Assalamualaikum :)
Sejak aku bekerja sampai sekarang nih, aku dah ada 3 bos.
Bos no 1 kat Wangsa Maju - melayu
Bos no 2 - cina
Bos no 3 (current) - melana (melayu + cina)
heheee ada pulak tetiba bangsa melana yer. Jgn merana sudah
Walaupun aku dah bertukar tukar bos tapi sampai sekarang aku masih teringat ingat bos aku yg no 1. Sepasang suami isteri yang berasal dr Melaka.
Bos aku ni memang baik. Aku dapat rasakan dia punya baik memang terlebeh lebeh kat aku. Dia treat aku & staf memang macam ahli keluarga sendirik. Pernah aku terlambat balik masa tu kul 11lbh dah, teksi xder, bus lagilah xder, nak jalan kaki takut. Jadi aku kolla bos aku ni mintak tolong hntrkan blk umah. Nasib baikla dia sudi hntrkan kalo edak ..
Aku teringat bos laki aku ni pernah ckp " akak (wife dia) memang x takut kalo saya keluar ngan ko. (ber ko ko jer ngan aku ). Tapi ngan staff lain dia risau ". mentang2 masa tu aku dah ada pakwer, mem x risau yer
Bila dah x kerja ngan dia, sms pun sethn sekali, kol x pernah. Malula kononnya. tapi mereka selalu ku ingat. kadang2 aku intai2 fb xbos aku tu. Bukannya x nak kol, selalu nak kol tapi ada jer penyebab yang membantotkan niat aku tu.
Semalam aku ternmpk kat fb x-opismate aku. Anak xbos aku tu dpt further study ke UK. Alhamdulillah, anak2 dia memang semua pandai2. Berkat rezeki mak pak diorg
Jadinya, pagi tadi pun aku tryla mendail no tel bos aku tuh. Aiss x berjawab pulak. Ada hal kut. X lm kendian bos aku tu kol aku balik. Alahaiii dia ada simpan lg no tel aku nih. Syahdu jap.
Seronok dengar perkembangan syarikat dia skrg. Semakin berkembang. Anak2 dia pun dah beso2. Alhamdulillah, tercapai gak keinginan nak bercakap ngan dia ^___^
Jasa baik diorg memang x dpt aku nak balas. Aku pernah serba salah sebab menolak pelawaan diorg utk bekerja dgn diorg balik. Dengar perkembangan syarikat diorg sekarang, syukur alhamdulillah.
Kak Nomi & En Musa, terima kasih diatas segala ilmu yg pernah diberikan.
* entry x der gambo mcm x berapa nak best kan *
No comments:
Post a Comment