Wednesday, October 17, 2012

Delisha dah 1 tahun


Assalamualaikum wrt

Hari ni 17/10/12.  Genap Delisha 1 tahun.  Nak lagi genap tunggu kul 2 nanti sbb dia lahir pukul 2pm.  Ohhh aku masih teringat lagi saat2 nak melahirkan dia. Huhuuuu sakit loo





17/10/11 ~ 8.32pm


Kebetulan pulak, Aiman & Delisha dilahirkan pada hari yg sama iaitu Isnin :) .


Mlm tadi budak setahun ni tdo lambat.  Lps dpt tdo sekejap kul 9 tu, dia leh bejaga sampai kul 12.  Aper lagi horeee la berdua-duaan ngan bpk dia. Bpk dia pulak baru blk kerja .  Nasib baik ada mood nak melayan.  Siap makan mlm ngan bpk dia lagi.  Haaahh lantak korangla. Yg penting mak leh tido.. 


Mcm abg Aiman,  untuk Delisha pun mak xder belikan kek.  Nanti cuti mak belanja adik mkn jerla yer.


Okeh, Delisha dah 1 tahun.  Aper peel dia sekarang.


1. Menangis.  X nampak mak, dia nangis.   X dengar suara mak dia melalak terus.   Waima aku nak mandi,  dia leh melalak mcm kena rotan 10 kali.   Stresss mak ko dik.  Mandi kambing jer hari2.   X tentu pasal ko kecik2 mak dah marah gak.   Kdg2 ada pak dia pun dia x nak.  Nak ngan mak gak. Aduii penat2





2. Makan.  Aku bagi aper je dia ngap.   Agak2 x sedap dia luahkan balik.   Hmm budak kecik memang pandai.  Sbb tu kesian kat bdk kecik ni.  Kalo mak dia pemalas semua mknn disuakan x kira la sesuai ke x ngan budak tu.   Sian kan.  Nasib baik mak ko ni x sekejam tu nak

ngapp


nyum nyumm



3. Pukul abang.  Aku x tau dia nak pukul or dia nak main main.   Ko ni memang cari pasalla dik.   Elok abg ko tu ngah layan katon, ko leh ketuk2 bahu ngan kepala dia.  Mcm mlm tadi diketuk2 ngan aper yer. hmm luperla tapi benda tu memnag keras la..  Sesedap dia jer dok hayun tangan dia kat bahu abg dia.  Nasib baik abg ko xder mud nak gaduh ngan ko dik.


4. Berjalan.. wakakkakkaka habis la dik ..  Nanti Dania datang dah tau jalan adik dok merangkak lagi.  Tula, asyik nak berdukung jer.  Abg dulu umo sethn sebln dah tahu jln dik..  Ayookkk mak x tau.  Baik adik rajin2 jalan.




5. Naik katil turun katil.  Urrpp memang aku x leh sangkal lagi.  Jgn disangka budak kecik ni xleh berfikir.  Aku x sangka Delisha boleh turun katil dengan sendirinya tanpa mak pak dia ajar.  X taula kalo diam2 abg dia ajo cara2 nak turun katil.  Dia turun centek jer.  X der tergolek kepala turun dulu.  Elok jer dia sengetkan badan.  Turun kan buntut dia dulu.  Mcm tu gakla dia kalo nak keluar rumah.  Turun kan buntut dulu.  

Dan mlm tadi buat pertama kali aku tengok dia naik katil dengan sendiri.  Waaa mama proud with u dik.  So clever girl.  cup cup cuppppp



6. Naik tangga.  No no nO ..  Yg ni memang mama x proud dik.  Pantang mak pak abg dia alpa.  Nmpk jer pintu gate tangga tu terbuka bedesuppp dia naik tangga.  Longlai tul kalo nmpk dia dah kat tengah tangga tu.  Yg dia pulak boleh tersengeh2 bangga.  Bangga sangat la tu. Huhuuu


7. Celoteh..  Yg mak x tahan,  kalo dia nak tido (selalunya dlm buaian la)  Siap pot pet pot pet mulut dia..  Ingatkan x tdo tapi mata dah terpejam.  Ko ngigau ke aper dik.  So aku dah phm skrg.  Agknyer dia berzikir kut,   cara dia la yer. hehhehe


8. Bergaduh..  Selalu ngan abg diala.  Hmm kdg2 dia cuba protect diri dia..  Abg amik mainan dia,  dia amik balik..  Finally dengar suara teriakan dia sbb kalah ngan abg ebob..  huhhh bingit telinga mak


9. Curi curi makan..  @ amik mknn abang ebob dr tangan abang..  Ngah enak abg mkn biskut leh dia amik biskut abg dia tu.  Kdg2 x terambik pun sbb abg pegang kuat. Terpaksala mak mintakkan cikit drp abang.  Dik len kalo kalo nak , mintak baik2.



Okeh, kiter layan gambar sekejap.. banyak lagi nak tulis nih


gigih nak bukak bekalan mama dia





muka sedey x dpt nak bukak


Okeh, mak sambung balik yer..



10. Main main mata..  Mak ko memang x tahan nak.. Pak selalu tegur.  "Tengok adik tu, senyum2 ngan laki"  .. x kira la bangsa aper, ngan mat bangla pun dia leh senyum2.. huhuhuuuu jgn la dik.  Leh dia tersipu2 malu bila ada lelaki tengok kat dia. Aduuhh 


11. Gigi..   baru ada 4 batang jer.. 2 atas & 2 bwh..  tapi makan dah hebat..  kdg2 dia gigit tit mak dia.. memang aku menjerit.. sakit tau.. mak gigit ko balik kang baru tau


12. Pemalu..  hmm ngan org yg dia x kenal memang dia xnak ikut.  x mcm abg.  


13. Tidur..  nasib baik badan ko halus lagi dik..  Kalo kaki ko jatuh kat muka mak pun, mak cumer terkejut jer..  Kalo dah mcm kaki pak memang kena piap ngan mak..  Tdo dia tunggang langgang.  Jap kepala kat atas.  Jap lagi kat bawah.  Jap lagi kepala dah kat perut aku.  Kaki terkangkang.. huhuhhh



14. Berdandan..  pakai mekap tu edakla.. time nak pakaikan diapers, mcm nak bercinta ajer.  memang kena piap sekali baru nak diam jap.  Piap sekali lagi baru setle.  Cer diam jap. Kelam kabut nak kemana ntah.


15. Korek telinga..  Waaaa gelak kekek kekek aku dibuatnya.  Stem betul dia kalo aku korek telinga dia lps mandi.  Korek edung memang dia x suka tp kalo telinga.  Perghhh mengasyikkan.. Sampai terpejam2 macam nak tdo mata dia dok melayan kesedapan .  Aku ingat dia nak tdo. Aikk pelik.  Baru mandi x kan nak tdo.  Rupa nya dia terasyikla sangat.  wakkakaka funny la u dik


16. Mandi..  Ohh memang xder mslh. Alhamdulillah, anak2 aku memang suka part mandi2 nih..  :)


17. Mengemas.. Haaa anak perempuan kan.  Mesti rajin mengemas.  Hmm mak dah lipat baju, dia tolong lipat balik.  Adooii nak, bila la kerja mak nak siap2 ni.  Asyik2 nak melipat baju jer.  Ko ingat mak xder benda lain nak buat ker.


amboii suker ko selongkar beg mama yer



18. Manja. Anak perempuan selalu terlebih manja kat saper yer..  Anak aku dua2 terlebih manja ngan mak dia.  Seriuss  sampai aku rasa penat.  Pak depan mata, diorg nak ngan mak jugak.  Tido nak ngan mak.  Kat lengan mak.  Ohh mak tau nak, darah mak ni jenih darah pengasih lagi penyayang.


Cukupla tu mak...  malu la adik..

heeee

Last but not least ( copy drp org lain )


Layan gambar lagik


dah dpt pun mkn..


nyum nyummm





Dah setahun anak perempuan aku ni..  Comell jer aku tengok.  Suka tengok time dia makan. 


Amirah Delisha Mohd Nazli
12/10/2012

Ya Allah, hanya padaMu aku bermohon & meminta.
Kau lindungi anak2 ku daripada malapetakan & bencana
Jauhkanlah daripada gangguan Syaitan
Berikanlah mereka kesihatan yang baik baik
Peliharalah akhlak mereka
Jadikan lah mereka anak2 yg soleh & soleha
Jadikanlah mereka insan yg beriman & bertaqwa padaMu Ya, Allah
Hnaya padaMu aku memohon
Amin Ya Rabbal Alamin



Dah ada anak laki & perempuan.. Syukur, alhamdulillah.


* Opss dah sethn yer,  so kena bwk pergi cucuk utk sethn ni..  Ohh mak hampir terluper pulak *











3 comments: