Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Wednesday, January 11, 2017

Apakah pengakhirannya?


Assalamualaikum..

Hati ini sedang resah, otak mula penat memikirkan pelbagai kemungkinan..

Nak buat apa lepas ni?
Duduk rumah?
Kerja dirumah?


Susahnya bila kita nak memulakan benda baru.
Cari kerja baru.
Interview.
Officemate baru
Environment baru
Aisshh dah lama x pergi interview.

Ya Allah, susahnya hati bila kena keluar dr zon selesa ni.

Ya Allah, permudahkan segala urusan ku.
Amin.

Thursday, January 5, 2017

Terima kasih ALLAH..


Assalamualaikum


Alhamdulillah
Syukur sangat Ya Allah
Kau permudahkan segala urusanku..


Sungguh aku terasa betapa ALLAH permudahkan urusan ku 2 hari ini.

Walaupun malam tadi terasa kelam kabutnya, tapi pagi ni dah dipermudahkan.

Buat sementara waktu anak anak dah dapat pengasuh baru. Kena fikir pulak lepas ni nak hantar ke pengasuh or taska.



Beginila nasib mak mak yg bekerja. Masalah utama bila pengasuh buat hal.


Ya Allah lindungilah anak anakku drp sebarang malapetaka dan bencana.
Amin.

Friday, December 30, 2016

Pagi pagi dah kena saman



Assalamualaikum..

Mood pagi ni dah kelaut..

Pagi pagi dah dapat saman memang la hangin..

Kalo kena saman memangla sebab kita buat salah kan.

Aku pun ngaku aku salah tapi tengokla kesalahan tu mcm mana..

elok jer aku dok dalam kereta tunggu adik aku beli air kotak kat kedai.. 


Janganla nampak org salah kome nak terus saman..

Atleast jenguk2la dulu, ketuk2 tingkap tu mintak alihkan kereta ker.. tanya apahal parking kat jalan  ni. Aku leh terima tau kalau komer ketuk ketuk dulu..

Ni edak.. terkejut aku tetiba bunyi papppp. Lps ko letak saman kat wiper ngko pun blah. X sempat aku nak hai

Sekali tengok saman, wahwahwahhhhh siap ada gambo keter lagi.. cun sangat. tangkap gambar dr belakang, printed, selit kat wiper & terus. Aku rs trafik tadi x turun dr mtr pun sebab laju sangat kejadian tu.. Aku memang x sedar bila dia ada kat tepi keter..


Saper yang kejer kat area puchong ni tahula mcm mn parking kat cini.. kol 9pg memang semua dah full.. Lagi2 area bank.. 

Kalo nak beli roti tu memang org parking jap kat tepi jalan tu.. jalan tu ada 2 lane.. 1 lane keter parking ada lagi 1 lane.. org mabuk jer langgo keter berhenti.. 


Aku x puas hati, aku nampak trafik tu aku jumpa dia. Dia kata lain kali cari parking. Encik kalau ada parking dekat situ edakla saya parking kat jalan. Ingat aku ni suka sangat ke nak langgar undang2. X kuasa aku nak hbskan duit kat saman2 ni.


hangin tul aku. Aku hangin sangat sebab aku ada dlm keter tu. Aisshhh hangin tul aku. Menyaman jer kejernya. 



Wednesday, September 28, 2016

Tegarnya hati ibu..


Assalamualaikum..

hari ni hari ke 2 Umar ke taska..

Semalam tanya pada pengasuh Umar ok x.. Ok kecuali bab nak minum susu jer..
Hmmm agak dah..


Mlm tadi Umar tidur ajer.. Macam seharian x tidur. Mungkin tidur tapi x lena. Kejap2 bangun. Jadinya sepanjang malam asik tidur . Bangun sekejap kejap jer. Bf pun kurang , pagi tadi nak mandikan dia diapers pun kering.


Pagi ni Umar rancak sangat menyembang. Banyak beno yg nak dicakapnya. Agaknya cakap x nak p taska kot. Nak dok umah ngan mama. Umar janji x noti. Agaknyala. hehehe


Rancak sungguh. 
Aaa uuu aa uu. Bila mengenangkan moment mcm ni, tu yg luluh hati mak nak menghanto kat orang.


Allah, hanya mak mak ajer yg paham ngan perasaan ini.
( Alahaiii mak mak sangat. Kalau naik hangin pontianak pun boleh kalah.. suara bak halilintar gitu )


Alhamdulillah, kalo Umar sihat memang agak senang nak uruskan dia.

Dia akan berjaga sejam lebih kurang. Ms nila nak borak2 n main2 ngan dia. lepas tu dia akan tidur sejam 2. kalau tidur dlm buai memang lama jugak. Nak lama bedungkan dia.  Ulang alik rutin mcm tu ajer. Bangun bf kan ajer.


Hmm dan aku perasan Umar x berapa kuat minum susu.


Seperti semalam Umar tidur ketika aku menghantarnya ke taska (mcm skema plk ayt ni). Alhamdulillah dapat bfkan dia kejap tadi. Xderla dahaga sangat. Juga bekalkan susu fresh & 3 btl ebm. Smlm pun bwkkan 3 ebm. botol 0. Tapi hanya pengasuh jerla yg tahu sama ada hbs diminum or terbuang.



lepas mandi sambung balik tido. Best sebab dah wangi. :)



Allah, lindungilah anakku Umar daripada sebarang malapetaka dan bencana.. Aminn


Anak yg terpaksa ditinggalkan.


Jikalau ada pilihan lain pasti anak kecil ini bukan ke taska atau pengasuh. Sebaik2nya dibwh jagaan mak sendiri. Tapi apakan daya. Mak kena bekerja untuk kehidupan kita. Juga komitmen mama yg lain.

Tegar dalam paksa.

Zaman  yang semakin mencabar, memaksa ibu ibu mengorbankan perasaannya.


Semoga Allah permudahkan urusan kita nak.
Amin


Friday, July 10, 2015

Gaji aku cuma RM800


Assalamualaikum..

RM800.. itulah gaji pertama aku selepas habis belajar (thn 2004). 
bekerja sebagai receptionist cum clerk, pejabat di Wangsa Maju
kwn yg rekemen
Gj asal yg di offer rm650 ajer


kalau rm650 memang aku xnak. dapatla rm800.

dok kl gaji 650.. nak cari penyakit apa..


Belajar sampai degree tapi gaji cuma rm800 ajer.

Ko hado ?


Perasaan aku?


ofkos rendah diri..

Aku terima sebab aku xnak tanam anggur lepas hbs belajar. siapa kata graduan memilih kerja. maybe org lain tapi bukan aku.

dengan gaji sebanyak itu aku duduk menyewa ngan kawan2. Mula2 dok menyewa kat sentul. Terpaksa menyewa ditempat lain sebab x larat nak bayar tmbg bus/lrt setiap hari. Dah duduk dekat cikit , jimatla duit transport.


menyewa umah flat rm200 sebulan. tambang bus rm2 pergi balik. Naik rapid kl. bus kena tukar 2 kali. kdg2 tertinggal bus dapatla menumpang bos. hahahha malu malu.


800 memang x mampu nak bagi mak pak duit belanja. Segan tapi alhamdulillah sepanjang bergaji rm800 xpernah sekali mintak duit kat mereka. hidup dengan seadanya.


Nak lagi jimat, cari lagi rumah yg lagi dekat. Alhamdulillah dapat. menyewa bilik ngan kawan. rumah flat 2 bilik. Rm200 x silap x termasuk api air (share 3org). P kerja jalan kaki, dlm 10 minit. kalo malas tunggula bas rapid lagi. hehhee. Naik teksi 5 mnt dah sampai.


berkat rajin & usaha, bos bagi kepercayaan kat aku . Dr receptionist bertukar dept. Bila senior sorang demi sorang resign, akulak jadi senior walau bekerja x sampai 2 thn.

Gaji pun naik cikit demi cikit. Orang lain naik rm50 aku leh naik rm200. Syukur. Bos nampak sesuatu dari aku.


Nak duit lebih aku buat part time kat kedai mamak. buat filing jer pun. sabtu ahad. separuh hari jer. bertahanla sebulan sebab bosan dikelilingi ngan india india yg x tahu cakap bahasa melayu. hooo segan nak ckp yg aku pun x tahu nk speaking. Bestnya kerja kat sini aku dapat makan ayam tandori free. sebulan dapatla rm300 x silap.


kadang2 ada jugak kwn offer buat acct bagi pihak dia. dapatla duit sikit. bolehla membeli belah di maidin jln tar tu.


Dalam tempoh ini memang aku x mampu nak beli kereta apatah lagi rumah. Mampu bagi mak pak setiap bulan dah syukur alhamdulillah.


Kalau malas memang la tak kemana. kais pagi kais petang jerla. 

usia muda memang dihabiskan dengan mencari duit. baru boleh merasa nak berharta. Lagi lagi kalau kita bukan berasal dari bandar. semuanya kena usaha sendiri. susah senang tanggung sendiri.


yang penting kita kena bekerja bersungguh sungguh. Rajin. X berkira masa. Tunjukkan usaha & komitmen yg padu. insyaallah bos akan hargai kita. dr jalan kaki bos bagi pakai kereta dia buat urusan syarikat. wlpn sebelum ni kereta tu maid dia yg guna tapi aku merasa gak p kerja bawak keter. kwn lain mana hado


rasa diri ini seperti vip


Tapi

komitmen hidup semakin tunggi.

Dulu single sekarang berdua. dulu p kerja 5 minit sekarang 1 jam baru nak sampai sebab jem.. huwaaaaa


terpaksa cari kerja baru.

walaupun bos cakap noooooooooooo tapi i am sorry bos.

Alhamdulillah gaji jauh beza dr tempat lama. Bertahan selama 3thn lebih sebelum ditempat sekarang.

kenapa beralih kerja lagi?


sebab lagi dekat & jimat..

no tol
no jem
no parking


masa sangat fleksibel


semua ini memang menggembirakan aku yg punya 2 anak kecik..

tapi x sangka pulak.. rezeki anak no 2 membolehkan aku memiliki rumah sendiri.

tapi dah jauh balik

bayar tol 2 kali
alhamdulillah jem x teruk sangat mcm yg dulu



maybe ini berkat kesabaran & sikat positif aku. org suka . 
 gaji kecik, bermula dr bawah 
alhamdulillah dah ada rumah & kereta utk dipakai.


kereta murah jerpun tapi jadila ..

bagi aku bio murah yg penting x nyusahkan orang ..

apa yg aku ada semua hasil usaha aku.. dengan izinNYA. 

Syukur..


So jgn putus asa, kena rajin baru merasa guna.

Saper2 nak buat akaun tapi x tahu, boleh aku buatkan. Caj kawan kawan ajer..


hahhaaa sempat lagi nak promote..


aku muza.. mujako

sekian.


Thursday, July 2, 2015

Techer marah


Assalamualaikum

Pagi tadi kat umah Aiman dah ckp nak p umah makcik Ha. mama dia ckp, lepas blk sekolah baru pergi umah makcik ha.


X pernah pulak dia requset nak p umah m.Ha. Mesti ada apa apa ni.



On the way p skul, Aiman cakap lagi. " Aiman x nak p skul ".

Hmmm

" kenapa Aiman x nak p skul? Aiman kena marah ngan techer ker ? "

Dia diam..


" Techer marah Aiman yer? naper techer marah? "

" Aiman x pandai baca buku. "

" techer ckp apa kat Aiman?"

" techer x cakap tapi Aiman tau techer marah Aiman. Kwn2 dah baca buku 8, Aiman buku 7 lagi"

kwn2 Aiman pun ada yg x pandai jugak ( nk nyedapkan hati dia ).

" tak, kwn Aiman pandai . T techer marah Aiman lagi. "

" Xperla techer marah. Techer marah sebab nak Aiman pandai. nanti malam kita baca buku banyak2 yer. "


teresak esakla dia kejap sebelum masuk kelas. punya berat kaki nak melangkah. Sampai depan pintu aku ngantor dia.


Alahai anak.. terasa hati kena marah ngan techer.


Sejak bulan poser ni, memang aku selalu skip ajar dia membaca. Penat , balik umah terus sebuk masuk dapur. lepas berbuka kdg2 terus terlelap sampai ke sahur.



Sekarang dia baca buku kaler merun tu. Lps hbs buku ni tinggal 1 buku jer lagi untuk dihabiskan sebelum sekolah berakhir.


rehat ni kena tengok balik cd bacalah sebelum jadi techer balik malam ni.




Wednesday, June 10, 2015

Rindu


Assalamualaikum..

Minggu ni minggu akhir cuti sekolah kan..

Aiman masih dok kat kampong. Apa pulak yg dia belajar kali ni. 

Bila berjauhan ngan anak ni, kdg kdg terbit rs rindu. lama sangat dah. 
Ingat x Aiman kat mak dia nih.

^____________^


putrajaya



 Kadang kadang Dsa pun cakap nak balik kampong. Nak ikut Aiman.
Alahai sayang, Dsa kecik lagi. Malam malam nak tidur cari mama pulak.

Bila aku kol Aiman, selalu jugak dia bertanya " adik kat mana ma? ".



buah hati mak.. 



Friday, November 7, 2014

Aiman Delisha


Assalamualaikum

Mendengar lagu " bila waktu telah tiba by Opick " sambil melihat foto foto anak , rasa sayu dalam hati.

Sejak ber anak ni, memang hati mudah tersentuh. dengar lagu yg mendayu cikit pun boleh datang rasa sayu secara tiba tiba. Sebelum tu elok ajer gelak gelak.


Tadi nampak gambar budak lelaki yg kena buli tu (ank yatim) hati terus terusik, nak menitik air mata. Siannya anak itu.

Terus terkenangkan anak anak.

Mak rindu...


Bulan Oktober bulan kelahiran anak anak.

Tiada majlis harijadi. Cuma makan sepotong kek.

Bila mak wish " happy birthday " Aiman ngan delisha malu2. 

Suruh nyanyi birthday boleh x nak pulak. Selalu beria ia diorang nyanyi. Birthday sendiri xnak nyanyi pulak. Hiii


Mak harap Aiman ngan Delisha akan saling sayang menyayangi sampai ke akhir hayat.
Saling lindung melindungi antara 1 sama lain.


Mak sayang korang sangat sangat.






































 

 Aiman Danish Mohd Nazli  vs Amirah Delisha Mohd Nazli 
12 & 17 October
5 & 3 yr



Happy Birthday sayang mama.
LOVE 


Thursday, July 24, 2014

Wednesday, July 2, 2014

Demimu MILO , sanggup ku redah segala rintangan


Assalamualaikum

Ini kisah benar. 
Baru berlaku malam tadi. Buat peringatan aku dan suami.Memang mendebarkan sungguhla. 

Wahh intro pun dah berdebo sangat kan.


Memang saspenla. 
Sebab...



Aiman HILANG..


Betul x tipu..  Aiman hilang.  Cerita nya begini..


Sejak 2 hari yg lepas Aiman mintak air milo. Air milo pulak yg nak dibeli kat 1 restoran mamak,  Restoran Rased. Org bsp tahula restoran ni. Tapi aku x endahkan.Sebab bila blk kerja aku terus pecut amik anak2. X suka singgah2.  Petang semalam dia teringat balik nak minum milo. Selalunya aku buatkan jer kalo dia nak. Tapi milo kat umah dah habis. Lom kesempatan nak beli lagi. 

pic: google


Petang semalam blk dr taska dia mintak lagi. Ajak aku p kedai nak beli milo. Aku ckp mlm nantila beli sebab nak berbuka poser. Non stop mintak sampai bpk dia pun cakap benda yg sama.


Lepas berbuka dia ingat lagi kata2 mak pak dia. Nak milo. Jom p kedai beli milo. Dah malam, jom beli milo. Petang tadi aku ckp tunggu mlm baru beli milo. So bila dah mlm dia ungkitla balik.

Yg aku pulak dah golek2 atas katil. Malas nak kuar srh Aiman keluar ngan bapak dia.


Haaaa kat sinila permulaan kejadian itu berlaku.

Somi cakap yg Aiman bagi tahu nak keluar dulu. Bpk nya yerkanla sebab dia baru nak pakai baju. Bila somi dah siap berbaju tengok2 kat luar anaknya dah xder. Somi carila Aiman sebab baru jer budak tu keluar.

2-3 kali somi balik dok panggil Aiman Aiman. Aku pun pelikla tanya naper. Somi cakap tadi Aiman keluar dulu, skrg dah xder. 2-3 kali somi round jln yg biasa kitorang lalu tapi xder. Adooiii aku mulala cuak. Xkan baru keluar dah xder.


Per lagi aku pun cepat2la tarik tudung. Mencarik aku sampai ketaman tapi mustahil Aiman kesitu sebab dia jarang p taman malam malam. Sampai aku terserempak ngan org yg tolong cari Aiman pun xder. tengok longkang xder. jerit2 nm dia pun xder sahutan.


Dlm kepala mula pkir kalola Aiman dah kena culik and dikurung dlm keteke, umah ker bukan dia boleh buat apa. Ahh sudah. Wlpn dalam hati masih x rasa  benda yg x elok tapi sebab x jumpa jumpa makanya aku pun dah mula berdebo. Ya Allah selamatkanlah anakku. 


Hingga aku terserempak ngan org yg tlg cari tadi, dia kata anak akak dah balik. Haa dah balik, betulker. Cepat cepat aku blk umah. Fuhhhh betulla dia dah balik. Ada  pakcik hantar dia balik umah.


Pakcik tu cakap dia nampak Aiman jln/lari sorang2 kat kat tepi jalan. Pakcik tu tanya nak p mana, Aiman cakap nak beli milo kat pasar ( mlm semlm ada psr ). Bila diajak naik mtr nak hntr blk Aiman x nak. Dia nak beli milo sambil pegang duit rm50. Pakcik tu ngikut jerla Aiman. Pakcik tu naik mtr. Bila Aiman nmpk pasar dah tutup dia p ke petronas pulak. Jrk psr ngan petronas xla jauh sangat. Pakcik tu masih ngikut lagi sampaila Aiman siap beli air kat dlm kedai petrons tu. Baru dia nak ikut pakcik tu balik. Itupun bkn milo yg dibeli tapi ribena sebab milo xder katanya.



simpang tmn umah







Adooiii anak. Sebab milo berani dia berjalan dr umah sampai ke petronas. Memang aku laki bini sampai sekarang x percaya dia berani tahap gtu sekali. Jrk umah ngan petronas jauh jgkla. Dlm 300 700meter gitu. 


Bila tanya balik kat dia naper x tunggu abah, dia boleh cakap abah yang suruh pergi.


kecoh jugakla Aiman hilang. Sampai jiran depan umah semua keluar.


Pengajaran buat aku laki bini.

1) Jgn mungkiri janji ngan anak anak. Kalo ckp nak beli mlm ni, nak x nak mlm ni kena beli jugak

2) Jgn main main ngan anak. Kalo dia ckp nak keluar memang x akan bg lps ni . Tunggu dlm umah sampai makpak bersiap

3) Jgn predict kelakuan anak. Aku ngan somi memang x caya yg Aiman berani jln kaki sorang sorang 300 700meter demi nak capai keinginan dia. sekotak milo

4) Aiman sanggup hadapi segala rintangan demi mencapai keinginan dia. Aku ingat dia memang ngidam sangatla nak minum milo kotak tu



Aku ngan somi x marah dia. Menggigil agaknya sebab dia hilang tadi. Dlm 20mnt jugakla.


Aku pesan jgn buat lagi. Kalo ada anjing gigit mcm mana. Dia jawab " xderla ma, anjing kena ikat kat leher. mn boleh gigit". Kalo jatuh camner " mn ada jatuh ". Ohhh budak ni sentiasa berfikiran positif gayanya. Mcm mn nak bg dia takut yer.


Memang aku sangat2 berterima kasih ngan pakcik tu. Atas sikap prihatin dia tuh Aiman balik umah. Boleh dia ngikut Aiman dari tempat dia terserempat kat tepi jln sampai ke petronas.  Kalo aku pun mesti tertanya tanya mnla mak pak budak ni.


Nasib baikla Aiman diketemukan ngan insan yg baik, kalo disebaliknya. Nauzubillah...



Lepas mak pak reda, mlm tu Aiman ngan somi keluar p kedai lagi beli stok milo. Bukan setakat milo, bpk beli sedozen milo kotak lagi. Minumla puas puas.


Akibat berlari 300 700 meter malam tadi kaki dia lenguh lenguh. terjaga sahur pagi tadi mintak mak dia urutkan.



Aiman aiman..

Berani nya kamu..




Monday, May 12, 2014

Hadiah untuk mak


Assalamualaikum

Hari ni bukak ajer fb semua org dok uplod gambo mak masing2 sambil caption# sy sayang mak #. So manisss gtu. X pernah nampak hari ni aku baru tahu muka mak masing2. Leh buat contest, muka saya mcm muka saper?


Okei, tadi somi wasap gambo ni.




Terharu jap.

Lepas tu sengeh sorang sorang. Bahagia gtu.


Walaupun aku curiga ngan tulisan tu, ehh mcm cantek sangat ajer tulisan Aiman. Xperla, mak x kecik ati kalo bkn Aiman yg tulis. Heee


Dah pesan kat somi, lolipop itu mama yang punya. Jgn berani nk makan


Mcm ni pun leh buat hati mak syahdu tiba tiba.



Friday, May 9, 2014

EMAK


Assalamualaikum


Mereka kata hari ni hari ibu. 

"Selamat hari ibu, mak"

Aku x pernah raikan hr ibu. Wish pun jarang . Tapi aku sayang mak

Pipi mak aku lembut jer. x der pun pakai sk2 ker apa. Basuh muka pun katanya pakai sabun mandi. Memang x pernah nampk mak aku beli cleanser or krim2 muka nih. Memang ihsan anak2 perempuanla kalo nak membelikan.Tapi muka mak aku bersih. Jerawat pun xder. Kalo aku ikut muka aku memang ler antek. Nasib ler muka ikut gen bapak. jerawat asik menyerang


Mak aku ms muda xla gemuk. Aku ingat ingat ideal la ms tu. Anak 9 ma. Sejak stop no 9 berat mak aku naik. Katanya kesan mkn ubt perancang. Mungkinla.

Tapi x la gemuk sangat. Nmpk gemuk sebab mak aku ketot. Hmm yg ni aku ikut mak aku. Pendek . Adik2 yg lain semua tinggi


Mak aku sekolah x tinggi. Aku rasa maybe sekolah rendah ajer. Tu pun x tahula habis darjah 6 ke x. Jrg tanya kisah2 lama. Tapi keluarga mak aku dulu susah. Adik beradik ramai. Ramai yg laki. So mak aku kena tolong embah masak & kemas umah. Embah pulak jenis x berpelajaran so x pentingkan pelajaran sgt kat anak2. Tapi mengaji khatam berkali2.


Walau sekolah x tinggi mak aku boleh membaca & menulis. Alhamdulillah


Dulukan, ms kecik2 aku ingat mak aku ni jenis kuat membebel jugak. Suka sangat srh aku buat kerja umah. Kalo sabtu ahad tu selagi x siap kerja umah jgnla nak main2. Kalo x dibuat asik membebel ajer. bingit telinga. Selalu melarikkan diri ngan alasan sekolah ada sukanla, cikgu ada buat kelas tmbhn la.  Kdg2 kena tlg bsh baju. Penat lor. Adik2 kecik lg. Kakak sekolah asrama. Sian aku


Pernah gak aku kena kejo sampai umah wak aku . Ntah apa yg aku buat. Sanggup dia kejo sambil bwk pelepah kelapa tuh. Garang tolla. Sekali kena memang berbirat peha


Kenangan kenangan


Sekarang ni bila dah besar, dah berkahwen & dah punya anak. Baru aku tahu mcm mn perasaan mak.  Patutla bila ada anak2 yg buat hal mak masih bersabar. Walau anak jahat sekali pun, mak masih sayang. Anak xder duit, mak bg pjm. Bila anak buat2 lupa, mak x der nak mintak2. Mak halalkan..


Mak aku ni kelako gak org nya.. Kelako ngan anak2la. Kalo kentot tu dah xder nak bg signal. Tahu tahu bergego da. Bertempiaran anak anak. Adoooiii. Udah berjangkit ngan cucu dia pulak.


Sekarang ni bapak aku sakit. Memang dah teruk keadaan dia. Udah berpampers. Bpk x sedar dia dah terbuang. Semua dah diluar kwln dia. Mak akula yg membasuh. Yg membersihkan. Yg mengurut siang mlm.

Sampai mak mengeluh kepenatan.

Sian kat mak.

Bila dah berusia x sangka kena menjaga bapak pulak.


Anak2 cuma boleh mendengar keluhan mak. Sebab anak2 tahu mereka x mampu nak menjaga bapak.


So bila melihat semua ni aku memang x sampai hati kalo x dapat nak memenuhi keinginan mak aku. Bila lagi aku boleh berbakti padanya. 

Selagi ada hayat aku cuba untuk menggembirakan hati mak. Duit boleh dicari. Kegembiraan mak, adalah restu seumur hidup aku.

Mak cuma 1.


Ya Allah, KAU kurniakanlah mak & bpk ku dgn kesihatan yg baik2, panjangkanlah umur mereka. Semoga mereka berbahagia sentiasa.

Mak, aku sayang mak. 
Moga mak sihat selalu. 
Boleh kita pergi jln2


mak aku


* org kata aku iras ngan muka mak.. ye ker *

Thursday, March 27, 2014

Musibah..


Assalamualaikum

Korang perasan tak?

Awal tahun ini, satu persatu kejadian yg tdk di ingini berlaku, berlaku di negara kita.

Banjir

Kemarau

Jerebu

MH370

Overdose dadah

Kemalangan


Astagfirllahalazim


Kadang kadang bila mengingatkan akan satu persatu musibah yg melanda, petunjuk apakah ini.

Mahu kiamatkah?


Ya Allah, acapkali bila memikirkan kiamat memang sangat menakutkan . Ngeri. Mintak mintak belum nak kiamat lagila. Aku takut. Amalan x banyak. Diri sendiri belum sempurna sebagai seorang muslimah. Ya Allah. panjangkanla umur aku. 


Kenapa terlalu banyak musibah yg berlaku sekarang ini. Sebagai seorg mukmin, aku melihat ini sebagai 1 peringatan kpd umat islam semua. terutama sekali buat pemimpin2 negara. Berhentilah drp bergaduh sesama sendiri. Hentikanlah segala fitnah2. Jgnla dikejar sangat kepentingan, kuasa & darjat.

Demi kuasa, maruah islam tergadai. Lihatla para pemimpin sekali. Apa terjadi pd anak remaja sekarang. Bkl pemimpin akan datang. Ya Allah, sedih betul memikirkan mereka yg mati disebabkan overdose dadah.

Sebagai negara Islam aku pikir x seharusnya konsert2 begini diadakan. Inilah petunjuk dr Tuhan, andai kalian sedar. Insafla, semua ini lebih mengundang bala bencana. Xder 1 pun keuntungan kpd umat islam.

Tak perlulah terlalu open minded, x perlulah terlalu cool sehingga membenarkan perkara2 ke arah kemaksiatan terus berleluasa. Cukuplah yg ada skrg.

Ya Allah, Malaysia negara islam. Kenapa kau turunkan semua musibah ini. Apa yg KAU mahu tunjukkan.


Andai rakyat sedar ini balasan ALLAH alhamdulillah. Tapi yg paling penting pemimpin2 negara harus bukak mata, sedar, insaf... berubahla demi negara tercinta. Demi Islam. Demi perpaduan.

Masih belum terlambat untuk kita berubah & bersatu.

Ya Allah, lindungilah negaraku drp mala petakan & bencana

Jauhkanla negaraku dr dipimpim oleh golongan yg punya kepentingan diri sendiri

Satukan hati hati kami



Thursday, February 13, 2014

Bila aku jadi staff multitasking


Assalamualaikum..


Aiyoyoooo .. lama tarak nampak u punya muka.

Ni ler jadinya kalo staf kena buat semua jns kerja..

receptionist banyak

admin cikit

akaun major

tea lady rutin ( buat air 0 ajer )

cleaner cikit
.
.
.
.

Okeh


Kerja kerja kat atas aku masih boleh handle..

Tapi kalo tetiba aku kena jadi programmer..

APE!

PROGRAMMER


...pitam...


Sebab tu aku diam diam ajer minggu ni

huhuhuhuuu

sambung wat kerja..




Bila gaji naik haruskah beban kerja pun naik jugak?


Ohh


Friday, December 6, 2013

Bila nak mati..


Assalamualaikum & salam jumaat semua


Aku selalu dengar ikim.fm.. 
Bukanla nak cakap yg aku ni baikkkla sangat. Mcm riak ajer. Alahh dengar ajer pun.


Niat nak berhijrah kearah lebih baik  tu sentiasa ada. Sebab tu walaupun sampai sekarang masih x baik baik lagi tapi biarkanlah ikimfm menjadi halwa telinga aku. Semoga hati aku ni  lembut jer nak berbuat baik.


So pagi tadi dengarla dj tu cakap. Tiba2 aku macam tersedar ngan 1 ayat dia.

Lebih kurang mcm ni la mksd dia..

" sentiasalah berbuat baik/ibadah ibarat kita nak mati bila2 masa saja "


ohhhhhh



Selama ni aku sentiasa terfikir fikir. kenapa hati aku kadangkala nakal.. 

Kenapa mesti nak cakap pasal hal orang lain

Kenapa mesti nak sebuk hal orang lain

Kenapa mesti nak tumpang dengar cerita orang lain

kenapa

kenapa

KENAPA!!!!!!


Walaupun hari hari aku dengar ikim kenapa aku masih sama jer


Bila dengar dj tu cakap kita akan mati bila2 masa, so aku terfikir. Kenapa aku x fikir segala kerja2 ku & ibadah ku hari ni umpama aku akan mati esok.

Biarla mereka dengan cara mereka.


Lepas ni aku x nak cakap pasal org lain. Kalo diorang nak bercerita , aku dengo jerla.. Boleh x gitu.. heheeee


So sebelum nak cakap x baik psl org, ingat yg aku akan mati bila2 masa jer. Berdosa kalo X sempat nak mintak maap.



Tuesday, November 26, 2013

Ingatlah pada orang sekeliling


Assalamualaikum





Petang semalam aku singgah beli nasik lemak untuk anak anak. Nasik lemak ayam berempah. Selain dapat nasik lemak ngan ayam, pembeli boleh jugak mengambil organ organ lain macam hati, leher , kaki & pedal sebanyak yg korang nak secara percuma. 

Ohhh suka hatila org2 yg sangat menggemari organ2 ni kan. Free tu..

Tapi sebagai makhluk yang mempunyai akal untuk berfikir sepatutnya harusla kita memikirkan juga perasaan org lain. Tahula ngko sekeluarga amat menggemari organ tersebut tapi janganla sampai dikaut semua sampai orang2 kat belakang yang nak merasa sepotong 2 x merasa langsung. Dapat tengok ajer ngko memenuhkan bekas polistrin tu. isissss

X wajar sungguh aku memikirkan perangai org2 mcm ni. Mentang2 free ko kaut semua. Habis tu orang lain tengok ajerla yer


Aisss walaupun sekarang hujung bulan , janganla dibuat begitu. Nampak beno ngko mementingkan diri sendiri. Masa aku beredar dari kedai tu aku jeling kat perut dia. Manala tau kut kut ngah mengandung 6 bulan ker. mengidam nak mkn leher ayam berempah. Xdala pulak 


X patut x patut.  Buat peringatan untuk diri sendiri & suami. Jgn sekali sekali buat begitu. Sian kat orang lain.


Sekian..



Monday, September 30, 2013

Kecewa dengan Diri Sendiri


Assalamualaikum 


Sabtu lepas ada sesuatu telah berlaku.. Menyebabkan aku somi isteri kehilangan mood.. Bukan setakat mood elang, aku jadi temper x pasal pasal


Bila ngah temper, memang best rasanya dapat memiap anak anak.. Dah piap sekali nak piiiap berkali kali.. Cuma nak berkali kali tu aku masih sedar.. 


Masa ni anak buat silap kecik jer , aku dah memekik.. Astagfirllah..



Anak2 tidur mulala nak menyesali.. Sungguh, mak menyesal nak


Ya Allah, kurniakanlah aku kesabaran yg tinggi 



Rasa hiba bila pagi2 Aiman cakap " t ma marah. Ma ukul " sambil buat balik camner aku pukul dia..Berkali kali aku ckp aku x marah dia, tapi dia masih cakap jugak aku marah.


Anak anak, maafkan mak.. 


* Inila terjadi bila terlalu lm simpan didalam hati. Sekali terluah, yg x berdosa menjadi mangsa *



Monday, May 20, 2013

wajah wajah cinta hati saya



Assalamualaikum wbt




Dia seorg budak yang lincah..

Bermulut manis mcm gula


"ayang mama"


Abang yg sgt protective

 AWAS!

Jangan kacau adik comei saya..




Budak yang manis..

X jemu mama memandang..

Jadi pak lawak buat mama,abah & abang ebob..

hahaaa gelak kami sekeluarga.


AWAS!

Comel2 tapi garang rupanya..




mereka cinta hati saya..

Kini & selamanya..

Dunia & akhirat..



*mama LOVE you*

Wednesday, January 23, 2013

Anak anak penghibur hati mak bapak




Bahagianya hati ini..

Tengok, baiknya adik dan abang ni..

Baring bersama 1 bantal

Nyot nyot bersama..

Panorama yg sangat indah

heeeeee



Kadang kadang mereka  bermain bersama..

Hahhahahha Kikikiiii

Hahaha diorg main sampai tergelak gelak..



Dan yang paling selalu kedengaran..


Uwaaaaaaaaa, ma adik igit abang,

xpun adik yg nangis sbb abang ambik mainan dia  :)




Anak anak,

 maafkan mama..


Kadang kadang hilang kesabaran melayan karenah korang yg macam macam.


Mama love u so much..


*selalu rindu ngan diorg*


Monday, October 22, 2012

Aku tersentap



Kadang kadang ada org ni dah desperate sangat nak jual produk dia.  Kalo x jual nanti x capai target pulak.  Okeh, cantek sangat kalo ko sungguh sungguh nak jual produk tu tapi beretika & bersopan santun la sedikit kawan.


Aku ditegur oleh seorg kwn, mula mula chat2 jap. Then dia masuk ke tujuan utama dia.  " ko dah ada planning insuran dll ".  Yes aku dah ada.  " anak- anak ko ".  " Ohh diorg lum ada lagi".



" KO X SAYANG ANAK KO KER ?"    serius memang mak SENTAP nak.


"Mana ada mak x sayang anak wei".. nak jer aku ckp ko x der anak lagi boleh la ko ckp gtu.  Kalo ko dah ada anak & ko ckp mcm tu ko memang bodohla.  Hangin tul aku.


Kau nak suruh org beli insuran pun cakap tu berlapik la sikit.  Jgn nak terus sembur jer.  Adooii tolonglah.  Nasib baik amarah aku tu dlm hati jer.  Mls aku nak lanjutkan.


Masalah & kewangan setiap orang adalah berbeza beza.  Kau boleh mengajak & mengajar kepentingan insuran kepada aku dll tapi jgn pulak kau memandang sinis kepada mereka.


Lagi ayat x tahan bila dia cakap " aku x kawen smpi sekarang sebab nila "..   Ohh kawan rezeki Allah dah tentukan.  Rezeki utk kau, anak anak kau.  Jgn ckp mcm tu, x elok.  Siapa kita nak menjangkakan benda2 yg akan berlaku nih.


Aku tahu insuran itu sudah menjadi 1 keperluan, bukan x nak beli cuma belum cukup rejki lagi.  Benda benda ni memang dah aku fikirkan sejak mereka bayi lagi cuma kadang kadang aku kena mengukur baju dibadan sendiri.  Insyaallah, mak akan usahakan semua ini nak.




*kpd mereka yg menjual insuran ni, beretika la ketika berurus niaga yer*