Thursday, August 22, 2013

Riang raya Aidilfitri



Okei mood raya masih ada, boleh cerita pasal raya lagi :)


Thn ni turn aku blk beraya umah mak pak aku dulu.. HOREEEE i Like it sebab bila aku kat umah makpak , kurang cikit kerenah anak anak ni.  Aiman memang dah jumpa geng dia. Masa ni game pun dia boleh lupa nak main. Susu nak bila betul2 dahaga ajer.  Kagum aku jap bila dia boleh meninggalkan game dia.  Macam iklan Maxis raya pulak. hohoooo


Delisha pun ada geng cuma aku still kena perhatikan dia lagi sebab dia kecik lagi  (Sebenarnya boleh ckp yg aku lepas tangan sebab adik aku suka layan budak2. Bestttnya.) Lagi banyak sangat dia takutkan.  Kucing jeling pun dia leh meraung. Geleng kepala. Pagi pagi dah sebuk ajak tengok ayam..  Duduk la mencangkung anak beranak kat tepi reban ayam tu..



Gambar berulang.  Org lain sebuk photoshot si Aiman asik elang ajer. Bila dia ada asik nak tutup muka.  Malu nak dikenalila tuh.. Mak pah nyengeh punya lebar.. Nyampahh . Udahnya xderla gambo yg menampakkan semua org.

Ni baju raya hari pertama.  hahahaa bertema cokeletla kununnya

Selalunya hari raya pertama kitrg akan setlekan umah embah embah ni.  Embah belah mak memang dok sekampong. Embah belak bapak dok Sabak bernam ajer (embah sabak semua dah meninggal, pergi umah wak ngan paman).  Thn ni pergi umah embah kat kampong baru p Sabak.




Sampai kul 11, udah ramai org. Almaklumla adik bradik mak aku memang semua dok kampong. Memang meriahla. Delisha udah rimas, merengek ajer bila sampai. Aku serahkan kat bapak dia ajer.




Aiman pun rimas gak.. Yerla bila dalam umah dah sesak xder tempat nak main main. Nak bagi dia diam aku hulurkan hp kat dia.  Berjaya..


Lps bertahlil terus p Sbk.  Hmm thn ni mak pak aku x join sekali sebab bpk aku x berapa nak sihat.. Maka anak anak jerla sebagai wakil.


Bila pertama kali pergi umah sedara mara ni kan baru kita tahu betapa kita ini patut bersyukur sebab kalo kita susah ada lagi org yg susah rupanya.  Kalo kita tengok umah kita dah ada lubang kecil rupanya umah orang lain x berdinding pun ada. Muhasabah diri jap..


Lepas setle umah sedara kat Sabak terus balik titonnn.. Dengan harapan xderla sedara mara yg datang hari ni.. Nak dtg malam2 jerla.. hohoo




Ni adik beradik pompuan. Sebelah aku yg endut itu satu satunya kakak aku. Yang lain semua adik. 

Adik bradik lelaki xder bergambo. Masing2 buat hal sendirik. huuhh memang x pernah ada gambo keluarga.



Ni baru sebahagian.. Next raya kita susun betul2 okeh..



Yg baju oren tu akak ipo aku.. Ohh sila abaikan aksi aku yg vengong tu yer.. dah lama x bergambo rasa jakun jap.. Hmm gambo x clear sebab aku cilok dr fb akak ipo aku. 



Beginila keadaan bpk aku.. Gara gara diabetismelitus.. x larat nak jln lama2.  Kalo dulu perut macam org peknen 6 bulan sekarang ni Aiman leh kira berapa tulang embah dia



Emak aku yg baik hati & penyayang.. Setia menjaga bpk 




Okei sambung balik cerita raya..  
Kat kampung aku ni dari zaman dulu dah mengamalkan sistem beraya.  Hari pertama xder sesapa leh pergi umah jiran tetangga. Hari pertama adalah hari utk keluarga masing2. Hari ke2 baru start ziarah menziarahi.  Itu pun dah dibahagikan dengan 2 kumpulan. Kump A dtg umah kump B hari ke2. Hari ke 3 Kump B pulak dtg umah kump A. Kalau x buat mcm ni memang haru biru.

Raya ke 2 & ke 3 mamang bizi tapi best.. Yg x best kalo ada tetamu dtg tengah malam. Ohhh

Jiran2 datang kitrg bg mkn kuih raya ajer tapi klao sedara mara dtg baru kitrg msk2 cikit.



Ni baju raya ke 2.. hahhaa baju raya aku 2 helai ajer..  Masa ni Aiman x dapat dikesan.  Hmm kalo org x tau ingat aku ni baru ada ank sorang.


baju disponsor oleh adik aku..






Raya ke 2 aku pergi umah sedara yg 1 lorong ngan umah makpak.  Wajib umah2 ini utk dilawati. Sebab dekat sgt. Tiap kali balik kg memang akan nmpk muka diorg ni. So kalo x ziarah mcm melampaula sangatkan.  Umah sedara mara yg lain x sempat nak pergi sebab Jumaat nak kena pergi sembahyang.  



Mlm raya ke 2 aku balik umah mertua pulak.  15 minit dah sampai. Hahahaa jauhla sangat. Kalo aku jahat aku tinggalkanla selai 2 baju suami or brg2 lain.  Sok2 leh datang balik.  Tapi aku x pernah gitu melainkan betul2 tertinggal.  X nakla jadi isu kan..


Bila dah kat umah mertua, memang xder nak tgkp2 gambo ni.. Aiman mula sebuk main game balik. Kat sini sepupu2 dia punya gajet lagi hebat2.. Siap bwk blk YES lagi.. Delisha xder geng maka melekat kat mak dia ajer.  Ngan org lain x nak...

Thn ni adik beradik suami semua blk kekampung..  Maka segala kerja masak memasak serahkan ajer pd mereka yg arif..  Thn depan hangitla aku..  Sebab turn diorg blk umah mertua pulak..  Belah suami aku ni kalo jiran2 dtg dibg mknn lain selain kuih. So sepanjang pengalaman aku yg dah 4 thn beraya bersama mereka, raya adalah hari memasak sedunia. Memasak ajer.. Penat gak aku tengok..



Kat kg suami smpi raya ke 4.. Ahad mlm kitrg bertolak balik sebab Isnin suami dah kerja. Aku cuti sampai rabu..  Jaga anak2 sebab nursery tutup.


Habis dah cerita raya...


*Insha allah dlm hati ada bunga bunga nak ajak kwn dtg umah*


1 comment:

  1. alahai sian bapak muja...moga terus sihat yeak pakcik....

    bagus laa sistem beraye mcm tu....teratur la pada lieya...pastu dah ready nanti sape terjah sape....bagus camtu kan.....

    ReplyDelete