Assalamualaikum wbt
Hari ni aku nak share ngan korang pasal rebet RM200 utk beli smartphone. Ohh rebet ni kerajaan bagi dalam bajet 2013 hari tu. Dah lama kan bajet tu. Baru hari ni aku nak stori.
Almaklumla, mak Aiman baru beli smartphone. kihkihkihhhh
Beli yang murah2 jer.. Sayang beno nak beli yg mahal2. Ngeee
X kisahla murah yang penting hp aku ni ada kamera Dan Dan DANNNN leh wasappp & wechat ngan anak anak HERI @ adik beradik aku yg kelam kabuttt je.. jimat dah kredit aku
Xcited giler aku berwasap ngan adik badik.. papa zola dok jeling jeling jer.. aku yang nakal ni sempatla cakap " papa x nak wasap ngan mama ker" kekeee cian dia
Astagfirllahalazim.. udah terlalut pulak
Okei, siapa yg tahu mesti pelik "ehhhh bukan ker rebet ni utk belia berumo 30thn kebawah"..
yerrrr aku sedo thn ni aku dah 32..
Adik2 aku semua guna hp canggih2... aku a.k.a kakak diorg ni jugak yg guna hp jaman bila ntah. Sebab adik aku dah guna smartphone jugak maka aku guna nm dia untuk claim rebet ni.
pandai kannnnn
Dan x sangka pulak ramai yg x tahu pasal rebet ni.. termasukla adik2 & jiran aku.. Bila dah tahu semua nak jugak..
Korang leh daftar utk rebet ni kat cini..
credit to: http://maribinablog.blogspot.com
Sebelum nak claim rebet ni korang check status korang dulu sama ada layak ke dok.
Syarat syarat Layak mohon;
1. warganegara Malaysia - berumur antara 21-30 thn pd tarikh permohonan
2. Pendapatan bulanan RM3,000 kebawah
3. Model telepon pintar 3G yg ditawarkan
4. Utk langganan baru & sedia ada pakej jalurlebar
5. 1 telepon hy utk seorg belia
Korang daftar secara online, kalau ok semuanya masa tu jugak korang akan dapat kelulusan. Lps tu jgn lupa print form tu. Bawak masa nak beli hp tu nanti & tengok jugak kat mana korang nak beli. Maybe x semua kedai terima rebet ni.
Aku beli kat Senheng Kajang ( dkt ngan sate samuri ). Kenala usung adik aku sekali sebab kena tunjuk IC dia.
So dengan harga market RM999, aku cuma bayar RM848 saja. sepatutnya $799 je kan tapi kena bayar $49 untuk warranty selama 4 thn.
Samsung Mini S3
ada 2 kaler. putih & biru.
Aku amik biru sebab kaler ni jer yg tinggal. Okeila
Samsung Mini S3 ni simple jer. Dia nya aplikasi cukupla buat aku yg bukan heavy use ni. Setakat tengok fb, blog ngan wasap ajer. Lain2 edakler.
Kalo ikut pemahaman aku, rebet ni leh claim sampai Dec'13 ni jer.
Opsss kalo korang dah dftr hari ni, dlm masa 3 bulan korang kena beli hp tau. Lebih 3 bulan x valid dah.
Harap info ni dapat bantu korang.
*Samsung ni skrin 4inci jer, jenuh gak nak menekan. terpaksa sopan santun bila nak menyentuh dia.. heee*
Cantik henpon baru muja....lieya pun tgh cadang2 nak paw rebet adik ni hahahaha
ReplyDeleteekeeee paw paw .. rugi wehh x guna ni... :)
DeleteKakak dah sah-sah tak layak Muja. Tapi tak apalah kakak macam tak perlu tel yg canggh-canggih ni. Biarlah anak-anak kakaka je yg pakai..
ReplyDeleteTak layaklah Muja haha
ReplyDelete