Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi umur aku disaat ini.
Bersyukurkah aku atas rahmat dan kurniaanNYA itu?
Subhanallah
Bukankah aku wajib berSYUKUR dengan kurniaan NYA yg maha Hebat ini.
Bersyukurlah aku kerana sehingga kini aku boleh menyusukan anak ku Delisha dengan susuku sendiri.
Bersyukurlah aku kerana diberi rezeki & kesabaran serta kekuatan untuk abang Aiman berkongsi susu dengan adiknya.
Bersyukurlah aku kerana masih boleh menjalan tanggung jawab sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang pekerja. dan yg UTAMA sbg khalifahNYA.
Sombongnya aku.. masih belum bersyukur....
Alhamdulillah, hari ni genap Delisha 180 hari @ 6 bulan. Sepenuhnya dia menyusu dari susuku ( wlpn ms usia 5 bln dah dibg air 0 ngan pengasuh .. sob sob uhuksss :( )
BANGGA....serius...memang ada perasaan itu.... lebih lebih lagi bila opismate ckp adik cukup bertuah atas apa yg aku buat ni.
Aku cukup bertuah... Alhamdulillah. Allah permudahkan niat aku. Dapat tempat kerja yang membolehkan aku mengepam susu. X perlu nak sorok sorok sebab bos dan opismate tahu yg aku perlu buat stok setiap hari. Sentiasa ada masa untuk mengepam.. Bertuahkan aku. :) Syukur YA Allah
Insyaallah, aku akan terus menyusukan adik. Tiada tempoh masa sampai bila. Insyallah selama yang boleh :).
Alhamdulillah, huby pun mula menyokong usaha aku bila dia ckp tentang peti ais beku. Best ajer bila dengar :)
*sejak 2 mg kebelakangan ni adik rajin meniarap..asal niarap ajer nangisla dia sebab x larat nak angkat kepala.. kekkekek bila dah boring baring sorang2 mula la dia mengomel sorang2.. lambat diangkat makin kuat dia mengomel..so sweet, abah suker sangat layan :) . Sekarang ni asyik nak berdiri ajer, lenguh tangan mama nak angkat. baring x mo, duduk pun x mo.. adik adik..mama lak yg ngomel *
No comments:
Post a Comment