Showing posts with label tax. Show all posts
Showing posts with label tax. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

Anda sudah mendaftar GST ?


Ececeeee macam dah jadik pekerja kastam pulak yer.. 

Assalamualaikum semua


^___^



Just nak sembang2 sikit psal gst ni..

Jumaat lepas bila aku sampai umah, terus on tv. Nak sambung dengar bajet 2015. On the way dlm keter psg gak radio.  Sebagai rakyat kena tahu gak serba sedikit.

Nak mengomen pun kenala tahu cerita kan. jangan nak ngikut cakap orang jer. Tu kurang cerdik namanya. Punyala pung pang marah sana sini, itu x betul ini x betul. Bila tanya balik kat dia, kosongggg.


Sampai umah bajet pun dah habis. Terus sambung siaran psl perbincangan bajet tu ngan pakar masing2. 

Yg aku perasan la, perbincangan x lari cerita pasal GST.

Semua panel yg datang semua cakap GST tu GOOD.

Mcm kfc, feelin goood.


 So nak tanya ni, syarikat korang kerja tuh dah daftar GST lom?





Kalo belum baik cepat cepat buat
Deadline untuk daftar gst  pada 31/12/2014.
Lambat daftar penalti maksimum x lebih RM20,000

Sayang jer duit tu. Bukan susah pun. Semua Online. Sejam leh siap kalo semua info dah ada.


Wajib daftar ker?

tengok sale comp thn lepas baper. Kalo dah cecah RM500K memang wajibla tu. Kalo sipi sipi suka hati korang la. 50:50 . Nasihat, better daftar jer. Free pun





1st time aku dengar briefing psl GST ni drp Shell. Mula2 dengar masih bengong bengong jugak. Aper input output tax ni. udahla aku dah lama beno meninggalkan kerja tax tax ni. Adui

Kali ke 2 pergi anjuran Petronas pulak. Kali ni pergi baru nampak cahaya sikit. 
Alhamdulillah :)


lepas ni kena cari sumber lain pulak nak bagi betul2 paham. Yang penting bila nak buat nanti. Mcm banyak sangat paper work. Bertambah kerjala.

Software pun kena upgrade. Kos semua tu.


Nak attend seminar2 psl gst ni pun bukan main mahei. Berpeluh gak ni.
Moga ada insan yg sudi bagi cahaya lagi. 

harap harap la.


Wednesday, April 24, 2013

Aku dah dapat tax refund, korang dah ?


Assalamualaikum wbt


heheee statement buat korang panas jer ye..



Kuwilaaaaa, aku wes ngomong.. endang ngenteri borang income tax kuwiii..  degill orak gelem kerungu uwong ngomong..  
( aiisss rosak jawanese aku ni :( )



dlm bahasa melayu nya:

" aku dah cakap.. hantar borang income tax tu cecepat.. tulahh, degilll x nak dengar cakap orang "..



Aku hantar income tax pada 26/3/13




Tadi saja saja check cimb cliks, pelik jap...


" aiiii pesal baki mcm byk jer, ada org bg duit ke? "


nmpk sgt selalu berbaki ciput kan ..sede



Tengok tengok..... pelik pulak amaun dia.. Siap ada sen sen lagi tu..  

Haaaa ni mesti lhdn bagi nih..





Memang kompem betulla, lhdn yg bagi.. Opsss bukan sesajer bagi, mereka pulangkan lebihan income tax.


Cepat kan weiii



Sebab tu aku hanto cepat2.. dapat balik pun cepat..


Time hujung2 bulan ni, memang buat aku senyum leborrr..

Mekaceh yer LHDN..


Terus ckp ngan opismate dah dpt refund.. mcmla dpt byk sgttt kan . kecoh jer..


Edakla, just nak diorg check jugak. Almaklumla masing2 pun ada tax refund juga :)


Thn ni aku berdisiplin dengan menyimpan semua resit2 buku... walau x banyak sekurangnya ada



*lepas nak bayar android Aiman yg rosak tu*



Tuesday, March 26, 2013

Income tax 2012


Dah pun selamat hantar..


Cepat cepatla lhdn depositkan balik tax refund tu.  leh aku usung anak & lakik p jenjalan.. nak beli gelang emas kena topup pulak .. ohh p menyelam pun jadila..  Aiman mesti sukaa



X susah dah sekarang ni.. semuanya dihujung jari..  


Sekarang ni kalo korang hntr x sampai 5 mnt dah setle..  laju jer..  cer korang hanto pd 30/4 memang terbakar jer hati ni..  asik asik stak ajer..  mengalahkan snail.. pusing pusing pusingggg



Masuk jer web sini e-filing


Sebelum tu kumpul segala dokumen yg berkaitan..  mcm ea form, statement insurance, resit2 buku/majalah, bil internet, penyata sspn, resit2 zakat & resit derma..


Dah ada semua ni baru senang nak buat.. mcm mkn kacang kuda ajer..  


Tapi sebelum tu korang ingat x pasword e-filing korang..  aku selalu sangat lupa kat mana aku tulis.. terpaksala belek buku catatan 1 persatu..  Lepas ni aku nak tulis kat depan borang tu..beso beso..senang nak tengok.. heee



Ingat nak tipu2 cikit kat pembelian buku2 tu..  kunun2 nak claim semaksimum yg leh $1,000..  sekali tengok alahaiiiiiiiii  x sampai $100 pun pengurangan dia.. so mls la nak wat nakal..  :)


Korang, cepat2la hanto income tax tu yer..  


Jgn sampai terlepas 30/4/13,, x pasal pasal kena penalti...




* untung diorg yg byk anak, leh dpt relief byk..heeeee *






Monday, January 21, 2013

Bil Hasil Tanah 2013..


Assalamulaaikum wbt


Isnin datang lagi :)

Dont moody moody


2013 masih awal tapi x sangka banyak benda yang perlu kita ambil tahu.

Macam bil hasil tanah..

Apaaaa!!!!

BIL HASIL TANAH.

Bil apa tuh?


Banyak ke nak kena bayar?

Ehhhh releksla... x banyak mana pun..

Warga Selangor kena bayar RM46 ajer setahun( kdr mengikut keluasan tnh).

Aiissss murah jer, ingat RM460 ker..  Hari  ni gak aku pergi bayar..

Haaa pergila bayo, jangan ditangguh tangguh.  Nanti lupa tertangguh sampai ketahun depan.





Tapikan.... muskil la.. naper aku kena bayar RM261.30


Kemuskilan menyelubungi diri betulla.


Jikalau diperhatikan ada tunggakan untuk thn 2009-2012.

Aishhhh x sudah sudah ngan tertunggak


So pagi ni aku telepon Pej Tnh Kuala Langat bertanyakan status terkini.

Seteleh diperiksa pegawai tu ckp tunggakan terkini cuma RM46 ajer.  Lalu aku bertanyakan " dalam sistem x up to date ker" Kenapa bil terbaru masih ada tertunggak disitu?.


Masalah baru pulak timbul bila nombor hak milik & lot umah yg aku bg x sama dlm sistem dia.  Dia kata nombor yg aku bg tu bukan merujuk kpd rumah skrg ni tapi rumah sewa aku yg lama. Aiikkkk semakin konpius dibuatnya. Penin penin


Udah dia suruh aku pergi periksa kat Shah Alam ( Bgnn Sultan Abd Aziz) .  Hmmm kat SNP & segala surat nombor hak milik & lot tnh memang x sama dlm bil hasil tanah tu.  Jgnla ada masalah berbangkit.


Harap2 betulla ckp pegawai tu, yg bil hasil tanah ni xder tertunggak.  Harap2 la. Aminn



Bil hasil tanah ni boleh dibayar di Pejabat tanah  secara tunai, cek & online dikebanyakan bank.


Jangan bertangguh. Bayaran akhir pada 31/5 setiap tahun.  Jika terlambat akan dikenakan penalti.


*hidup jgn menyusahkan org.Nanti hidup x berkat*