Assalamualaikum..
Perjuangan telah pun bermula..
Alhamdulillah, dari lahir hingga kini Umar masih sepenuhnya BF.
Seperti Aiman & Dsa, akan ku cuba untuk BF Umar selama yang mungkin.
Semoga dipermudahkan niatku ini. Aminn :)
Sejak dalam pantang aku dah start simpan ebm. Bukan xnak bg Umar, udah rezeki Umar berlebih. So kita buat stokla. X silap aku Umar usia 2 mg aku dah simpan susu ebm ni.
Sikit sikit lama lama jadi bukit.
Tapi susu Umar belum jadi bukit lagi.
hehhehe
Tapi cukupla stoknya buat setakat ni. Dah kena tarah pun
^___^
hasil tuaian 2 bulan
Kali ini aku memang bersungguh. Pengalaman semasa Dsa dulu buat aku nekad.
"Pa, kali ni kita kena beli deep freezer jugak. Xdpt beli baru kita cari yg 2nd hand pun xper."
Cari 2nd hand asik x berjaya, last beli yg baru gak. Beli baru sebab kawan aku cakap harganya pun boleh tahan aka x mhl. Aku tanya berapa, dia ckp lbh kurang $4-500.
Hohoo harga yg memang mampu beli.
Beli kat lazada.
Sekali aku tgk Lazada, memang byk rupanya deep freezer ni. Yg mhl ada. Yg murah pun ada. Kalau kat kedai mmg agk susah nak cr deep freezer ni. Kalau ada pun selalu yg mahal. Lebih $600 ke atas.
memang rezeki Umar lah ni :)
Inilah deep freezer yg telah dibeli. 100L $520 lebih kurang termasuk caj delivery.
Syokla beli kat Lazada ni. Kalau ada stok dlm tempoh seminggu barang boleh dapat. Ini pun beli masa aku dalam pantang lagi.
Dahla beli guna hp ajer, mencabar jugakla. Lagi2 part nak bayar tu. Asik loading ajer. Risau lepas x lepas je. X lepas xper, jgn duit pulak terlepas.hee
Bila dah ada df ni kenala rajin mengepam. x boleh malas malas. Dah sampai beli df xkan ko nak biarkan 0 ajer. Bila xder komplen xder tempat nak simpan kan. Haaa ni dah ada x boleh nak malas malas.
Pergi travel pun kena simpan ebm jugak. No excusela. Cuma jumlah bilangan tu berkurangla sikit. Biar ada sikit daripada langsung xder ( stmn penyedap hati )
pam kat opis.
Sekarang kalau kat opis aku guna pam manual ajer. Ni pun adik aku yg punya. Dah biasa guna manual, sekali guna yg letrik aduhaiii.. slow jer suction dia. x puas hati. Bio lenguh tangan yg penting cepat. Aku dah servis pam medela tu, tapi mcm slow ajer. memang kena bersabo nak dptkan sebotol. Cuma kalau guna letrik ni xderla lenguh tangan, sambil ngepam ko boleh buat kerja. sambil2 kerja boleh dpt ebm. haaa 2 in 1 gitu.
Tapi xperla, rela ku lenguhkan tangan ini. So medela dok baik baik dlm beg yer.
Hasil seharian di opis. Selalu dapat 3 x 5oz. Simpan dulu kat opis. Dah beku baru bawak balik.
Ni pulak hasil otw ke opis pagi tadi. Hari ni jln jem pulak. Boleh dapat 1 botol. Alhamdulillah. Aku jadi mem kat belakang bolehla ngepam. Kalo aku yg drive edakla dapat.
Pengasuh pun boleh uruskan ebm ni. Sebelum bersalin lagi aku dah tanya boleh uruskan ebm x? Lega sangat bila dia cakap boleh. Kebetulan sekarang ni pun memang ada baby yg mnm susu ibu jer. So memang xder mslh pd dia. Boleh uruskan dua dua.
Kadang kadang ada gak aku wasap dia bagi tahu mcm mn nak uruskan ebm tu. Sebab ada ebm yg aku simpan dlm plastik yg size 12oz. So dia kena bahagi 2. Jgnla dipanaskan semua sedangkan nak guna cuma 5 oz ajer kan. Kalau simpan dlm botol memang xder masalah.
Kadang tu terisau jugak part2 mcm ni. kenala wasap gak bg tahu wlpn dia dah tahu. Sebab aku pun x berapa tahu setahu mana dia dlm hal2 ebm ni. Aisshh pening baca . Pesal banyak sangat tahu tahu ni.
Hahhahahha
Xper.
Kita anggap ini proses revisionla. mcm nak exam ada revision. Kalau x ingat boleh di ingatkan.
Kasi clear kan.
Penat tau nak buat ebm. Banyak pengorbanan yg kita kena buat. So x bolehla nak cincai cincai. Salah cara nak uruskan ebm udah hilang khasiat yg ada.
Sedehla kalo mcm ni kan.
Semoga aku dikurniakan semangat yg kuat .
X mudah putus asa.
Demi Umar tersayang.
Mak nak yg terbaik buat anak anak mak.
Semoga Allah permudahkan urusan kita nak.
Amin.
No comments:
Post a Comment