Showing posts with label masalah. Show all posts
Showing posts with label masalah. Show all posts

Tuesday, August 12, 2014

Masalah Kucing dan Langkah Keselamatan Berganda


Assalamualaikum..

Tajuk panjang kan.

Ni gara gara kucing yg suka berak kat umah aku. Saje jer kucing tu. Sebab dia aku ada  cerita psl kucing. 

 Alkisahnya bermula di SINI


Aku takutla somi aku tu dah hilang sabar. X tentu pasal cedera pulak kucing tu dikerjakan. Lagi pun mana tahan kalo hari2 kena buang taik ajer. Busuk jgn ckpla.

Maka berkunjungla aku laki bini kekedai hardware mencari net.

Beginila sesudah net tersebut dipasang.



X nampak yer. Meh bagi dekat sikit.




  Harap2 berjayala .

Kalau kucing tu panjat tembok pulak, memang aku kena letak kawat durila kat tembok tu nanti. Daring pulak kucing tu.

Tula aku dah bg ngko lepak2 depan umah aku, best jer sejuk. Ngko bagi taik pulak. Haa sekarang sila cari port lain. Padan muka

Aku pasang net ni hari ahad. Sejak semalam lom ada taik kucing lagi. Lega

Selain aku pasang kat pagar, aku pasang kat gril pintu jugak




Marah betol Delisha bila bapak dia psg net ni. Di sepak sepak ngan dia.

Tula saper suruh keluar umah ikut lubang gril ni.



Baru2 ni kan ada kes budak meninggal sebab kepala tersepit kat tingkap. Nauzubilah.

Sebenarnya aku psg net ni sebab memikirkan keselamatan anak anak. Tengokla. Adik abang lepas keluar ikut lubang ni. Anytime diorg boleh keluar rumah.

Setakat keluar sampai area parking tu xper. Ni siap panjat pagar keluar rumah terus.

Adoiiii geramnya


Tahu tahu Aiman dah xder. Selamat dia ketaman sorang2. Memang sakit kepala aku dibuatnya gara2 Aiman ni. Dia punya perangai kalo nak sangat sanggup buat sampai dapat.

Nak minum MILO sanggup berlari ke kedai mlm2. Nak p taman sanggup panjat pagar.

Nasib baik Delisha x tahu nak panjat lagi.

So bila dah psg net kat gril tu memang dua dua x boleh keluar. Melainkan Aiman bukak gril guna kunci.

Aku ngan somi sajer jer nak test Aiman, boleh panjat lagi x pagar tu.

Slamber jer dia panjat ikut tengah2 kat tempat nak selak. 

Aisshhhh

Memang boleh panjat tapi payah sikitla.


 Sel sel otak ngah berkembang. Ada jer cara dia nak buat.


Aku dah berusaha agar Aiman x suka suka nak keluar rumah tanpa pengetahuan aku.

Harap harap dia x pikir diluar kotak mcm mn nak keluar rumah.

Kalo x mak pak memang kena pikir diluar pagar nampaknya.




Wednesday, August 6, 2014

Sebab aku x nak bela kucing.


Assalamualaikum..



Sebab ni lah.

Ni hasil pagi tadik. Kurang ajo punyer kucing. Pg tadi sebelom hntr AIman xder lagi. Bila balik tahu tahu dah ada selonggok.


Rasa nak sound sekali jer ngan pemilik kucing ni. Kalo tahu bela kucing , pandai2 la ajo kucing tu berak kat toilet. Xkan tu pun Delisha nak ajar. delisha pun tau kencing kat toilet. X pakai pampers dah.


Ohhh kaitan aperkah ini.


Aku sakit hati tau. Sebab aku jugak yg nak kena buang. Bukan setakat dia membuat taik kat parking tapi kat luar umah lagi belonggok longgok taik dia. Siap Dsa terpijak & habisla berbau 1 umah.


Bukan sekali tapi ni dah berkali kali. Kalo somi aku nampak memang dia hambat ngan kayu. Menyampah betol dia ngan kucing tu.


Pertama kali dia buat parking umah aku jadik toilet masa aku blk kg beraya. Best tol dia melepaskan hajat kat situ.


Dahla sampai umah penat, sampai2 jer dapat haruman pulak. Geram tolla.





Aper dia ingat pasu aku ni jamban dia ke.

tensen tulla, kalo balik umah betambah kerja nak membuang taik pulak.

Acaner x nak bagi kucing tu jgn berak kat tempat yg sama yer?




Tuesday, April 15, 2014

Masalah PELAT


Assalamualaikum

2 hari ni aku sedikit runsing memikirkan Aiman. Lagi2 bila hal ini bapak dia yg luahkan.

" kesianla kat abg "

" dia nak ngaji pun susah "

" mesti kena gelak dgn kawan dia jer "


Hmmm yeker dia kena gelak..  Kalo betulla, memang kesian kat Aiman



Aiman thn ni 5 thn. Tapi sampai sekarang ni dia cakap masih x jelas sebutannya. 
Contoh cakap" otomen ahat ". sepatutnya jahat kan


Dia suka berborak ngan aku pasal ikan jos , otomen, king kong  tapi tula. Jenuh gak aku nak paham. Bila hntr dia sekolah terdengar jugak kwn2 dia bercakap. Better drp Aiman. Aisshhh


Rupanya byk juga mak bpk yg menghadapi masalah yg sama. Ada yg ckp ni perkara biasa. Alaaa nanti bila dah sekolah, dah bercampur ngan kawan2 pandaila dia cakap. Errkk

Kalo penyudahnya mcm tu xper. Tp risau jugakla kan


Bila baca artikel yg ditulis oleh Dr Zubaidi, betambah risau dibuatnya..




Banyak aku baca mslh mcm ni patut di rujuk ngan pakar ENT or speech therapist. Tapi mslhnya hospital2 kerajaan ni kekurangan  pakar utk kes mcm ni. Nak berjumpa memang memakan masa. Long Q gtu.


Sekarang ni memang aku banyakkan bersembang ngan Aiman. Harap2 ada perubahan la pd dia.

Kalau tukarkan susu formula boleh berhasil ker..

Kena usaha gak ni..