Tuesday, September 25, 2012

Bil bil yg perlu diberi perhatian untuk memasuki rumah baru


Nak masuk umah baru ni xla semudah yang disangkakan.  Jika rumah tu rumah baru @ 1st owner mungkin agak berbeza.



Apabila beli rumah 2nd hand maka segala bil bil macam bil TNB, bil air, bil indah water & bil cukai taksiran sangatla penting.  Semua ni termasuk dalam bajet nak masuk umah baru tau.  sob sob sob



Aku agak pelik bila bekalan elektrik masih "ada" walaupun akaun tersebut telah ditutup oleh pemilik lama.  Of kos ma.  Bila tutup boleh dapat balik deposit.  Itu pun kalau xder tunggakan la yer.    Bekalan air pun masih ada.


sumner: google


Tadi aku kol TNB tanya psl proses nak buat akaun baru.  Apa dokumen2 yang diperlukan.  Senangla kalau dah tahukan.  Boleh sediakan dr awal.  Xderla dah sampai TNB baru nak sedia segala bagai dokumen.  Kalo setakat byr deposit xper gak,,  kalo diorg nak mcm2 dokumen kan dah mslh.


Disebabkan alamat rumah dalam kawasan Banting, maka harusla aku membuka akaun di TNB Banting, dekat Jln Bunga Pekan.  Kalo korang beli rumah kat Klang kena pergi TNB Klang.  X boleh pergi TNB lain.  Begitu juga dengan air.  Kena pergi syabas Banting, dekat JKR Teluk Dato'.  Kalo pergi syabas lain memang x dilayan.


Dokumen ape yg aku kena sediakan untuk buat akaun yg baru ni...

1. 1 salinan SNP
2. 1 salinan IC pemilik -  mcm kes aku, aku nyer ic la.. kikiii
3. 2 keping stamp hasil bernilai RM10 setiap 1, maka 2 keping RM20.00
4. Deposit tunai RM350.00 - org tu ckp deposit ni leh dirunding ngan officer cwgn nanti
5. Yuran proses RM3

Kat TNB nanti aku kena isi 2 borang.  X ingatla nama borang tu tapi bila dah selesai isi borang2 tu, aku kena bawak p LHDN untuk matikan setem.   Hmmmm banyak nyer tempat aku nak kena pergi.


Macam simple jer dengar kan.  Nak buat akaun baru tapi banyak gak proses dia.  Masalah tol bila masa operasi hanya Isn - Jumaat, dari 8 - 5pm.  So nak x nak memang kena bercuti la untuk uruskan hal ini.


Aku kena buat cepat cepat ni.  Sbb menurut cust serv tu dalam tempoh 6 bulan dari tempoh penutupan akaun (dah tutup 19/4/12) , maka aku harus segera buat akaun baru.  Lepas 6 bulan nanti lagi leceh sbb diorg kena pass kat kontraktor TNB lak.  Kontraktor tu nanti kena buat kerja mcm penyemakan wayar2 kat dalam rumah.  Mungkin ini akan melibatkan kos yg harus pemilik bayar & akan banyak kerja lain lagi.  So cepat cepat buat.


Leh check kat sini...  TNB home ..  just call customer services.  Insyaallah diorg akan jwb mslh korang.


Itu kalo nak buat akuan TNB.   Bila aku kol syabas pulak, cust serv tu ckp akaun pemilik lama masih aktif.  Bil terkini RM23.  kikiiii  agaknyer diorang x tutup sbb deposit cuma RM100 jer kut.  Ntahla..



Dokumen yg aku kena sediakan..

1. 1 salinan SNP juga bawa bersama yg Original untuk pengesahan
2. 1 salinan IC
3. Deposit RM100
4. Servis caj RM30



Hmm katakanla kalo korang x leh nak pergi sendiri, sebukla sangatkan,  leh hantar wakil.  Tapi korang kena sediakan surat wakil mengatakan tu wakil korang.  Paham x ?  mesti paham kan.


Yang syok sikit pasal syabas ni sebb diorg operasi hari Sabtu start 9 - 12 tengah hari.  Setiap hari melainkan Sabtu beikut ada Public holiday.  So dah jimat cuti aku.


sumber: google


Disebabkan akaun lama masih aktif, x nak buat akaun baru pun xper.  Tapi AWAS.. ceng ceng cengggg


Kalu tetiba pemilik lama nak tutup akaun tu kan dah bermasalah aku t.  Tutup x nak bg tahu pulak.. Saja jekan...  Tau tau xder air lak.  Udah haru.  Maka dinasihatkan, buat jerla akaun baru.  Baru best nak byr kan sbb kat bil tu nama sendirik.  Bukan pemilik yg dah beronar ngan kita. uhukkksss  Ehhh bukan air free ke


Hmmm untuk cukai taksiran pun mcm tu gak..  nasib baik opis MDKL dekat ajer ngan umah.  Sabtu pun diorg beroperasi.  Pun kena ada salinan SNP dan IC.  Rasanya yg ni x der bayar deposit. Heeee


Indah water.. hmm aku tengok diorg ni x pernah bayar lak..  Dah tertunggak beratus ratus..  Hari tu aku dah bg salinan bil kat loyer.  Ntah camner leh pulak diorg x bayo..  agaknye diorg pk diorg x berak kat umah tu so buat aper diorg nak bayar kan... eh ehhh yeker x pernah berak.. kencing tu pun termasuk dlm kategori najis tau..


Esok2 la aku ty kat Indah water pulak.  Mentang2la indah water x pernah tutp lubang jamban.   Cer dibuatnya ngah berak ttba najis tu timbul balik.. Uwekkkkk padan muka aku.  Ehhhh aku akan buat gak akaun baru cuma late late cikitla.  Heheee


Xder elektrik susah hati aku...   aku kan ada simpan susu EBM .. tu yg susah hati sangat tu..

Ok la, semoga info ini cukup untuk korang tahu berapa bajet yg perlu diperuntukkan..   Duit semua tu...


Assalamualaikum..  balik jom

Next.. Buat akaun TNB & Syabas


3 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Page ni betul2 membantu saya untuk memasuki rumah baru.
    Terima kasih. Sekuramg2nya saya dapat gak panduan. hehe

    ReplyDelete