Semlm buat pertama kalinye aiman kena hntr umh nany paling awal @ >< 6a.m..
Ini sbb mm dpt calling drp wak long pkl 5pagi...Ayah Nabil @ suami kkk papa telah pergi menghadap ilahi..Sesungguhnya mm sgt shocked sbb Arwah masih muda n x penah pulak dengar ada hidap sebarang penyakit yg kronik (45yr) cumer yg mm aiman dpt tau arwah seorg perokok tegar (buat peringatan n pengajaran kpd mereka yg masih hdp termskla papa)..
Jadinyer mm n pp hri ni masing2 EL..pkl 6 terus tuju ke HKL. Mm sempat tgk jenazah di bilik mayat n sedekahkan al-fatihah n yasin utk arwah..
Alhamdulillah, semua urusan berjln dgn lancar..Berkat hari jumaat..slps Smyg Jumaat jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan AU4, Keramat..Walaupun semasa pengkebumian, hujan turun renyai2...Alhamdulillah, inilah pengalaman pertama mm dpt melihat urusan jenazah drp mula hg akhir...mm jadikan ini sbg peringatan mm supaya sentiasa ingat akan mati..bahawa mati itu tdk mengira umur..siapa sangka, siapa yg dpt menjangkakan isteri arwah akan menjadi ibu tunggal ketika usia yg masih muda ( hampir 40 )
Mati itu akan tiba pada waktunya..Itu janjiNYA..kita tidak boleh lari drpnya, maka kita perlu sentiasa bersiap sedia..
Mm telah baca byk cerita..suami isteri bergaduh, isteri menghampakan pemintaan suami. & sebaliknye...keluar rumah dgn perasaan mrh..perasaan hampa menguasai diri...esok ketika kita terjg drp tdur, dia sudah pergi untuk selamaya..Tega kah kiter sbg isteri...
Mm slalu terfikirkan perkara demikian....sbb itu sebolehnye sblm tdur mm mahu semuanye dlm keadaaan baik....isteri yg baik & mm yg baik...
Kerana mm x mahu merasai perasaan TERKILAN itu...yg akan menghantui sepanjang hyt mm..
Mati itu PASTI....sudah sediakah kita untuk itu???
> sepanjang hr perhatikan anak bongsu arwah, dia masih boleh ketawa,,berlari-lari bersama sepupu yg lain, melihat arwah dikafankan serta dikebumikan, tp dia tdk menangis...Belum paham kah dia bahawa ayahnya telah pergi meninggalkan dia buat selamanya????
No comments:
Post a Comment