Friday, February 21, 2014

Tarikan baru di kampong papa : mancing ikan sepat


Assalamualaikum :)


Ahad lepas adik ipar kahwen. Alhamdulillah. Tinggal 2 org lagik yg bujang. Dengo2 sethn -2 ni kahwen la.


So hari Jumaat aku berempat pun balikla ke kampong. Balik lps amik Aiman dr sekolah. X leh nak monteng2 sangat. Kang biasa pulak dia.


Nampaknya semakin banyak tarikan baru dikampong papa 


Yang terbaru bila balik hari tu ialah memancing ikan. Di kala tasek tasek ditempat lain kekeringan boleh pulak parit kat belakng umah atok masih lagi berair. siap penuh ngan kiambang lagik. Pelik juga aku dibuatnya.


Banyak pulak ikannya. Lagila pelik. sebab parit tu ibarat parit mati. Acaner leh ada ikan pulak. Konpius sungguh.


Dah tahu anak buah perangai x reti dok diam, pamannya pun sukala mengajak Aiman p mancing. Suka dia. Ngekor ajer pamannya.




Excited punya pasal sampai dia leh mintak pancing kat aku

Alahai Aiman, mak ni x pernah pegang batang pancing. P mancing lagila x pernah. Salah orang la Man.Lainla kalo ko mintak kat wak. Berbaris batang pancing dia.

Budak x reti penat, x reti panas terik. x reti nak tdo tengah hari.

Yg dia reti nak buat kerja ajer.

Tula perangai Aiman.



Bapak pegang pancing dia pun nak jugak. Risau gak aku sebab
 parit ni nampak ajer kecik tapi dalam rupanya. Kalo kecemplung memang jenuh gakla nak naik.

Udah sepanjang hari tu atoknya dok jerit2 nama dia aja.

memang glemer japla nama Aiman 2 hari tu.

" Aimannnn jangan main parit "

" Aimannn jgn main kandang ayam tu "



Adoiiii bingit telinga aku..




Bila dah dapat ikan dibawak kehulu hilir. Habis dikerjakan ikan tu. adoiii penat aku tgk


Ohhh korang jgnla syak kampong atok dilanda kemarau dek tanah yg merekah tu yer.
Sebenonya kebun ni baru dikerjakan dengan kpl korek. Habis gondol ditebang semua pokok. Makin terikla jadinya



Delisha pun xnak tertinggal. Sebok nak ngikut abang tercinta. Udah ditarik maknya ikut join sama. Demi mu anak2 ma redho berpanas. uhukks



walaupun panas terik tapi angin sepoi sepoi bahasa




Aiman dok bincang ngan sepupu dia ikan sepat ni sodap dimasak aper. Agaknyala :)




ikan sepat ada ikan puyu pun ada. Tapi kecik kecik je..  



Asyik tol budak 3 orang ni. memang budak perangainya gini kan. Tertarik sangat dengan benda benda yang baru. Mak bapak dah tegah pun diaorang apa kesah.




Peneman anak anak. Mestila bapaknya. Mak x koser nak berpanas terik. Udahla kulit kategori manggis. Kang jadi manggis berkilat pulak. X moooo lah


3 hari berkampong


Aiman dah jadi Aiman Legam


Begitula cerita Aiman sepanjang dikampong. Nasib baik 3 hari ajer.

Pitam mak nak...


* bapak dia berjanji nak belikan pancing, udah  pagi petang tanya dah beli pancing ke belom *



2 comments:

  1. Best betul cara puan bercerita..tertarik membacanya

    ReplyDelete
  2. Best betul cara puan bercerita..tertarik membacanya

    ReplyDelete