Friday, December 2, 2016

Umar demam dan batok


Assalamualaikum..


Sejak Jumaat lepas Umar demam n batok batok. Dia punya demam on of. Batuk masih ada. Risau seminggu 2 ni memandangkan batok nya tak hilang2 lagi..


Udah try minyak garlic pun xder kesan. Sapu vicks sudah. Tepuk belakang sudah, cumanya x steam ngan air jer.


2 kali dah jumpa doctor. Kali ke 2 jumpa baru puas hati. Memang lepas ni akan pergi klinik tu saja. banyak info yang doctor tu bagi. encem pun yer. kikiii


Menurut kata doctor, Umar batuk sebab mungkin drp air liur dia yg banyak. Doctor tu cakap Umar banyak air liur. memang ye pun. Tapi aku rasakan, sebulan ni jer Umar byk air liur. Sebelum2 ni mcm xderla sangat. Di sebabkan air liur yg banyak, Umar x telan. Sebab dia pun kecik lagikan. Bila xleh nak telan semua, air liur tu bertakung kat kerongkong. Tu yg batuk jer.


Solution nya, kena sentiasa lap mulut Umar. Lap dlm mulut tu ngan kain. Bio air liur tu melekat kat kain tu sekali. Kena buat selalu. Lagi2 waktu mlm. 

Aku pun buatla. Memang ada kurangnya batuk Umar. Tapi masih batuk lagi dan yg buat lagi pening kepala Umar sekarang kerap merengek. Terjaga pukul 3 pagi mesti merengek. Nak kata bdn panas sangat tak juga. Sebelum tido memang aku lap kepala dia selalu.Terpaksala melayan rengekan dia tu. Tepuk2 belakang dia, peluk2, dukung2.. setengah jam jugakla. Baru dia ok. Lepas tu masukkan dia dlm buai tertidola dia sampai kol 7. Aishh kadang2 macam nak hilang sabar jer. Terpaksala bersabar jugak. Anak kecik kan . Dia sakit pun x boleh bagi tahu kita. Sedeh. Sian anak aku.


Pagi tadi bangun, merengek jap. Cuma bila aku mandikan, dia dah x tolak. Semalam masa mandikan dia, macam x suka jer. Tolak2 air ngan kaki. Hari ni dah ok. mcm biasa.


Semalam pun aku terpaksa cuti. X sanggup nak hantar kat taska. Kompem diorg x terjaga. Lastly akan kol aku jugak. So aku monitor sehari. Berdoa agar hari ni dia ok sikit. Hari ni je yer Umar. Sok mak jaga balik.


Doctor tu pun cakap, bila ada anak kecik ni umah kena sentiasa bersih. Ekon, kipas kena selalu servis. Yang penting jangan kena HUJAN. baby ni sensitip.


Yer doctor. Betul kata doctor tu. Mak dah anak 3 pun x amik berat lagi hal2 mcm ni. 


Doakan Umar cepat sembuh yer.


Anak kecik sakit, nak kerja pun x senang hati.







1 comment:

  1. Cepat sembuh ye umar..
    Musim sekarang ni muja..
    Hujan panas hujan panas tu lah jadinya..
    Kita yg besar ni pun cepat demam bila kena hujan..

    ReplyDelete