Monday, July 25, 2016

40 minggu dah..


Assalamualaikum..

Kalo ikutkan edd patutnya hari ni aku bersalin. Tapi itulah, nama pun edd kan. Semalam dah jalan jalan taman. Bagi longgar otot otot tu. :) Semalam pun baby kurang gerak. hari ni pun sama. Gerak slow motion ajer. Perut udah mula keras kejap jap.



Hari ni masih p kerja. Maybe last kerja. Drive pulak tadi. Tengah drive terasa aik aikkkk. Anak jgn main main yer.


Kalau ikutkan pengalaman 2 anak yg lepas, selalu seminggu awal aku dah bersalin. Pun selalu start sakit tengah2 malam. Pg2 dah sampai hospital. Kali ni tak tahula mcm mn. Setakat ni tanda2 sakit sangat tu xder pulak. Cuma hari hari terakhir ni aku diserang batukla pulak. Udah nak seminggu batuk batuk. Bila malam aduhaiiii memang x boleh tidur. Batuk sampai terkucil. Habisla stok kain batik. Kat umah mmg berkain batik ajer. Senang.


Bukan takat berkain batik jer, memang udah sampai kena pakai pad. Tiap kali batuk ajer terkucil. Lepas minum air, siap2la p kencing wlpn xder rasa nak kencing. huhuu


Yang paling menyeksakan time nak solat. Udah rakaat ke 2 terbatuk pulak time sujud tu. Udah terkucil lagik. Uwaaaa



Bos suruh minum madu. Dah separuh botol aku teguk madu hari2. Masih belum kurang pulak. Waktu malam lagila teruk. ke toilet jer. huhuuu Mak cakap tu tanda nak bersalin tuh. Bila ko batuk kang bayinya pun melurut turun ke bawah. oOhhhh yeker mcm tu. Tapi mmg x selesa.


Aku berharap sangat batuk ni hilang sebelum aku bersalin. Hmm bila tu yer. Kang time nak push batuk batuk, udah ngan kencing2 terkeluar. Aduhaiiii.


Maapla nurse, saya x sengaja.

Kawan2 doakan aku & baby selamat yer.

Maafkan kalo ada terkecil hati dgn tulisan2 yg ada ini.


Wasalam.










No comments:

Post a Comment