Monday, May 11, 2015

Makan Pisang Cheese di Cendul Bakar Kuala Selangor


Assalamualaikum..


Petang semalam aku sefamili tunaikan hajat yang dah lama terpendam. Makan pisang cheese kat cendul bakar kuala selangor. Dari rumah ke sini ambil msa lebih kurang 1 jam. Kalo balik kampong memang boleh saja kalo nak singgah tapi asik x berkesempatan jer. 

masa operasi:-

Isnin Jumaat: 11am - 6pm
Sabtu Ahad: 10am - 7pm


Boleh refer FB CendolBakar


Cendul Bakar ni memang dah femes. Siap pernah masuk jjcm. X susahla nak cari tempat ni. Kalo malas nak cari parking boleh drive-thru saja. Orang datang silih berganti sampai ada RELA yg jaga. Hebatkan.


Area parking.

Pertama kali aku mkn pisang cheese dia rasanya wauuuu. Somi beli sebekas x cukup. Mcm nak suruh beli lagi dek kesedapan dia. Malangnya kereta dah bergerak jauh. X puas 

Pisang yg dia guna pisang tanduk. Salut tepung sikit. Pisangnya x berapa nak masak sangat. memang sedang2. Masa makan tu terasa kerangupan dia. X yah letak cheese pun dah sedap bila terkena susu cair tu. Aisss sampi menjilat jari. Tu yang dok terbayangg bayang kesedapan dia tuh.


kat area umah aku ada gak jual pisang cheese. Tapi FAIL. Itulah pertama & terakhir aku beli.


Semalam sempena hari mak, somi baik hati nak banjer binik dia mkn pisang cheese. kikikiiii org lain mkn kek aku mkn  pisang. Okeh la

.Datang kesini semata mata nak makan pisang cheese dia saja. Cendul dia aku kureng sikit tapi somi stil boleh minum. Dia order cendul durian. perghhh durian musang king kot dia guna( agak jerla) Bau durian tu kuat sungguh. 



pisang tanduk cheese 

dah pesan kat somi sila beli lebih 1 bekas. kang ada pulak yg x merasa lagi :)



tengokla akan kerangupan pisang tu. x sabar sabar nak makan. Tapi kali ni kurang rangup cikit sebab pisang tu dah termask sikit. Ada kelembikan disitu. Sedap lagi yg dulu tuh...

sebekas ada 5-6 hiris jer. sebekas rm5




x sangka yang si Leman pun suka mkn pisang cheese ni. Selalunya mknn mcm ni dia tolak tepi. nasib baik Dsa tido.  kalau edak kompem kena catu sorang 2 keping jer.


cheese dia banyak gak. okeila ngan harga yg ditawarkan.


kat mana ada jual pisang cheese yg sedap lagi yer. Area Bangi?Putrajaya?Shah Alam?


Selain pisang cheese ada menu lain yg terjual. Tapi sebab aku ngan anak2 pun x turun so xderla try mknn yg lain. Perut pun masih kenyang.

Haaa nak bg tahu jugak, pisang cheese ni pun ada 2 jenis pisang. Yg aku mkn ni pisang tanduk. Lg 1 x tahula apa jns pisang. Tp kecik kecik pisangnya. So korang kena ckpla nak pisang jenis aper.

turn somi beli semlm pisang tanduk dah habis, tapi bila somi tanya kat makcik tu baru dia gorengkan.

kalau x kesian kat korang yg teringin nak mkn pisang tanduk cheese.


Lepas dapat beli pisang & cendul kitorg p Kuala Selangor pulak.

macam nak p bercuti pulak.



No comments:

Post a Comment