Tuesday, May 21, 2013

Klinik 1Malaysia


Assalamualaikum wbt


Sabtu lepas, suami bagi tahu badan dia gatal gatal.  Tergaru garu sampai bengkak.

"pa makan aper tadi?...  mkn biasa jer..xderla pelik2 "


Kegatalannya itu melarat larat sampai hari ahad.  So dipagi ahad yg hening selepas kami mengeteh dikedai alamamak, berkunjung kami sekeluarga ke klinik 1Malaysia.


Haaa buat org BSP yg x tau tu, Kat tempat kita dah ada dah klinik 1M.  Dekat dengan kedai tayar.



Tu diaa... bangga saya jadi rakyat malaysia..Terima kasih kpd kerajaan Malaysia kerana menyediakan klinik ini kepada kami, golongan yg tdk mampu utk pergi ke hospital swasta..





Suami dapat no 5..  ingatkan mlsla nak menunggu dalam klinik ni tapi memandang kan no 5 terpaksala aku ikutkan suami.



Yer kawan kawan no 5 diklinik swasta dengan klinik 1M adalah sangat berbeza.  Hampir 50mnt jugala kami berumah diklinik ini.  So jgn nak bising2 yer, jika nak cepat pergila keklinik lain..




Nasib baikla ada tv sebagai penghilang bosan.



Anak2 yg menemankan bapak .  

abg tanya " papa buat pe tuuu? " kikiii


MA (medic asst) ckp apa pa?

Alergik seafood kut...

Aikkk bila masa kita mkn seafood pa..


Ntahh..



Yang paling aku & suami x tahan bila MA tu cakap sepatutnya suami kena injection baru cepat ok.  Tapi ubat injection tu xder.  Mungkin baru kehabisan setok agaknya.

Maka MA cakap, mknla ubt ni sejam sekali.  Bila suami makan dia rasa mcm mkn ubt selsema ajer.  Terus sakit kepala.. Aissss



Semalam suami pergi klinik panel , doctor kata perlu di inject tapi memandangkan suami naik mtr & perjlnn pulang kerumah agk jauh.  Takut pulak tertidor ditengah jalan .  Maka dibekalkan ajer ubat mkn & sapu.


Di klinik 1M ni juga ada disediakan perkhidmatan cucuk/vaksin utk budak2.  Tapi mereka dah tetapkan berapa hari bulan utk cucuk2 itu.  Silala rujuk disana.


Sebelum ni aku ingat klinik 1M ni mcm klinik swasta, pekerja2 org biasa cuma pengurusan oleh pihak kerajaan.Rupanya tidak.  Nurse adalah mereka yg terlatih sebab diorg berpakaian uniform mcm kat spital2 tu.  Cuma klinik 1M bukan sentiasa ada doctor, tapi kdg2 MA sahaja.


Yg pasti yuran memang RM1 sahaja.


So lepas ni nak dtg lagi ke x?


heheee xperla, kita bg org yg betul2 memerlukan la pa.



1 comment:

  1. Hihi... kalau dah tunggu sikit punya lama nak injek pun kehabisan ubat. Tak berbaloilah Muja... kalau dah tenat boleh pengsan menunggu...

    ReplyDelete