. 

Dulu nama hotel ni Awana Kijal. Selepas dibuat beberapa perubahan  nama pun bertukar. Maybe nama sekarang lebih ong . Agaknyalah


Sempatla aku tangkap gambar buat rujukan akan datang. Mn tahu len kali ada hati nak jalan jalan kemaman makan otak otak. heee



Ni area lobby. Tinggi tinggi tiang dia.



cafe 




Lobby ni di tingkat 3.. lps dpt kunci jom naik tgkt 5 pulak



tadaa.. deluxe room. 
nasib baik dpt single bed. x yah nak himpit himpit. hahha  puas sorang 1.








yg best ada tab. Tp x guna pun. 
teringat kat anak anak suka berendam dlm tab ni.





Toilet dia aku x brapa nak puas hati sebab part batang nak flush tu mcm x kuat . So air keluar x kuat. Kalo buat big buss leh terapung apung  lagi. aisshh



   view dr bilik. oh maiii. besarnya. bebudak nampak ni mesti suka. berada 2 hari disini aku langsung x cecah air dlm pool ni. Xder hati langsung.

Bezanya berjalan tanpa famili disisi.




ada padang golf juga. 



best ni. xnak kuar bilik leh layan tv jer. byk gak channel yg ada..


Disebabkan aku kebosanan dalam bilik yg x tahu nak buat apa, so aku keluarla sorang sorang. bos bos dah ckp x nak p pantai. panasla bla bla blaaaa



padang golf





  view dr belakang/pantai





Staf syarikat yg diraikan.

Ekceli mereka dah sampai sini hari sabtu sebab diorang buat family day + annual dinner sekali. Aku & geng saja yg datang utk annual dinner semata.

Banyakla aktiviti yg diorg buat sepanjang berada kat sini.

mencandat sotong, main painball, sukaneka pantai, bola tampar, jln2 kampung dll.

Aktiviti yg mcm ni bagus utk mengeratkan lagi perhubungan sesama mereka. Bos staf join sekali. best & penat.

Banyak staf boleh buat aktiviti mcm ni. memang best. Kalo comp aku yg buat, kikiiiii . x cukup korum.



playground utk anak anak. lepas swimming leh sambung main pulak. lepas main p sambung mandi pantai . sangat sesuai utk family day




lepas main kompem pecah lemak peha. pasir dia halus n sangat tebal. 



Jom kita lepak lepak kat situ.
hari biasa yg lengang. x yah nak rebut rebut.
sekali sekala layan perasaan jap. hee



ada banana boat, jet ski


Lonely..
Itu yg aku  rasa



Rumusannya, sesaper nak buat family day memang sesuai stay di hotel ini. Selain fasiliti kat atas ni ada lagi game lain macam king ches ( alaa mainan ches tu tapi buah  dia besoo ), pdg dam ular , meja pingpong, bilik utk anak anak bermain.


Kalo rajin leh nikmati angin pantai ngan berbasikal.


Wifi..... hmm maybe ada di lobby sahaja. saper nak kena bayar kot (dlm blk).

Haaa cakap psl bayar  ni, semua fasiliti ni berbayar. Itu kena refer dgn pihak hotel yer. 


Condition hotel, biasa jer. ada sisi yg menampakkan hotel ini sudah lama. 


Nak tahu harga bilik, leh p kat website mereka. Boleh thn jugak regenya. hiii






Thursday, June 4, 2015

Annual Dinner 2015


Assalamualaikum :)

Ni cerita 4 hari yg lepas.

Company aku kerja ni kecik jer. Kecik tu merujuk kepada jumlah pekerjanya.  Kalau 4 tahun lepas pekerja cuma 4 orang ( termasuk bos ) sekarang dah bertambah kepada 8 orang. Alhamdulillah


Sebab kecik so xderla nak buat annual dinner tiap tahun. Selalunya dapat ajakan daripada buss partner utk meraikan annual dinner mereka. 


Bertempat di Resort World Kijal, Kemaman Terengganu majlis diraikan. Kalau mereka x buat disini ntah bilala aku nak sampai ke Kemaman ni.


Resort World Kijal, Kemaman Terengganu
01/06/2015 @ Isnin


10 thn dah umurnya..
Dah beso..



 Meja no 6 bersama kwn yg lain..
Best betol dok meja ni.. jelas dihadapan pentas
Belakang meja bos






Cantik gak kombinasi gold & black ni



very very important person 
Alhamdulillah, berkat usahanya telah mendapat title Dato ketika usia yg masih muda.





Dah habis sessi berucap, kita makan dulu. sambil sambil tunggu acara yg seterusnya



makan secara bufet. lebih kepada menu melayu






Udang tu sangat menarik perhatian aku. :)



puding tu sedap. so repeat 2-3 kali ngambik puding jer



sambil sambil makan kita dengo artis nyanyi.
Artis pertama Rahmad Mega




 Artis ke2.. Hazama
Sangat suka time hazama nyanyi sebab lagu lagu dia sedap kan. semua sedap sedap

Atas tu Hazama ngah reging Dato. Ajak nyanyi berduet.

Cayalah Dato. very sporting



Hazama ni memang suke beno ngusik org yer. Time ni ajak staf berduet ngan dia pulak.



Last artis Tam Spider.
Sempoi.


Dan malam tu bos bos ngan staf semua macam lepas gian.
Bos bersatu dengan staf
very sporting & enjoy

terkedu jap aku melihatnya.



Ni acara yg paling mendebarkan.

Grand Prize.

Kalo untuk lucky draw hadiah yg paling kebabom adalah tv lcd 50 inci, yg ni lagi ohsem. Leh mengalir air mata kegembiraan gitu..


Tiket utk 2 orang utk memunaikan umrah bersama cash RM5,000.00.

Huhuuuuu saper nak bagi tuh.

Ya Allah, semoga syarikat ini sentiasa dimurahkan rezeki. Amin. 



Me n kwn sekerja & anak bos



sebelum balik bilik, kita tangkap gambo sekeping. 2 org lagi dah blk bilik dulu.



ece ceeee. baju dinner katanya.


Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Semua hepi. Pasti meninggalkan banyak memori manis kepada mereka yg diraikan. 

Sekian.