Assalamualaikum
Bersambung cerita petang ahad.
Lepas beli pisang cheese kitorg bergerak ke Bkt Malawati yg terletak betul2 di Kuala Selangor.
Nak pergi Bukit Malawati pun kena plan, ikutkan kalo balik kampong boleh saja nak menyinggah. Tapi tulah. Asik x berkesempatan ajer. Blk kampong selalu malam, sampai K.Selangor semua dah gelap. Nak tengok apa kalo gelap gelap ni. Skodeng
Ada sejarahnya Bukit Malawati ni. pernah menjadi kubu suatu masa dahulu. Kena baca buku sejarah tingkatan 1 ni. masih x berubah dulu & sekarang. Mungkin ada perubahan sedikit dr segi pengurusannya.
kalau nak naik Bkt Malawati pd hari sabtu Ahad & cuti umum, kena parking kat bwh. Ada disediakan parking berhadapan kedai kedai. dari situ pelawat akan dibawa naik dengan menaiki ala ala keretapi.. heheee
Tiket:
Pukul 8am - 5pm: dewasa RM5
Pukul 5 ke atas RM3.
Knk knk umur 4 thn ke atas baru kena bayar.
Apa yg menarik kat Bkt Malawati tuh?
sila tengok gambar yg seterusnya ok. :)
on the way naik ke bukit pemandangan menghijau . Pokok pokok berusia ratusan mungkin.
pokok pokok itu ada penjaganya..
rumah api. masih gah berdiri. masih berfungsi ker?
anak bapak riang dah sampai ke puncak.
Aku rasa ini cuma replika meriam sahaja. Mana bisa yang betul kan.
mcm biasa :)
penghuni bukit . majoritinya makhluk ini sahaja
Monyet ni kalo aku balik kampong selalu jer nmpk depa bergayut gayut kat pokok kelapa. Xder hati pun nak nengok. Siap dihalau lagik. Kat sini semua org mcm jakun jer. lagi lagi bila nampak baby monkey ni. comelll jer.
Masa monyet ni baby, bulu nyet2 ni kaler brown. haluss jer. cam anak patung Dsa kata. Bila dah besar baru cikit cikit bertukar jadi hitam. Dah x comel. Garang
Agak agakla, nyet ni pakai krim bulu aper yer. leh jadi model krim rambut ni.
tetap terpacak.
sana sini nyet nyet saja.
kalau nak jadi kawan monyet2 ni, silala bawak stok makanan. Kompem deme suka kat anda. leh jadi best pren jap.
Kat sini ramai yg jual mknn untuk monyet2 ni.
tu nyet tu ngah meng ayat somi aku.
aishh monyet ni. xder tempat lain ker dia nak pegang. jauh cikit. bahaya tuh.
bila lambat dapat apa yg di nak, beginila jadinya.
The best scene of the day
Deme ni pantang nampak orang bawak pisang.
Di bontot selagi x dapat.
Korang jgn takut. Kalo korang jalan lenggang kangkung x bwk apa apa, deme ni x kaco. Deme jeling jeling jer. kalo ada bwk kangkong deme suka.
So jgnla buat muka cuak sangat yer.
harus konpiden
Dah hbs pisang sesisir jomla jalan jalan jap.
suka tengok pokok kat sini. besar sungguh. nampak tua dah. kalo depan umah ada mcm ni best kan. leh lepak2..hiii depan umah?
keretapi yg bawak naik & turun pelawat
ada muzium kat bkt ni. tapi kitrg x pergi sebab dah tutup. dah kul 6
jln jln tererempak ngan monyet ni . banyak banyak monyet, sekor ni ajer yg x mkn pisang. Menyendiri. anti social gamaknya. damai dia mkn rumput2 tu.
^____^
terasing.. anak anak x mo dekat sebab ada bau nyet di situ.. hohohohoo sian papa.
Last.
Beli 1 sebagai kenangan. :)
sesekali best gak pergi tempat mcm ni.
maybe jangan pergi masa cuti umum... susah nak cari parking & sesak
No comments:
Post a Comment