Assalamualaikum wbt
Salam jumaat sekalian.. ^__________^
Jumaat yg baik ini, nak cerita benda yg baik2 jer..
Hari ni langkah pertama aku sebagai hambaNYA yg kerdil lagi .....
Insha Allah, semoga hati ini sentiasa lembut untuk menunaikannya.
Selalunya nawaitu tu dah ada tapi masyaallah, liat sangat nak buat.
So bila dah semua ada depan mata, moga2 ibadah yg kecil ini dapat memberkati kehidupan aku & keluarga. Just daftar thru online jer. Mintak tolong Cik Guugel utk cari website PPZ or klik kat cini PPZ
Petang semalam bila terdengar perbualan dlm radio Ikim berkenaan hal zakat ni, ustaz tersebut menyatakan
" Zakat ini penting supaya pendapatan yg kita perolehi mendapat keberkatan. Sentiasa berkat ". Bila dah berkat insha Allah, semuanya akan baik2.
Malah zakat ini sangat wajib bagi mereka yg telah berkemampuan. Pentingnya zakat sampai kena diqada'kan zakat2 terdahulu yg belum kita bayar lagi.
Aku ni kalo dikira2 belum lagi tergolong dlm kategori yg sangat wajib untuk membayar cuma memikirkan, apalah amalan sunat aku yg boleh aku jadikan buat bekalan disana. Nak bersedekah dimasjid pun jarang2 ke masjid.
Walaupun jumlahnya tidak banyak, semoga ia dapat memberkati rezeki yg aku perolehi. Insha Allah.
Bukanla nak tunjuk riak (nauzubillah), cuma buat peringatan utk diri sendiri supaya sentiasa meng'upgrade' amalan sendiri & lain lain nak ajak korang buat benda baik gak.. Masing2 dapat pahala kan :)
So kepada kawan2, jomla tambahkan amalan kita dengan berzakat.
* malunya bila dengar ada gak org bukan Islam yg bayar zakat *
No comments:
Post a Comment