Friday, July 10, 2015

Gaji aku cuma RM800


Assalamualaikum..

RM800.. itulah gaji pertama aku selepas habis belajar (thn 2004). 
bekerja sebagai receptionist cum clerk, pejabat di Wangsa Maju
kwn yg rekemen
Gj asal yg di offer rm650 ajer


kalau rm650 memang aku xnak. dapatla rm800.

dok kl gaji 650.. nak cari penyakit apa..


Belajar sampai degree tapi gaji cuma rm800 ajer.

Ko hado ?


Perasaan aku?


ofkos rendah diri..

Aku terima sebab aku xnak tanam anggur lepas hbs belajar. siapa kata graduan memilih kerja. maybe org lain tapi bukan aku.

dengan gaji sebanyak itu aku duduk menyewa ngan kawan2. Mula2 dok menyewa kat sentul. Terpaksa menyewa ditempat lain sebab x larat nak bayar tmbg bus/lrt setiap hari. Dah duduk dekat cikit , jimatla duit transport.


menyewa umah flat rm200 sebulan. tambang bus rm2 pergi balik. Naik rapid kl. bus kena tukar 2 kali. kdg2 tertinggal bus dapatla menumpang bos. hahahha malu malu.


800 memang x mampu nak bagi mak pak duit belanja. Segan tapi alhamdulillah sepanjang bergaji rm800 xpernah sekali mintak duit kat mereka. hidup dengan seadanya.


Nak lagi jimat, cari lagi rumah yg lagi dekat. Alhamdulillah dapat. menyewa bilik ngan kawan. rumah flat 2 bilik. Rm200 x silap x termasuk api air (share 3org). P kerja jalan kaki, dlm 10 minit. kalo malas tunggula bas rapid lagi. hehhee. Naik teksi 5 mnt dah sampai.


berkat rajin & usaha, bos bagi kepercayaan kat aku . Dr receptionist bertukar dept. Bila senior sorang demi sorang resign, akulak jadi senior walau bekerja x sampai 2 thn.

Gaji pun naik cikit demi cikit. Orang lain naik rm50 aku leh naik rm200. Syukur. Bos nampak sesuatu dari aku.


Nak duit lebih aku buat part time kat kedai mamak. buat filing jer pun. sabtu ahad. separuh hari jer. bertahanla sebulan sebab bosan dikelilingi ngan india india yg x tahu cakap bahasa melayu. hooo segan nak ckp yg aku pun x tahu nk speaking. Bestnya kerja kat sini aku dapat makan ayam tandori free. sebulan dapatla rm300 x silap.


kadang2 ada jugak kwn offer buat acct bagi pihak dia. dapatla duit sikit. bolehla membeli belah di maidin jln tar tu.


Dalam tempoh ini memang aku x mampu nak beli kereta apatah lagi rumah. Mampu bagi mak pak setiap bulan dah syukur alhamdulillah.


Kalau malas memang la tak kemana. kais pagi kais petang jerla. 

usia muda memang dihabiskan dengan mencari duit. baru boleh merasa nak berharta. Lagi lagi kalau kita bukan berasal dari bandar. semuanya kena usaha sendiri. susah senang tanggung sendiri.


yang penting kita kena bekerja bersungguh sungguh. Rajin. X berkira masa. Tunjukkan usaha & komitmen yg padu. insyaallah bos akan hargai kita. dr jalan kaki bos bagi pakai kereta dia buat urusan syarikat. wlpn sebelum ni kereta tu maid dia yg guna tapi aku merasa gak p kerja bawak keter. kwn lain mana hado


rasa diri ini seperti vip


Tapi

komitmen hidup semakin tunggi.

Dulu single sekarang berdua. dulu p kerja 5 minit sekarang 1 jam baru nak sampai sebab jem.. huwaaaaa


terpaksa cari kerja baru.

walaupun bos cakap noooooooooooo tapi i am sorry bos.

Alhamdulillah gaji jauh beza dr tempat lama. Bertahan selama 3thn lebih sebelum ditempat sekarang.

kenapa beralih kerja lagi?


sebab lagi dekat & jimat..

no tol
no jem
no parking


masa sangat fleksibel


semua ini memang menggembirakan aku yg punya 2 anak kecik..

tapi x sangka pulak.. rezeki anak no 2 membolehkan aku memiliki rumah sendiri.

tapi dah jauh balik

bayar tol 2 kali
alhamdulillah jem x teruk sangat mcm yg dulu



maybe ini berkat kesabaran & sikat positif aku. org suka . 
 gaji kecik, bermula dr bawah 
alhamdulillah dah ada rumah & kereta utk dipakai.


kereta murah jerpun tapi jadila ..

bagi aku bio murah yg penting x nyusahkan orang ..

apa yg aku ada semua hasil usaha aku.. dengan izinNYA. 

Syukur..


So jgn putus asa, kena rajin baru merasa guna.

Saper2 nak buat akaun tapi x tahu, boleh aku buatkan. Caj kawan kawan ajer..


hahhaaa sempat lagi nak promote..


aku muza.. mujako

sekian.


1 comment:

  1. Tak rugi tunduk asal jgn dipijak dah cukup baik
    Boss biasa akan nampak
    Syukurlah dah senang berkat sabar dan gigih kan.

    ReplyDelete