Tuesday, October 8, 2013

Yang korang tak tahu pasal Aiman


Assalamualaikum :)


Hari ni aku nak share sesuatu yang aku baru tahu & korang pasti tak tahu lagi pasal my hero tuh.


gambar Aiman terkini


Cer korang tengok betul2 muka budak yg baik sangat nih..  

Hencem tak saya ?



kekekeeeee


bukan tu yg aku nak tanya sebenarnya. Kalo korang tengok Aiman ni kategori kulit kaler apa? Etamkah? Putihkah?sawa matang kah?


Sebab apa aku tanya...


Aku baru tahu Aiman kat taska dipanggil " AIMAN PUTIH " oleh pengasuh & kwn2 dia.


Pertama kali aku dengo nak tergelak jer sebab apa ada ke Aiman hitam kat sini. Alloooo harap2 edakla dipanggil Aiman hitam kan. Kecik hati kalo mak pak dia dengo.


Inila akibat kalo ramai sangat budak nama Aiman. Dulu kalo sebut jer nama Aiman, mesti org menyahut " Aiman tak kisah ". femes tagline tuh..



Sebab 2-3 budak nama Aiman maka dapatla gelaran Aiman Putih. Tang mana putih pun aku x nmpkla sangat. Sampai kat luar taska pun kwn2 dia panggil Aiman Putih. Semalam bpk dia bwk p taman kwn dia pun panggil AIman Putih. kikiiiii



Kalo kat pengasuh lama, Aiman dipanggil DEBOB. sebab badan dia debob. Sampai sekarang melekat nama EBOB.  Bukan aku yg panggil tapi diri sendiri yg panggil nama tu. Dia gelarkan diri dia Ebob. Sekarang dah x ebob lagi dah.


Nasib baik xder bdk lain nmnya sama ngan Delisha. Kalo edak kompem diorg pggl Delisha si Kerinting.



1 comment:

  1. Sebab Aiman yg paling putih berbanding dgn Aiman yg lain kakak rasa sebab itu dapat gelaran tu agaknya..

    ReplyDelete