Wednesday, May 4, 2011

Menyusukan anak ketika ibu sedang mengandung......

TERJAWAB SUDAH.....Syukur alhamdulillah


Mlm tadi aku sempat men'google' kejap pasal topic ni....


Banyak rupernye ibu2 yg mcm aku ni....tertanya2 & keliru .....


Point ini sudah cukup menyakinkan aku.....


Hamil dan menyusukan anak


Islam telah mensyariatkan supaya anak damit disusukan dengan susu ibu. Penjelasan mengenai perkara ini

telah diambil daripada riwayat ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bahawa Judamah binti Wahab al-Asadiyyah

Radhiallahu ‘anha berkata, Rasulullah Shallallahu‘alaihi wasallam bersabda:



Maksudnya: “Sesungguhnya aku sangat bimbang sehingga aku benar-benar berhasrat untuk

menegah al-ghilah. Kemudian aku memerhatikan orang-orang Rom dan Parsi. Sungguhpun mereka

itu melakukannya (al-ghilah) pada anak-anak mereka, namun tidak ada kesan mudarat pada anak-

anak mereka.”



(Hadits riwayat Muslim)


 
Apa yang dapat difahami daripada hadits di atas bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah

mengharuskan perbuatan ghilah kerana sebab atau alasan sepertimana yang telah disebutkan dalam hadits di

atas.


Sebab utama mengapa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam hampir-hampir menegah perbuatan al-ghilah ialah

kerana ditakuti akan memudaratkan anak yang sedang menyusu itu. Selain itu orang-orang Arab pada

ketika itu tidak menyukai dan melarang menyetubuhi perempuan yang menyusukan anak dan juga melarang

perempuan yang sedang hamil menyusukan anak. Mereka sangat bimbang dan takut akan perbuatan al-

ghilah kerana mempercayai bahawa perbuatan sedemikian akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada

susu ibu, iaitu merosakkannya dan menjadikannya membawa penyakit. Ini akan memudaratkan anak damit

yang sedang menyusu itu dan menyebabkan badannya tidak sihat dan kuat. Oleh kerana bimbang akan kesan

tersebut, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berhasrat melarang al-ghilah.


Namun hasil dari penelitian Baginda bahawa al-ghilah merupakan suatu kebiasaan bagi orang-orang Rom

dan Parsi dan tiada kesan buruk terjadi kepada anak-anak mereka, maka Baginda pun tidak melarangnya.

Di samping itu, jika perbuatan itu mendatangkan mudarat, pasti tabib-tabib yang banyak di kalangan mereka

akan melarang dan menghalang perbuatan alghilah. Walau bagaimanapun perkara ini tertakluk kepada

mereka yang mempunyai kepakaran untuk menentukan sama ada perbuatan al-ghilah boleh memudaratkan

anak yang sedang menyusu ataupun tidak. Jika ia boleh memudaratkan, maka ia perlu dijauhi.


Sumber: State Mufti's Office, Brunei Darussalam - Perihal Penyusuan Anak Damit


Ilmu itu berada dimana sahaja...Yg penting kena pandai mencari..Jangan dengar cerita dari 1 pihak sahaja..


Sekurang2nyer aku dah ada point kalo nak membidas balik..ekekekkekeke


~ sembang2 ngan opismate pun, naik tegang urat tekak ni..

No comments:

Post a Comment