Friday, September 27, 2013

Bila ditinggalkan dengan Bibik


Assalamualaikum  :)


Selamat hari Jumaat.  Hari yg penuh keberkatan. Banyakkan berselawat, semoga kita sentiasa diRahmatiNYA  :)



Hari ni my kidos ku tinggalkan semua dengan bibik mereka. Ohh ni bukan bibik indon yer. Ni bibik yg comei & stil available. Bik Ein aka adik aku yg ngah menternak badan tu. Heeee



Pg tadi aku cakap ngan Aiman yg aku nak hntr adik dia pegi skul. Boleh x ?

Dia cakap x boleh. Ebob leh jaga. Ein kan ada..

Ohhh dia kata dia boleh jaga adik dia..  Mcm dah besar sangat anak laki aku ni. Tapi sungguh, bila aku acah nak bwk adik dia tadi, menangis nangis dia x bagi.  Adik dia pun apa lagi. terus x nak pergi skul jugak.  X nak x nak Delisha cakap. Siap dipukulnya aku ngan reket yg dia ngah pegang tu. Garang nya la ko ni dik.. Aku keluar rumah dia relaks jer. Memang dia  x nak ke skul 






So aku tinggalkan mereka berdua bersama bibik mereka.

Telah kupesan sila tutup pintu toilet selalu.  Takut nanti Delisha mandi berkali kali . Juga bgla mereka mkn apa yg ada didapur tu.



Tengah hari tadi aku spot check adik aku.  Budak2 dah mkn ker?




Okeh.. Adik aku wasap gambo ni.  OOooo dia ingat aku pkir bebudak mkn megi jela tu. Bibik diorg mskkan bubur nasik ayam.. minum dengan air oren. Anak2 aku memang suka air oren ni. Dlm peti sejuk memang sentiasa ada stok air oren.  Aiman panggil air acham..





Yg buat aku terkedu bila bibik ckp Delisha mkn sampai 2 mangkok. Ohh ank ku yg omei, betambah endutla kamu lepas ni.  Sakit pinggang mak nak dokong kamu nanti.




Sungguh syahdu...  begitu teruja kamu mkn yer nak.  adakah kamu begitu lapar atau bubur itu tersangatla sedap atau kamu x pernah mkn bubur sesedap itu.  Touching kejap.  Baru teringat yg aku dah lama sangat x msk bubur utk diorg ni. Sejak Delisha dah boleh mkn keras mmg bubur ku say babaii..

  Nanti2 mak msk bubur nasik yg enak utk kamu yer nak




Bila dah kenyang, hati pun riang..  :)





trade mark my endut jr skrg..  bajet bibir mcm Angeliena Jolie ler tuh.. huhh nyampah mak


Petang aku spot cek lagi. bebudak dah tido belum?


Bibik cakap delisha tido pukul 12.30 sampai sekarang (4pm) belum bangun2 lagi. Oh Nakkk!! kes kewarekan yg kririkal ni.  Bila aku ckp ngan adik aku kat Lumut tu terus dia ckp " tu warek ker or pengsan, baik ko kejutkan ". Allamakkk terus cuak. :(



Bik Ein cer ko cek Delisha, tdo ke pengsan tu.


Lega bila bibik ckp Delisha menggeliat bila dia pasang lampu. Hohohooo cuak x bertempat pulak. Yerla sekarang kan mcm2 benda boleh happen.



X lama kendian terus dpt wasap lagi.  Hohooo my endut sudah bangun..   Aiman jer x tido. Hmm Aiman memang gitu. Susah tul nak srh tdo.  Main game jer




Bibik say " Delisha bangun tido happy toi ".. hahhaaa 


gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut, suka hati.

Sangat sesuai pantun ni ngan ko dik.




Muka ceria.  :)



Alhamdulillah semuanya baik baik. 


Lagi buat aku tersengeh bila bibik cakap Delisha sekarang mkn lagi. hohohooo mknla, t mlm kita mkn benda lain pulak.



Sebenarnya aku risau jugak tinggalkan Delisha ngan adik aku. Takut adik aku terculas jer.  Dia sebuk ngan benda lain x perasan bdk2 buat apa.  Tapi aku pk positif, aku lebih percayakan adik aku drp pengasuhnya kat taska. So aku redha.



Nampaknya budak2 memang gembira dibawah jagaan bibik mereka. Hmm mcm manala minggu depan ni sebab bibik mereka mula start bekerja & sudah tdk tgll bersama. Aimanla yg paling terkesan nanti.  Hampir sebulan duduk dirumah bersama bibiknya sahaja.



* sabtu ni ada hadiah buat mereka.. x sabar pulak.. *



No comments:

Post a Comment