Wednesday, February 15, 2017

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum..

Hari mak nak tepek gambo Umar mula  makan..

Kalo letak gambo mak ngah makan ngan tertib pun orang kata x lawo tapi kalo baby yg makan, comot 1 muka pun org dok kata.. alalalalala comeinya dia.. comei comeiii

Umar besar nanti leh tunjuk balik.. :)


 muka pelik.. aper ke benda yg mak aku bagi nih.. hee

Ni makan bubur nasik ayam.
Bubur ni mak x blend so x berapa nak lembut sangat. Nak telan pun amik masa.
Xper nak, makan slow slow yer

enjoy ur time



Nak makan kena pegang 2 tangan.. kalo edak dia nak makan sendiri.
Ambooooii nak mkn sendiri kunun.



 Ni makan pure labu pulak.. semalam mak bagi dia makan jugak
petang ni kak nana bagi dia x mau, muntah balik
Hmmm muskil muskil sebab tgh hari tadi dia nak gak mkn 3 sudu



Maybe sebab bdn dia x sedap.. dr pagi tadi bdn dia panas.
Hmm start demam balik dah

Mlm tadi pun tido x lena
Nak tumbuh gigi kah?
sengal badanke?


Risau betol bila budak kecik demam.
memang mak x lena tdo malam.

Semoga Umar cepat sembuh yer sayang.


Tuesday, February 14, 2017

6 bulan lebih dah


Assalamualaikum..

Ada sesaper yang merindui Umar alkhatab x?
kikiii

Umar dah 6bulan lebih dah
dah mula mkn solid food
Buat msa skrg mak baru rajin buatkan bubur ikan ngan bubur ayam ajer
pure lom sempat nak buat
cadangnya malam ni baru nak menyetim labu
Alkisahnya, 1st time mak buat bubur ikan sampai terhangit. 
tahu jugak si Umar ni. xnak dia makan

adoiii mak buat bubur hangit




tengok muka mcm dah beso ajer ank mak ni yer

realitinya kecik molek ajer

last timbang masa 2/2 hari tu baru 6.9kg

Berat x naik byk sangat
Xperlah
Yang penting Umar sihat sihat ajer


Alhamdulillah, Umar masih full bf wlpn maybe dah pernah terminum susu formula tanpa emak mengetahuinya.. kalau betul memang x amanahla pengasuhnya tu (skt hati jgk mengenangkannya)



mak masih menuai diopis.. 
setiap hari boleh dpt 8-10oz.. Ni pun mak dah malas malas.
mentang mentang stok kat freezer byk lagi

^___^


Pagi tadi mak dah dpt report drp kakak. Umar dah makin susah nak tido. kalo dulu dia suka main ngan kain waktu nak tdo, sekarang nak hisap botol ajer.
Hmm maybe Umar nak puting kot.
Xper sekarang gak mak belikan puting.
Tunggu jer brg sampai kat opis yer


amboi, beli puting pun sampai berpos bagai yer. Almaklomla mak bekerja. Xder masa nak p kedai.hiii

memang byk ragam dia skrg.
Kalo kat umah nak dipegang ajer.
Udah melompat ajer feberetnya
Dlm keter melompat
ngah pakai diapers pun nak melompat

Sado lengan mak

Tangan dah mula nak capai semua barang
tengok org makan, dia pun mcm nak makan

Umar umar

sayang Umar sangat.


Semoga Umar sentiasa sihat dan dilindungi ALLAH selalu.
Amin.






Monday, January 16, 2017

Umar dah banyak ragam


Assalamualaikum..

Lbh kurang 2 minggu lagi Umar nak masuk 6 bulan.. Lepas ni sukala mak bagi kamu makan epal yer.. kikiii ehh ngaper pulak mkn epal.. sebab mak ngan kak Dsa selalu makan epal depan Umar. lepas tu umar tengok sambil terkemut kemut mulutnya.


Sekarang ni kan, banyak ragam sangat dah Umar ni.

Siang tido jap jap.

Malam pulak tdo x lena. garu garu kepala macam ada kutu jer. lepas tu dok pusing kanan pusing kiri. Bila mak riba dok tegangkan badan dia tu.

Bila di dirikan, kaki tu sajer je buat jatuh. Suka yer bila dapat diangkat, di lambung2 ( x tinggila ). Bapak bwk naik buaian, suka sangat dia.
huhhh huhhh

mulut dok bunyi.


Amboiii nak dipegang ajer yer.

x leh dimanjakan sangat ni.

Pengasuh pun dah komplen, Umar nangis ajer. Nak dipegang. Nangis nak perhatian.
Ngengada dah yer.

letak bwh tangga baru tahu.
Nasib baik umah kakak xder tangga.
heee



Ni dah 2-3 hari badan dok dedar. Mak bg mkn ubat demam jer. Bila pegang gusinya, xderla terasa keras. Kot kot dedar nak tumbuh gigi ker.


Ishhh makin besar makin banyak ragam
Pandai ni.



Wednesday, January 11, 2017

Apakah pengakhirannya?


Assalamualaikum..

Hati ini sedang resah, otak mula penat memikirkan pelbagai kemungkinan..

Nak buat apa lepas ni?
Duduk rumah?
Kerja dirumah?


Susahnya bila kita nak memulakan benda baru.
Cari kerja baru.
Interview.
Officemate baru
Environment baru
Aisshh dah lama x pergi interview.

Ya Allah, susahnya hati bila kena keluar dr zon selesa ni.

Ya Allah, permudahkan segala urusan ku.
Amin.

Monday, January 9, 2017

Aduhai aunty dreber


Assalamualaikum..

macam macam la yg terjadi awal tahun 2017 ni. Harap harap xder lagila berlaku. Boleh cepat dapat sakit jantung la gayanya.

Kisahnya begini.
Umar & Dsa kan dah tukar pengasuh.
Dr taska ke pengasuh ( sementara waktu )


Last week somi yang hantar selama 2 hari. 2 hari tu jugak somi dah train Dsa mcm mn nak p umah pengasuh. Dsa ngan belagaknya cakap paham.


So hari ni 1st time la aunty dreber hntr Dsa ke rumah pengasuh. Somi dah pesan sila hntr sampai depan umah yer hari ni(hari ni sasja). Ok dia paham. Almt penuh pun dah bagi.


2 hari ni pulak somi cuti. Sebab ada rasa macam kurang yakin kat aunty, so aku mintak somi guide aunty. Tunjuk kat mn umah pengasuh yg baru.


Kol 11.40 lbh kurang somi pun tunggula depan main gate ngan hati yg riang.
Tiba tiba aku dapat kol drp techer.


"Puan, Delisa sekarang nak hantar ke mana? Sebab ada pengasuh lain bg tahu Delisa ada kat blok ni ( bkn blok yg betul). Aunty turunkan dia kat situ lepas tu terus jalan."

Apaa!!!

Org yg jumpa delisa ni kol guru beso, bg tahu dsa kat sini.

Adooiiii

berdebo dah mak


kelam kabutla aku, tecer, pengasuh n somi.


Udah misi mencari delisa pulak.

Bila bagi tahu kat somi ...
" papa dr tadi kat depan pagar ni. X nampak pun aunty masuk "


Udah.. kat mana pulak aunty hantar ni.

Suruh pengasuh tengok kat blok tu, x der gak.


Adoiiii ke mana pulak kamu pergi nak.

Kena tunggu panggilan drp tecer pulak. Sbb tecer yg bg tahu aunty tersalah drop.

lega bila tecer dah dpt menjejak dsa. Fuhh



Akhirnya Dsa selamat sampai kerumah pengasuh ngan muka yg mcm nak nangis.

mahu x nangis ko kalo dah kena tinggal kat tempat yg dia x biasa. X tentu pasal viral pulak kat bsp nih. 

Aunty oh aunty.. 
ikutkan hati aku, memang dah kena reject ni.
X amanah

Kalau x tahu boleh cakap x tahu. 
Ni semua ok. tahu saja.


Somi bagi chance lagi. Mlm ni jumpa aunty nak tunjuk jalan. Nak tunjuk kat mana dia perlu turunkan Dsa. Tengah tengah hari udah somi berpeluh lari sana sini.  X yah nak joging dah. Nasib baik somi cuti. Kalau edak lagila kelam kabut.


aunty oh aunty. Nasib baik aku xder sakit jantung.
Sabo jela.







Friday, January 6, 2017

Takut kucing


Assalamualaikum

Salam Jumaat semua. :)


Kejadian 2 hari yg lepas. Sampai rumah Dsa x masuk umah terus. Biasala gegel tu. lari2 kat luar rumah dulu. Kadang2 sampai ke taman perginya. Berani sungguh.


X lama kemudian, dia tolak sliding door.

mama ma


Dia panggil aku.

kenapa kak?



Dsa nak masuk tapi ada kucing.. 

uwaaaaaa

bersungguh dia nangis.


kakakkakka aku gelak beso dah.

Sebab bila aku bukak pintu memang ada sekor kucing betul2 depan pintu.

kakakakakaaa

kamu takut ngan kucing lagi ke kak. Ingatkan dah x takut.
berjuraian air mata.




Kucing ni pun mcm tahu jer Dsa takut ngan dia. Di acah acah lagi.
makin kuatla pompuan tu nangis bila kucing tu dekat ngan dia.



Kucing saper ntah ni. Sebab ada rantai kat leher. dah rajin pulak datang melawat Dsa.
Aku halau ngan penyapu pun dia buat derk ajer.
Nak bagi ikan, xder ikan kat umah.


Bahaya ada kucing ni, sbb somi x berapa nak suka.

rosak seater motor dia. kena cakar ngan kucing. 


Dsa Dsa.. 
Ingatkan dah tak takut..
Boleh jadi bahan ni..

kikiiii


Thursday, January 5, 2017

Terima kasih ALLAH..


Assalamualaikum


Alhamdulillah
Syukur sangat Ya Allah
Kau permudahkan segala urusanku..


Sungguh aku terasa betapa ALLAH permudahkan urusan ku 2 hari ini.

Walaupun malam tadi terasa kelam kabutnya, tapi pagi ni dah dipermudahkan.

Buat sementara waktu anak anak dah dapat pengasuh baru. Kena fikir pulak lepas ni nak hantar ke pengasuh or taska.



Beginila nasib mak mak yg bekerja. Masalah utama bila pengasuh buat hal.


Ya Allah lindungilah anak anakku drp sebarang malapetaka dan bencana.
Amin.