Showing posts with label Tragedi. Show all posts
Showing posts with label Tragedi. Show all posts

Monday, January 9, 2017

Aduhai aunty dreber


Assalamualaikum..

macam macam la yg terjadi awal tahun 2017 ni. Harap harap xder lagila berlaku. Boleh cepat dapat sakit jantung la gayanya.

Kisahnya begini.
Umar & Dsa kan dah tukar pengasuh.
Dr taska ke pengasuh ( sementara waktu )


Last week somi yang hantar selama 2 hari. 2 hari tu jugak somi dah train Dsa mcm mn nak p umah pengasuh. Dsa ngan belagaknya cakap paham.


So hari ni 1st time la aunty dreber hntr Dsa ke rumah pengasuh. Somi dah pesan sila hntr sampai depan umah yer hari ni(hari ni sasja). Ok dia paham. Almt penuh pun dah bagi.


2 hari ni pulak somi cuti. Sebab ada rasa macam kurang yakin kat aunty, so aku mintak somi guide aunty. Tunjuk kat mn umah pengasuh yg baru.


Kol 11.40 lbh kurang somi pun tunggula depan main gate ngan hati yg riang.
Tiba tiba aku dapat kol drp techer.


"Puan, Delisa sekarang nak hantar ke mana? Sebab ada pengasuh lain bg tahu Delisa ada kat blok ni ( bkn blok yg betul). Aunty turunkan dia kat situ lepas tu terus jalan."

Apaa!!!

Org yg jumpa delisa ni kol guru beso, bg tahu dsa kat sini.

Adooiiii

berdebo dah mak


kelam kabutla aku, tecer, pengasuh n somi.


Udah misi mencari delisa pulak.

Bila bagi tahu kat somi ...
" papa dr tadi kat depan pagar ni. X nampak pun aunty masuk "


Udah.. kat mana pulak aunty hantar ni.

Suruh pengasuh tengok kat blok tu, x der gak.


Adoiiii ke mana pulak kamu pergi nak.

Kena tunggu panggilan drp tecer pulak. Sbb tecer yg bg tahu aunty tersalah drop.

lega bila tecer dah dpt menjejak dsa. Fuhh



Akhirnya Dsa selamat sampai kerumah pengasuh ngan muka yg mcm nak nangis.

mahu x nangis ko kalo dah kena tinggal kat tempat yg dia x biasa. X tentu pasal viral pulak kat bsp nih. 

Aunty oh aunty.. 
ikutkan hati aku, memang dah kena reject ni.
X amanah

Kalau x tahu boleh cakap x tahu. 
Ni semua ok. tahu saja.


Somi bagi chance lagi. Mlm ni jumpa aunty nak tunjuk jalan. Nak tunjuk kat mana dia perlu turunkan Dsa. Tengah tengah hari udah somi berpeluh lari sana sini.  X yah nak joging dah. Nasib baik somi cuti. Kalau edak lagila kelam kabut.


aunty oh aunty. Nasib baik aku xder sakit jantung.
Sabo jela.







Wednesday, April 27, 2016

Eksiden lagi....


Assalamualaikum...

kejadian petang semalam.
On the way balik dr klinik (monthly check up)




cuaca elok, kereta pun x banyak.
Memang malang tolla.
Berlaku kat roundabout bsp.
Dekat sangat dah nak sampai umah , leh pulak nak eksiden tu.

Aku nak masuk simpang ke bsp, bagi dah signal. Nampak ada keter dr tol bsp. Nampak keter tu mcm terus ( pikiran aku dia nak msk ke simpang bsp jugak ). So aku terus jerla. 
tahu2 keter tu dah depan mata.
Gedegang ajerla.
Nak brek kuat2, si Dsa dok depan.
Brek ngan berhati hati jerla.


Aishhhhh bedebo jantung aku dibuatnya.


Sekali keluar tengok keter savy tu remuk kat pintu depan & scratch dr pinti depan sampai belakang.

Xder kecoh2, terus p report.


Polis srh report kat IPD Banting.


kesimpulannya sarjan tu cakap ni kesalahan aku. Sebab aku x ikut lane yg betul. Kalo nak masuk ke bsp tu kena amik line kiri. Org tu memang dah betul lane dia. melainkan kalo aku dah depan dia & dia x stop memang salah dia.


Yg selalu org bsp praktis adalah bagi signal & jln terus klao nak ke bsp. X kirala ko lane kananke lane kiri ke. So keter2 yg dr tol bsp tu kena stop. Hmm praktis yg salah rupanya.

Udah kena saman $300. Nak diskaun kena bayar kat Bkt Aman.

Sebab aku salah org tu akan claim guna insuran akula. Aishhh mahu mencanak insuran aku thn depan ni. Hmm nak buat mcm mana. 


Pengajaran betulla.

Eh ehhh, nurse semalam kira hari ni aku dah 28weeks... dah kena kira pergerakan baby hari2..




Thursday, March 24, 2016

Langkawi kemarau


Asalamualaikum...


Kalau kat KL hari2 ada jugak ujan turun walau renyai renyai tapi kat Langkawi nun panas berdenting. Sepanjang kat Langkawi memang stok mineral water sentiasa ada dlm beg. Lepas minum kencing, kalo x minum dahaga pulak. so minum jerla. Dahla kat area Gunung Mat Cincang tu sekali masok toilet dah 5kupang. berapa hinggit dah habis masuk toilet jer. 



Menurut tour guide kitorang hari tu, dah 2 bulan Langkawi x ujan. Sampai air terjun pun kering. Baru2 ni ada jugak aku baca tentang org nak mandi sungai terpaksa patah balik sebab sungai dah surut. Betul rupanya.



air terjun

pemandangan dr cable car



haaa nampak x tu. kering kontang. tinggal kesan air jer.

Masyaallah. 
panas kering sampai begini sekali kejadiannya.


 kolam ikan.

Dulu kat kolam ni penuh ngan ikan talapia ngan koi. X tahula kemana ikan2 tu dah dipindahkan.



kolam yg sama. ni ms bln 10/15.


Memang wajarla kalo sekolah2 kat kedah ngan perlis tu ditutup. 

Walaupun Langkawi panas kering tapi stok air masih ada. X risaula kalo nak bejalan ke Langkawi. Xder masalah nak buang air ker, nak mandi ker. kikiii

Lagipun diorang dapat bekalan air dr Perlis. masa aku p air kat hotel pun power lagi. memang x der masalah


erkkk kalo hotel Langkawi xder air, matikla....



Sekian.








Tuesday, March 22, 2016

Blackout


Assalamualaikum...


Mlm tadi area BSP blackout.


Udahla sekarang ni panas teramat sangat. Dok dalam umah boleh bepeluh peluh macam baru lepas mengopek kelapa ajer. berenjis renjis peluh tu mengalir. Errkk tu berlaku pd somi ajerr.Aku ni panas2 tapi peluh kuar mcm malu2 kucing ajer.


Blackout kol 9.30. katanya ada pencawang rosak. Lbh kurang kol 12 baru ada eletrik. Tu pun mcm ada xdo ajer. kipas pun x leh jln. Lampu kelip kelip. mcm nak mati tp x mati.


Masa mula2 xder letrik, semua org dok luar umah. Siap masuk keter on ekon. Yerrla dah mlm, ada anak2 yg nak tido tp x boleh tdo sebab terasa kepanasan tu.

Aku sessi keluarga join lepak dlm keter on ekon. kikiiii

tengok fb, jln area bsp pun jem. Semua org kuar cari cahaya & udara.

kedai2 mamak sesak.

masyaallah.

Ni baru eletrik xder.

Semua org gelisah.

Aku xderla lm sgt dok dlm kereta. risau gak lama2 jadi lain pulak. Yerla, ekon terpasang tapi kereta x jalankan. Kang kau pulak yg jalan. huuuu takut deh

Anak2 dah tertido dlm kereta kitorg  baru keluar. Sambung baring kat hall . 



nasib baik ada kipas kecik ni. Ntahla, nak kata membantu mcm x ajer. adala rs cikit angin dia. Yg aku dok mengipas guna kipas satei tu. 

Ohhh sengsaranya xder elektrik ni.

Memang x boleh tidola.

Aiman boleh tanya " mama x bayar letrik ker ?".. huhuuu. Anak, ko x tahuke yg mama ni org terawal yg bayar letrik tiap2 bulan. Kdg  xder bil, ma pakai bayar ajer.


Pagi ni kecoh kat fb penduduk marah2 . deme complain masa letrik mula2 nak ada, volt dia kecik sangat. Boleh rosak brg2 letrik. Siap ada yg kata bau hangit lepas on kipas n lain2.


Hmmm sabarla korang. pekerja tnb tu pun dah cukup baik nak bekerja mlm2 bg letrik ada semula.Cer kalo sampai ke pagi x der letrik. memang haru biru jadinya.

terima kasih tnb sebab suply letrik selama ini.





Wednesday, November 18, 2015

Bila masing-masing tak nak mengalah..


Assalamualaikum


Kejadian mlm semalam..


Hmmm saper yang tinggal di BSP tahula acaner keadaan trafik kat situ.

Lepas saja tol kereta beresesak sesak, berhimpit himpit.

Dari 6 lorong jadi 2 lorong. 100m depan ada roundabout pulak.

Adoiii




Semalam balik lambat. Kol 7.30 baru gerak dr opis. Ngan renyai & gelap.

Aku dah drive kat tengah tengah antara 2 jalan. Pandangan fokus kedepan & kiri sebab nak masuk kekiri. Tiba tiba bunyi benda bergeser.

Ehh ehh aku langgo kereta orang ker.

Bila pulak kereta ni ngimpit aku.


Aiisshhhh bergeseran ngan navara pulak.


Parking keter jauh dr tempat kejadian, keluar tengok..hmmmm

punya panjang calarnya. kemik kedalam pulak.


Yang menghimpit pun x ngaku salah. Masing2 cakap terhimpit.


Selalunya aku memang tengok depan kiri kanan.

Hmmm nak terkena dah. Leka jap inilah jadinya.

Kalo masing2 x nak ngalah. X nak bagi jalan kat kereta lain. Nak menang ajer. Kereta elok udah jadi buruk.


Cakap ngan somi, dia jawab baik punya. " baru balik malam sekali udah kena langgo ".


kikiiiiii

Pagi tadi baru tahu kesan dr geseran mlm tadi. Tingkap susah nak bukak tutup. Pintu susah nak kunci.

Aiiii kuar duit lagi la ni.



Monday, August 17, 2015

Tikus bermaharajalela..



Asalamualaikum..


Kebelakangan ni aku sering dihantui ngan bebayang tikus.. jahat betul tikus tikus tu. Sampai terbayang bayang dah..

Ada 1 malam tu, aku baru balik umah. Terdengar bunyi mcm sret srettt kat meja tulis tempat Aiman belajo. Aku gegar gegar meja tu. tercicit cicit tikus tu pecut. 


Perghh hitam ko tikus tu.
Dah la hitam, beso pulak tu.
terjerit kegelian la aku.. Sampai jiran depan umah dok tengok. Kuat x kuatla jeritan ku itu.

"Pa pa, ada tikus besola." nak cover malu..

memang besola.. mcm tikus mondok tu..

Dulu aku pernah nampak tikus tu panjat dinding.. berlari kat rail langsir aku. lepas tu masuk lubang dinding.


Tikus ni suka gigit barang. lapo kot. hari tu adala sebijik pisang kat meja, pisang adik aku, beso pisang tu. Pagi aku tengok ok lagi, petang nya dah bertebuk. kompem tikus yg gigit. 

Pernah aku jumpa selonggok tulang2 ayam ngan ikan kat belakang peti sejuk. pelik gak, acaner tulang2 tu leh ada kat situ. mesti kerja cik tikus ni.

dahla curi makan, lepas tu berak kencing kat dalam umah. hitam2 najis dia. Alahaiii risau hati ini. Dahla kencing tikus tu merbahaya sangat. 




dengan hati yg tekad, aku pinjam perangkap tikus opis aku.  Malam letak tepi pintu dapur, somi letak ikan kering buat umpan. pagi esok dapat sekor.

puas hati tapi naper kecik sangat tikusnya.

Ini bukan tikus yg aku nampak itu.

alahaiii udah tersalah tikus pulak


 '

kesukaan anak anak bila nampak tikus ni.

Aiman cakap nak bela. comel katanya

Dsha pun kata nak bela jugak.. lepas tu tanya mak dia kat mana ma.

huhhh


Aku tinggalkan tikus tu dalam perangkar setengah hari. Pagi sampai kol 12 gitu. Letak kat tepi gate umah. Sampai umah aku tengok tikus tu dah kaku.


Alamak Aiman, tikus dah matila.


Udah anak anak marah

" mama berdosa. tuhan hidupkan tikus, mama bunuh tikus tu. mama berdosa. "


Alaaaa Aiman, jgn la ckp mcm tu.  mama pun terkilan sebab tikus tu mati. Tapi tikus tu jahat Aiman.



Punyala panas terik, mati tikus tu. Sian sian.


Friday, April 24, 2015

Tetamu kecik


Assalamualaikum


Cerita petang semalam. Aku di kejutkan dengan kehadiran kawan kawan Aiman. Kwn taska dia. Memang aku suka tengok bebudak ni. Comei bam bam. Putih lagi tu.





gelak sakan bebudak ni dpt berjumpa lagi.


^____^


Jap... pelik 5 saat.

Acaner bebudak ni boleh sampai umah aku?
Mana mak paknya?
Tahu x makpaknya bebudak  ni kat sini?


Bila aku tanya kat bebudak ni, diam ajer x cakap. 


Aiman ngan Dsa pun hepi kwn dtg umah. dijemputla makan naget ngan telur grg . Hepi sungguh bebudak ni.


Aku pulak tiap saat dok jeling luar umah. Jap jap tengok jln. Mn la tahu mak pak budak ni ngah mencarik.


memang x sedap hati aku rasakan. makin petang, mcm nak ujan jer.

Jom jommm acik hantar balik umah.


berjalan kakila aku meng eskot bebudka ni blk. Umah diorang pun aku  x tahu. Aiman la yg tunjuk jalan sebab Aiman yg bwk diorg blk umah tadi. Jauh jugakla berjln. Sampai blok depan tuh. Udahla bebudak ni jln jap ketengah jap ke tepi. bising mulut aku dok jerit tepi tepiiii ada kereta tuh.


sampaila ada pakcik sorang dtg ke arah kitorg. 

" Aiishhh pergi mana tadi. Risau dah bapak dia carik tu "


Haaaaa aku agak dah. bebudak ni keluar umah tanpa pengetahuan mak pak diorang.

Bayangkanla lbh kurang 15mnt gak bebudak ni dok umah aku. Mahu x risau giler mak pak dibuatnya. mcm kes Aiman beli air milo dulu. Huhhhh memang x bernapas dibuatnya.



Ni lah namanya budak kan. X tahu takut. Kwn ajak ngikut ajer.


Aku pikir masa Aiman naik basikal lalu umah diorang. Terus di ajak kwn2 dia dtg umah. Budak budak bila ngah hepi terus ikut jer. xder nak ckp ngan mak pak dulu. Udah mcm romeo larikan juliet pulak. 


Lps tu korang pun tahulah acaner perasaan mak paknya. dah la budak comel. saper x geram kan. rasa bersalah pun ada. Aishh aiman aiman suka suka hati jer ko bawak balik anak orang.


Aku pun dah warning kat Aiman. Jgn bwk basikal jauh jauh. Kalau jauh2 aku rantai basikal dia nanti. 

anak baik..


selalu kita ckp ngan anak2, jgn ikut org yg kita x kenal. dlm kes ni bebudk ni kenal.
kita pun ada pesan kat anak2, nak pergi mana2 ckp ngan makpak dulu - dlm kes ni aku rs mereka terlupa sebab hepi sangat jumpa ngan kawan. x sangka pulak rumah kita dekat yer.


mcm Aiman, aku dah pesan banyak kali pun bkn dia nak ikut. dengo memang dengo tapi x ngikut apa yg kita ckp. dah pesan jgn bwk basikal jauh2, diam diam jauh jugak dia pergi. Yg x syoknya sebab adik dia dok kejo  dr belakang.

Aiman aimannnn tunggula dsa..... 

bukan Aiman tunggu adik dia, makin pecut adala. terkapai kapai dsa kat belakang. kasihan


kasihan saya - selalu kena tinggal ngan abang leman


Bila ada anak ni memang x leh leka langsung. serba salah jadinya. kalau pikirkan keselamatan sangat memang bebudak  ni dok dlm umah ajerla. Kesian pulakkan.


Semoga kita sekeluarga sentiasa dilindungiNYA. Inshaallah.





Wednesday, November 26, 2014

Majlis Ihtifal TINH 2014


Assalamualaikum


Last 15/11/14@Sabtu tadika aiman buat majlis ihtifal . Biasalah, event akhir tahun. Yang bestnya majlis ni dibuat sebelum cuti sekolah. Hari sabtu pulak. Memang x kacau time kerja mak pak.

Lokasi kat Fakulti Perubatan... Serdang.

Majlis bermula pukul 3pm & aku sampai kol 3.20pm. SESAT. Pusing hway 2-3 kali. Rupa rupanya sebelah ngan Hosp Serdang ajer. Aissss



sebelum gerak mai tangkap gambo dulu.

Aiman kena buat persebahan hari tu. Ala ala perwira gayanya.

Abang pakai bj askar, adik pun nak baju askar jugak.

^___^




abang askar malu bila adik peluk.
adik apa kisah




ni udah ada cikit mcm zorro la dik.. hee



budak yg nak pakai baju askar jugak. adik ooooo adikk..



Banyakla persembahan yang dipersembahkan. 
Ada tarian arab, public speaking ( amboiiii speaking omputih nak), nashid dll.








Tapi yang paling menghangatkan adalah persembahan dr cwgn BSP iaitu gerak gempur. Haaaa betulla tu, memang aiman ada join persembahan tu.



Cayala, Terus menang persembahan terbaik .
Good job anak anak.
God job teacher Ina.


Siap ada shufle bak kata Aiman. Tapi Aiman xder buat. Teacher x suruh katanya. Sede gak dia.



Budak budak bila x disuruh adakalanya kecik hati jugak. Yerla kwn lain ada buat naper aku xder.





muka sede bkn sbb x dpt shufel tp sebab kena kejut dr tido. ngah mamai tu





Inshaallah Aiman akan meneruskan persekolah di tadika yg sm thn depan. Thn depanla baru ada gambar Aiman pakai jubah konvo. Thn ni budak 5 tahun buat persembahan ajer. Xder naik stage amik scroll.


Barisan cikgu2 yg byk bersabar mendidik anak2 TINH 2014 :)

Terima kasih cikgu.



"Dsha, thn depan skul nak? "
"xnak,, Dsa baby lagi.."

Tula alasan dia.
Baby lagi konon
huuhh



hadiah persembahan terbaik. Mama mintak 1 yer bang. Nak buat working.

Ok. aiman bagi 1.


^___^

Selesai dah aktiviti persekolah sessi 2014.




Thursday, October 23, 2014

Walimatulurus kali ke 2


Assalamualaikum

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar wlpn ada ketikanya hati berdebar debar.

Pagi Jumaat kaki bapak selamat dipotong. 

Petang Jumaat embah saudara depan umah meninggal dunia akibat sakit tua (alfatiha).



So ini cerita hari sabtu @ 18/10/14










Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja.

Kali ni ada rasa sayu dlm hati aku.

Semoga jodoh abang & kakak panjang sehingga keakhir hayat. Amin



Mak pak tidak turut serta. Mana mungkin bpk ikut :(

Kakak menjadi tempat abang aku meluahkan rasa hiba yg berbuku dihati.
Akhirnya dia berpasangan seperti org lain.
Semoga cepat2 dikurniakan zuriat. 
Jadikan kisah lalu sebagai pengajaran.


^___^

Aminn



Dan ini cerita hari ahad@19/10/14







 Adat rewang dikampong aku masih belum hilang. Walaupun dah syorkan kat mak buat katering ajer, x nak jugak dia.

Ramai lagi sedara mara yang boleh tolong. X best kalo katering ni katanya.

yola mak, rewang rewangla.

Ada riuh rendah baru mcm kenduri kan kan



Didepan pelamin. :)

Ni adik beradik aku. Ehhhh yg baju hijo tu anak buah. 
Orang kuat mestila kakak sulung aku. 
Aku ngan adik2 hanya menurut perintah ajer



Syukur pada tuhan, hari2 sebelum tu punyala hujan lebat. guruh dentum dentam.
Parit pun penuh ngan air.

Hari itu alhamdulillah, cuaca baik2. Mlm baru renyai balik.
Permintaan mak dimakbulkan



Ingat x dengan bunga ni.

hasil jari jemari ai tau.

Mak ngan adik beradik punya vangga ngan hasil aku yg boleh dpt grade C ajer.
Nampak sangat kitorg tangan kaku, mcm ni pun diorg dah puji puji. hahahhaaa




Ni pengantin dah 6 tahun usianya.
Harap gembira selalu hendaknya


Habis dah.




Thursday, October 16, 2014

Suka Duka dalam 1 masa


Assalamualaikum..

Betullah.
Kdg kala sesuatu perkara yang berlaku pasti ada hint atau petunjuk daripadaNYA.

Mungkin kebetulan saja.

Macam perasaan - hati tiba tiba ber-debar.

Tengah gelak ketawa tiba tiba jantung dipdupdap..


Cam spetang semalam.

Ngah borak2 ngan opismate boleh tiba2 rasa x sedap hati.

Oh Tuhan, lindungilah ahli keluarga ku.


X nak rasa apa apa. So abaikan saja perasaan itu.


Lbh kurang pukul 7lebih, adik bg tahu kakak ipar di kampung srh kol abang pukul 8mlm nanti. Ada hal urgent katanya.


Ohhh hati mula risau balik.


Betulla apa yg aku rasa petang tadi. Ingin diberitahu sesuatu.


"Doktor cakap kaki bapak kena potong"

Ohhh



Pertama kali kaki bpk dikerjakan , urat2 kat jari tu pun dah kena potong. memang jari tu dah xder rasa apa katanya.


Kemungkinan 2-3 jari akan dipotong.

Itu adalah cara yang terbaik sebelum merebak ke tempat lain.

Bapak redho. 

Anak anak sentiasa sokong.

Apa yg terbaik kami ikutkan saja.

Sepatutnya petang semalam doktor dah nak potong jari jari tu tapi abang mintak delay dulu. Mintak pandangan adik beradik yg lain. Juga memandangkan majlis walimatulurus yg akan berlangsung pd hujung minggu ini.


Apapun tunggu esok pagi. Potong tetap potong cuma bila x pasti.

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan.

Amin



Thursday, September 4, 2014

Yg Dsha tahu pasal air


Assalamualaikum

Kita bersembang lagi pasal hal anak anak yer.

Almaklomla anak anak makin membesar, mcm mcm perkara yg diorang buat hari hari. kadang kadang benda baru. Kdg kdg benda yg sama ajer.

Ni nak cerita psl my Delisha.

October ni dia 3 tahun.

3 tahun.

Cepat x cepatla rasanya.



Ni Dsa ngah merajuk. Dia memang cepat merajuk. Sikit sikit nak merajuk. X dapat barang yg dia nak merajuk. Mak x bagi nenen pun merajuk. Agaknya jiwa pompuan kot. Sensitip ckit.



Suatu malam aku pura pura demam. Kenala berlakon mcm sakit ajer. siap batuk batuk.

Motip berlakun sebab x nak bg dia nenen. Ohh Dsa awak dah nak 3 tahon tau. Udah udahla menenen tu.

" Dsa, mama demamla. X leh nenen. mama sakit ". 

" t Dsa bagi ais yer ". Sambil usap dahi mak dia. Sambil buat muka simpati.

"AIS!!!!!!"

" buat apa Dsa nak amik ais.. (saja nak tahu apa pikiran dia) "

" Ais nanti mama sejuk "


Ohhhh tuhan. 

Anak anak sedang memerhatikan anda. Awasss..


 tiup tiup bagi sejuk


1 kejadian berkaitan entry ni pisang-gorang-cara-orang-jawa.


Pisang goreng tu masih panas. Masa nak makan aku tengok pisang tu basah. Aper lagi terus hanginla aku. pek pekk aku pukul tangan Dsa sebab kompem dia yg buat .

" apesal Dsa tuang air kat pisang ni ".

Sambil tercebik cebik dia jawab  

" pisang tu hot.. dsa nak bagi sejuk ".

Ohhhhh tuhan.

Terpaku aku memandang Dsa bersilih ganti ngan laki aku yg dekat situ.

Nak gelak x boleh , nak marah pun dah x boleh nak marah.


Secara logiknya betulla kalo panas air boleh menyejukkan kan.

Kalo panas, pergi mandi.

Kalo susu dlm botol pns, rendam jap ngan air.

Kalo demam, tuam kepala ngan air/ais.

Betolla kan.

Delisha x bersalah. Mak salah sebab x dengar alasan dulu. X baik tau pukul anak.


 pandai tak saya?


Aku x pernah secara direct ajo Dsa benda2 ni semua. Tapi tula. Budak ngah mebesar. Diam diam dia perhati apa yg kita buat. 

Dlm kes Dsa ni dia belajar & praktis terus. Siap praktikal lagi tuh

Yg selalu aku ajo, kalo mkn benda pns mcm hotdog/naget pegang ngan garpu or lapik ngan kertas tisu. 


Jadi lepas ni kena awasla letak makanan 




Friday, April 11, 2014

Catuan air la pulak


Assalamualaikum


2 bulan yg lepas, ketika catuan air dilaksanakan aku x punya rasa apa. Syukur sebab ia x melibatkan kwsn rumah aku. Kesian jugakla bila dengar rungutan kwn2 yg terpaksa berjaga mlm sebab menunggu ketibaan air. Itu pun masih x mencukupi. Sampai ada yg mandi di pejabat 

Bila kerajaan umumkan catuan air , 2 hari ada 2 hari rumah aku masih tdk terkesan. Alhamdulillah, aku masih boleh basuh baju setiap hari. Tiada fikiran untuk membeli tong untuk mengisi air. Sehinggalah catuan baru2 ini. Oh mak. Rumah aku xder air dah.


Sejak jumaat lepas rumah aku kena catu. Kali pertama umah xder air masih ok lagi. Tapi kali ke 2 ni. huuuuuu nak buang air kecik pun serba salah. Hari ke 2 air kat tank habis dah. Dah la x buat simpanan. Baju memang x berbasuh. Mkn memang x guna pinggan. Masak memang off.

Yang kelakonya, somi boleh tegur Aiman sebab berak banyak kali. Adoooiiii budak tu berak pun ditegah. Mesti heran Aiman dibuatnya. Betambah heran bila mandi pagi setakat 2 cebuk ajer. Lagi syok x payah gsk gigi tapi lap gigi ajer. Paling kritikal sampai mandikan dia guna air msk. Nasib baik ada air msk nak. Kalo edak terpaksa guna air sejuk dlm peri ais tuh. huuu  Darurat nak.


Aku pun mandi mcm x mandi ajer. P opis cepat drp biasa sebab nak gsg gigi.

Masalah beso tol bila air xder. Toilet,dapur dah mcm2 bau ada. 




Sepatutnya tengah hari semalam umah aku dah ada air. Patut tangki dah berisi. Tapi hampa. Maybe sebab tekanan air rendah jadinya air x naik ketangki. Susah hati tolla.

Baju ktr udah berbukit, x leh kalo x basuh. Terpaksa isi air dari luar umah , angkut satu satu. 



Isi air betul2 depan pintu umah. Dekat cikit nak mengangkutnya. Mintak tolong kat sikecik ni pegangkan paip air. Dia sukaaa..



Sambil nolong mak dia, sambil main gak. Korang ingat boleh percaya ker kat budak kecik ni. Tolong dia mesti ada sebab. Baper poloh kali ntah celupkan air dlm baldi. Bila mak tegur dia cakap " asuh angan ". Pandaila ko



Bila abang balik dr mengaji semakin hebat basuhan tangan dia. Bukan basuh tangan dah, mandi terus. Sorang satu masuk dlm timba tu. Huhh xper nak, mainla puas2. Lepas ni kita beringat yer


Buat pengajaran laki bini, mlm tadi siap2 dah simpan air dlm semua tong yg ada. Tong sampah pun boleh jugak. Kes darurat maa