Wednesday, March 21, 2018

Cuti sekolah di kampong


Assalamualaikum..

Anak anak tengah buat apa tu? 
Seronok komer yer, x payah bangun pagi pergi sekolah.
Mak pun x payah bangun pagi buat bekalan sekolah
hehee mak pun macam seronok ajer bila cuti sekolah ni
^___^
Hahaha mak melampau sangat
Nampak sangat susah bangun pagi

Ehhh bukan begitu
Mak ok jer bangun pagi
keee
Mak dah biasa okei bangun kol 5.30 hari2..
Alaa bagila chance kat mak tido lama sikit
Penat tau .. hee


Sebenarnya bila sekolah cuti ni, aku ngan somi memang susah hati. Al maklumla sekolah cuti transit pun cuti sekali. Udah tu bebudak ni nak duduk kat mana. Nak hantar taska sekali ngan Umar betambah pulak perbelanjaan aku nanti. Kalau dulu bolehla aku bayo jer, sekarang dah lain. 

Sebab xder tempat nak hantar bebudak ni somi ngan aku dah plan nak cuti. Somi 2 hari and aku maybe amik half day 3 hari. 

Tapi tulah, org kata kita ni hanya mampu merancang tapi ALLAH yang menentukan segalanya.

Last minit tergerak hati nak bagi bebudak balik kampong. Kebetulan adik aku pun nak blk kampong. Haa memang baik sangat dah. Mengikutla bebudak tu balik sekali. Yang x sangka  boleh pulak budak pompuan tu ikut balik sekali.

Aishhh boleh jadi ke ni.

Aiman aku x risau sangat. Sebab dia dah beberapa kali balik kg masa cuti. 
Tapi si kerenteng tu x pernah lagi.



Deme balik kg Jumaat mlm lepas.
hari ni dah hari ke 4
Sehari mau dekat 15 kali telepon mak ajer
15 kali telepon, 6 kali cakap nak dok kampung sampai hari jumaat

Dsa cakap" ma, dsa cuti 9 harikan. kenapa dok kg 5hari ajer. "
Haa maksud dia, kenapa kejap sangat dsa kat kg. Dsa nak duduk lama.

Abg dia lagi bagus " ma, aiman nak dok kat kg selamanya. Aiman suka dok kg "
" Aiman kenala balik umah dulu, kemas baju semua. Bwk baju & buku sekolah. Nanti sekolah kat kampong " Begitula aku jawab.


Amboiii 
Nak dok kampung selamanya konon.
bertuahnya anak.


Haa ni si kerenteng tu kol aku lagi. Pandai dah sekarang. kol opis mak. 
geleng kepalala wak kamu nanti. Bil tepon naik.


Nak tahu deme buat apa kat kampong.
Ni antara aktiviti yg sempat wak dia rakamkan.




Wak dia rajin ajak p kolam mancing. Sukala dia. Pukul 1-2 pagi pun sanggup ikut.
Bila wak dia dapat ikan beso dia kata best, bila xdapat apa2 dia kata x best. Wak x pandai mancing. kekeke

Esoknya dia sambung mancing tepi parit pulak. Kadang dapatla ikan puyu. 
Bila x dapat hasil, sedeh ajer.



Suka nau dia mancing. Bpknya xder pulak suka mancing.

Kalau x mancing, mengadap ngan hp jerla Aiman ni. Blk kg dia bwk balik sekali hp dia. Sampai matik dah hp tu. Belasah main game jer, Umah wak ada unifi. Laju jela dia main game. Habis bateri caj. Tengok tv pulak. Hp dah ada bateri nyambung main lagi.
Ha macam mana x kejung hp tu.

Dsa nak bwk hp gak, NO.
Berapa kali dah dia tinggalkan hp dia tu kat mana mana. Suka hati dia jer nak tinggalkan.
Dsa x sengaja, Dsa terlupa.
Cantek jer jwpn dia.
So mama kata NO.



Mancing tepi parit sambil makan makan. Macam ala ala berkelah gitu. Angin sepoi sepoi bahasa.
Wahhhh
siapa yg x suka kan.
Nyaman ajer.
Cer kalo dok kat umah sendiri, mana nak ada rasa mcm ni
Tanah pun sekangkang kera jer..



si kerenteng ni xderla suka sangat mancing
Dia suka menyebok ajer.
 X kisahla, yang penting Dsa pun balik kg.



Gara gara takut tertinggal malam tu, semua org x perasan dia pakai selipar lain lain.
nasib baik kaler tali tu sama.
Aishhh 
Xperla, pesen baru ni.
Muka dah comei, selipar lain lain.
sabo jela




Dsa ni suka ngikut waknya ajer. Wak cantek ajer udah tanya wak nak p mana. Membontot la dia lepas tu. Ngikut wak x mintak apa pun. Dapat jajan sebungkus jadikla.


Waknya supplier pisang mentah ngan kerepek pisang. Kalau kat kampung tu ,deme memang glemerla sebagai penjual kerepek pisang. 
Sedap tau kerepak pisang abg ngan akk  ipo aku ni. Deme dah buat rnd mcm mn nak bg kepek tu sedap. Alhamdulliah x pututs2 rezeki deme setakat ni. Dapatla Dsa ngikut waknya ngantor pisang. Sanggup dia menyelit kat celah2 tu. Janji dapat ikut. hee


Malam pulang ngajak waknya p jeti Bagan Datuk. 
Bagan Datuk sekarang udah cantek.
Kawasan TPM mestila cantekkan.



Malam mlm kat dataran ni meriah. Happening. Kadang kadang ada artis datang buat show. Macam macam ada. Mak Pak apa lagi, siap sediala jela. berpeluh ko .

Kalau bebudak ni datang ngan aku memang xder merasala nak naik naik segala mainan yg ada. Mak bukan kedekut. Tapi berjimat. Bazir ajer. 


Ok, anak anak akan balik esok. Meriah balikla umah aku lepas ni. Mesti jiran tetangga pelik ngaper sunyi jer minggu ni. 
hahhahhaaa




2 comments:

  1. memang seronok kalau balik kampung.

    ReplyDelete
  2. hahaha geli hati pulak baca ayat akak "si kerenteng tu kol aku lagi" hahaha aduii comel je
    follow sini #31

    ReplyDelete