Friday, December 14, 2012

4 Tips Cara Membina Hubungan Mesra dgn Anak



Salam Jumaat yer kwn2  :)


Hari ni aku nak share 1 artikel berkenaan 4 tips cara nak membina hubungan mesra ngan anak2.



1. Sentiasa PELUK dan CIUM anak anak


"Sentiasa peluk dan cium anak sejak kecil lagi. Ia akan membentuk satu hubungan yang sangat hebat antara makbpk dan anak . Pelukan akan memberi satu perasaan perlindungan kepada anak 
Anak akan lebih yakin kerana dia percaya, dia ada perlindungan dari kita. Ciuman pula akan membentuk satu hubungan kasih sayang antara makpak dan anak ."


Aku: Byk dah aku baca turut menyatakan benda yg sama.  Selalu mak pak peluk anak2 ni, anak2 lbh rasa disayangi, dihargai. Aku cuba praktikkan dengan bangun pagi jer terus huge & kiss them.  Wlpn x bsh muka lagi, hmmm wangi ajer. kikii   

Jika boleh memang aku nak amalkan huge & kiss ni sampai diorg besar.  So diorg tahu mama diorg ni sellau love diorg.  

Sekarang ni pun, Aiman dah pandai tunjuk emosi dia.  Tiba2 jer dia kiss dahi mama dia.  
Ohh touching tetiber


ayang adik sangattt..



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2. Simpan RAHSIA anak anak.

"Kadang-kadang anak nak perhatian dari makpak dan mereka akan menceritakan sesuatu yang peribadi kepada kita seperti teman wanita atau lelaki idaman mereka,
 atau mungkin juga masalah rakan-rakan.
Jika mereka bercakap sesuatu yang peribadi kepada kita, mereka sebenarnya mahukan kita rahsiakannya dari adik beradik yang lain.
Maka, eloklah kita rahsiakannya."


 Aku: Oppssss kdg2 aku ada ckp perbuatan x elok diorg kat kwn2..  Huhuu kadang kala bila dah ckp rs ada 1 kelegaan pulak tapi baru tahu yg ia x elokkan.
Yerla mesti diorg malu kalo kita hebohkan benda2 yg leh memalukan diorg.
So lepas ni sebelum nak cakap better pk dulu.


abg dah ada awek yer... adik ckp ngan mama


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3. Jangan mengutuk KELEMAHAN anak 

"Jangan banding-bandingkan antara anak anak ni. Jangan juga bandingkan antara kita dengan kanak-kanak yang lain. Anak-anak menganggap kita adalah pelindung besar mereka.
Jika kita tidak menyokong mereka, kita akan hilang hormat dari mereka."


 Aku: Setuju sangat2. 
 Akak aku pun ckp ngan aku kita jgn suka nak banding2 kan ant anak kita ngan anak org lain.  Kalo difikirkan lagi sakit kepala.  Lagi penat.  So terima ajerla.

Yess,  dulu ms aku kecik2 mak aku pun pernah bandingkan ant aku ngan sepupu aku.  
Dulu aku ni mls nak kemas umah.  Bukan mls ( ambooii nak bekap lagi).
Mak aku nyer qualification so high. Aku dah sapu umah leh dia kata umah x bersapu lagi.

So ingatkan diri sendiri,  jgn nak banding banding okei.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4. Beri PERHATIAN jika anak-anak bercakap.

"Pastikan kita melihat mata anak ketika kita bercakap ngan mereka.
Anak-anak sangat suka mengadu, jadi layan sahaja aduan mereka dengan penuh kasih sayang. Setiap kali kita mendengar aduan dari mereka, mereka akan semakin rapat dengan kita."


Aku: Yerr, aku setuju gak.  Balik keje udah penat.  Anak2 pulak dr taska sampai umah mulut asik pot pet pot pet.  Tu la suka sgt mkn buntut ayam.

Kdg2 memang x terlayan.  Bila teringat ini tindakan yg tdk bagus cepat2 aku layan.  
Tanya itu ini. Kdg2 ada gak perckpn Aiman yg aku x paham tapi lyn jerla.  
Agak2 dah pnt nak berckp aku geletek dia. hahhaha kan dia dah lari.

Kalo adik dah pandai ckp nanti, mau fengsan aku nak melayan.


Terima kasih pada Pn Suhaila Abu Kassim @ didikanak.com atas perkongsian tips ini.


Mana yg baik tu, elok kiter amalkan bersama yer.

^____^



No comments:

Post a Comment