Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Wednesday, July 20, 2016

Jamuan Hari Raya anak anak


Assalamualaikum..

Masih bersiaran lagi hari ni.. hihiii


Alhamdulillah jamuan hari raya anak anak disekolah semua dah selesai.. Kalau edak macam ada hutang ajer, memikirkan nak bwkkan bekalan apa ke sekolah. 


Sekolah kebangsaan Aiman ngan tadika Dsa very easy. Cikgu kata bawak kuih raya/makanan jer. So general kan. mak pun senang hati. Order ajer muffin ker or belikan kek siap2 kat kedai.

Tapi turn kafa Aiman udah ustazahnya spesifikkan nak makanan cam:-
nasik impit
rendang
lemang
bihun/mee goreng..


hukhukkk tersedak mak ...



Bukan xleh nak bawakkan cuma ngan perut yg semakin kebawah ni rasa berat cikitla permintaan tu. 


Pikir2 demi untuk menjayakan jamuan yang nak dibuat, juga untuk anak2 kita juga so aku decide nak gorengkan mee ajer.


Nasib baik mak2 sekelas Aiman pun ada tanya2, masing2 nak bwk apa. So xderla semua sama ajerkan. heeeee


Ckp ngan somi nak grgkan mee ajer. Tetiba somi ckp, " xperla, esok pagi pa masakkan. Ma belikan brg2 ajer". hehehhee tq pa. sukala aku dengo.


So tergorengla mee papa & aku bwkkan kuih kacang sebekas.



Berbaju melayu Aiman pagi tu. Ni bj raya thn lepas. cantik & ngam lagi ditubuhnya. Raya thn depan baru kita beli baru yer bang.



 kuih muih yg dibawa.  Jamuan dibuat berasingan kelas. 

Kafa sessi pagi x berapa ramai budaknya. Inshaallah cukupla makanan yg dibawa. Xderla nak berebut2.



 Kelas 1 Ibnu Sina



Cuak/risau pulak bila aku tengok gambo ni.
Ngaperla Aiman dok sorang2. Mcm terasing jer.
Ni yg rasa nak wasap ustazah jer ni.







Ok, itu cerita Aiman. Ni kisah kkk Dsa pulak



nak order mufffin x sempat. Nak belikan kek pun  mak x sempat p kedai kek. So bapak belikan kuih baulu ready made kat 99 speedmart jer.



Sedondon biru. 
 Ni pun bj raya thn lps.Nak pakaikan jubah baru takut dia terjatuh pulak sebab jubah tu panjang. Kang naik turun tangga takut pulak terpijak.

Aisshh demi keselamatan kamu, pakaila baju thn lps. Pun masih cantik & ngam lagi.
Siyes ajer muka ko nak. xder moodla tu.Kalo xder mood mcm tula rupanya.
Isshhh penin aku layan anak wedok ni.
Unpredictable tol.




 teringat masa Aiman dulu. Mkn ramai2. 



Haa ini jerla cerita jamuan raya deme. Cerita kat sek kebangsaan x tahula acaner. Yg pasti Aiman ke sekolah juga berbaju melayu. Hmmm Aiman bwk kuih kacang 2 bekas. Dr umah siap2 bwk pinggan,cwn,sudu & garfu.


Habis dah cerita raya 2016. 


^_____^


Monday, July 18, 2016

Duit raya untuk abang Aiman


Assalamualaikum..


hari tu ada terbaca kat dlm fb kalau x silap.. mak pak jgn buat perangai bila cakap ngan tuan umah berapa org anak dia (yg ikut sorang, kat umah ada lg 4 org ).. Hmm mmg ada jenis macam ni kan.. Yg aku perasan golongan pangkat2 embah/nenek yg suka ckp cam ni. Cucu aku ada 15 org. Anak Peah 3 org, anak Lola 4 orang blablaaaa...

Aisshh not nice bah...


Tapikan x sangka la, budak kecik pun boleh cakap mcm ni gak.


Semalam Dsa ikut bapak dia p open hse . Aku ngan Aiman x ikut. Aku mls sbb nak rehat kat umah ajer. X lrt dah nak jln2 nih. Aiman x ikut sebab nak temankan mak dia kat umah. Anak baik ni..


Bila dah balik nampakla dia pegang sampul duit raya . banyak gak dia dapat.


" Aisss Dsa, banyaknya dpt duit raya "

" Pa pegi berapa buah rumah tadi ?"


Setahu aku dia p sebuah rumah ajer. Kok banyak sangat kutipannya tuh.


 Hmmm ma nak tahu, bila Dsa slm dia cakap " nak 2, abang Aiman 1 ".. OOoo tahula tuan umah yg Dsa ada abang kat omah.


Mak mana?
Mak mengandong. Kat umah.



Ohhh bijak ko nak.



Bapak geleng kepala ajer bila dia mintakkan duit raya bg pihak abang dia. huhuuu malu omak dengo nak. Mak x pernah srh mintak duit raya kat org.


So pagi tadi dia bg kat abang dia. Sukala abang dia dpt duit raya gak. Tapi terkeluar gak statement " naper Dsa dpt 4, Aiman dpt 3 ajer "..


Syukurla nak, dapat jugak tu.


Selalu gadoh, bila x bersama teringat jugak dia kat abang dia nih. 

Elok jugak kdg2 pisahkan diorg ni. Jauh baru rindukan.



Friday, July 15, 2016

Riang raya 2016


Assalamualaikum 


Selamat Hari Raya korang..

Akak lom bersalin lagi.. Sebok nyiapkan kerja2 yg ber dateline ni.. malas akak nak angkut fail2 blk umah.. kengkawan masuk kejer lemau lemau ajer, akk kejer ngan penuh semangat gitu. kikiiii


Semalam baby udah mula kacau2 mama.. main cucuk2 pulak. kaki pun mula start sakit2. hahaaa awasla kalo mcm tu. memang kena siapkan kerja cepat2. Mak kat kampong pun udah bertanya ajer. " ko kejer lagi ker? Mintakla cuti kat bos". hehehhe


Ikutkan pengalaman dua2 anak memang xder istilah cuti awal. Tp yg ini maybe akan start cuti bila dah sampai edd nanti. 



Opsss terpanjang pulak intronya.


Acaner ngan raya korang?

Raya aku mcm biasa2 ajer. Thn ni beraya kat umah mak pak aku. mcm biasa tiap kali turn aku beraya umah makpak, adik beradik 9 org mmg ada. Bila turn umah mertua baru aku ngan adik yg kat Lumut tu jer xder. Tapi raya ke 2 mlm selalunya udah terpacak kat depan umah. Lagi2 aku woooiii, umah mertua 10 minit ajer jaraknya. kikiiii anytime leh lari blk umah makpak. Jahat tol


Thn ni aku x banyak nolong sangat. Maklomla prt dah makin kedepan. nak tolong bsh pinggan byk2 pun susah. Thn ni teruk sikit sebab air x naik sinki. Nak cuci tepi kolah x mampu aku nak membongkok lama2. So mampu tengok ajerla. 


Hari sabtu mlm aku dah sampai kg. Isnin aku apply cuti, selasa & jumaat comp bg cuti. So buat apa tunggu lama2 kat omah. Somi pulak bg izin blk kampong dulu. Dia blk kg pg selasa sebab masih bekerja. Nganto aku n anak2 sampai Kuala Selangor then abg aku amik kat sana. Memang puasla dok kat kampong. bebudak lagi suka. mak pun suka gak( gelak slow slow )


Okla, buat kenangan di hari mendatang. Juga buat ingatan utk thn depan yg thn lepas dah pakai baju kaler apa. Yg penting ry pertama beraya kat mana dulu. Bukti ni.




Tiap kali pregnant mmg jubah pilihan aku. Nak berbaju kurung selalu xder saiz. Selalu ketat kat perut. Sedondonla ngan anak dara. :)




Aisshh bolatnya muka mak. Xper bolat bolat sebab ada isi. Kalo begambo ngan Aiman selalu mcm ni. Ngah xder mood la tuh. Nak main ajer. org sebok nak begambo dia sebok nak main bunga api.




Ingat abg ajer buat muka. Si adik pun sama. Nyampah mak tau. Mak dah ceria2 korang monyok ajer.
Bebudak ni ingat hari raya tu hari main bunga api ngan pop pop ajer kot.





Ni x cukup korum lagi ni. adik kembo xder, abg no 2 xder. Kalo ada semua mau sampai 3-4 baris.




budak 2 org ni memang geng. bff la buat masa ni. Dah beso korang x geng memang kena ketok nagn sudip jela. Ngah baik jadila bff, bila x ngam sikit mulala xnak kawan. 
"mama, nia x nak kawan dsa.. huhuuu "
Isss asik x nak kawan ajer.




Ni kat umah embah lanang. Sekampong ngan mak. Thn ni raya tanpa embah edok. Embah wedok baru ninggal 2 bln lepas. Tiap thn kalo ry pertama memang jengah umah embah dulu. lepas tu baru p Sabak Bernam belah bapak pulak. embah belah bpk pun dua2 dah xder. wak ngan paman ajer yg ada. Tp tp tahun tetap pergi Sabak.




Deme ni asik bergambo ajer. Ngah jalan bergambo, ngah makan bergambo. Aiiisshh aku jer yg selalu tertinggal. Mak sekali pakai tudung mcm tu nampak mudala sangat. kikiiii



Dapat babysitter baru. Dah jadi bff asik nak berdokong jerr. Nasib kamula haiqal. Ni anak abang.



Kan aku cakap, deme ni asik bergambo ajer. tak kira siang malam. begambo ajer. bwh tiang lampu pun jadila. hohohoo



org ingat kat belakang tu antu. akula antunya. nak gak menyelit. asik muka korang ajer. 
^___^



Kat umah abang.. sebelah umah mak ajer :)


Raya pertama p umah embah ngan Sabak
Raya ke2 p umah sedara mara dekat2 kampong tu ajer..
Mlm ry ke 2, beraya ke umah sedara kat lorong keluarga..

Raya ke 3 balik umah somi pulak..


memang inilah rutin hampir setiap tahun...


Bila dah balik umah sendiri memang x rasa sangat dah hari raya tu.. Lagi2 ngan aku yg menghitung hari ni... nasib baik radio2 masih lagi putarkan lagu2 raya.. Juga sekolah anak2 yg masih sebuk menyambut jamuan hari raya..


Akhir kata, selamat hari raya.. mohon maaf kalau ada terkasar bahasa & terguris hati tanpa aku sedari..



Daaa...





















Monday, August 3, 2015

Raya 2015


Assalamualaikum.

Hari ni dah 18 Syawal.. tahun ni aku kurangla dapat jemputan open house.. agaknya semuanya menunggu nunggu untuk dijemput kot.. Ikut nasihat pak menteri kot. kena jimat cermat lagi lagi org gomen kan. dengar dengar awal sangat diorang dapat gaji bulan ni.


Raya tahun ni sama ajer meriahnya ngan tahun lepas. Bezanya anak anak dah makin beso. Seronok tengok diorang pakai baju melayu ngan kurung. Aiman ngan delisha lak jenis suka pakai baju baju macam ni. Edakla baru pakai udah nak ditukar. sehari suntukla diorang pakai baju melayu ngan kurung. Mak pun x betah pakai bj kurung nak. paneh. heee


dah cerita dalam entry sebelum raya kan. Ai tertipu ngan somi. Silap ai jugak sebenonya. Acaner turn raya boleh lupa. Rasanya x pernah laki bini terlupa turn raya masing masing kan. 


Sebenarnya aku pun x berapa nak kisah. Sebab adik aku pun balik umah mertua dia dulu. kikiiii korang ingat aku baik sangatker. Mana best balik umah x cukup adik beradik. Nanti Aiman delisha pun x jumpa ngan sepupu diorang.

Agak agak laki aku tahu tak trick aku ni.. 

T______________T


Jom tengok baju raya aku tahun ni. Bukan senang nak pakai sedondon.




ececeee cam baik jer adik ngan abang ni..



orang x tahu semua cakap, sweet nya adik bradik ni..


Ingat senang ker mak deme nak dptkan gambo perfect ni..
kena mengaum dulu tau..
kan aku dah cakap yg aku ni mak yg garang

acaner x mengaum kalo deme x carik pasal dulu..


adik dah posing manja, abang leh buat nose mcm tu..
geram mak



suka beno buat muka camtu.



dah hampir perfect, adik sajer jer jeling kiri kanan..

nasib baik sekarang ni tangkap gambar x yah nak guna kodak.. jimat dah duit.. mn yg buruk, mak delete terus.



ok, ni gambar sessi keluarga pulak. :)

kaler x plan. cantek jer terus rembat. ekceli baju aku tu baju dinner. dah jimat duit x yah beli yg baru. Just somi n anak anak jer.


Lepas solat raya, lbh kurang kol 10lbh baru gerak p umah sedara.



best bila anak anak dah besar ni. senang kerja. mak pun leh lenggang kangkung. xderla beg nak berisi ngan diapers n stok susu. 

Tapi bila dah beso lain pulak ceritanya. 


Raya pertama kitorang p umah belah sedara bpk mertua. memang sekampung tu sedara mara dia. adala dekat 4 umah kitorang pergi. Lps tu balik umah tunggu sedara lain pulak yang datang. Raya ke 2 turn org kampong pulak bertandang. Aku dok umah tolong akak ipo kat dapur jer.


petang raya ke 2, dah balik kampong aku. 

Yahoooo mak pak aku balik

home sweet home



ni gambo adik adik n anak buah kat umah embah aku. raya pertama wajib p umah embah dulu.


raya ke 3 baru aku jengah umah embah aku. sekali ngan adik yg baru balik.


 anak ank pun dah berpecah. Aiman geng ngan Apiq.



 bila sepupu dah ketemu..
getik tol aku tengok budak rambut curly tu. melenyis beno





lepas tu deme bantai p melompat pulak. udahla umah embah aku tu berlantaikan papan ajer. nasib baik x der yg patah.  embah aku baru sembang yg ada anak sepupu  aku melompat lompat sampai patah papan lantai dia. waaa lagi hebat anak sepupu aku itu.



lepas p umah embah baru p bertandang umah wak2 n paman yg selorong dengan umah aku. wajib p umah umah ni sebab selorong kan. yg dekat tula yg wajib. Yg jauh later later baru p.



kat umah wak depan. adik sorang xder. dia sebuk ngemas umah.
nyampahla tengok tudung tu. senget sebelah ajer. design sama tapi quality n hg yg berbeza. memang x best.


begambo dulu sebelum berjalan.


 
abang n adik ipar + somi



 selorong ni, dr depan sampai belakang semua umah sedara mara. sebelah tu umah abang aku.



susah tol nak begambo 2 org ni. ada jer yg interprame kat belakang. nasib baik comei comei.



malam raya habiskan stok bunga api yg dah wak bekalkan. seronok bebudak ni. laman umah luas.  x risau ada kereta lalu ker apa. memang kita kita saja.


Inilah serba sedikit cerita raya aku. raya ke 5, pagi selasa lepas subuh aku dah gerak balik bsp. sebab somi petang tu kena kerja. Aku pulak sambung tdo. best.


So kawan kawan, selamat hari raya.

Semoga kita dipanjangkan usia, ketemu lagi dengan syawal thn depan.



Friday, July 31, 2015

Sebelum Raya


Assalamualaikum semua

Semoga semuanya baik baik jer. sihat sihat, betambah comel 

Selamat hari raya aku ucapkan kepada semua yang mengenali diri ini. Amboii macam nak sampaikan ucapan pulak yer. heee


Thn ni aku beraya kat belah somi aku dulu.  2 bulan sebelum raya jenuh aku mikirkan hal ni. Last year aku beraya kat mana yer?
umah aku ker umah somi aku.


Dok sebuk tanya kat adik beradik aku, aku last yr beraya kat mana dulu 
Adik aku yg lumut tu ckp aku beraya belah somi, yang lain2 x ingat.
Cari gambo last yr pun xdo.


Aisshh acaner leh terlupa nak jenguk entry raya last year.

Yg somi aku sajer jer.. mengkonpiuskan otak aku. 
Last year kat sg tiang la.


Sampaila ai terpercaya tau.

Sebab tu thn ni beraya kat umah somi. Pecah tembelang bila akak ipo tanya " bkn thn lepas ko beraya kat sini ker? sama ngan akak ". ku jeling jeling somi ku itu. Nyengeh jer.

Fine. Next 2 years blk kg aku jer. :)


Balik kampong hari selasa petang. berbuka kat umah aku dulu. esoknya baru blk umah somi.



Aiman kebosanan sebab xder geng. Bila xder geng mulala otak dia berkembang pesat sampai menghasilkan idea idea yg sangat kreatip n inovatip.

Aku tengokkan ajer. x kuasa dah nak melarang. Turn atok dia pulak bersuara.



 Time ni ko offerla Aiman buat apa2 kerja. Dia akan terima dengan relahati & gembira
Cuma ko kena ber jaga jaga jer. 
hehehhehhee acaner tuh.

Nak lepas tangan pun xleh.



Gegirl ni pun sama ngan abang dia. Cuma dia x lasak sangat. X nak bepanas.  Hot katanya.

Anak  buah somi aku semua dah beso beso. Time ni yg balik pun sorang jer. Sorang jer laki, Yg lain pompuan. Kdg2 mengajak balik kampong sebelah. terpaksa mak pak dia bisik bisik bg tahu apiq ngan nia lom balik lagi.

Tu jer citer sebelom raya. Next, citer raya ok.


Monday, July 6, 2015

Baju RAYA


Assalamualaikum..

Alhamdulillah persiapan baju raya utk anak beranak dah selesai.. tinggal nak beli songkok utk bpk ngan anak laki jer.. nanti kita pergi cari kat maidin ajer

Baju bebudak aku dah beli awal tahun lagi. masa sogo buat  sale. masa beli semua longgar2 sekarang udah ketat pulak. Kenala mak jadi taylor meng oter mana yg dah ketat tu. Nampak beno korang cepat membeso yer anak anak.


So nak raya ni xderla rasa perit sangat nak keluarkan duit tu. kalo edak pakai baju yg mana ada jerla. 


Xder baju baru xper, yang penting kita wajib balik kampung walaupun poket dah kempis. Edakla aku nak beraya kat Kl demi nak berjimat cermat sangat. Aisshh jgnla diikut sangat idea yg kurang bernas tuh.


soping raya pun p kedai yang mampu milik sahaja. x yah susahkan diri nak beli yg mahei2 kalo mampu beli yg murah ajer. yang penting semua ada persalinan baru. 



Dah la x poser, budak pompuan ni beli baju raya ngalahkan org yg puasa. Org lain beli 1, dia sampai 2.

betul org cakap, kalau dah ada anak ni, keperluan mereka yg lebih diutamakan. Suka tengok anak2 pakai baju baru.

Siankan kat mereka yg kurang mampu. Bersyukurlah dengan rezeki yg ada.


# tinggal nak nyoping kuih raya jer lagi #


Thursday, August 21, 2014

Sambutan hari raya di tadika Aiman


Assalamualaikum semua

Semalam tadika Aiman ada buat sambutan hari raya sikit. So semlm semua budak pakai baju raya and kenala bwk kuih raya sorang sikit. Aku xder kuih raya so hari selasa tu aku beli swiss roll cake kat pasar mlm ajer.

Oleh sebab tu xderla sessi belajar. Kul 10.30 pun dah balik umah.



Amboii sakan kwn2 Aiman.. siap bersamping. Mcm nak p menikah ajer.
 hehehe sorii acik gurau gurau ajer  :)



Sorang bwk sikit. Kalo dah 50 budak mau bertingkek tingkek  kuih raya



Aku ingat aku jer yg merungut kenapa Aiman ni selalu duduk paling belakang. Kalo beratur pun paling belakang jugak. Rupanya bpk dia pun perasan. Asik belakang jer.

Kalo perhimpunan pagi2 tu memang x pelikla kalo Aiman paling belakang sebab dia selalu dtg lmbt. Heeehe

 Ni nak kena tanya teacher ni. 



Hamboiii Aiman. Sampai bongkok seribu kamu ngadap bihun tu. Kalo mak masak edak pulak kamu mkn mcm tu sekali. Sajer je kamu ni



 Aiman ngan kengkawan



Berposing sebelum pergi skul. 

Sian pulak mak nengok kamu .
Senteng jer baju tu. Seluar pun mak kena labuhkan.

Nampakla yg kamu makin tinggi bang. Baju thn lepas ni.
Kompem thn depan kena beli baju baru.

^_____^


Kain samping mak x sempat nak carik. Kalo jumpa pun mak rasa mcm dah x sesuai jer ngan kamu.

Xperla, mcm ni pun mak tengok kamu dah enchem sangat .