Thursday, October 10, 2013

Usaha Yang Berbaloi..


Assalamualaikum 


Awal tahun ini syarikat aku sangat bertuah sebab terpilih untuk dibuat tax audit oleh LHDN.  Pergggh baru tahu kena tax audit aku dah sakit perut. Sebab berdasarkan pengalaman aku, memang banyak ms yg kena diperuntukkan utk menjwb segala soalan diorg. Last2 kalo x puas hati kenala additional tax + penalty

Penalti dia pun dah buat org sakit hati. Beginilah caranya mereka mendidik pembayar cukai. Lambat bayar 'penalti', terkurang lapor cukai 'penalti', x hantar borang cukai 'penalti'. Aku ingat banyak jugakla hasil penalti yg diorg kutip ni. Penalti ni kononnya untuk mendidik pembyr cukai supaya telus aka tidak ada sorok sorok dlm melaporkan berapa pendapatan kita.


So selepas beberapa bulan pegawai tu mengkaji,menghadap & memahami akaun syarikat inilah hasilnya.




Tambahan cukai RM23,400. Penalti 45% RM10,530.  Dia punya penalti tu leh byr gaji aku utk beberapa bulan.


sakit hati kan..


nak tahu sebab apa ada tmbhn cukai ni. Sebab ada 1 perbelanjaan yg diorg fikirkan tdk dibenarkan maka kenala ditambah balik.


Sakit hatikan..

Nak salahkan tax agent , diorang akan cakap kenapa syarikat x cakap terang2 sebab apa perbelanjaan ni di buat. Haaa syarikat juga terkena balik. Padanla muka


Bos aku x puas hati . Kat sini kerja aku adalah menjawab segala persoalan yg diorg kemukakan. Saling berutus email dan suratla antara aku dengan lhdn nih.


Kadang kadang sampai kitorang terkuat suara. Bila tersedar cepat cepat bg slow volume tu. kiiii

Bila nak raya hari tuh, masing masing mintak maap kalo ada terkasar bahasa. Biasala, kdg kala ter Emo la pulak.


So selepas beberapa siri surat menyurat yang panjang lebo sampai ke tahap diorg menjawab dengan bagi Seksyen Cukai kat aku, Inilah hasilnya..










Toing toing..

Bos baca ni ...




hepi.. lompat bintang sekali..


Berbaloi baloi ku rasakan.. segala penat lelah nak menjawab ..


Setle 1 kerja.  ni ngah kelam kelibut nak nyiapkan akaun thn 2013.. hoooo tido x lena ngenang akaun nih..


1 comment:

  1. Tahun 2007 punya kes baru sekarang dapat setelkan Muja. Huh..!! jenuh juga nak escape ye. Company kenalah belanja makan besar banyak dah duit dapat diselamatkan...

    ReplyDelete