Thursday, October 25, 2012

Bila sikecil tewas ditangan abg yg besar



Ohhhh baru ku tahu, kenapa Aiman meronta2 xnak pergi ke taska.


Pg tadi adegan yg sama, walau dah diucapkan 10 kali yg abah akan ambil cepat hari ni.  Dia tetap meronta ronta.


Kejadian.

Pagi tadi Aiman ke taska dengan botol susu dimulut bersama sebungkus kek pandan layer.  Bila dia dah kat dlm taska ( masih meronta nak ikut mak dia ) & aku sudah didalam kereta. 


Tiba tiba

 Kek pandan Aiman itu telah dirampas oleh seorg budak lelaki yg sedang bogel.  Budak tu lagi tinggi cikit drp Aiman. Aiman cuba merampas kembali tetapi budak tu x bagi.  Budak tu bwk lari kek Aiman.  Aku ingat Aiman memang kejar budak tu sbb aku dah x nampak ( diorg disebalik dinding ).  Then aku nmpk tangan Aiman kosong.  Budak tu dah berjaya merampas.


sumber: google

Oh Tuhan,  patutla.  Mungkin antara sebab Aiman x nak ke taska.  Bila dah berebut rebut tu , tentu ada episod tolak menolak.  X mustahil kalo ada bab sepak menyepak, cubit mencubitkan.  


Sedeh & kesian betul aku tengok Aiman.  Tindakan dia bersungguh2 nak dapatkan balik jajan dia tu.  


Aku bg tahu pd pengasuh,  kwn Aiman ambil jajan dia.  Tapi aku rs diorg pun x dpt nak jejak.  Yg mn satu budak yg amik jajan tu.  Lagi2 hari ni diorg kekurangan staf.


Menanges la Aiman.


Hmm sebab tula taska x benarkan bwk sebarang mainan kan.  Boleh menyebabkan pergaduhan jer.


Bila aku bg tahu huby kes ni , terus dia ckp bulan depan tukar taska lain.  Pot pet pot pet huby mrh kat budak yg amik jajan Aiman tu.  Samseng digelarkannya.


Aiman wlpn hyperaktif tapi dia xkan merampas brg2 org ni.  Kalo brg adik dia bolelah dia rampas.  Kalo dia nmpk budak lain main game, dia tumpang tengok jer.  Aiman lebih suka buat hal sendiri.


Bukanla nak memenangkan anak sendiri.  Sekurang2 nya aku tahu mcm mn perangai Aiman.


Bila dia yg hyperaktif pun boleh diperlakukan begitu rupa,  aku sbg mak sangat sedeh.


So next time memang xderla nak bwkkan jajan2 ni.


* kat pengasuh lama, xder rampas merampas.  Mereka mintak & mkn bersama *


1 comment: