Showing posts with label Bajet. Show all posts
Showing posts with label Bajet. Show all posts

Tuesday, January 3, 2017

Semangat tahun baru 2017


Assalamualaikum kawan2 


Selamat menyambut tahun baru 2017  Dah 3 hari kita di dalam thn 2017 yer..^__^

hari ni aku baru start kerja..

No more cuti lagi

Aiman pun dah darjah 2. Patutnya xder istilah nanges2 lagi dah. Tapi tulah Aiman, kennot predictable. Dia bukan peduli dia dah tahun 2. Kalo mood x baik, masih nanges gak pagi pagi. Aishh lemah tol mak dengo bdk nangis pagi2.

Tapi pagi ni dia x nanges. Mood baik.


Delisha pulak esok baru start sekolah. Hari ni bagi techers tackle adik2 umo 4 & 5 yrs. So pagi ni dia bangun lambat. mak dah tarik high note. sob sob nanges. Lps mandi mintak maap kat mak. Cakap mak x peluk Dsa. Hmm alasan biasa anak2 aku. Nanges sebab mak x peluk malam tadi.


Umar gak yg baik. Cayang Umar.


Okla, sempena tahun baru ni semangat pun berkobar kobar. Semangat semua positif. ece ce cee

Mestilah nak jadi yang lebih baik dari semalam



Nak jadi emak yg baik buat anak anak


Jadi emak yg penyayang.. emak dan jugak merangkap BFF.. moga emak lebih memahami hati anak2



 jadi emak yg penyabar.. sblm ni kurang sangat sabar tu.. sian anak2. . 



Moga mak boleh bagi yang terbaik buat anak anak emak semua..

Mak sayang korang sangat2... 



Nak jaga kesihatan N cantek. Amboooiii can tek tu. kakakakaa (gelak laki aku dengo). Bila sihat boleh mak jaga famili mak. Kos perubatan sekarang dah tinggi. Senang cakap semua kos dah tinggi. So baikla kita beringat sebelum terkena kan.


Semoga dipermudahkan segala urusan.
Dimurahkan rezeki


Setelah apa yg telah berlaku thn lepas, thn ni kena lagi berjimat cermat.

Langkah permulaan, semalam dah beli tabung.



^___^

note only.

Siap cakap ngan bos, silalah isi tabung ini yer. Ini tabung saya yg punya.
Xder lubang untuk ditarik keluar.
Bila dah masuk no out.

wowowoowo jenuhla mak nak mengorek t.



Konon2 ni nak ikut mereka yg telah berjaya dlm misi menabung thn lepas. Inshaallah.


Haa inilah misi yg berjaya mak pikirkan hasil semangat tahun baru. 
December ni kita tengok acaner yer.


Happy working..
 baiii








Friday, March 25, 2016

Air Singgit di KLIA


Assalamualaikum..

Biasala.. Kalo dah namanya KLIA ( lagi2 klia 1 ), hg barang2 mesti mahal. mesti ada beza ngan harga kat luar kan.


Masa p Langkawi hari tu bos & geng2  siap breakfast kat luar lagi. Sebab tahu harga kat klia memang mahal. Aku  xderla nak mkn kat luar. Sampai klia pun dah ngam2. Para rombongan dah siap beratur nak check in beg. Aku gak yg lambat (lmbt sikit jer sebab mencari parking )


So memangla aku xder breakfast kat klia tu. Just beli 2 bijik dunkin donut ngan air utk bebudak. xderla nak beli lebih2 pikir jimat woiiii. walaupun boleh claim tapi malasla.. 


Dah siap check in beg, terus masuk dlm balai berlepas. 

Loorrr

Kat tempat menunggu ni ada ada pulak jual air singgit 1. X disangka sangka. Ingatkan lagi masuk dalam lagi mahei. kikiii



betolll. harganya cuma rm1 saja. 





Yg RM1 banyak air tin & mineral water. Mcm air soya dlm botol plastik tu x silap RM2.
paling mahal rm2.

Okeila tu hg kat luar pun lebih kurang hg ni kan.


So lenkali beli air kat tempat menunggu ajer. Air mineral dah hbs, boleh refill ngan water cooler yg ada kat situ. hahhaha dah jimat untuk beli air.




Tuesday, May 12, 2015

Bukit Malawati Kuala Selangor


Assalamualaikum

Bersambung cerita petang ahad.

Lepas beli pisang cheese kitorg bergerak ke Bkt Malawati yg terletak betul2 di Kuala Selangor.

Nak pergi Bukit Malawati pun kena plan, ikutkan kalo balik kampong boleh saja nak menyinggah. Tapi tulah. Asik x berkesempatan ajer. Blk kampong selalu malam, sampai K.Selangor semua dah gelap. Nak tengok apa kalo gelap gelap ni. Skodeng 


Ada sejarahnya Bukit Malawati ni. pernah menjadi kubu suatu masa dahulu. Kena baca buku sejarah tingkatan 1 ni. masih x berubah dulu & sekarang. Mungkin ada perubahan sedikit dr segi pengurusannya.


kalau nak naik Bkt Malawati pd hari sabtu Ahad & cuti umum, kena parking kat bwh. Ada disediakan parking berhadapan kedai kedai. dari situ pelawat akan dibawa naik dengan menaiki ala ala keretapi.. heheee




Tiket:
Pukul 8am - 5pm: dewasa  RM5
Pukul 5 ke atas RM3.

Knk knk umur 4 thn ke atas baru kena bayar. 


Apa yg menarik kat Bkt Malawati tuh?

sila tengok gambar yg seterusnya ok.  :)



on the way naik ke bukit pemandangan menghijau . Pokok pokok berusia ratusan mungkin.
pokok pokok itu ada penjaganya..



rumah api. masih gah berdiri. masih berfungsi ker?



 anak bapak riang dah sampai ke puncak.



Aku rasa ini cuma replika meriam sahaja. Mana bisa yang betul kan. 



 mcm biasa :)



penghuni bukit . majoritinya makhluk ini sahaja



Monyet ni kalo aku balik kampong selalu jer nmpk depa bergayut gayut kat pokok kelapa. Xder hati pun nak nengok. Siap dihalau lagik. Kat sini semua org mcm jakun jer. lagi lagi bila nampak baby monkey ni. comelll jer.


Masa monyet ni baby, bulu nyet2 ni kaler brown. haluss jer. cam anak patung Dsa kata. Bila dah besar baru cikit cikit bertukar jadi hitam. Dah x comel. Garang



Agak agakla, nyet ni pakai krim bulu aper yer. leh jadi model krim  rambut ni. 
tetap terpacak.


  sana sini nyet nyet saja.



kalau nak jadi kawan monyet2 ni, silala bawak stok makanan. Kompem deme suka kat anda. leh jadi best pren jap.

Kat sini ramai yg jual mknn untuk monyet2 ni.



tu nyet tu ngah meng ayat somi aku.



aishh monyet ni. xder tempat lain ker dia nak pegang. jauh cikit. bahaya tuh.





bila lambat dapat apa yg di nak, beginila jadinya.



The best scene of the day


Deme ni pantang nampak orang bawak pisang.

Di bontot selagi x dapat.

Korang jgn takut. Kalo korang jalan lenggang kangkung x bwk apa apa, deme ni x kaco. Deme jeling jeling jer. kalo ada bwk kangkong deme suka.

So jgnla buat muka cuak sangat yer.
harus konpiden


Dah hbs pisang sesisir jomla jalan jalan jap.





suka tengok pokok kat sini. besar sungguh. nampak tua dah. kalo depan umah ada mcm ni best kan. leh lepak2..hiii depan umah?




keretapi yg bawak naik & turun pelawat




ada muzium kat bkt ni. tapi kitrg x pergi sebab dah tutup. dah kul 6



jln jln tererempak ngan monyet ni . banyak banyak monyet, sekor ni ajer yg x mkn pisang. Menyendiri. anti social gamaknya. damai dia mkn rumput2 tu.



^____^



 



terasing.. anak anak x mo dekat sebab ada bau nyet di situ.. hohohohoo sian papa.



Last.

Beli 1 sebagai kenangan. :)

sesekali best gak pergi tempat  mcm ni.

maybe jangan pergi masa cuti umum... susah nak cari parking & sesak 


Thursday, May 7, 2015

Do it yourself ~ botol plastik ~


Assalamualaikum


Pagi ni hepi sebab kucing tak berak kat tanaman aku. Petang ni x tahula nasib camner, kalo nasib x baik kena buang tahik lagila jawabnya.

Haiiis kalo aku nampak memang aku renjat dia ngan air sejuk.



kejadian pagik semalam.

Somi pepagi nak p kerja sempat bagi tahu " ada hadiah untuk ma".

Huhhh nyampah.

pepagi dah hirup udara busuk.


Kalau hari2 mcm ni memang la sakit hati.

hari hari nyanyi " sakitnya ku disini didalam hati ku "

Acaner x sakit, sebab memang aku yg kena buang. Somi dah warning awal2 dia alergic ngan haruman ni.


Cili yg aku semai udah matik semuanya. betul2 kalah ngan baja organik tuh.


Okeh, lega sikit dah lepas perasaan.


Balik citer asal :)



smlm kt fb nampak nih. diy at home.


saper yg rajin + kreatif memangla menjimatkan. Nak tnm syr2 or tnmmn lain just guna recyle sahaja. Jimat duit nak beli bekas bagai or pasu kan.

Benda ni aku pun dah buat kat umah.

Sebab adik rajin beli drinking water bykla btl plastik dirumah. Kalo kat kg mak aku selalu refill blk ngan air 0. Aku tidak.



aku x tnm sayur tapi tnm pokok bunga. hoooo

Sebab aku x brapa mkn sayur.. takat nk mkn cikit, beli jer.. hiii

buruk laku



potong bahagian tengah tengah. letak tanah. Siap.



Yg ni guna bekas makanan..




Cuma xderla nak lekat kat dinding sebab aku x tahu nak gerudi dinding tuh.

Nasib baik aku x tahu. Kalo tahu mesti pitam somi aku tengok.

^_____^



Wednesday, May 6, 2015

Hobi baru ~ fm ~


Assalamualaikum


teruk bebeno sekarang ni.. x nyempat nyempat nak hapdet belog. bukan xder cerita tapi...


lemah Time Management kata nya..



^__^


sekarang ni ada lg hobi baru..

hobi pakai duit ni.. huhuuuuu




cantek x ?


bukan bukannn rumah diluar itu..

tuuu

yg terlekat elok di besi besi putih itu


^___^

skrg dah bertambah lagik..ada roti hotdog ada kek bday




kalo ikutkan sejarah, banyak sebenonya koleksi fm aku nih. Tapi sejak ber anak , udah banyak cacat celanya fm aku tuh. 

patah 2, tercabut magnet, hilang tanpa dikesan pun ada.


Dulu kan lekat kat fridge sekarang tidak lagi.

Tdk akan sesekali ku lekatkan di fridge.


kesian delisha.. boleh tengok ajer.


hahahahaaaa puas hati mak

Fm ni semua aku lekat kat tingkap dapur. 

sambil basuh pinggan sambil tengok fm..  riang hatiku



lepas ni gigih mengirim kat kengkawan kalo diorang pergi berjalan.




Tuesday, April 21, 2015

GM Klang: Sila bawak banyak duit



Assalamualaikum..

Korang tahu x pasal GM Klang.. hihii bagi peniaga online mesti banyak yg tahu kan.. 

Aku suka pergi GM plaza yg dekat klang tuh.. x pernah p kat KL tu sebab jem..


Dulu aku x baper suka p GM...sebab kalo nak dpt hg murah mesti kena beli banyak..paling sikit beli 3 baru dpt hg murah.. baju bebudak pun bukan nya murah..mahal gak..dan aku x berapa suka ngan quality dia.. mcm kureng cikit..

Maybe aku yg tersalah beli. sebab aku tengok ramai ajer yg memborong kat situ.. Tapi sejak kebelakangan ni aku ngan somi ngan anak anak memang suka sangat pergi GM..hihiiiii


Korang nak apa, semua ada kat GM. Baju frozen, baymax, upin ipin, boboiboy, cadar quilt. brooch, rantai, wallpaper, pensil,  gelang.... aiisss semuanya ada..

Sebab tu aku cakap sila bawak duit banyak banyak.

walaupun harganya murah tapi kalau semuanya nak , kan kena pakai duit banyak.


Tips yg aku nak bagi, sila rajin tanya banyak kedai. Sebelum soping sila mkn minum siap2 sebab nak guna tenaga banyak. Nasib baik escalator ada. Juga selesa sebab ada ekon. sejukla sikit.


Dulu aku x suka nak tanya2 byk kedai. Penat. Lg dulu bebudak kecik lagi. Nak dukungla. Sekarang semua dah berlari. yeeeee suka hati. Tapi bila dah besar pandai pulak diorang memintak. huuuu



Last week aku p Gm sebab adik aku kirim tilam baby. Berkenan dia ngan design kat Gm tuh.



set tilam baby 

tilam+bntl peluk 2 bijik + bntl 4segi sebijik..

Tilam ni leh lipat 2.. senang nak bwk kemana-mana.. siap ada kelambu lagi..


^__^


Macam tilam ni harga dia RM35.. First kedai aku tanya dia ckp RM35.. Hg asal RM39..

" x boleh kurang lagi ker... sy bg last RM30la kak.. "

Alamak rm30la...aku x mintak lg hg tu.. 


"x boleh kurang lagi ker.. "

" kalau akak pergi kedai lain semua bg rm35 kak..x caya pergila tanya "


hahhaha tu yg mls tu.. bila dah dpt rm30 pun dah best, so mls nak tanya lagi..sajer je jual mahal kot2 leh kurang lagi..kikiiii..




So aku amik kaler purple.. utk baby boy


Pusing pusing tanya kedai lain diorg jual RM35.. Hg asal rm40.. 
Kedekut tol..singgit pun xnak bagi kurang lagi..

walhal kedai yg tadi tu boleh jer bg rm30 kan.

so kita kena rajin tanya harga.. dpt kurang rm5 banyak gak tu.. leh bungkus teh ais




Mcm cdr quilt ni, kalau korang dekat area Kl better pergi sini ajer. Hg memang jauh dipasaran.

Rata2 online jual 1set ni RM120 -RM160 include postage.

Kat GM boleh dapat semurah RM80...kalau beli banyak kompem dapat hg lebih murah.. Peniaga kt GM ni pun ckp ramai org jual kat online.



Aku nmpk org jual mini scooter ni kat fb.. RM150 org tu jual.. 



Aku pun belilah.. tapi aku beli kat GM..

RM100 jer korang rege dia.. jimat rm50 dah..

ehhhhhh lupa nak ckp... + gst rm6.. so rm106 ajer..

quality, kaler semua sama...



So berbaloi sangat kan kalau beli kat GM ni..

Plan asal x der nak beli scooter ni. Tapi disebabkan Aiman berjaya naik scooter ni tanpa jatuh dlm masa 5 minit terpaksala makpak dia belikan.


Nak punya pasal, cepat jer belajonya



sebelum Aiman dpt mini scooter tuh, dia mintak topeng ni.

Rm8 + gst $0.48..

Aisshhh  banyak dah kena gst..


Kat kedai lain topeng ni jual rm10..


so spt aku ckp tadi..memang kena rajin jalan2 tengok hg.. melainkan korang memang bayak duit..so x kisahla..




memang best beli belah kat sini kan.. semua brg dpt hg murah..

Tips lain drp aku.

1. Jgn DATANG time org baru dapat gaji
2. Jgn DATANG time cuti umum.


Please ikut tips aku ni sebelum anda menyesal. Mood hepi nak soping leh spoil pulak.

Kalau time baru bergaji memang sesak gm ni dibuatnya. Nak cari parking pun susah. Round 5 kali x pasti dpt parking ke tidak.


Saper yg berhajat nak beli belah utk sessi keluarga memang GM sesuai. Rasa penjimatan. Tapi kalau setakat nak beli cadar quilt 1 set memang x berbaloi. Datang jauh jauh, kena byr tol semua tapi nyopingnya 1 brg ajer. memangla tiada penjimatan disitu.


Sekian tammmatla sudah cerita Gm aku.