Friday, January 25, 2013

Soalan Beracun



Ketika sedang makan tengah hari tadi, opismate tiba2 bertanyakan soalan ini.


"Kenapa orang perempuan tak pergi sembahyang Jumaat"?.  

Masyaallah, sungguh aku x pernah duga yg aku akan ditanya soalan ini.  Lagi2 opismate aku tu cina.  Apa aku nak jawab.


Kalo x jawab mcm x bagus pulak.  So aku cubala memberi jwpn yg terbaik .

" Hmmm smbhyg jumaat ini hanya wajib utk LELAKI sahaja.  Tapi kalo org perempuan nak smbhyg jugak x salah(buat ok, x buat xper) sedangkan lelaki WAJIB."

Seharusnya lelaki perlu mencari masa utk menunaikannya. X boleh tidak melainkan ada alsn tertentu.


Lagi  " sebelum sembahyang ada 1 sessi ucapan(khutbah jumaat) dimana ucapan ini haruslah berunsur nasihat & keagamaan untuk tujuan menyedarkan golongan lelaki ini.  Lelaki ni kan org penting, ketua keluarga.  So kena selalu diingatkanlah. Supaya mereka insaf & sedar dgn tanggungjwb mereka.


Lebih kurang mcm tula aku ckp.


Opismate aku cakap, sekarang banyak jugak khutbah yg disampaikan sudah bercampur baur (politik, racist dll).  Hmm yer, memang aku x nafikan.  Nak beribadah pun masih sebuk berpolitik. Contoh yg x baik kepada mereka yg bukan beragama Islam.


Lalu opismate aku tu menjeling kiri dan kanan ( kiri kanan lelaki islam ).  Mereka ralat makan & asyik cakap cakap cakap.  Bercakap ajer.Ntah bila nak berhenti menyembang tu. Dah pukul 1.30, x pergi2 masjid lagi. Aiiishhh


Opismate aku cakap,  mereka ni mesti x pergi kan.  Walaupun lelaki belah kiri aku tu dah siap berbaju melayu.


Ohhh Tuhan...


Mcm manala nak tarik mereka utk menganuti Islam , kalo ini contohnya.






No comments:

Post a Comment