Thursday, April 18, 2013

Haram berWUDU' ketika haid


Assalamualaikum wbt..


Selama ini korang perasan x ngan perkara kat atas?



Hmmm  bg yg cetek ilmu mcm aku ni kadang2 anggap benda ni mcm biasa ajer.  Alahh benda baik kalo buat pun x salahkan..


Nak perjelaskan secara detail pun memang aku x arif dlm bab ni.

Cuma sekadar apa yg aku terdengar pagi tadi di ikimfm ...  


ada caller bertanya, apa hukum berwudu' ketika sedang haid.


Ustad tu jawab HARAM bg mereka yg sedang haid amik wudu' walaupun niatnya utk dapat pahala TAPI dibolehkan amik wudu' utk tujuan tertentu.  Kesimpulannya kalo nak amik wudu' time period ni tengok pada niat tertentu.



Sempat google psl isu ni..  


aku copy paste yer:


Wanita yang haidh, dan masih dalam belum putus darahnya, haram mengambil wudhu' dgn niat ibadah wudhu' itu sendiri. Begitulah yg disebutkan oleh para fuqaha'. Imam Nawawi menegaskan perkara ini di dalam Majmuknya dan begitu juga para Fuqaha' lain. Ini kerana sudah pasti wudhu'nya tidak sah atau terbatal ketika berwudhu' tersebut, maka jadilah ia satu tala'ub (bermain-main). 

Adapun yg sudah terputus tetapi belum lagi mandi, maka sunnah baginya utk berwudhu' sebelum tidur dan sebagainya. Kalau nak basuh muka, tangan, kepala dan kaki tanpa niat wudhu' tu silakanlah ya bila2 pun. Wallahu A'lam


Ada pertanyaan lain:

hurm... sy dah biase amik wuduk, tanpe mengira waktu. slagi kluar tandas, sy cube mengambil wuduk. termasuk time haid.. dengan berniat juga.. sudah menjadi amalan seharian. rase tak slesa klu tidak buat.. kesimpulan nya? :?

Dan jawapannya :

kesimpulan: Masih haid: HARAM amik wudhu' dgn niat.. Haid berenti tapi belum mandi: SUNAT.. mnjawab psoalan diatas: kalau sebelum ini tdak tahu maka tdak mengapa tapi selepas ini jgn buat.. seeloknya beristighfar dgn ksilapan kita

sebagai tambahan..


sahabatku yg solehah jgn lah sekali2 kamu lakukan apa yg di Haramkan oleh Tuhanmu n Rasul saw adakah kamu mencari kemurkaan Tuhanmu. Amalan sentiasa dlm berwudhu amat di sukai Rasulullah saw, dan jika Rasulullah saw menyukaiNYa nescaya Allah swt turut menyukaiNya saya aluk2kan perbuatan saudari itu akan tetapi tinggalkan apa yg di haramkan ke atas kamu.




Kadang2 penin gak kepala kan.  Ty ustad ni jwpnnya A, ty ustad lain jwpnnya B..


Wallahualam..



*bykkan berzikir setiap masa*







1 comment:

  1. TQ Muja ....kalau tak share kat sini kita tak taukan...

    ReplyDelete