Selamat tengah hari :)
Pagi tadi saya seronok membaca 1 artikel berkaitan " Mitos si kecil ". Korang boleh terjah blog ni anakkusayang. Banyak sangat informasi berkaitan ngan sikecil kita.
Okeh aku copy, paste & edit sedikit aper yg diceritakan pasal mitos @ dongeng tu yer. Mesti benda ni pernah terkena kat batang edung korang gak. Alahaii aku pun sama. Mengong ajer kalo pk balik.
~ 6 Mitos Si Kecil ~
1. Bayi harus
dibedung agar tidak masuk angin
Mitos ini dikatakan tidak benar. Kebanyakan orang
memakai bedung agar bayi tidak masuk angin. Dan ada juga yang mengetatkan
bedung terhadap anak agar ia kejap dan angin tidak dapat masuk.
Tahukah anda
bahawa bayi sedang bertumbuh dari sudut fizikal? Pemakaian bedung mampu
merencat perkembangan organ dalaman bayi memandangkan dinding perut bayi yang
masih lemah. Pemakaian bedung yang ketat akan mengecilkan ruang dalaman bayi
seterusnya menghambat pertumbuhan organ-organnya.
Namun tidak salah memakai bedung kepada
bayi. Cuma, longgarkan sedikit terutama di bahagian perut dan paru-parunya
supaya jantung dan paru-paru bayi dapat berkembang dengan baik.
Kata aku: org2 tua kat kg bising kalo nmpk bayi x berbedung ni. Huby aku pun sama . Siap cakap nanti dah beso jalan mengengkang ajer. X patut x patut. Mak aku suruh bedung sbb dia kata nanti bayi tidur lagi lena. Kalau ms tu ngah ujan, bayi xderla terkejut bila dengo guruh berdentam dentum. So aku jrg2 bedungkan anak2 aku. Mlm jer selalu buat.
Kata aku: org2 tua kat kg bising kalo nmpk bayi x berbedung ni. Huby aku pun sama . Siap cakap nanti dah beso jalan mengengkang ajer. X patut x patut. Mak aku suruh bedung sbb dia kata nanti bayi tidur lagi lena. Kalau ms tu ngah ujan, bayi xderla terkejut bila dengo guruh berdentam dentum. So aku jrg2 bedungkan anak2 aku. Mlm jer selalu buat.
2. Tidak boleh memotong kuku bayi sehingga habis pantang.
Mitos ini ternyata tidak benar. Kuku bayi yang baru lahir panjang dan tajam. Ia
mampu mencederakan wajah bayi dan kemungkinan boleh merosakkan kornea matanya.
Mitos ini mungkin untuk mengelakkan
daripada bayi tercedera akibat jarinya yang halus. Jika dipotong kukunya
akan menyebabkan luka. Namun sebenarnya ia boleh dilakukan dengan berhati-hati.
Malah terdapat pengepit kuku yang direka khas untuk si kecil.
Kata aku: aku memang x berani nak potong masa anak2 masih bayi lagi. Jari diorg halus sgt. Takut terpotong kulit pulak. So aku sentiasa pakaikan sarung tangan.
3. Tangan dan kaki bayi harus sentiasa ditutup.
Bayi yang baru lahir mempunyai kulit
nipis. Itulah sebabnya kita menutup tangan dan kaki bayi, agar tak kesejukan.
Namun bukanlah perlu ditutup sepanjang masa. Ketika cuaca panas, bukalah sarung
tersebut.
Pemakaian sarung tangan dan kaki yang berterusan akan mengganggu
perkembangan kulitnya untuk merasa dan menyentuh. Yang penting, awasi
pergerakan tangan anak ketika membuka sarungnya.
Kata aku: Ohh anak anak memang sentiasa berstokin & bersarung tangan. Sbb kuku diorg panjang. Org tua ckp diorg sejuk so kena pakaikan. Ohh kesian anak anak aku
4. Dibedung supaya kakinya lurus.
4. Dibedung supaya kakinya lurus.
Anda pernah lihat bayi yang baru lahir lurus kakinya? Semua bayi yang baru lahir mempunyai kaki yang bengkok disebabkan posisinya ketika dalam rahim lagi. Ruang yang kecil menyebabkan bayi berkedudukan begitu ketika dalam rahim. Seiring dengan pertambahan usia bayi, keadaan akan menjadi nirmal dengan sendirinya.
Bayi yang baru lahir memang disarankan dibedung. Namun apabila bayi meningkat usianya, tidak digalakkan membedung bayi kecuali pada waktu sejuk dan selepas memandikan bayi. Membedung boleh mengganggu pengaliran darah dan menghambat pergerakan motorik bayi yang mula berkembang.
Kata aku: kalo nak ikutkan hati memang anak anak aku x berbedung. Teringat pada pengasuh lama, dia bedung kaki ngan sebahagian bdn. Kaki & tangan mcm terikat sbb nak bg bhgn tu ajer yg lurus. cam pelik jer mula2 tengok. hihii
5. Tidak boleh
membawa bayi keluar rumah sebelum 40 hari.
Mitos ini tiada kaitan dengan waktu berpantang.
Namun ia boleh saja diikuti sekiranya risau bayi mudah mendapat jangkitan
apabila di kawasan orang ramai kerana sistem imunisasi bayi masih lemah ketika
itu.
Kata aku: ohh aku pantang2 ni x berapa nak ikut. Lagi2 kalo pk xder kelojikan ngan hal2 tersebut cuma aku memang jarang bawak anak2 keluar mlm semasa diorg masih bayi. Lagi2 ms magrib, hmm ms tu kan syaitan2 ngah huru hara. Keluar mlm mesti aku pakaikan seluar panjang, bj lengan panjang siap bertopi. Ohh ni jarang culas
6. Menarik hidung
bayi agar mancung
Mitos ini salah. Bentuk hidung ditentukan oleh
tulang yang menjadi sifat bawaan yang diperoleh bayi daripada kedua orang
tuanya. Mancung atau tidak hidung bayi tiada kaitan dengan kaedah menarik
hidungnya.
Kata aku: Pernah dengar taktik ni kunun2 nak bg edung sikecik mancungg dr org india. Ingat lagi jiran akak aku dulu india. Dia kata tarik2 edung bg mancung. Aci tu pun dok tarik & urut2 edung ank buah aku. Alahai sian ank buah aku tu. Kalo edung mak pak pesek jer, leh ke anak berhidung mancung. Kuasa Tuhan siapa nak menidakkannya. Hmmm
Okeh, itula mitos yg aku nak kongsi. Jaman dulu2 memang banyak sangat pantang larangnya. Kalo baik bolehla diikuti tapi kalo rasa pelik pikir2 kanla sebelum kita buat kat anak kecik kita kan.
Kadang2 susah nak menolak cara org2 tua ni. Nak tolak kenala berhemah. Nasib baik aku berpantang dua2 anak kat umah mak aku sendiri. hahha selamat drp berpantang yg sangat2. Ngan mak aku, selalu sangat aku culas. Mak x kisah, kalo aku sakit padan muka aku. hohohoo
Okehla, semasa masih muda lagik ni ( heee mudala sgt ) jomla cari ilmu byk2 & boleh diamalkan :)
No comments:
Post a Comment