Showing posts with label diabetis. Show all posts
Showing posts with label diabetis. Show all posts

Tuesday, October 11, 2016

Rawatan susulan untuk bapak..


Assalamualaikum..

Hari ni bapak masuk wad lagi untuk beberapa hari.. Nak buat rawatan kat hosp Navy ni pun kena take turn jugak.. Nampak beno rakyat Malaysia ni dah banyak yg ngidap kencing manis. Macam yg aku tulis sblm ni, kat sini ada mesin yg sesuai utk rawatan susulan bg pesakit diabetis. Sebab tu kena take turn.


Pagi ni adik dah wasap gambo.



Allahu Akbar..  bpk n the geng

Adik aku cakap mesin ni namanya 'chamber'.
X tahu fungsi sebenarnya untuk apa.
Kena tanya makla kalo nak tahu.



Mesin kawalan. 


Hmmm kita usaha yg terbaik saja. Bapak kena beringat . Kita anak2 memang nak bpk sihat tapi kalo empunya diri x nak jg diri betul2 mcm mn kan. Cuma boleh berdoa agar bpk berubah. 


Selebihnya tawakal pada Allah swt.



Kita yg masih muda ni, sentiasa beringatlah. jaga makan minum & kesihatan. Jgn bila dah tua nanti banyak penyakit yg hinggap. Waktu tu sepatutnya kita dah boleh rehat rehat kan.


Jom amalkan gaya hidup sihat.

^___^




Monday, October 10, 2016

Keadaan bapak..


Assalamualaikum..

Setelah beberapa kali menjalani proses pembuangan daging kerana telah membusuk/bernanah, hari ni bapak di rujuk ke hospital Navy, Lumut.

Setelah hampir 3 minggu berumah tangga di hospital T.Intan. Tempoh yang paling lama bpk kena tahan. Sebelum ni paling lama pun seminggu ajer.



~ keadaan terkini ~


Hari ni kena refer kat hosp Navy sebab nak buat rawatan susulan. Kat sini ada mesin yg lebih sesuai.



lepas pemeriksaan, bapak kena masuk dlm balang ni. dekat sejam gak kena berkurung dalam ni. Nasib baik ada tv atas tu. Edakla takut sangat kan. Kurangla bosan.

Adik aku ckp masuk dlm sini sbb nak bg mati kuman2 yg ada. Wallahualam.


Yg terbaru ni bapak aku kena toreh daging kat area lengan.




22/9/16


lepas kena toreh..


mcm mana daging lengan ni boleh kena tarah..

next time aku story ( kalo teringatla..kikii ). Skrg sebok.

Lepas ditoreh..


tadaaaa




dah macam mumia aku tengok


ngeri x ?


giler x ngeri ko.. 
Aiishhh

Kalo bapak x insap lagi tak tahula anak anak nak cakap apa lagi dah

Ni lengan lepas 2 minggu kena toreh..

Eeeee ngilu nya  eee



masa ni dah relakss..

lepas bius lengan dia habis, mak aku kata bapak aku sampai menangis nangis menahan kesakitan.. Udah makan pain killer pun x hilang sakitnya..

Mak aku pun dah cuak semacam.. Anak2 pun dah cuak bila mak kata bapak x nak berenggang ngan mak langsung. X bagi mak p mana2..

Mendebarkan jugala..

Tapi lepas tu ok dah. Ok sikitla. xderla nak nangis nangis.
Cuma kadang kadang datang jugak hyponya.
Hmm kat spital pun boleh hypo. makan mnm dah terjaga tapi hypo tu stil datang.
Sekarang ni memang susah nak dijangka. memang kena sentiasa berhati hati.





Dah mcm ni ada hati lagi tanya pasal kapal nya..


udah anak anak sebok suruh jual ajer kapalnya nya tuh..
Selagi ada kapal tu selagi tula ingat kerja ..

Mak aku cakap, banyak2 kali kena toreh kali ni paling menderita buat bapak.
Sampai rasa nak disepak doctor tu bila masa nak dicuci lengan tuh.

Hmm sakit yer pak. Sakit cari sendirik tu.
Cer dengo cakap anak anak. Dok umah ajer. Relaksss


X nak dia.

Nak jugak p kekebun. Bersihkan kebun sawit.

Hmmm

kitorg memang berharap sangat yg kali ni bapak insap. Udah udahla ke kebun tu.
Udah puas anak anak bebel. Kdg kdg termarah pun ada.

Bila sakit kompem dah x boleh buat apa. Bpk gak yg menderita. Mak pun penat. Kesian kat mak.
Sepanjang bpk dok kat wad, mak jugakla yg kena jaga.


Tidur bwh katil tiap malam. Alas selimut ajer.

Sede anak anak menengoknya.







Dan tadi adik aku cakap bpk pun kena masuk dalam sini. Aper ke bendanya ni.
Udah jadi bahan gelak pulak.
Bapak nak p angkasa lepas ker.


Adoooiii

bapak oh bapak.

memang degil la bpk ni. x makan saman.



Friday, July 3, 2015

CEMAS!


Assalamualaikum..

Usai semayang magrib malam tadi kakak aku kol.


" Bapak tenat! :


haaaaa


mcm mn bpk tetiba boleh tenat..terpikir sejenak dlm kepala aku.. 

Disebabkan intonasi suara akak aku masih terkawal so aku rs xder yg teruk sangat ( nyedap hati )..


Bapak x sedar diri menjelang nak berbuka puasa. Masa tu aku pun dah stnby dok depan meja. Hp dah sorok bawah sofa tak bagi anak2 main. Sekali sorok udah terlambat dapat berita penting.


Bapak aku kan ada kencing manis. Disyaki dia mengalami hypo.


Perkara-perkara berkaitan dengan kencing manis: Hypoglycaemia (Hypo = rendah, glyc = glukosa atau gula, aemia = darah)

 Keadaan ini berlaku bila terlalu banyak insulin di dalam badan menyebabkan kandungan gula di dalam darah menurun ke paras yang lebih bawah daripada normal. Keadaan ini juga dikenali sebagai "Insulin Shock". Ia boleh berlaku disebabkan pemberian ubatan yang melebihi dos yang diperlukan, umpamanya pada waktu awal-awal pemberian ubat kerana doktor pesakit masih belum boleh menentukan secara pasti dos yang perlu diberi. Ia juga boleh berlaku bila: berlakunya pertambahan dalam aktiviti yang berbentuk fizikal, yang tidak disertakan dengan penambahan makanan atau pengurangan insulin. pesakit makan sedikit daripada biasa, dan tidak disertakan dengan pengurangan insulin yang diambil atau pengurangan aktiviti fizikal. terlebih ambil insulin. lambat atau tidak makan. mengambil alkohol berlebihan. Sekiranya ini berlaku, pesakit boleh pengsan. Ia perlukan rawatan serta merta.  Selalunya pesakit kencing manis boleh mengetahui bila kandungan gula di dalam badan mereka rendah.

 Antara tanda-tandanya ialah: *Berpeluh (sejuk). *Tangan menggeletar (trembling). *Rasa lapar. *Penat. *Pening. *Degupan jantung bertambah. *Rasa keliru (confused) dan 'moody'. Sekiranya ini berlaku, pesakit perlu menambah kandungan gula di dalam darah pesakit secepat mungkin. Ambil makanan atau minuman yang mengandungi glukosa atau gula secepat mungkin. Selepas itu, pesakit perlu menambah pengambilan karbohidrat seperti susu, biskut, dsb. Pesakit kencing manis perlu sentiasa beringat dan membawa bekalan gula glukosa dan makanan supaya keadaan ini dapat diatasi segera. 

copy & paste: http://mnidotcom.blogspot.com



kat klinik kampong.


kelam kabutla bila bpk tiba tiba x sedarkan diri.

mata dah tertarik tarik ke atas.

huuuuuu scaryyyy


Alhamdulillah, selepas terima rawatan bpk mula stabil. mula sedar & ingat kat anak anak



lepas isyak mak menemani bapak p hospital ngan ambulan.



Kol 1am baru dapat masuk wad.

terima kasih adik sebab ambil berat.



udah kena admited.

Akhirnya bapak merasa gak tido kat spital setelah banyak kali terlepas.

Anak2 lagi suka bpk kat spital sebab dia boleh rehat dengan betul.

Kat umah bukan x rehat, pantang rasa sihat panjang langkahnya nak kekebun.

bapak bapak, dah sakit sakit pun sebuk nak kerja.



gagah lagi tu bwk motor. ishhh

Inshaallah, kalo keadaan bertambah baik bpk akan keluar esok.

Semoga semuanya baik baik. Aminn

Tuesday, October 21, 2014

Jari ku tinggal 3


Assalamualaikum



Ni cerita Jumaat lepas.

Alhamdulillah, dah selamat pun dipotong.

2 jari kaki kiri. Ibu jari dan sebelahnya.




Aku & adik beradik ingat mayb bpk akan ditahan sehari dua. Mana tahu, pagi pergi tengah hari dah balik.


Bapak pun alhamdulillah sihat. Cuma 1st day lps operation ada mual & muntah muntah.

Kesan operation maybe.

Bila bpk sampai depan umah, akak aku konon2 belagak nak jadik mcm pelakun korea la tuh. Di dokongnya bpk aku sengsorang. Udah kecoh bila muka bpk bekerut kerut kesakitan.


menitik nitik drh kelantai

Aiisss aku yang mengelap rasa nak pitam pulak. Pekat rupanya darah kita ni yer. 

Kini bpk berulang alik ke klinik untuk menukar balutan.

Harapan kami semoga bpk cepat sembuh.


Paman aku ckp " sekarang ko mkn apa , dia (bpk) x teringin dah ".

Yeke man, hari tu aku msk keledek goreng, diam diam dia suruh adik aku amikkan cikit.


Bapak oh bapak


Thursday, October 16, 2014

Suka Duka dalam 1 masa


Assalamualaikum..

Betullah.
Kdg kala sesuatu perkara yang berlaku pasti ada hint atau petunjuk daripadaNYA.

Mungkin kebetulan saja.

Macam perasaan - hati tiba tiba ber-debar.

Tengah gelak ketawa tiba tiba jantung dipdupdap..


Cam spetang semalam.

Ngah borak2 ngan opismate boleh tiba2 rasa x sedap hati.

Oh Tuhan, lindungilah ahli keluarga ku.


X nak rasa apa apa. So abaikan saja perasaan itu.


Lbh kurang pukul 7lebih, adik bg tahu kakak ipar di kampung srh kol abang pukul 8mlm nanti. Ada hal urgent katanya.


Ohhh hati mula risau balik.


Betulla apa yg aku rasa petang tadi. Ingin diberitahu sesuatu.


"Doktor cakap kaki bapak kena potong"

Ohhh



Pertama kali kaki bpk dikerjakan , urat2 kat jari tu pun dah kena potong. memang jari tu dah xder rasa apa katanya.


Kemungkinan 2-3 jari akan dipotong.

Itu adalah cara yang terbaik sebelum merebak ke tempat lain.

Bapak redho. 

Anak anak sentiasa sokong.

Apa yg terbaik kami ikutkan saja.

Sepatutnya petang semalam doktor dah nak potong jari jari tu tapi abang mintak delay dulu. Mintak pandangan adik beradik yg lain. Juga memandangkan majlis walimatulurus yg akan berlangsung pd hujung minggu ini.


Apapun tunggu esok pagi. Potong tetap potong cuma bila x pasti.

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan.

Amin