Showing posts with label BorakSantai. Show all posts
Showing posts with label BorakSantai. Show all posts

Wednesday, August 5, 2015

Adik lelaki ke perempuan?


Assalamualaikum..


Raya hari tu aku dikelilingi ngan bayi bayi comel. Balik umah somi ada baby.. balik umah mak pun ada baby gak.

" pa, jom buat baby nak? "

hehehhe senangnya cakapkan, macam buat hari ni esok dah keluar sorang..


Mikirkan umo pun makin meningkat, harusla aku lapangkan hati untuk menambah lagi. Lagi lambat kang malas pulak nak ada anak kecik. memandangkan Dsa pun dah beso. Bolehla bagi kwn buat main masak masak.


So sekarang ni aku rajin tanya kat anak anak especialy kat Dsa. Sebab Dsa tu terlebih manja. mcm x suka ada org lg manja dr dia.


" Dsa, Dsa nak adik ?"


hhmmm mikio dia jap..



ok dsa nak baby..


Dsa nak adik laki ker pompuan?

hmmm adik pompuanla..

" dsa Elsa, adik Anna.."

hamboiii bajet frozen nampak..

" nanti dsa tolong buat susu adik yer"

" alaaa dsa x tahu buat susula " (sambil buat muka sedeh)

"xper, nanti ma ajar"

menyengeh dia..

" ma, naper dsa x der baby lagi? ( sambil pegang perut dia ).. 

Dsa kecik lagi, lom kawen.. dah kawen baru ada baby..


" OoOoooooo "

Alahai.. kecik kecik dah sembang pasal kawen kawen pulak..


Bila bersembang ngan dsa ni ada perkara yg aku x jangkakan.. pandai tol dia bercakap .. kdg2 boleh buat gelak ayat dia tuh.. So memang dah sesuai dia jadi kakak kan..

^______^


Bila tanya kat Aiman pulak..

" Aiman nak adik laki ker pompuan? "

" Hmmmm Aiman nak adik pompuan. "

"Haa.. nak adik pompuan..  xnak laki"

Ingat dia akan cakap laki.. yerla boleh main lawan2 kan.. Kalo ngan Dsa asik kelahi ajer.. Pompuanla katakan. usik sikit ngadu, tersepak sikit melalak dah


" haaa Aiman nak dua dua.. laki ngan pompuan "


Hamboooiiiii bang.. sekali nak 2 terus.. mak pulak yg takut


hohohohoo gelak anak beranak..





Semoga dipermudahkan...




Friday, October 17, 2014

My wish..


Assalamualaikum


My wish..



Aku suka membaca. Dulu masa zaman remaja kalo dah pegang novel memang x ingat dunia. 

Mulala mak aku bising " ngko kalo dah ngadap buku memang x ingat nak buat kerja rumah". Ekceli mak aku ckp jawala.


Suatu harikan, aku ada terbaca pasal seorang wanita yang dulu berkerjaya sekarang jadi suri rumah sepenuh masa..

Ohhh bestnya...




terus aku ckp ngan opismate..

" I plan nak jadi full hsewifela "

terpinga pinga opismate aku dibuatnya.

Sebab tetiba kau cakap perihal nak benti kerja n nak dok umah jg anak anak.


Yess, aku nak quit & dok umah jg/urus anak anak.

Aku nak hantar n amik anak2 dr sekolah. Xderla pukul 6pg diorang dah terpacak depan umah tunggu van sekolah  amik.

Sian diorang. 

Aku nak tahu aktiviti harian diorg.

Bukan x percaya kat anak anak. Zaman sekarang ni mcm2 benda boleh berlaku. Pengaruh kawan kawan. Mak pak seharian kat opis, anak anak kat umah xder saper tengokkan.


Dulu ms aku masih bercuti lepas lahirka Delisha, memang x hinginla nak jadi housewife ni. Rs x sanggup nak  dok umah jg anak. Anak ms tu ngah kecik lagi, time dua2 buat hal rasa stress dia... Hanya Allah yg tahu...


Sekarang ni dah bertukar fikiran pulak.

Tapi itulah, nak realisasikan kena mkn masa jugak. Plan umo 40 thn . Boleh ke?

Sebelum tu kena pastikan segala hutang2 pendek ni dah setle.
Kena ada side income dari rumah. Mayb nak ceburkan diri dlm bisnes Online.
Just part time buat kerja comp or  p opis kdg2 saja.


Selagi semua ni x setle memang x beranila nak benti kerja. 


Duduk umah & bekerja yer. Income masih ada


So sekarang ni kena pikir2 nak buat apa .



Friday, September 19, 2014

Sikit sikit lama lama membukit


Assalamualaikum semua


Sepanjang minggu lepas aku x berapa sihat. Ntah kenapa tiba tiba badan boleh masuk angin.
Pagi pagi dah rasa lapo sangat. Macam sehari x makan. Lapo mengalahkan puasa pulak.
Bila dah ambik sarapan memang kompem yg bdn x sihat.
Aper lagi, harusla memuntahkan segala apa yg ada dlm perut. Baru lega.
Selagi x muntah memang x baikla jawabnya.


Masuk angin sehari tapi nak sihat 200% amik masa berhari hari. Kepala ting tong. Perut pulak meragam. Asik nak ke toilet jer. 

Bila tanya somi ada sakit perut x, dia kata xder.
Kenapa aku sorang jer yg sakit.
Nak kata salah makan, aku mkn benda yg biasa aku mkn. X berlebih, x berkurang.

Aisssshhh ni yg kena buat full check up ni.
Faktor umo kot. 
Alahaiii baru nak masuk 33 udah banyak penyakit berjangkit pulak.
Sedeh da


Dah plan nak buat test utk bacaan gula. Sebab aku saspek mcm ada kencing manis jer. Dulu ms ngandungkan Dsa memang aku dpt kencing manis tapi sebab faktor mengandungla.
Asyik plan ajer tapi x pergi2 buat sebab belom kol 9 perut udah krak kruk krak kruk. Ber rok ko.
Alahaiii klinik pulak kebanyakan bukak kul 9.30.
Acaner tuh..




Okei, kat atas tu hasil korekan tabung mlm tadi. 
Berat sangat dah. 
Macam macam coin ada. Coin siam pun ada gak. Ntah dapat dr manala. X pernah pulak aku p siam selama ni.

Tengah tengah bulan ni ada jugak gunanya. Leh menopap TnG yg dah berkurang tu. 


Jenuh gak aku nak mengira coin sekupang . Baru kira 2 ringgit Dsa udah campur jadi 4 ringgit. Kira 10 kali pun asik salah ajer.


Pagi2 dah pas kat adik. Nasib baik dia kerja memang guna duit kecik2 ni. X yah sebok2 p bank. 

^_____^


Thursday, August 7, 2014

Hasil buruk ber smartphone


Assalamualaikum


Ramai yg arif udah bercakap, berbakul bakul nasihat. Jgn manjakan anak ngan bg diorg smartphone.

Ehhh aku xder belikan anak2 smartphone cuma bg pinjam guna ajer.


Lebih kurang jerla tu . Cer aku banyak duit ,mesti aku belikan sorg 1. Maybela.


Aku ngan somi masing2 pakai samsung. Alaa samsung yg basic jer. Aku xder guna dataplan, Kat opis & umah aku guna wifi unifi jer. Unifi pun share ngan jiran sebelah. 


Nak dijadikan cerita si Aiman ngan Delisha udah addict sangat ngan internet ni.  Siang malam dok pegang hp jer. Aiman guna bpk dia punya, Delisha concuer aku punya.


Balik umah soalan no 1 dr delisha " henpon mama mane? ".

Bangun dari tido jer boleh dia tanya " henpon mane ".

Asik henpon ma mane ajer.


Kalo bpk kerja udah jadi rebutan hp aku.Gaduhla 2 beradik tu. Si Delisha sekarang ni boleh thn jugak garang dia. Di tumbuk abang dia. Dusshh 

Haa meraung la Aiman jap. X puas hati di dushh adiknya sekali. Haaaa udah dua2 nangis sebab dua2 dah kena dushh ngan mak dia.


Yg Aiman sanggup x tido siang gara2 dok ngadap hp ajer. org lain dah mimpi sampai london yg dia derk ajer tengok video dlm hp tu.


Balik raya baru2 ni pun sama. Kat kampong manala ada internet. Udah Delisha buat hal. Nak tengok masha & the bear x dpt. Nasib baikla bpk dia dah awal2 donlod kan ckit katon tu.  Bila dia try nak tgk katon tu x dapat mulala meraung. Adoiii sakit telinga tolla. 



Best katon ni. aku selalu join tengok ngan anak2.


Disebabkan  mereka ngan hp ni  ibarat kulit dgn kuku maka sejak Isnin baru2 ni aku & somi dah sebulat suara x bg diorg pegang hp lagi.

Apa yg kitorg buat.

Balik kerja jer hp terus kena sorok. Bila bebudak tu ty mn hp, aku cakap hp rosak. repair kat kedai.

Hari pertama tu memang banyak tol pertanyaan drp Aiman.

Apa yg rosak ma ?
Saper buat ma?
kat mana ma?


Bila aku ckp hp ada kat kedai, si delisha boleh cakap apa " ma amikla "

Pandai tolkan bg arahan.


So sepanjang beberapa hari ni jenuh jugakla aku nak berwasap ngan somi aku. Tunggu tengah mlmla baru leh jenguk hp. Tunggu bebudak tu tdo. Kalo edak memang x boleh. Selalunya sampai ke esok pagi baru aku tengok hp tu


Semalam somi cakap anak2 dah x byk tanya psl mana hp. Bila Delisha tanya mn hp, Aiman boleh cakap "nanti adik guna ipad abang yer, kita nengok sama2".

Alloo Aiman, bilala mak nak belikan kamu ipad ni. Bkn mak x nak beli tapi memikirkan keadaan yg sekarang ni memangla mak pak x nak beli.


Sekarang bila hp dah xder diorg back to natural. Main sorok2 dlm tilam, nyorok belakang kapet. Lawan2 guna penyodok sampah. Ohhhh

Haaa mlm tadi Delisha start buat mural kat bilik bibik dia.

Ohhh ohhh


Penat mak nak.


Wednesday, June 18, 2014

Pergi Syurga


Assalamualaikum


Suatu pagi sebelum p skul, Aiman tengok Upin Ipin. Episod pagi tu psl bulan poser kot x silap. 

Ada 1 statement upin/ipin cakap " kalau puasa masuk syurga "


Lalu Aiman pun menyoalla kat mak dia.

Aiman: mama, syurga tu jauh yer?
mama: Hmmm jauh
Aiman: nak p syurga naik apa ma?
mama: hmmmm naik naikkkkk ( adoiiii aper aku nak jwb ni )





Last:
mama: Aiman kalo nak p syurga, Aiman kena baik ngan mama, dengar ckp mama, ckp papa.... paham 
Aiman: diam...


Kompem kalo exam cikgu cakap jawapan x menjawab soalan.


Kalo aku ckp naik eroplane, mau diajak aku pergi nanti. Lagi carik pasal.

Aiman aiman suka tol test mak dia 

Pagi pagi dah teruji minda.


Syabas anakku. Mak kena tambah ilmu ni




Wednesday, April 9, 2014

Tanda tanya!


Assalamualaikum

Lebih sebulan berlalu.

Kehilangannya masih misteri

Ketika insan lain sudah pasrah , tidak bagi kaum keluarga mereka.

Mengharapkan suatu keajaiban akan berlaku

Sungguh besar dugaan dariMU Ya Allah




Kadang2 risau untuk berkongsi cerita perihal pesawat yg terhempas/hilang. Takut anak anak juga trauma untuk menaikinya. Apalah daya kita jikalau telah ditakdirkan ia berlaku.



* MH370 *


Friday, March 21, 2014

Pentingnya minum banyak air kosong


Assalamualaikum semua

Nak tanya korangla yer, sehari baper banyak korang minum air. Apa apa jenis airla. Air milo ker, air oren ker...yg spesifiknya air 0 ler.


Baper banyak korang minum air 0 sehari?

Apeeee minum masa dahaga ajer !

Alloo bagusnya korang. X nak buang masa yer ulang alik ke pantry.


Ni nak citer kisah aku ngan adik beradik pompuan aku. 

Bila jarang berkumpul & sekali bila dapat berkumpul baru nampak saiz fizikal masing2. Masa tu mulala keluar ayat2 yg xder insuran. Lazer sungguh ngalahkan azwan ali.


" eeee za, gemoknya ko sekarang "

" ehe ehhhh mana ada. Yat kata OK jer "

" yat tipu yat tipu... "

Udah semua menyalahkan adik ipo aku.


So sekang ni  masing2 nak jaga badan. Masing masing dah tak minum teh ais. Adik aku siap beli green tea. Siap subscribe ebook kevin zahri lagi.


Minum air pulak berliter liter. Paling cikit 2 liter. Paling sikit tu  kome. Nak nangis aku mengenangkannya . Apa kaitan gemuk ngan air ni. sebab bila kita mnm ngan cukup, baru operasi dlm bdn dpt bergerak aktif. Bila semua aktif baru sehat. Eh yeker?


Yesss.. minum banyak air boleh membantu dlm penurunan berat badan. So ada kaitanla intro aku ngan air ni. 


bekas belah kiri tu adik aku punya.. yg kecik cikit aku yg punya


Seminggu lepas aku mnm 2 liter sehari. Tapi sejak 2 hari ni aku kena minum 3 liter sekurang kurangnya. Boncit perut aku. Bila ngah baring & aku goyang2 siap leh dengo air berkocak dlm perut. Aiman siap tanya, bunyi aper tu ma.. Lepas tu dia gelak..hahhaa


Naper skrg aku mnm 3 liter sehari. Sebab baru2 ni aku ada mengambil 1 suplemen untuk kesihatan keseluruhannya. Bila amik suplemen ni dia kata kena mnm byk air ( kurang2 3 liter ).. dan yg membuatkan aku termenung setiap pagi, dia srh elakkan minuman berkafein. Ohhh mak.


Memang dah habit aku hari2 minum secawan nescafe pns. Habis tu aku nak minum air aper ni. Sebagai pilihan aku beli sekotak susu segar. Yeye ada jugak pengganti. Tapi masih x leh lupakan cik Nesc la:(


Bila dah mnm banyak ni 1 lagi mslh timbul. Sebnrnya bknla masalah tapi macam gejala. Lepas mnm ajer, mesti nak membuang air. Nmpk sangat usus kencing dah longgar. Heee Mnm jer, nak buang. Nasib baik toilet dlm opis. Nasib baik toilet ada air. Nasib baik toilet free. Nasib baik staf x ramai. Kalola toilet opis aku ni berbayar, makin kaya bos aku skrg. 


Bab kencing ni memang x leh nak tahan. Kencing jerla. Lagi bagus sebab ia membuang toksin2 dlm badan.  Mnm air smpi urin kaler jernih. X bau hancing. Kurang mnm air toksin2 akan terkumpul dlm bdn. Lemak pun senang nak terkumpul. Kurang mnm air kang sistem pelawasan pun terganggu. Nak "doing cusiness" pun stress jer. Ohhh not good.


Aku copy paste tips yg aku bc dr fb Tengku Norihan.

11 Tip Kelebihan Minum Air Kosong dengan Cukup

1. Boleh mambantu mengurangkan berat badan.
Minum air boleh mengurangkan rs lapar. Ia adlh penahan selera yg berkesan supaya kita mkn kurang. Lagi, air ni kalori dia 0.

2. Rawatan secara semulajadi untuk sakit kepala
Bantu melegakan sakit kepala & skt belakang disebabkan dehidrasi

3. Kelihatan muda dengan kulit yg sihat
Kita akan kelihatan lebih muda apabila kulit adalah betul terhidrat. Air membantu utk menambahkan tisu kulit, melembapkan & meningkatkan keanjalan kulit

4. Produktiviti yg lebih baik di tempat kerja
Otak kita kebanyakan terdiri drp air. Mnm air bantu kita berfikir dgn lebih baik & lebih peka

5. Latihan yg lebih baik
Air mengawal suhu badan kita. Bermakna kita akan berasa lebih bertenaga bila buat senaman. Air juga bantu utk menjana otot.

6. Membantu Penghadaman & Sembelit
Mnm air meningkatkan metabolisme sbb ia bantu dlm penghadaman. Serat & air seiring supaya kita boleh mempunyai pergerakan usus.

7. Kurang kejang & terseliuh
Penghidratan yg betul membantu mengekalkan sendi & otot yg dilincirkan. Jadinya kurang kejang otot.

8. Rasa Sihat & Kurang sakit
Mnm banyak air bantu melawan penyakit selesema, bantu kerja2 buah pinggang & elakkan serangan jantung.Air juga boleh meningkatkan sistem imun badan

9. Melegakan keletihan
Air membantu mengusir toksin & bhn buangan. Kalau bdn kurang air, cthnya utk jantung kita, jantung perlu kerja keras utk mengepam keluar drh beroksigen kpd semua sel sel, begitu juga utk organ organ yg lain.

10. Mood baik
Bdn akan rs sgt baik & buat kita hepi

11. Mengurangkan risiko Kanser

Berkaitan dgn sistem penghadaman, bbrp kajian menunjukkan bahawa mnm air yg sht boleh mengurangkan risiko kanser pundi kencing & kanser kolon. Air mencairkan kepekatan agen penyebab kanser dlm air kencing & memendekkan ms berada dilapisan pundi kencing

(Tengku Norihan ni terlibat dlm senam aerobik juga ada mengadakan kelas zumba). Boleh tengok fb dia yer. :)



Haa begitu citer aku pasal air.

Korang pun kena mnm air byk2 tau. Tapi air 0. Baru lancar operasi dlmn kita.


pic: google



Somi aku pun skrg p kerja bwk bekal air. Yg termos hijau tu dia yg punya. Dlm dia berisi teh o panas :)

Last tips yg aku copy paste. Juga dr fb Tengku Norihan

Bilangan Berat Badan VS Jumlah Pengambilan Air

40 kg - 50 kg 2L (8 gelas)
50 kg - 60 kg 2-22.5L (8-10 gelas)
60 kg - 70 kg 2.5-3L (10-12 gelas)
70 kg - 80 kg 3-3.5L (12-14 gelas)
80 kg - 100 kg 4 - 4.5L (14-16 gelas)
Boleh check fb beliau utk seterusnya :)




Lepas baca ni kena amalkan pulak. Insha Allah, sihat tubuh badan. Keluarga bahagia, save money.



Wednesday, January 29, 2014

Memo " Cuti Raya Cina "


Assalamualaikum


Memo dari somi buat isteri




Memo dr isteri & anak anak buat somi/papa




haaaaa memo mama lagi panjang. Sampai 3 para tu



* blog pun maybe ikut bercuti jugak *


Tuesday, January 28, 2014

Ber KUTU lagi


alahai kutu.. awat suka sangat buat penempatan kat kepala anak aku nihhh


Tensen tolla


Acaner tak tensen kalo malam pun x leh tido lena dah
Asikkk nak menggaru ajer..


Sampai dia kejutkan aku " maaaa atal ".

Sian tol aku tengok..

Kadang2 dia kejutkan bapak dia pulak.. " pa atal "


Dulu pernah dia berkutu.. masa tu rambut pun pendek lagi. Sekarang rambut dia dah panjang. Delisha pulak spesis pantang dipegang rambutnya 

Rambut dia pulak jenis curly. Kalo nak menyikat guna sikat kutu asyik tersekat kat hujung tu. Menyakitkan jugakla. Tu yg delisha x bagi sentuh tu


Memang susahla nak mengerjakan kutu kutu dia tu.


Udah semua berkutu..

Dah banyak kali aku gomolkan kepala dia ngan ubat kutu. Panjang pulak umo kutu kutu tu

Bila dah sampai x leh nak tido akhirnya bapak nekad 



potong rambut Delisha..


X yah p salun bapak potong sendiri..



letak ubat kutu banyak2, sikat, potong


terus jadi tergantung rambut dia



Sayang tol aku tengok rambut dia nih..


Udahla rambut dia susah nak nampak panjang

Dah panjang kena potong pulak

xper nanti panjang balikla tu




pemburu kutu


Somi orang yg bersungguh sungguh mengerjakan kutu kutu pada hari tersebut..

Puas hati dia..

Udah somi cakap bekalkan bantal kat taska. Jgn pakai bantal kat taska dah


Boleh ajer bwkkan bantal tu cuma gerenti ker budak2 ni guna bantal tu.. Takut dah ramai budak si pengasuh pun lupa bantal diorang..


Kutu2 ni pun dia punya antibodi memangla power .

Dah hari hari aku shampokan kepala Delisha mampu jugak kutu tu hedup.  X buta ke mata dia bila kena syampo tu yer.



Rambut baru gegil

makin bolat

tergantung jer

nasib baik aku tengok masih comel

kalo edak memang aku merajuk ngan somi






Monday, January 27, 2014

Perkaitan 'TANAH KUBUR' dengan lagu FEBERET Aiman


Assalamualaikum

Refresh cerita pasal Lagu kesukaan Aiman  :)


Korang ada nyanyi sama sama x ?

hihiii

Okei


Camner Aiman boleh tahu & menyanyikan lagu tersebut.


Mula2 dia nyanyi aku memang x dapat nak tangkap. Terpaksa mintak pertolongan bapak Aiman.

Nasib baikla ada setengah2 hal, Aiman ngan bapak dia agak kamceng .


Bila Aiman dah nyanyi berkali kali tapi aku masih x paham lalu somi pun cakapla

" tu lagu tanah kuburla ma "




Oooohhh tema lagu drama tanah kubur di astro tuuuu..

Alamak sorila nak

Aku x terfikir yg Aiman nak hapal lagu tu..


Suka betul dia tengok citer ni..

Sebab suka sangatla dia boleh hapal ..

isisishhhh budak2 ni klo dah suka , cepat sangat ingat nya


Aku x tahula part mana yg dia tersuka sangat tu..


Mungkin part jenazah dipakaikan kain kafan . Nampak macam pucong kan. 

Haaa part tu dia suka.

" Ma ma pucong ma.. pucong.."


Boleh balik kampong baru2 ni dia ajak wak dia p kubur. Dah sampai kat kubur tu dia ajak wak dia balik. Wak dia tanya " naper Man ". Dia cakap ada pucong.. huhuuuuuuu


Ngeri wak dia mendengar nya.  

Asik nak ke tanah kubur ajer.

Adoyaiii nak xder tempat lain ke ko nak pergi..

Sebab drama ni jugakla Aiman sekarang mula nak sembahyang tanpa suruhan drp aku.

Hebat sungguh penangan drama ni


Part ni aku aku x tahu dia dengar skrip yg mn 1..

" ma, kalo x semayang nanti pucong gigit.. ada ulat.. ulat banyak " sambil tangan dok tunjuk kat muka, kat hidung.

Ohhh TERSENTUH HATI mak bila nengok anak dia semayang.


1 subuh dia marah bila aku x ajak dia semayang sama2..

sobsob


Lalu dia bangun terus bentang sejadah. Tanpa basuh muka terus bismillah..



semayang isyak


Sekarang ni tidakla dia cukup semayang 5 waktu. Semoga dia sentiasa istiqomah




Bila nak tidur tu sempatla sembang2 pasal semayang ni.

Bang, kita semayang bukan sebab takut hantu gigit tapi sebab ALLAH yg suruh. Kalo abang x semayang nanti masuk neraka.. hotttt panas tau... panassss sangat

Part ni susah sikit nak explain.

Kena slow2.

Aiman juga baru tahu kalo xnak pucong/hantu gigit jadi kena baca bismillah. Pucong takut .

Mcm tu pulak. 

Bapak dia cakap Aiman masuk toilet x pasang lampu. Dia dah baca bismillah..

hmmm ape aper jela nak


jemaah bersama sepupu2 di kampong ayam


Kadang kadang hal mcm ni x siapa dpt jangkakan.

Umumnya pakar2 x bagi anak anak kecil dimomokkan dgn cerita hantu hantu ni. Banyak buruk drp baiknya.


Yang penting mak pak harus mainkan peranan jua. 


Thursday, January 9, 2014

Ke Kelas Iqra'



Assalamualaikum  :)


Mulai mlm semalam jadual Aiman mulai sebuk.

Pagi pukul 8.05 dah pergi tadika .

Balik tadika menyambung ke taska pulak.

Petang hampir kul 7 baru sampai umah.


Pukul 8 kena pergi kelas Iqra' pulak.


Sian anak aku.

Aku pun kesian gak.

Baru jap sampai umah dah kelam kabut nak hantar dia ke Iqra' pulak.



Nasib baik tempat mengaji tu x jauh. Jalan kaki jerla. Jimat minyak keter.

Standby payong . Manala tahu tiba2 ujan turuuuunn


Kelas Iqra Aiman ni bermula kul 8-9. Tapi bukanla sejam Aiman ber'Iqra'. Kalau sampai awal blkla awal.

Bulanan bayar RM25. Setiap Isnin-Jumaat.

Public holiday cutiii

Boleh hntr Aiman mengaji waktu mlm jer. Kalau siang siapa pulak yg nak menghantar dia. Susah



Susah gak nak mencari orang yang boleh mengajar ngaji ni. Nak harapkan aku yg ajar memang x boleh blah. Anak2 ni kalo ngan mak pak banyak sangat songehnya.


Baru baca jap mulala gatal bontot.

Aku ngajo Aiman si Delisha pun sebuk nak baca gak. Kalo nak bc sama2 xperla

Kang ada pulak adgena  adegan tarik menarik Iqra' tu. Udah jadi 2. Mau mak jadi hulk

 x leh xlehhh

Lagi 1 yg aku perasan, Aiman ni kalo orang lain ngajo dia khusyuk cikit. Kira fokus jugak. Seriusla jap dlm 5 minit tuh. TU yg aku suka.

Klao ngan mak dia, suka sangat main main



Sebab tula aku hantar Aiman p kelas ni.

Semalam pukul 8 sampai, kul 8.10 dah habis. Adala 10 kali ulang.

Alahaiiii kojapnyala.


Hmm jadila bang drp x baca langsungkan



Semalam hari pertama. Takut2 dia nak msk. Msti dia pelik. Banyaknya sekolah yg dia ken apergi. Terpaksala aku ngikut masuk sekali.  Bila dia dah start mengaji aku keluar diam2 tunggu kat luar.

Klao stay dlm tu, kang segan pulak adik yg nak mengajo tu. Nak garang pun xleh..hehee



Habis ngaji main jap kat luar .


Horeeee hari pertama berjaya dah..

Sok leh bik ema yg hantar .

Mak leh duduk rehat kat umah ngan adik



X ujan x renyai tapi dia nak pakai payung.

Hmmm layankan jerla.


Setle dah bab ngaji dia.

Alhamdulillah..


Thursday, January 2, 2014

Welcome back to school.. 2014..


Assalamualaikum 


2 hari sudah dalam tahun baru..

Tahun yang banyak benda baru berlaku dlm kehidupan aku..

cececeeee


Parkara baru no 1...



Aiman dah ke tadika..

Masuk kul 8.15 sampai 11.30

Alhamdulillah hari ni dia okei wlpn kat umah dah mcm2 sakit dia datang



Hari pertama kena pakai baju sukan.. T petang boleh ajar adik endut bersukan yer bang  :)




Dah besau anak laki aku ni..

Dah betol betol sekolah dah


Ohhhh anak, mak tengok kamu mcm kecik lagi..

Mlm2 abang suka kaco mak tdo, x sangka dah p tadika

2 tahun lagi real go to school..


Sedar yg bila anak semakin membesar, maknya juga semakin tua  :(


Bila Aiman masuk awal pagi makanya mak pun kena pergi kerja awal pg jugak. 

bagus jugakkan..


Perkara no 2 & seterusnya....

Hmmm mcm x nampak lagi apa bendanya..

Nantila, kalau2 ada perkara berbangkit.



Tuesday, December 24, 2013

Hadiah daripada bos


Assalamualaikum

Sempena harijadi hari tuh, opismate a.k.a bini bos bagi hadiah. Dia bagi inadvance.



Ini shawl kan.


Adoiiiissss

Awatla dia p belikan aku shawl ni.

Aku bukan reti nak pakai shawl2 ni

Kang senget benget jadinya.

depan menggelebeh beno, yg kat belakang singkat jo..


Bila aku tanya, naper x beli yg aku selalu pakai tuh..

Yg pakai serkup jer.. Senang

Dia jawab aper..


" Alahhhh muza, changelaaa. I tengok org lain pakai cantek ajer "

Ohhh cantek, ko x tau betapa sengsaranya aku nak pakai


Sebenarnya aku bkn x tahu langsung nak pakai tapi malas + lecehnya.

Leceh nak mebelit belit tuh. Org belit cantek aku belit jadi aper ntah


Lagi2 bila hantar anak2 p nursery. Dukung Delisha udah dia tariknya shawl ni. Senget balik. Aisss

Tapi sebab dah orang bagikan, kena la pakai jugak.

Kang kecik ati pulak




Jadik gak lilitan aku nih.


Nasib baik ada baju yg match.


Heheheee

Udah dapat gelaran mami solehah hari ni.



Friday, December 20, 2013

Saban hari menyesakkan


Assalamualaikum..


Korang perasan x?

Sekarang ni kita selalu sangat didengarkan dengan berita2 yg bisa menyesakkan napas..

Satu persatu kenaikan barang diumumkan.

Mereka ni x fikir ker apa yg rakyat akan lalui.

Rakyat yg cukup2 makan..


Xde cara lain ker selain menaikkan harga barang2 ni..


Kalo inilah caranya nak selesaikan mslh, makcik jual nasik lemak pun boleh buat.

Gaji tetap sama. Kalo naik pun dah x memberi kesan. Sama je


Kalo hg ayam naik aku boleh beli ikan.

Hg minyak naik, aku x boleh tukar ngan air. Terpaksa beli juga

Bil elektrik naik, aku pasang kipas ajer

Kalo tol naik, jalan mana aku nak ikut.


Aku ingatla, Bdr Saujana Putra satu2nya kwsn yg penduduknya memang hari2 kena bayar tol.

Memang x boleh nak elak. Keluar ajer kiri kanan memang akan jumpa pondok tol. Nak ke Puchong kena byr tol. Nak ke Bangi pun bayar tol gak.

Xder jalan lain Pak Wahid oiiii.

Adala 1 jln kampong aper ntah. Tapi jalannya Masyaallah. Boleh buat tayar kereta aku tercabut.


Anak anak makin membesar. Ms kecik kena belikan diapers, dah besor cikit kena hantar ke tadika pulak. Kos hidup x pernah berkurang


Bila semua brg naik, bapak2 kena work hard. Lepas ni bapak Aiman asyik berOT ajerla sabtu ahd. Masa ngan anak2 pun dah berkurang. Kesian


Org kampung mungkinla x terkesan dgn kenaikan ni. Org2 yg p kerja x lalu tol mungkin juga x terkesan tapi  bg org2 yg memang hari2 wajib jumpa tol acaner tuh.

Stresss tau


Sekarang ni pun aku dah cuba berjimat, lepas ni x tahula nak jimat kat mana lagi.





Allahuakbar


* dah lm x menyoping utk diri sendiri. memikirkan keperluan lain lbh penting. *



Friday, December 13, 2013

Gara gara Blog Adlil Jariah


Assalamualaikum 

Salam Jumaat semua..

Alhamdulillah....Bertemu kita lagi hari ni yer :)


Okei mai dekat cikit, aku nak bercerita psl 1 blog ni..


Aisshhh gara gara bolg dia, aku mlm tadi ngan Aiman bersungguh sungguh melakukan aktiviti fizikal.. Berpeluh gakla ketiak aku nih. Aiman jgn cakapla.. Dia ikut mcm bapak dia.. Mudah berpeluh.. Basah kepala dek peluh


Blog apa tuh yer ?
 Blog safee sali ker?
Heheee safee sali ada blog ker.. x tahu pun



Glemer blog akak ni sekarang


Gara gara dia share pasal 10 tips berguna daripada pakar kanak kanak.. 

Benda baik memang orang suka share.. Good job


Berbalik kepada cerita di atas.. Demi nak mempraktikkan seperti yg pakar tuh suruh, aku ajak Aiman main bola.. Tangkap bola, baling bola..lompat depan..lompat belakang.. Sepak bola jer xder sebab habis kang bola tu melantun kena cermin bagai..


Lepas sessi tangkap sambut bola, aku ajak merangkak pulak.. Yg ni delisha pun join..Adala 4 kali pusingan kitorg merangkak kat ruang tamu tuh.. saper cepat dia menang.. Winner dia mestilah Mak kan .. marah Aiman bila dia kalah, hahahaaaa mak pun xnak mengalah..


Sakit lutut tau sebab merangkak atas lantai.. Udah lama mak x merangkak tiba tiba pulak.. Merangkak kejap ajer, Aiman nak cepat sampai tangan adik dia terpijak.. Udah  meraung si delisha..

" Uwaaaaa Eman uattttt "


Mlm tadi sempat buat 2 aktiviti tu ajer. Esok balik kampung lagi banyak kita boleh buat yer.
macam macam ada.. hehehee

Kalaula hari hari buat mcm ni aku dah x yah sebuk2 nak exercise. Mcm ni pun dah berpeluh peluh. Sihat

Korang pun kena buat jugak tau..


'_____________________________________'


Friday, November 29, 2013

Antara Abang, Ebob dan Aiman Danish


Assalamualaikum semua


Aku sekarang selalu blur. Kadang2 mcm konpius pun yer jugak.

Ni sebab anak lelaki ku punya halla


X tahula apa yang mempengaruhi dia. Nak kata sebab selalu sangat tengok upin ipin edak jugak. Tapi dia sekarang dah hapal lagu si nenek bongkok tiga. Pagi2 bangun dah nyanyi lagu tu. Sampai bpk dia yg ngah tido pun leh tanya, abang nyanyi aper tuh. kihkihkihhhh aku pun me layan jugak. Nyanyila mak ngan anak


Okei kali ni apa anak laki aku dah buat.


Aisshhh


Sekarang ni kan, bila aku panggil dia abang, dia cakap Eman Enish la ma. abang abangggg .. eman enishla.. Dia mem betul kan panggilan untuk diri nya


Okeila, mama panggil Abang Aiman Danish yer.. Semput mama nak panggil bang. Panjang bebeno. Nasib baik nama 2 sebutan ajer. Acaner yg sampai 3-4 sebutan tu. semputtt


Aku memang jarang panggil dia Ebob. Selalunya time aku nak usik dia baru aku panggil Ebob. So bila aku panggil Ebob, leh dia men jawab " Eman Enishla maaaa ". Bukan Ebobla... ebob ebobbbb

huhuhuuuu ebob x leh, abang pun x leh.. Eman Enishla..


" Habis naper Aiman Danish panggil Ebob lagi "

Ntah aper dia cakap.. panjang sangat  jawapan dia tuh. Lupa dah..

Gitula dia sekarang ni. Panggil Aiman Danish tau. Bukan Abang, Ebob apatah lagi.




Memang pelik, camaner dia tetiba leh mintak aku panggil Aiman Danish. 


Perubahan hormon kut


Thursday, November 28, 2013

Dugaan mengajar anak..


Assalamualaikum 


Thn depan Aiman akan mula ke sekolah. Baru 5 tahun sudah kesekolah. X mcm zmn mak pak diorg dulu. Umur 5 tahun tahu main ajer. Bangun lambat. X kisah kalo x tahu apa itu abc. Tapi budak zaman sekarang 4 thn dah dihantar kesekolah. Mak pak bingung nak hantar ke tadika apa. Genius Aulad, CIC, PASTI, etc. Dulu mn ada kisah semua ni kan. Hntr tadika biasa ajer.  Yang penting tahu baca & menulis sudah


Disebabkan Aiman mula nak kesekolah aku mula la biasakan dia ngan hurup2 & nombor2 ni. Alaaa yg asas je pun.  So mlm tadi sebelum dia tido aku ajak dia baca abc. Ber " abcde " lah kitorang, sementelaah adik ngah layan barney sorang2.

 Sedang elok ber abcde sampaila hampir ke penghujung, O tiba tiba Aiman bersuara " Banyaknyala ma ". Aissshh budak ni. Baru sampai O dia dah kata banyak. Dah komplen bila nak habis baca.





Sejak kebelakangan ni Aiman mula banyak mempersoalkan sesuatu perkara. Jenuh gak aku nak menjawab.  


Pernah 1 hari aku amik diorang lambat. Lebih kurang kul 7.15-7.30 mcm tu. Masuk jer kereta Aiman cakap :-

"nak eskem ma". 
" Dah mlm la Man, kedai tutup ".
"Tu la ma. AMBAT . kan da malam "
Gurllpppp
"sorila bang, mama banyak kejerla"
" ambat ambattt... "


Terus aku p belanja anak2 aiskrim. huhuuuu




Dia dah mempersoalkan kenapa aku lambat amik diorang.

Dia juga dah mula membandingkan antara mak ngan bapak dia. bapak dia ajar cara2 basuh bontot lepas buang air besar camner, bila aku ajar lain dia cakap. "pa salah kan ma" Maybe cara aku ajar dia basuh lagi senang drp cara bpk dia.


Hmmm kena banyak membaca psl keibubapaan aku nih. Paling penting mesti ada kesabaran yang tinggi.. Fuhh.