Friday, July 3, 2015

CEMAS!


Assalamualaikum..

Usai semayang magrib malam tadi kakak aku kol.


" Bapak tenat! :


haaaaa


mcm mn bpk tetiba boleh tenat..terpikir sejenak dlm kepala aku.. 

Disebabkan intonasi suara akak aku masih terkawal so aku rs xder yg teruk sangat ( nyedap hati )..


Bapak x sedar diri menjelang nak berbuka puasa. Masa tu aku pun dah stnby dok depan meja. Hp dah sorok bawah sofa tak bagi anak2 main. Sekali sorok udah terlambat dapat berita penting.


Bapak aku kan ada kencing manis. Disyaki dia mengalami hypo.


Perkara-perkara berkaitan dengan kencing manis: Hypoglycaemia (Hypo = rendah, glyc = glukosa atau gula, aemia = darah)

 Keadaan ini berlaku bila terlalu banyak insulin di dalam badan menyebabkan kandungan gula di dalam darah menurun ke paras yang lebih bawah daripada normal. Keadaan ini juga dikenali sebagai "Insulin Shock". Ia boleh berlaku disebabkan pemberian ubatan yang melebihi dos yang diperlukan, umpamanya pada waktu awal-awal pemberian ubat kerana doktor pesakit masih belum boleh menentukan secara pasti dos yang perlu diberi. Ia juga boleh berlaku bila: berlakunya pertambahan dalam aktiviti yang berbentuk fizikal, yang tidak disertakan dengan penambahan makanan atau pengurangan insulin. pesakit makan sedikit daripada biasa, dan tidak disertakan dengan pengurangan insulin yang diambil atau pengurangan aktiviti fizikal. terlebih ambil insulin. lambat atau tidak makan. mengambil alkohol berlebihan. Sekiranya ini berlaku, pesakit boleh pengsan. Ia perlukan rawatan serta merta.  Selalunya pesakit kencing manis boleh mengetahui bila kandungan gula di dalam badan mereka rendah.

 Antara tanda-tandanya ialah: *Berpeluh (sejuk). *Tangan menggeletar (trembling). *Rasa lapar. *Penat. *Pening. *Degupan jantung bertambah. *Rasa keliru (confused) dan 'moody'. Sekiranya ini berlaku, pesakit perlu menambah kandungan gula di dalam darah pesakit secepat mungkin. Ambil makanan atau minuman yang mengandungi glukosa atau gula secepat mungkin. Selepas itu, pesakit perlu menambah pengambilan karbohidrat seperti susu, biskut, dsb. Pesakit kencing manis perlu sentiasa beringat dan membawa bekalan gula glukosa dan makanan supaya keadaan ini dapat diatasi segera. 

copy & paste: http://mnidotcom.blogspot.com



kat klinik kampong.


kelam kabutla bila bpk tiba tiba x sedarkan diri.

mata dah tertarik tarik ke atas.

huuuuuu scaryyyy


Alhamdulillah, selepas terima rawatan bpk mula stabil. mula sedar & ingat kat anak anak



lepas isyak mak menemani bapak p hospital ngan ambulan.



Kol 1am baru dapat masuk wad.

terima kasih adik sebab ambil berat.



udah kena admited.

Akhirnya bapak merasa gak tido kat spital setelah banyak kali terlepas.

Anak2 lagi suka bpk kat spital sebab dia boleh rehat dengan betul.

Kat umah bukan x rehat, pantang rasa sihat panjang langkahnya nak kekebun.

bapak bapak, dah sakit sakit pun sebuk nak kerja.



gagah lagi tu bwk motor. ishhh

Inshaallah, kalo keadaan bertambah baik bpk akan keluar esok.

Semoga semuanya baik baik. Aminn

1 comment:

  1. semoga tiada apa2 yang kritikal...biasa la bulan puasa pesakit kencing manis selalu hypo...mak SA pun macam tu....

    ReplyDelete