Thursday, September 4, 2014

Yg Dsha tahu pasal air


Assalamualaikum

Kita bersembang lagi pasal hal anak anak yer.

Almaklomla anak anak makin membesar, mcm mcm perkara yg diorang buat hari hari. kadang kadang benda baru. Kdg kdg benda yg sama ajer.

Ni nak cerita psl my Delisha.

October ni dia 3 tahun.

3 tahun.

Cepat x cepatla rasanya.



Ni Dsa ngah merajuk. Dia memang cepat merajuk. Sikit sikit nak merajuk. X dapat barang yg dia nak merajuk. Mak x bagi nenen pun merajuk. Agaknya jiwa pompuan kot. Sensitip ckit.



Suatu malam aku pura pura demam. Kenala berlakon mcm sakit ajer. siap batuk batuk.

Motip berlakun sebab x nak bg dia nenen. Ohh Dsa awak dah nak 3 tahon tau. Udah udahla menenen tu.

" Dsa, mama demamla. X leh nenen. mama sakit ". 

" t Dsa bagi ais yer ". Sambil usap dahi mak dia. Sambil buat muka simpati.

"AIS!!!!!!"

" buat apa Dsa nak amik ais.. (saja nak tahu apa pikiran dia) "

" Ais nanti mama sejuk "


Ohhhh tuhan. 

Anak anak sedang memerhatikan anda. Awasss..


 tiup tiup bagi sejuk


1 kejadian berkaitan entry ni pisang-gorang-cara-orang-jawa.


Pisang goreng tu masih panas. Masa nak makan aku tengok pisang tu basah. Aper lagi terus hanginla aku. pek pekk aku pukul tangan Dsa sebab kompem dia yg buat .

" apesal Dsa tuang air kat pisang ni ".

Sambil tercebik cebik dia jawab  

" pisang tu hot.. dsa nak bagi sejuk ".

Ohhhhh tuhan.

Terpaku aku memandang Dsa bersilih ganti ngan laki aku yg dekat situ.

Nak gelak x boleh , nak marah pun dah x boleh nak marah.


Secara logiknya betulla kalo panas air boleh menyejukkan kan.

Kalo panas, pergi mandi.

Kalo susu dlm botol pns, rendam jap ngan air.

Kalo demam, tuam kepala ngan air/ais.

Betolla kan.

Delisha x bersalah. Mak salah sebab x dengar alasan dulu. X baik tau pukul anak.


 pandai tak saya?


Aku x pernah secara direct ajo Dsa benda2 ni semua. Tapi tula. Budak ngah mebesar. Diam diam dia perhati apa yg kita buat. 

Dlm kes Dsa ni dia belajar & praktis terus. Siap praktikal lagi tuh

Yg selalu aku ajo, kalo mkn benda pns mcm hotdog/naget pegang ngan garpu or lapik ngan kertas tisu. 


Jadi lepas ni kena awasla letak makanan 




1 comment:

  1. Budak bijak.
    Apa yg dia dengar dan nampak dia akan buat..

    ReplyDelete